Saturday, June 23, 2007

Banjir Maksiat dengan banjir air di KL

Tahniah kepada DBKL, walaupun bernafas dalam lumpur, jadi perhatian semua pihak. Tempat himpunan ibu maksiat, juga KL sebagai tempat gedung menginsankan manusia yang mahaukan kemanusiaan. Namun dalam sekelumit itu masih lagi ada usaha dan kemahuan sebagai fitrah sebagai manusia.

Maka Program `Rakan Taman dan Bicara Taman' yang diinisiatifkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupakan satu langkah proaktif dalam usaha mengatasi masalah vandalisme, maksiat dan kegiatan jenayah di taman awam sekitar ibu kota.Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ab Hakim Borhan berkata selain menjamin keselamatan dan keselesaan pengunjung di taman, program itu juga turut membolehkan masyarakat setempat mengadakan pelbagai aktiviti sosial.
"Dengan adanya program ini ia bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim malahan mampu mengwujudkan komuniti yang sihat dan aktif dengan penganjuran pelbagai aktiviti riadah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu di Taman Tasik Perdana di sini hari ini.
Program bicara taman diadakan sebulan sekali di Galeri Taman Bunga Raya, Taman Tasik Perdana, ia merupakan platform kepada orang ramai untuk membincangkan perkara yang diminati seperti persekitaran, landskap dan aktiviti berkebun.
Program bernilai RM15 juta setahun bagi menyelenggara 10 buah taman itu telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Anggerik Selangor dan Wilayah Persekutuan serta Persatuan Perkebunan Selangor dan Wilayah Persekutuan."Selain beriadah orang ramai boleh mendapatkan ilmu tentang cara penanaman bunga yang betul dari wakil persatuan yang akan memberi penerangan tentang persekitaran Taman Bunga Raya," katanya.DBKL juga akan menambah beberapa kiosk minuman di sekitar taman itu serta mengadakan satu Pusat Sehenti Perkebunan untuk orang ramai mendapatkan bekalan media dan peralatan berkebun.
Setakat ini, DBKL telah mengadakan kegiatan kebudayaan di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana pada hujung minggu dan menyediakan padang bola sepak, sukan xtreme, permainan layanglayang, gelanggang tenis, gelanggang kawal jarak jauh dan dewan sukan serbaguna di taman itu.
Terdapat 10 buah taman awam yang berskala lebih daripada 20 hektar iaitu Taman Tasik Perdana, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Permaisuri, Taman Antarabangsa Bukit Jalil, Taman Manjalara, Taman Metropolitan Kepong, Taman Metropolitan Batu, Taman Tasik Pudu Ulu, Taman Datuk Keramat dan Lembah Kiara.

No comments: