Tuesday, November 07, 2006

Selamatkan Agama dan negara.....

Benarlah bagai yang dikata oleh tokoh oposisi dalam satu seminar baru-baru ini. UMNO dan kerajaan BN/UMNO akan membangkitkan kembali isu Melayu dan menjadi jaguh perjuangan Melayu menjadi agenda terasnya kembali dalam meraih simpati dan sokongan rakyat terbanyak menjelang pilihanraya umum (PRU) 12 akan datang.
Perkara ini jelas sejak dua tiga hari ini, UMNO Johor yang berkonvensyen mendepani dan dahului UMNO negeri-negeri lain. Dari isu bahasa dalam Sains dan Matematik kepada isu lain. Nampak segar dan mendasar kembali nampaknya perjuangan UMNO Johor. Walaupun digugat dan digigit dengan kenyataan Sultan Johor agar dibuka Tambak Johor tu.
Telahan dan pandangan tokoh oposisi isu kedua yang UMNO cuba mainkan secara hebat dan besar2an adalah perjuangan Islam hadhari. Islam bawaan UMNO ini cuba papar dan beri gamabaran imej inilah Islam Liberal yang diamalkan di Malaysia. islam ini akan meraih sokongan dan simpati bukan Melayu. Kelunakan Islam Hadhari mula terkesan sekarang UMNO memang jenis pentingkan survive politiknya saja bagi memanjangkan jangka hayatnya.
Penulis tertarik artikel tulisan ustaz jefferi mei dalam weblognya yang mahu semua manusia Malaysia taat dan patuh kepada umara macam di atas ni. walaupun zalim. penulis tak faham apa jenis ustaz macam tu. Minta dia belajar memondok kalu dia orang utara sebelah Kedah banyak pondok2 bulih belajaq ilmu2 ini. Jiko dia orang Pantai Timur moh gi memondok ke Kelantan.
Abah ..... baru kenal dunia

No comments: