Saturday, January 28, 2023

UMNO dr Tinta MSO

 

Pemecatan ahli, keberanian Zahid

Khairy, Hishammudin dan Razlan
antara dipecat dan digantung. Foto: FMT

 









SESUDAH SUBUH

PARTI Umno telah mencatat sejarah hitam terbesar semalam sejak penubuhannya 77 tahun lampau apabila memecat ratusan ahlinya termasuk empat pemimpin tertingginya. 

Tindakan itu diambil untuk membersihkan parti berkenaan daripada anasir yang mengkhianti parti yang dianggap keramat selama ini, apabila cuba melakukan sabotaj dan pengkhianatan kepada parti.

Empat pemimpin tertinggi terbabit dengan tindakan itu dibuat dalam mesyuarat MT Umno malam tadi; mereka adalah bekas Ketua pemuda Khairy Jamnaluddin Abu Bakar yang dipecat  terus daripada parti.

Yang lain ahli MT Umno Noh Omar yang mulanya digantung selama enam tahun tetapi turut sama dipecat apabila beliau "memohon" jasa baik Umno agar memecatnya terus dan permohonan itu direstui.

Pemimpin lain yang dikenakan tindakan digantung enam tahun, bekas Pemangku Ketua Pemuda yang juga bekas Nib Presiden Hishammmudin Hussein Onn, Naib Ketua Pemuda Shahril Hamdan Suffian, bekas Adun Tiram Mulizan Bujang dan bekas ahli Parlimen Jempol Salim Sharif. Lain-lain turut terbait ialah, lima ahli Umno Pasir Guang, sembilan ahli Umno Putrajaya, dua Tanjung Karang dan 26 ahli Umno dari Pahang. 

Mereka didakwa melakukan pelbagai kesalahan termasuk menjadi calon bebas dalam pilihan raya lalu.

Pengerusi Umno Johor yang juga bekas MB Hasni Mohamad juga terbabit dengan tindakan itu apabila digugurkan sebagai pengerusi Umno Johor tempatnya diganti Khaled Nordin. 

Seingat saya tindakan dibuat Umno semalam sejarah sepanjang penubuhan parti bernuansa Melayu itu. Sebelum ini Umno juga telah memecat bekas bekas Setiausaha Agungnya Annuar Musa dan menggantung beberapa ahli yang sekongkol dengan bekas ahli Parlimen Ketereh itu. Belum pernah Umno mngambil tindakan memecat ahli atas tujuan pembersihan secara beramai-ramai begitu. 

Pada tahun 1987 Umno telah terbelah dua apabila tema B yang diwujudkan semasa perlawanan merebut jawatan prsiden Umno antara Tengku Razaleigh Hamzah dengan Dr Mahathir Mohamad kemudian bertindak menubuhkan parti Semangat 46 bagi menentang Umno dan Dr Mahathir. 

Bagaimana pun tindakan mereka ketika itu bukan atas sifat mereka dipecat daripada parti, sebaliknya kerana Umno diisytiharkan sebagai tidak sah.

Peristiwa permecatan ratusan ahli malam tadi adalah satu sejarah buat Umno. 

Tindakan itu seprtti mana diramalkan sejak awal sesuatu yang berat dilakukan Umno khasnya presiden Zahid Hamidi tetapi terpakasa dibuat untuk menyelamatkan Umno dan juga kerajaan Perpaduan. Keutuhan kerajaan Perpaduan sangat bergantung kepada kehormonian dalam Umno. Tindakan itu bolehlah disifatkan ia dibuat mengikut usul fikh dimana sedia menghadapi mudarat kecil demi mengelakkan mudarat lebih besar.

Jika para anasir itu dibiarkan dalam Umno ia berpotensi untuk mencelarukankan parti itu dengan tindakan mereka lebih mementingkan kepuasan dan sahwat politik daripada kepentingan parti dan negara. 

Pucuk pimpinan Umno perlu menggambil tindakan itu apabila mereka yang dipecat itu disifat sebagai ansir boleh mencemar dan menimbulkan masalah kepada Umno. Tanpa menghuraikan lanjut sebab musabab mengapa mereka dipecat, setiap individu terbabit tahu dan mengerti serta merasa wajar mereka dipecapat. 

Justeru mereka tidak perlu bersoal dan mengungkitkan termasuk mempertikaikan iakan apakah pemecatan mereka itu mnggunakan undang-undang rimba atau hantu. 

Syabas kepada Zahid Hamidi atas apa yang berlaku. Meskipun beliau berat untuk menyaksikan keadaan itu berlaku dalam Umno ketika beliau menjadi presiden, tetapi itulah cara terbaik untuk beliau selamatkan parti. 

Persoalan kini ke manakah arah dan tuju mereka yng dipecat itu? Sebagai orang politik tidak mungkin mereka mendiam diri, sebaliknya akan terus bangkit sekurang-kurangnya untuk memuaskan hati sendiri. Di sini untuk masa ini saya tidak sedia mengulas dan membaca nasib politik mereka. Cuma apa yang ingin ditegaskan mereka tidak akan mendiamkan diri. Kalau pemecatan itu sesuatu menyakitkan mereka pasti akan berusaha mengubati diri mereka. 

Sebagai orang politik yang dinamik dan di dalam dirinya ada nafsu mereka akan tetap hidup dan berusaha untuk memasarkan diri mereka. 

Khairy Jamaluddin mengulas pemecatannya mengatakan dia setia dengan Umno dan tidak kecewa, tidak tunduk dan tidak terkesan. Kata-kata itu menggambarkan jiwa besar dan keegoaannya sebagai ahli politik. Dengan memahami sifat dan keperibadian Khairy beliau pasti akan melakukan sesuatu dengan tindakan itu. Saya akan cuba memberi pencerahana di masa lain. 

Cuma apa hendak disebut disini, mereka yang terbabit itu sekiranya sudah hilang kecintaan kepada Umno, ada ruang terbuka luas di luar sana. Jika mereka diibaratkan ikan, ada kolam dan lopak untuk mereka meneruskan kehidupan meskipun kena bernafas dalam lumpur. Mereka boleh menyertai Bersatu, atau Pas atau pun bergabung dengan rakan mereka yang lebih awal dipecat, Annuar Musa bagi menggerakan Ngo Mufakat Nasional (MN) untuk menukarnya menjadi parti politik. 

Parti-parti Bersatu dan Pas atau Gerakan akan mengetuk pintu kalbu mereka, memberi salam untuk bnersama mereka. Apakah mereka sedia menyambutnya terserah kepada mereka. Pokoknya di luar sana ada kolam dan lopak untuk survival mereka. [wm.kl. 9:04 am 28/01/2023] * tanpa edit. 


Thursday, January 19, 2023

LANGKAH PEMULIHAN UMNO....MUU

LANGKAH PEMULIHAN UMNO.....


Wednesday, January 18, 2023

Penubuhan MUU tepat pada masanya


JELANG DHUA 

DALAM perhimpunan Agung Umno (Pau) yang baru berlalu presiden Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan penubuhan Majlis Ulama Umno (MUU). Majlis ini dilihat mempunyai bidang kuasa lebih besar daripada biro agama yang sedia ada. 

Tokoh agama Umno yang juga bekas ahli Parlimen Tumpat Dusuki Ahmad telah dipilih dan dilantik menjadi pengerusi  majlis berkenaan. Keanggotaan penuh majlis itu dan strukturnya belum diumumkan. 

Selain Dusuki, bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) Pas Dr Khairuddin Aiman Razali juga disebut akan menganggotai majlis berkenaan. Dalam satu hantaran status dalam facebook presiden Umno Zahid Hamidi, perkara itu ada dibayangkan. 

Khairuddin juga merupakan bekas ahli Parlimen Kuala Nerus dan di antara yang dilantik menjadi pegawai Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi. Diyakini Khairuddin dengan pengalaman dan ilmu dimiliki diberi tanggungjawab berkaitan dengan hal ehwal dan pengurusan agama. 

Khairuddin adalah bekas tokoh dan agamawan dalam Pas yang dikatakan bertanggungjawab dalam merintis kerjasama Pas dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN) menjelang pilihan raya umum ke-15 lalu. Bagaimana pun usahanya berjalan sekerat jalan sahaja, ia berakhirnya dengan beliau memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas. 

Khairuddin dikatakan ada masalah peribadi menyebabkan usaha murninya mempersatukan Umno dengan Pas gagal apabila puncuk pimpinan Pas lebih selesa dengan Bersatu berbanding dengan Umno. Selepas kecewa nawaitunya tidak direstui beliau bertindak berundur daripada Pas secara terhormat. 

Selepas berundur daripada menjadi ahli Pas, beliau terus berjinak dan bermesra dengan Umno sehinggakan dalam piraum lalu beliau bertanding atas tikit BN di parlimen Kuala Nerus. Cita-cita dan hasratnya ingin mempertautkan persaudaraan Islam amat kuat. Apakah Khairuddin sudah menjadi ahli Umno secara rasmi?

Idea atau ilham untuk membentuk majlis agama dalam Umno diperkirakan disumbang oleh pemikirannya. Tidak ramai mengenali Khairuddin dan peranannya dalam Pas selaku perancang politik bernuasa Islam yang baik dan pernah berjaya. Kekalahan golongan Prolib dalam muktamar Pas tahun 2014 kemudian menyebabkan kumpulan itu keluar beramai-ramai daripada Pas dan menubuhkan parti cap "A", (2015) katanya gara-gara perancangan diaturkan oleh bekas menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi itu. Mengeluarkan golongan Prolib daripada Pas disifatkan sebagai rekod kejayaannya.  

Peranan dan fungsi MUU

Berbalik kepada MUU yang telah ditubuhkan itu ia bakal mengubah landskap politik dalam Umno secara tidak langsung ia meletakkan agama sebagai fungsi penting dalam parti itu. Majlis itu akan meletakkan Umno sama lebel dengan parti Pas dari sudut organisasi. MUU akan setanding dengan Majlis Syura Ulama Pas yang menjadi kuasa penentu dalam hal ehwal berkaitan agama, hukum dan berijtihad tentang sesuatu diambil oleh Pas. 

Justeru peranan MUU bukan sahaja setakat untuk menghimpun agamawan menyertai parti itu, menjalini ikatan persaudara Islam dengan dunia luar, atau memperkasakan agenda dakwah dan terbiah dalaman parti, untuk mempertahankan Umno daripada diserang sebagai kafir atau dibobokan sebagai parti yang unIslamic. 

Dalam pada itu MUU ini juga akan bertindak sebagai badan tertinggi dalam parti itu untuk memberi nasihat dan fatwa berkaitan dengan hal ehwal agama. Majlis ini boleh menjadi rakan atau badan peruding dengan majlis-majlis lain seumpamanya demi menjaga maruah dan harakat agama. 

Kalau biro agama sekadar menguruskan kegiatan keagamaan dalam parti itu, seperti "melepas batuk ditangga" tetapi majlis ini lebih jauh dan besar pernanan dan tanggungjawab daripada menjadi badan pemantau parti dalam hal ehwal agama dan memartabatkannya.

Kewujudan MUU ini tepat pada masanya kini, ketika penyebaran fahaman jahiliah yang songsang, sesat dan diluar syariah Islam dipergunakan secara meluas dalam politik. Sebuah parti politik bernuansa Islam tidak segan silu lagi memperalatkan agama untuk kepentingan politik mereka semata-mata sehingga tidak peduli mana yang haq dan batil. Penggunaan dan pengeksploitasian agama secarta rakus ini sangat merbahaya dan mengotorkan Islam itu sendiri. 

Apa dicanang oleh parti ini melalui strategi menggunakan agama untuk memperkukuhkan partinya sangat bahaya dan ia boleh merosakkan perpaduan dan berlaku perpecahan ummah. Fahaman sesat ini tidak boleh dibiarkan kerana ia membantut usaha membangun bangsa negara. Dalam pada itu sikap dan tindakan melampau parti ini boleh mengelirukan orang bukan Islam dalam melihat dan menilai martabat dan darjat sebenar Islam. 

Golongan paling terkesan dan termakan dengan dakyah politik menggunakan agama ini ialah golongan muda. Ini terbukti dalam pilihan lalu bila mana pengundi 18 tahun pertama kali mengundi telah membuat pilihan berdasarkan kempen yang berunsurkan agama yang membuat naratif jahiliah kalau undi selain daripada parti itu sebagai kafir dan masuk neraka. 

Dalam hal ini MUU boleh berpernan menjadi badan yang akan merumuskan sesuatu keputusan atau kaedah membenteras fahaman sesat politik jahiliah ini. Dalam hal ini MUU boleh menggubal fatwa untuk dijadikan panduan dan asas kepada kerajaan atau pihak berwajib bertindak mengharam parti berkenaan atau setidak-tidaknya mencadangkan penggunaan nama atau perkataan "Islam" dalam parti itu dibuang.

Walaupun perkataan "Islam" digunakan sebagai akronim parti itu hanya sebuah nama dan perkataan bulan hakikintya, tetapi ia diselewengkan dan diberi pengertian sebagai ia adalah agama yang perlu ditaati dan jika melanggarnya sebagai berdosa besar. 

Sudah sampai masanya parti politik yang menggunakan agama untuk mempengaruhi orang ramai sehingga melencung daripada ajaran dan syariah sebenarnya diambil tindakan. 

Selain itu MUU juga perlu mencari kaedah atau pun mengemukakan cadangan kepada pihak berkuasa agar bertindak kepada mana-mana individu yang menjadi agen kepada mana-mana politik yang menjadikan elemen agama sebagai modal kempen bagi tujuan politik sempit. Golongan ini galak menggunakan podium masjid atau surau untuk merancuni pemikiran jemaah. [wm.kl.9:21 am 18/01/2023]

Wednesday, January 04, 2023

UMNO BAKAL DIPULIHKAN ?

Nama pun berpolitik. Ia sentiasa berubah dan diubah. Macam la juga hari tu sebelum pru15. Macam-macam No DAP No Anwar No Komunis ..mcm2 no 


Buang pengkhianat dalam UMNO, sertai kempen ‘Asal bukan Zahid’


Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya atuk Tun Faisal Ismail Aziz menyokong kempen 'Asal bukan Zahid' digerakkan ketua-ketua bahagian UMNO di seluruh negara.


Semua ketua bahagian UMNO, ketua Pemuda, Puteri dan perwakilan diajak menyertai kempen ‘Asal bukan Zahid’ bagi memperbaiki kerosakan parti akibat tangan pengkhianat dan penggerak jajaran baharu.

Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membuat seruan itu setelah UMNO kini semakin ditolak oleh bangsa Melayu dan Islam, khususnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan PRU-15.


Dalam satu kenyataan, beliau yang sebelum ini pernah mencabar Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersumpah atas nama Allah berkaitan isu klip audio yang tular, dan surat sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata UMNO perlu dibersihkan daripada pengkhianat dan rejim lama.\


“UMNO sudah dilihat rosak dan semakin ditolak oleh masyarakat Melayu dan Islam. Ambillah kesempatan untuk bersihkan parti daripada pemimpin-pemimpin pengkhianat dan penggerak jajaran baharu.


“Old regime must go. Gunakan sebaik-baik undi anda untuk pastikan pemimpin yang gagal dalam PRU-14, yang ditolak oleh rakyat yang sudah menjadi liabiliti kepada parti, digantikan dengan pemimpin yang lebih bersih, yang diterima rakyat, yang boleh membawa pembaharuan terhadap UMNO.

“Zahid perlu digantikan. Pemimpin pembodek dia juga mesti digantikan supaya UMNO akan lebih diterima rakyat dan kembali kepada perjuangan asal.


“Berubah atau dikuburkan dalam PRU-16,” katanya mengulas kempen ‘Asal bukan Zahid’ yang dikatakan digerakkan oleh kira-kira 100 ketua UMNO bahagian di seluruh negara secara senyap terhadap Zahid.


Sebuah portal sebelum ini melaporkan, kempen ‘Asal Bukan Zahid’ bermula apabila beberapa Ketua UMNO Bahagian berjumpa Bendahari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussien agar mengambil tanggungjawab memulihkan UMNO.


Selain itu, laporan berkenaan juga menyebut bahawa sebahagian lagi telah berjumpa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menuntut perkara yang sama.

Portal berkenaan memetik sumber mendakwa ketua UMNO bahagian terbabit mendesak perubahan drastik dalam UMNO namun mereka tidak bergerak sebagai kumpulan yang besar.

Mereka mahu ketiga-tiga pemimpin ini bekerjasama menukar kepimpinan UMNO yang dilihat gagal membantu pemulihan parti itu.

Pemerhati politik pula berpendapat kempen ‘Asal Bukan Zahid’ itu kian mendapat sokongan berikutan tindakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu membawa UMNO menyertai kerajaan bersama PKR dan DAP.


Setakat ini difahamkan terdapat kira-kira 50 orang Ketua Umno Bahagian telah menyatakan sokongan kepada Hishammuddin bagi bertanding jawatan Presiden UMNO bagi menggantikan Zahid.

Malah diberitahu sudah beberapa siri pertemuan Ketua UMNO Bahagian bersama kumpulan Hishammuddin, Ismail Sabri dan Khairy sudah diadakan.


Kekalahan teruk UMNO pada PRU-15 membuatkan akar umbi mahukan gelombang perubahan dalaman parti dan juga teraju baharu bagi memberi nafas serta imej segar kepada parti supaya kembali relevan di hati rakyat.