Wednesday, March 28, 2007

PPD pulak di suruh ..boleh saran yuran munasabah di sekolah

PIBG disaran ambil kira latar belakang ekonomi pelajar bagi yuran tambahan, tengoklah minda kita betapa berkiranya kita. Berkira bila nak bagi anak belajar, berbelanja ke lain, buat projek2 besar, rancangan besar, kenduri besar, tidak dikira membazir......
Kementerian Pelajaran harus turut bertanggungjawab dan tidak terus meletakkan kesalahan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berhubung punca kutipan yuran di sekolah tidak seragam.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Dr Mohd Ali Hassan, berkata setiap keputusan PIBG dimaklumkan sama ada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).Beliau mengakui kutipan yuran PIBG di setiap sekolah tidak seragam kerana jumlah itu diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG dan berdasarkan latar belakang ekonomi pelajar di sekolah terbabit.“Biasanya jumlah itu diputuskan dengan mengambil kira keperluan, taraf hidup majoriti pelajar dan setiap keputusan PIBG dipersetujui semua anggota dalam mesyuarat agung.“Bagaimanapun, semua keputusan dalam mesyuarat akan dinilai pihak sekolah dan diserahkan kepada PPD dan JPN untuk penelitian sebelum PIBG memulakan kutipan yuran berkenaan.“Ini bermakna, jika PPD berpendapat yuran itu tidak munasabah dan membebankan pelajar serta tidak bersetuju pelaksanaannya, PIBG tidak akan boleh membuat kutipan sebanyak yang diputuskan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar yang mendakwa bayaran yuran tambahan tidak seragam di setiap sekolah berpunca daripada sebilangan PIBG yang menetapkannya sendiri.Noh juga berkata, perkara itu di luar bidang kuasa kementerian kerana ia sudah diluluskan PIBG dalam mesyuarat mereka.Mohd Ali berkata, memang benar PIBG menetapkan sendiri jumlah kutipan tambahan tetapi pelaksanaannya mesti melalui pihak PPD atau JPN dan PIBG beroperasi di bawah pengawasan kementerian.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Sekolah), Alimuddin Mohd Dom, berkata mengikut Akta Pendidikan 1996, PIBG dibenarkan mengutip sumbangan yang diputuskan dalam mesyuarat Agung Tahunan daripada anggota dan keputusan itu hendaklah dimaklumkan kepada pendaftar.“Ini membawa maksud, setiap kutipan tambahan PIBG hanya perlu dimaklumkan kepada pendaftar iaitu JPN dan bukan meminta kelulusan mereka.“Bagaimanapun, konsep penubuhan PIBG adalah untuk membantu pengurusan sekolah dan dalam masa sama perlulah memastikan kutipan itu tidak membebankan pelajar,” katanya.Beliau berkata, kementerian mengalu-alukan sebarang cadangan daripada PIBGN untuk kemajuan bersama dan meminta PIBGN menghantar cadangan mereka secara rasmi kepada Bahagian Sekolah.
Sepatutnya kerajaan mencari jalan penyelesian gaya sorang bapa. Kita jangan minta PIBG selesaikan. Dasar pendidikan kiat kan menekankan pencapaian akademik, jika ada calon yang dapat 24A ke.. kita heboh bagi nak rak. Jadi janganlah nak salah PIBG mereka merancang untuk menyokong usaha guru2 membantu tingkatkan akademik dengan kadar kemampuan mereka.
Jangan kita double standard, jika jalanraya boleh dibayar tol berhari2 untuk kita lalu, masakan setahun sekali berbelanja atas akademik anak sendiri dikira beban berat. Mana berat ? Kalu nak ikut pulang paku buah keras tentang org yg tidak suka tol, teringat abah suruh dia buat sendiri jalan..lah, dia lalu apa2 tarak kena. Kalu tak mahu anak belajar kasi renti sekolah ..la
Abah... suka timbang cakap dari timbang duit

No comments: