Tuesday, October 31, 2006

Fikirkan dunia realiti dengan program Tv realiti ...!!!

Kita dua tiga hari dipaparkan dengan pelbagai laporan yang menarik. Selain isu Istana Zakaria Deros ADUN Pelabuhan Klang. Dua tiga perkara dilaporkan yang sempat dibaca berkenaan kajian keciciran di kalangan pelajar2 sekolah di Malaysia. Sebelum itu dalam dalam media massa juga dilaporkan ramai kanak2 yang banyak menonton TV jadi dungu dan biol berbanding dengan rakan2 yang tidak menonton TV.
Lebih menarik dan tertarik kita dapat berkongsi sama adalah dalam laporan Harian Metro Jumaat 20 Oktober 2006, Bekas Peserta Audition kemuka saman - Tuntut RM240,000. Peserta yang dimaksudkan itu adalah Shanorbiah Shamsir Alam, 20 tahun. Beliau peserta Audition pada 2004 telah dijanjikan dengan merakamkan album. namun janji tinggal janji sehingga 2006. Shanorbiah seorang peserta berasal dari Pasir Puteh Kelantan mendakwa , ' Selepas diumumkna mendapat kontrak rakaman itu saya menagadakan kenduri kesyukuran di kampung. ' Bagaimanapun, sehingga kini hampir tiga tahun masih tiada hitam putih mengenainya. Saya berasa tertekan dan malu kepada peminat dan rakan-rakan yang mengetahui saya mendapat kontrak rakaman.
" Saya kecewa kerana menolak untuk sambung belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Seni persembahan sebaik tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)".
Tambah Sjanorbiah berkata dia serik menyertai program realiti seumapama itu dan menasihatkan remaja tidak terlalu taksub dengan tawaran dijanjikan penganjur.
Jelaslah jika diambil pengajaran para remaja yang tergila-gila memburu dunia glamour dan ingin hidup dalam dunia seni dapat memikirkan. Tiada janji hidup mereka akan senang, jika dunia yang mereka impi dan kejarkkan tak kecapaian. Sebenarnya Shanorbiah memberi ingatan pelajaran itu adalah penting bila ia lepaskan peluang melanjutkan pelajaran di UiTM.
Kita tidak boleh membaca minda para remaja, namun kita dapat alur dan alirkan jika gerakan media massa secara tsunami tidak melanda minda mereka dengan hiburan dan matlamat berhibur dicernakan dalam kepala mereka para remaja kini.
Abah ..... sesak nafas buka TV

No comments: