Saturday, October 14, 2006

Kekalkah kita dalam baris atau barisan ....!!!!

Tahukah kita, kita sudah didisiplinkan berada sentiasa dalam situasi 'berbaris' sejak berumur 7 tahun hingga 17 tahun, iaitu mulai tahun 1 sampai ke Tingkatan 6. Ini bermakna 10 tahun kita dilatih, dididik sentiasa berbaris khusus di institusi sekolah khas yang mendidik secara formal. Etika berbaris ini cukup lama. Ratusan kali kita berbaris, kalau dikira disiplin ini dapat mendisplin kita dalam semua aspek kehidupan.

Bagi tentera berbaris itu adalah satu 'silibus' wajib , malah dikira sebagai satu bentuk disiplin. Falsafahnya baris tentera mewujudkan etika untuk tepati masa, kekemasan, hormat, patuh dan taat kepada arahan dan bermacam bentuk yang tersirat. Kesan langsung ,ngapakah tentera walaupun sudah pencen atau tamat perkhidmatan , mereka bila berjumpa sesama kalangan mereka masih lagi amalkan displin tentera.

Ini dikira hasil daripada didikan yang diinstitusikan. Bagi kita masyarakat awam contohnya terkadang displin berbaris itu tidak wujud. Jika berlaku kesesakan jalanraya adalah kutu2 yang potong Q. maka tersiraplah darah mat2 sirap yang lain. Dalam lain keadaan contoh dalam membayar bil berlaku potong Q. Kini tak adalah dah pakai sisitem nombor itupun bila 46 tahun dah merdeka baru wujud sisitem nombor. Apa tak kena jika kita halusi dengan sistem pendidikan kita. Lahirkah manusia yang ingin kita manusiakan. Sejauhmanakah kemanusiaan itu dah menjadi manusia itu manusia.

Muktahir ini, saranan agar dasar pendidikan kini pelajaran dikaji perlulah disegerakan. Sebab kajian cuma baru peringkat permulaan belum lagi proses cadangan untuk dirombak. Malukan kita jika kita kembali kepada sistem asal (yang dibentuk British), jika dasar yang dibentuk oleh cerdik pandai kita 'anak merdeka' nampak caca marba, berubah-ubah dan tak konsisten. Bermula angkat Bahasa melayu kini nak berpengaantar BI kat IPTA, pendidikan seks nak diperkenalkan, tulisan jawi nak perkenal semula, BI digunapakai untuk subjek sains dan matematik. sampai bila kita nak 'paksa' benda ni, yang kita kata nampak perkasa, zaman pendemokrasian pendidikan, dunia tanpa sempadan ni. Mana dia disiplin kita 'roh' berbaris atau duduk dalam barisan itu tadi. Nampak sangat komen institusi formal sekolah berbanding dengan institusi ketenteraan itu tadi.

Kesan atau dampak lain, dilaporkan dalam media ada 50, 000 mat Rempit, berapa ramai hilang aqidahnya, berapa ramai hilang daranya, (edaran kondom percuma), penagih dadah atau Mat Candu di negara kita. Adalah ini sebab kita kekal lama dalam baris atau Barisan kot.

Abah .... kalau gitu kelour barisan lee

No comments: