Monday, November 06, 2006

Jangan tinggalkan sejarah ....biar sejarah tinggalkan kita

Selepas beraya seminggu penulis berkesempatan mengikuti satu seminar. Dalam ucap utama perasmi seminar banyaklah pendedahan yang dibuat, tetamu yang dijemput tersebut bukanlah pemimpin besar negara tetapi kalangan oposisi yang dikira hebat jugalah.
Intipati ucap utama beliau banyak mencetuskan penyegaran minda supaya Melayu islam terus bervisi dan bermisi dalam hidup. Beliau tekankan antaranya selepas 1999 kedudukan orang Melayu paling lemah selepas merdeka, disisipkan dengan alasan dan fakta khusus dengan merujuk kepada kepimpinan negara. Hujah beliau dikira boleh diterima dan diakui.
Selain itu juga beliau tekankan kita kena lihat sejarah, biarlah katanya sejarah 2004 itu menjadi sejarah. Kita kena bangkit bangun hadapi suasana semasa dengan cara, method pendekatan yang berbeda dengan badi 2004 (merujuk kepada proses pemilihan kepimpinan negara).
Penulis kira apa pun kita kena belajar dengan sejarah, ia tak salah kerana cerminan diri, kekuatan dan dasar yang nak dibentuk kita kena toleh kebelakang lihat sama. mana2 yang baik mesti diteruskan akan kebaikan, jangan asyik membentuk sesuatu yang baru dan progresif sahaja kerana kita kena berhemah dan berhemat dalam mencorak generasi yang kita mahu acukan di masa depan.
Abah ... kot2 mana tengok sirah sokmo

No comments: