Tuesday, October 17, 2006

Utusan Malaysia 16 Oktober 2006 melaporkan
" Dulu, saya hanya bekerja kampung untuk menampung keperluan hidup harian, tetapi saya sama sekali tidak akan menghantar adik-adik ke rumah anak-anak yatim kerana seboleh-bolehnya biar teruk kami menderita, biarlah kami bersama tanpa dipisahkan.

“Sekurang-kurangnya setiap kali Hari Raya, kami dapat beraya bersama terutama ketika mengunjungi pusara arwah bapa dan melihat ibu yang terlantar di Sungai Petani. Itulah rutin pada Hari Raya,” katanya ketika ditemui di rumah mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rumah yang didiami mereka sudah usang dengan tingkat atas tidak boleh lagi diduduki kerana bumbungnya bocor serta diserang anai-anai dan mereka kini terpaksa tinggal di ruang bawah yang agak sempit.

Malah lebih memilukan, mereka tidur bertilamkan simen.

Mohd. Shafifi berkata, bagi menambah pendapatan, tanggungjawab menyara keluarga turut dipikul bersama dengan adiknya, Siti Shafira yang bekerja sambilan di sebuah pusat membeli-belah di Changlun, dekat sini.
Sementara itu, Siti Shafira yang masih belajar di tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun memberitahu, setiap hari dia bangun awal untuk menyediakan sarapan sebelum ke sekolah.

Abangnya pula, kata Siti Shafira, akan menghantar dan mengambil adik-adiknya dari sekolah sebelum kembali semula ke tempat kerja.

“Balik dari sekolah, saya akan masak dahulu dan kemudian bergegas ke tempat kerja. Saya bekerja sekadar membantu abang kerana adakalanya belanja tidak mencukupi,” katanya yang hanya mendapat upah sebanyak RM3 satu jam.

Siti Shafira berkata, kepayahan membahagikan masa antara pelajaran dan tanggungjawab sebagai ‘ibu’ kepada adik-adiknya itu memang terlalu berat dan memenatkan, tetapi ia terpaksa ditelan demi kepentingan mereka sekeluarga."
Cetusan paparan dari cebisan cerita derita di atas, adalah antara satu daripada ribuan kes/kisah realiti insan yang dhaif dan naif dalam kehidupan dunia yang fana ini. Lihat betapa besar PENGORBANAN si abang, yang dengan penuh azam serta bersungguh2 mengambil tanggungjawab selaku ibuayah , bertindak tidak ingin pisah-pisahkan kasih sayang antara mereka. Ini adalah lahir daripada rasa keprihatinan si abang sebagai tanggungjawab penuhnya kepada adik2nya dalam keluarga tersebut.
Dalam pada itu , kita tercuit dan terpanggil dengan paparan kisah ADUN Pelabuhan Kelang , Zakaria Md Deros yang berjaya membina ISTANA RM5 juta nya yang dibina di sebelah kawasan rumah kos murah di Pandamaran.
Ini mungkinlah sebab kes ini berlaku dalam negeri Selangor Maju, kes di atas pula di negeri mundur. Ke Pak Dan ingat Perlis Maju juga kot.
Perbandingannya kita dapat lihat realiti kehidupan, datang lah tsunami depa buboh tapi sebanqnya ( taufan Al Qadim) dalam Al Quran cerita, manusia tak rasa takut dia kira kalu boleh kaut untung dari keuntungan dunia dia kaut, mungkin hadis ini depa pakai pegang sungguh2 kot, 'buatlah ibadah seolah2 nak mati esok hari, kautlah harta dunia seolah-olah nak hidup 100 tahun lagi. Mana dia tamsil ibarat dan semangat Abdul Rahman Auf dalam negara Islam Hadhari ini.
Zaman Islam Hadhari, nasib baik Pak Lah tak diangkat sama taraf dengan khalifah Umar Abd Aziz, nak sama taraf Umar Al Khatab jauhi lagi kot. Tentulah Pak Lah jawab under control lagi.
Hai Abah pun tak tau..lah
Abah.... Dunia Oh ...Dunia

No comments: