Sunday, June 17, 2007

Ahli akademik digesa kaji DEB '' ?

Kajian dan dapatan awal masyarakat awal DEB dilaksanakan adalah suatu polisi yang molek dan muluk sahaja bagi kerajaan. Jika kita bertanya dan buat kajian sampel pelajar2 semua kaum Melayu Cina dan India, menerima pemurnian dasar DEB dalam masyarakat.
Namun realiti, roh DEB tidak dijalankan dengan sewajarnya. Bangsa teras utama yang nak dibela pun tak terbela, pada hal peruntukan , agensi , dana itu dan ini cukup banyak dan tidak sedikit yang dibelanjakan. Lihat saja dari segi ekonomi lonjakan kek ekonomi digapai sekadar 18.9% menjelang tamat tahun sasar DEB(1970-1990).
Kebocoran dan ketirisan , namun kajian secara ilmiah perlu dibuat. Para penggagal yang hendaklah dihukum dimahkamah rakyat..............
Kaji sahaja tak cukup, jika kehendak politik tidak disertakan, tirulah macam Nelson Mandela...

Seorang penyelidik meminta ahli akademik di negara ini membuat kajian bagi mengubah persepsi serong orang ramai terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang merupakan cetusan idea perdana menteri kedua allahyarham Tun Abdul Razak.

Dr Rais Saniman, penyelidik di Institut Chr.Michelsen Bergen Norway berkata persepsi serong orang ramai tentang pelaksanaan DEB menyebabkan ia menjadi dasar ekonomi yang agak kontroversi sehingga hari ini."Kita ada ramai intelektual daripada banyak universiti yang boleh membuat kajian ini bagi mengikis persepsi negatif itu.

"Sebenarnya DEB mempunyai tujuh elemen utama tetapi tidak didedahkan dan orang ramai hanya tahu dua sahaja iaitu untuk menyusun semula masyarakat dengan membasmi kemiskinan dan untuk menjaga kepentingan orang Melayu sahaja," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja bertajuk "Pembentukan dan Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru pada Legasi Tun Abdul Razak" pada persidangan Legasi Tun Abdul Razak di sini hari ini.Beliau yang merupakan salah sorang pakar ekonomi yang terlibat dalam penggubalan DEB berkata persepsi orang lain terhadap DEB hanya menjurus kepada polisi diskriminasi terhadap orang bukan Melayu.

Katanya DEB mempunyai tujuh elemen berbanding lima elemen dalam pembuatan polisi ekonomi moden sekarang.Beliau berkata ketujuh-tujuh elemen itu ialah pertumbuhan ekonomi maksimum; penstrukturan ekonomi bagi mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi dalam pendapatan, kekayaan dan guna tenaga; mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum; guna tenaga penuh dalam sektor buruh; kerajaan yang proaktif; memantau pelaksanaan DEB dan mewujudkan polisi sosial bagi mengelakkan konflik.

Dr Rais berkata DEB berjaya mencapai dua objektif utama iaitu pertumbuhan ekonomi yang maksimum dan mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Katanya DEB membuktikan bahawa Tun Abdul Razak mempunyai pemikiran 40 tahun kehadapan dan polisi itu relevan terhadap perkembangan ekonomi pada masa sekarang dan seterusnya sehingga ke 2020.

No comments: