Friday, January 26, 2007

Nafi belajar sekolah agama ?

Berita AP melaporkan di AS, negara paling bertamadun dan dianggap paling maju. Seorang calon presiden Demokrat, Senator Barack Obama, membidas tuduhan beliau mendapat pendidikan di sekolah Islam radikal ketika masih kanak-kanak di Indonesia dan berazam mengelakkan perangkap dakwaan tanpa hujah seperti pernah dialami Senator John Kerry pada tahun 2004.

Temu bual oleh The Associated Press di sekolah rendah di Jakarta mendapati ia adalah institusi awam dan sekular yang terbuka kepada semua penuntut tidak kira agama sejak sebelum Obama memasuki sekolah itu pada lewat tahun 1960-an.Obama, yang dilahirkan di Hawaii, berpindah ke Indonesia ketika berusia enam tahun untuk tinggal bersama ibu dan bapa tirinya, bersekolah di negara itu sehingga berusia 10 tahun, apabila kembali ke Hawaii untuk tinggal dengan datuk dan nenek sebelah ibunya.“Tuduhan itu tidak berasas langsung. Ya, kebanyakan penuntut kami beragama Islam tetapi ada pelajar Kristian. Semua orang dialu-alukan ke sini. Ia sekolah awam,” kata Timbalan Pengetua SDN Menteng 1, Akmad Solichin.Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia kelmarin berkata, dakwaan Obama mendapat pendidikan di sekolah Islam tidak berasas sama sekali.“SDN Menteng 1 ialah sekolah rendah awam yang terbuka kepada pelajar semua agama. Tambahan pula, mulanya dia belajar di Fransiskus Assisi, yang jelas sekolah Katolik,” kata Sutopo.Dakwaan Obama mendapat pendidikan di sekolah Islam radikal muncul di laman web majalah konservatif, Insight, sehari selepas Obama mengisytiharkan pencalonan bertanding untuk jawatan presiden pada tahun 2008.Blog internet dan Fox News Channel mengambil berita itu dan menyebarkan dakwaan berkenaan.Obama, kelmarin menyifatkan laporan itu sebagai ‘mengaibkan’.“Saya rasa mereka mengiktiraf bahawa anggapan saya bersekolah di Indonesia selama dua tahun di sekolah awam pada usia tujuh dan lapan tahun mungkin tidak membahayakan penduduk Amerika,” katanya dalam rancangan Today terbitan NBC.Kenyataan balas itu dilihat sebagai petanda Obama akan berusaha melindungi reputasinya dalam kempen presiden.Ibu Obama mengahwini lelaki Indonesia, Lolo Soetoro, selepas bercerai dengan suaminya dan mereka sekeluarga menetap di negara itu pada 1967 hingga 1971.
Maka itu di AS , yang bukan negara umat islam dan bukan diakui sebagai negara Islam, tak palah senator dia tak mengaku gitu. Bagi kita di Malaysia merujuk kepada berbelas2 pemimpin atasan negara baik peringkat pertengahan mahu pun atas2 seperti dulunya Hamid Othman, pengarah DBP Johan Jafaar dan ramailah lagi.
Era dah masuk tahap jubli ape.... kita merdeka masihkah lagi nak sorok asal usul kita. patut kita kena berlapang dada dan berbangga. memanglah semua orang nak sorok latar belakang dia yang tak baik, yang baik2 macam bersekolh takkang lah nak sorok juga, takut ke benda ?
Abah ... tak mahu lupa asal usul org kampung tetap org kampung

No comments: