Monday, May 21, 2007

Wow Hebat......

Berita gembira kini, adalah berita kakitangan kerajaan sejumlah 1.02 juta menerima kenaikan gaji. Maka lega lah nafas mereka, pendeknya bernafaslah mereka sedikit. Sebaliknya bagi kakitangan swasta, mereka masih lagi bernafas dalam 'lumpur'. Nampaknya tidaka ada siapa yang mahu membela meraka. Cuma mereka sahaja lah yang bangun membela diri mereka, sehingga kini nampak pembelaan diri oleh mereka belum berjaya.
Harapan akhir mereka adalah, kepada kerajaan jika kerajaan pun tidak dapat berbuat apa-apa, ke manakah harapan mereka. Di kala kakitangan sebelah sini tersenyum lebar, mereka tersenyum hambar.
Sementara pekerja2 kampungan, petani, peladang dan nelayan belum boleh menarik nafas lega. Ini disebabkan harga komoditi getah tinggi sejak 2/3 tahun belakangan ini. Keadaan ini tidak akan kekal. Begitu juga dengan harga komoditi sawit yang kini mencecah RM470 setan. Harga paling tinggi sejak 50 tahun merdeka. Manakala bagi nelayan walaupun harga ikan melambung mereka tidak menjamin berpendapatan lumayan.
Realiti, ini adalah cabaran semua pihak perlukan daya fikir. Kerajaan , rakyat atau kerajaan rakyat tentulah hajatnya membina kesejahteraan rakyat teramai. Apa pun habuan dan pemberian yang berganda dan banyak ini adalah petanda. petanda atau petunjuk kepada banyak benda dan perkara...... fikir.. fikirkanlah

No comments: