Kementerian Pelajaran menganjurkan siri Jelajah Kempen Menangani Gejala Disiplin Murid di sembilan lokasi terpilih seluruh negara bermula 15 hingga 23 ini sebagai tanda komitmen membanteras masalah salah laku pelajar peringkat akar umbi.
Lokasi terbabit sekitar Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata siri jelajah itu sebahagian usaha berterusan kementerian mengawal gejala ponteng dan buli sempena cuti sekolah.“Kementerian konsisten dan tegas dalam hal ini dan tidak mahu tragedi yang menimpa seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Klana Petra, Ampangan, Seremban, Mac 2004 berulang,” katanya menerusi kenyataan media yang difaks kepada Berita Harian.Katanya, sejak dilantik menerajui kementerian itu dua tahun lalu, beliau memberi perhatian serius mengenai masalah disiplin pelajar dengan mewujudkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid.
Lokasi terbabit sekitar Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata siri jelajah itu sebahagian usaha berterusan kementerian mengawal gejala ponteng dan buli sempena cuti sekolah.“Kementerian konsisten dan tegas dalam hal ini dan tidak mahu tragedi yang menimpa seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Klana Petra, Ampangan, Seremban, Mac 2004 berulang,” katanya menerusi kenyataan media yang difaks kepada Berita Harian.Katanya, sejak dilantik menerajui kementerian itu dua tahun lalu, beliau memberi perhatian serius mengenai masalah disiplin pelajar dengan mewujudkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid.
Selain kempen, jawatankuasa itu turut membabitkan tayangan iklan di media massa seperti di TV3 dan RTM hingga Januari depan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat.Sebelum ini, iklan buli menggunakan slogan ‘Buli, Tiada Faedahnya’ ditayangkan, diikuti ‘Ponteng’ (Ponteng, Tiada Faedahnya) dan ‘Anak Kita, Tanggungjawab Bersama’ yang membabitkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).Hishammuddin berkata, kumpulan jelajah akan dilepaskan Timbalannya, Datuk Noh Omar, 15 Ogos depan di Berjaya Time Square, jam 3 petang.
Pelbagai aktiviti dijalankan selama jelajah lapan hari itu antaranya kuiz, menjawab soalan cepu emas, cabutan bertuah serta pertandingan berbentuk interaksi bersama orang ramai.“Peserta juga akan menjelajah bersama media elektronik, cetak dan stesen radio dengan memberi keutamaan di kawasan tumpuan awam khususnya remaja dan ibu bapa di pusat beli-belah,” katanya.Setakat ini, beliau berpuas hati kerana kempen itu menampakkan keberkesanannya berdasarkan peningkatan aduan berkaitan disiplin yang diterima sepanjang tahun ini.Bermula Januari hingga September lalu, kementerian menerima 143 aduan berbanding 80, tahun sebelumnya.Katanya, perubahan sikap dalam memberi aduan menerusi e-mail, faks dan talian bebas tol jelas menggambarkan kesedaran masyarakat terhadap isu berkenaan.
Nampak ke gaya kempen tangani gejala disiplin, jika benar bagai yang dilaporkan seperti perkara di atas, macam kempen politik saja iaitu ekspdesi dalam masa tempoh seminggu atau 7 hari keliling serentak ke negeri2 terpilih yang 'tegar' dengan laporan kes disiplin. Simboliknya selepas kempen pelancaran tu, maka sekolahlah kena buat tindak ikut. Begitulah tafsiran bagi penulis terhadap isu di atas.
Apa pun, kita sebagai golongan yang menilai , biasanya akan memberi nilai ke atas impak yang terkesan hasil daripada program. Nampak kah kita semua dengan konkrit atau tidak program di atas. Bila kita bercakap soal kempen, perkataan kempen itu sendiri sudah memberi taraf dan nilainya tersendiri, kempen tangani gejala dengan kempen menunjukkan kita kering idea. Kalau para pelajar lah, dalam menjawab soalan esei baik BM ke, Pengajian AM ke, jika letakkan salah satu fakta kempen itu sebagai idea utama, maka sah pelajar tu dah kering idea.
Maka taklah kerajaan yang ada, boleh tubuhkan institusi kajian dasar, tak kan masalah disiplin akar umbi kita nak gunakan senjata kempen. Dalam isu disiplin jika diletakkan nilai atau rangking dalam bentuk angka/nombor maka , katogeri kempen ni di letakkan nombor terakhir, iaitu sesudah ikhtiar2 yang lain di buat maka kempen ini sebagai pilihan terakhir.
Justeru, masalah displin yang begitu serius sampai peringakat, buli-bunuh, takkan lah kita memada dengan kempen dalam situasi zaman mellinium ni. nampaklah sangat kita koman sangat, banyak unit, banyak sektor, ramai golongan pemikir, duit banyak. Jika tak mampu Kementerian Pendidikan fikir dan rancang lantiklah consultan atau juru perunding mana2 buat kajian dan bentangkan cadangan kepada kita. Tak cukup dalam minta hok luar negeri. dalam hal2 lain kita boleh buat, takkan bagi membina anak bangsa demi masa depan negara , kita nak berkira sangat.
Nak balik kepada perancangan kembalikan dengan roh agama, nampak koman. Hah oleh kerana kita dah nak maju dan maju pun, buatlah cara kita, kerana ini dunia kita dan negara kita.
Abah... sedang cari salah orang kot
No comments:
Post a Comment