Thursday, November 16, 2006

Baguslah Muhasabah Diri Gitu....

Seronok juga, Perhimpunan Agong UMNO adalah juga menfokuskan kepada 'modal insan' Perwakilan Pahang Datuk Dr Ahmad Shukri bercakap antara isi cakapnya seperti berikut:-
JABATAN Belia hanya mempunyai seorang pegawai di setiap daerah untuk menjaga manusia tetapi sebaliknya berlaku apabila Jabatan Haiwan mampu menyediakan 10 pegawai untuk mengawal lembu dan kambing! Wakil Pahang, Datuk Ahmad Shukri Ismail, berkata kekurangan pegawai belia di setiap daerah kini dianggap kritikal kerana tugas menangani masalah sosial remaja tidak dapat dijalankan seorang pegawai saja.Justeru, beliau berharap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melihat masalah kekurangan pegawai belia di setiap daerah dan mengambil tindakan segera bagi menanganinya.Katanya, tugas pegawai belia dalam menggerakkan program bagi membentuk jati diri remaja mungkin sukar dijalankan sekiranya hanya seorang pegawai belia di setiap daerah.“Macam mana kita nak kawal manusia kalau seorang diberi tugas menjaga belia yang ramai, ini semua perlu dilihat kerana apabila remaja terbabit dengan masalah sosial, exco belia (kerajaan negeri) akan dicari untuk diminta penjelasan,” katanya ketika membentangkan usul ucapan dasar Presiden, semalam.Ahmad Shukri berkata, peruntukan kepada Jabatan Belia juga perlu ditambah dan disekat kerana dengan cara itu pelbagai program membabitkan golongan itu dapat dijalankan dengan baik.“Kalau kita belanja RM1 untuk sukan kenapa tidak boleh keluarkan belanja yang sama untuk belia kerana kita berusaha membentuk sahsiah golongan ini,” katanya.Beliau berkata, sehingga kini seramai 5.7 juta Rakan Muda berusia 15 hingga 25 tahun memerlukan pembimbing supaya mereka tidak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral.“Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) membelanjakan RM320 sebulan untuk seorang penagih manakala Rakan Muda hanya belanja RM2.50 sebulan,” katanya. Katanya, peruntukan RM20 juta untuk belia tidak mencukupi dan sukar bagi menjalankan program selain kemudahan untuk seorang pengerak Rakan Muda di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) ditarik balik.“Pegawai pengerak itu diletakkan di bawah Parlimen dan ini amat menyukarkan untuk menjalankan sebarang aktiviti,” katanya.Ahmad Shukri meminta Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melihat perkara itu kerana belia aset negara dan mereka bakal pewaris bangsa.
Bagi setiap Daerah di Pahang ada sebuah kompleks Belia atau Rakan Muda. Jika dilihat dari segi kos dan pembiayaan kerajaan membangunkan prasarana bukan sikit2 duit oi, makan jota2 kata bekas TPM almarhum Tun Ghafar Baba. Apa yang dikesalkan dahlah sukar dan payah dimakmurkan serta diimarahkan, dah tu bertutup sokmo, macamlah kompleks ini elit sahaja jadinya. Dalam kawasannya siap dengan gelangaggang2 squash, jim, macam2 lah. Itupun yang saya tengok di daerah Bera dan Maran, daerah Bera sikit besar.
Adakah pelajar2 sekolah tidak dikatogerikan sebagai belia, dengar khabar nak buat program kat sana dicasnya gila2 sikit tanpa kompromi, mana dia matlamat asal ditubuhkan nak manfaat ke untuk umum, ke nak niaga, nak niaga janganlah dengan bebudak sekolah , dia orang tak dok duit. Kalu guru2 kutip duit nanti dia orang ibubapa cakap sekolah2 ni tak cukup ke budget drp Kementerian Pelajaran , pegi ke mana budget tu , duit cukai kami gi kemana ? Payah nak jawab dan khaborkan.
Jadi para pegawai2 kementerian dan Jabatan Belia, buatlah sesuatu yang memanfaatkan belia2 setempat, selaraskan , nampak gaya Pemuda UMNO pun tak manfaatkan Kompleks Belia ni. Buatlah anjuaran kat dewan tu karakoke ke, pertandingan badminton ke, squash ke, Pendek kata boleh buat 1001 pertandingan lah.
Kalu tidak sewadan bukakan penggunaan kepada mana-mana pihak berminat. Biarlah kita manfaat daripada biar buruk. terdekat dio daerah Bera, nampak dalam setahun selepas siap adalah tak kurang drp 5 ke 6 program aje. hah macam mana ? kalau tak cukup kakitangan adakan kerjasama dengan mana2 jabatan lain, pakat molek2 boleh buat punyalah. Tak kanlah nak tunggu tambah pegawai baru kita nak gerak. tak kan nilai belia remaja kita macam lembu kot. Lembu kekadang kena serang penyakit mulut dan kuku sibuk kita rawat, takkan belai2 kita kat kampung bukan lagi setakat mulut, kaki, semua dah berpenyakit kurap panau banyak dah terubat tu...deras2 sikit bertindak
Pegawai Belia mintak2 bincanglah dengan Pegawai pendidikan daerah khusus di daerah2 yang ada kompleks Belia.
Abah ..... alahi sayang2 anak ditangan2kan sayangkan kompleks imarahkan lah

No comments: