Saturday, June 16, 2007

Erti Nilai kepada pemimpin negara..antara UM vs Pembangunan !!!!

Bila Pak Ungku berkata, dan bagaimana Utusan laporkan, kata Pak Ungku , 'Pindah UM tindakan gila, kurang ajar’...

Oleh kerana KL membangun dan dibangunkan dulu daripada Sepang, maka kita lihat seusia 60 tahun, mereka (pemimpin negara) jualkan tanah UM demi untuk pembangunan. Kita akan nantikan 50-60 tahun akan datang giliran UPM dan UKM yang dekat dengan Purtajaya akan dilelong tanahnya kepada syarakit lain pula pada waktu itu. Seandainya puak atau golongan yang sama rakyat pilih dan benarkan untuk terajui negara.
Lebih malang negara ini, akan digadailabur kepada Singapura. Sekarang pun dah dimulai secara terang-terangan dan jelas nyata.
Kita, teruja dan bangga dengan 'peluru' yang dilepaskan oleh Pak Ungku tentang isu ini. Pemimpin negara yang ada dalam kepala dia orang gilakan harta-....harta..kekayaan...kekayaan.... nilai ekonomi....nilai ekonomi....pembangunan demi pembangunan . Nilai-nilai lain tidak ada dalam kepala mereka, mereka merancang bagaimana mereka mahu kaut seusia mereka ada, mereka merancang untuk puak dan juak mereka, mereka merancang untuk menjual negara secara terhormat.
Penulis teringat siaran sinetron Indonesia yang berjudul Bulan & Bintang, kisahnya bagaimana orang tua-tua mereka ini berantak atau berebut peta untuk mencari harta karun yang ditinggalkan. Sebaliknya 'harta' yang dijumpai oleh anak-anak mereka adalah sebuah kotak berharga yang 'berkarun nilainya' bilamana dipesankan kepada anak-anak supaya menjaga negara, menjaga hutan belantara tinggalan datuk nenek moyang , maka inilah warisan yang berharga dan tinggi nilainya, jika nilai atau erti hargai serta menghargai itu ada dalam benak sanubari generasi akan datang , hatta dimiliki sama oleh para pemimpin negaranya.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Diraja Ungku Aziz menyifatkan cadangan untuk membeli dan membangunkan tapak UM sebagai suatu yang ‘gila dan kurang ajar’.

Malah tegasnya, pihak-pihak terbabit langsung tidak mempunyai sifat patriotik kerana sanggup menawarkan harga bagi khazanah negara yang tidak ternilai itu.

‘‘Ini suatu cadangan yang gila. Individu tersebut fikir dia boleh beli apa sahaja yang dia mahu kerana ada banyak wang. Saya sendiri tak kenal orang yang cuba berbuat demikian.‘‘Saya tidak fikir mana-mana universiti di luar negara sanggup dibeli oleh mana-mana individu hanya untuk kepentingan peribadi mereka kerana mereka sangat menghargai gedung ilmu,’’ ujarnya.

Sehubungan itu, Ungku Aziz menyeru semua graduan universiti berkenaan bersatu hati menentang sekeras-kerasnya cadangan tersebut.
‘‘Semua pihak perlu bangkit dan memainkan peranan bagi mempertahankan maruah Universiti Malaya.

‘‘Saya juga berharap perkara ini juga ditentang oleh pemimpin tertinggi kita. Kita harus bersama-sama mempertahankan maruah negara,’’ tegasnya ketika dihubungi di sini hari ini.Beliau mengulas laporan mengenai sebuah syarikat, Guocoland (M) Berhad dikatakan membuat tawaran untuk memindahkan UM ke Sepang, dan membangunkan tapak kampus itu sekarang sebagai pusat komersial dan perumahan, menerusi projek dianggarkan bernilai RM10 bilion.

UM ditubuhkan kira-kira seabad lalu iaitu pada 1905 di Singapura. Universiti yang terletak di Petaling Jaya ketika itu merupakan cawangan UM Singapura di Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada 1957.

Apabila UM berpindah ke Kuala Lumpur dan ditubuhkan pada 1962, bekas tapak universiti berkenaan di Singapura telah diganti oleh National University of Singapore. Universiti berkenaan merupakan gedung ilmu terulung yang penuh dengan sejarah dan tradisi serta melahirkan ramai tokoh pemimpin negara yang berkaliber antaranya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz.

Sementara itu, pakar sejarah dan ahli akademik, Profesor Datuk Dr. Khoo Kay Kim mengingatkan pihak-pihak yang terbabit supaya tidak menjadi terlampau materialistik sehingga mengabaikan warisan negara.

“Jika tapak kampus dijual kepada pihak luar, seluruh rakyat khususnya bekas graduan UM dan para pelajar universiti ini pastinya berasa kecewa dan mereka akan memprotesnya.“Kita menghargai warisan negara ini. Lebih-lebih lagi dasar kerajaan yang mengutamakan warisan negara dan usaha pemuliharaannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Menurut ahli sejarah itu lagi: ‘‘UM ialah tempat untuk kita mengutamakan idea baru dan menanam nilai-nilai murni di kalangan mahasiswa dan mahasiswi demi kepentingan negara,” tegasnya.

No comments: