Friday, December 31, 2021

Ops banjir: Boleh ke guna ayat ni...

Kini, rakyat khususnya negeri2 yg dsebutkan kena bersiap siaga dengan Gelombang ke 2 banjir. Negeri Kelantan, Pahang, Terengganu kena bertindak menjadi agensi sendiri yg jaga kebajikan diri sendiri.

Trend , terkini beberapa kawasan hot spot khas dinegeri2 yg disebutkan tadi kena berjaga-jaga

Cuma MEWA kata nk pasang siren banjir 2023 baru siap...

KWSP: Sembang kari kerajaan Melayu- Isle

Kerajaan meremehkan rakyat. Isu tetang pengeluran duit pencarum (rakyat) drp KWSP yg katanya berjumlah RM270 billion

Kot mana, kerajaan kata 'menjejaskan' pasaran modal negara. Kerana pengeluaran duit KWSP ini adalah semasa tua pencarum. Rata-rata pencarum dah tua, dan dok suruh simpan pulak kat anak cucu..

Dah masa muda kena tunggu sampai umur 55 thn, tu pun ada yg sempat dan yg x sempat. Nk guna masa lepas 55 tahun pun semasa hayat, pun x dapat nak keluarkan juga

Semau sembang kari, Bajet tengok tahun 2022 cecah mak oi....

Tuesday, December 28, 2021

BANJIR: Wajarkah kerajaan simpati ke syarikat insuran

Apabila, kerajaan amat perihatin terhadap syarikat insuran. Dilaporkan tuntutan oleh orang persendirian dan syarikat yg terkesan dengan banjir tahun ini dijangkakan mencecah antara RM2 billion  ke RM3 billion. 

Satu jumlah yang luarbiasa. Kesian sangat kerajaan ke syarikat2 insuran. Semua ni ada makna belaka..macam dalam filem P Ramlee ...dailongnya

Tahun ni je...tahun sejak depa buka syarikat. Untung berlipat berganda-ganda 

Yang duk dikesiankan adalah perniagaan depa. Ni rakyat total lost hasil kumpul dan buat umah 20 ke 30 tahun dalam sekelip mata...sapa nk kesian



Monday, December 27, 2021

BENCANA - FUNGSIKAN SEMULA ATM & PDRM

Bencana: Kembalikan Tugas Kepada PDRM & ATM Sebelum Terlambat – Tun Mohammed Hanif Omar

KUALA LUMPUR, 26 Disember 2021 – Keadaan kelam kabut pengurusan bencana banjir yang tidak cekap di Malaysia hari ini mendapat perhatian banyak pihak termasuk mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar yang turut menasihatkan semua pihak agar pulang ke pangkal jalan, sebelum terlambat.

“Nasihat saya, balik ke pangkal jalan dan serah kembali tugas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menerajui agensi-agensi awam di bawah POMAN atau Public Order Manual yang ditandatangani oleh Inspector General of Police (IGP) dan Panglima Angkatan Tentera (PAT),” tegas Tun Mohammed Hanif Omar.

Beliau berkata, jika dahulu kita ada Pusat Kawalan Malaysia, (MCC-Malaysian Control Centre), Suruhanjaya Aduan Khas (SCC-Special Complaints Commission) dan Pusat Kawalan Daerah (DCC-District Control Center) di 3 peringkat PDRM ini dan di situlah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta wakil agensi-agensi kerajaan berpusat.

“Tetapi, ada lain pihak hendakkan kuasa dan kejar kemasyhuran atau populariti agaknya dan merampas peranan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA (National Disaster Management Agency), malangnya mereka ini tak tahu buat kerja kerana tidak terlatih dan tak pernah berlatih.”

Ia amat berbeza dengan polis, tentera serta Palang Merah waktu dahulu yang diberi latihan secukupnya.

“Mereka dahulu menjalani latihan paper moves dan physical moves tiga atau empat bulan sekali sehingga petugas-petugas sangat terlatih, cekap dan cukup mahir untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti bencana banjir yang sedang berlaku di negara kita hari ini dan sebagainya,” tambah Tun Mohammed Hanif.

Menyentuh persoalan mengenai apakah banjir yang sedang melanda Malaysia sekarang ini permulaaan kepada krisis iklim, beliau berkata, perkara ini tiada permulaan yang mendadak kerana ia telah bermula lama dahulu sedikit demi sedikit.

“Kemungkinan banjir yang sedang melanda Malaysia sekarang tidaklah seteruk yang diramal akan berlaku kerana Monsun (Timur Laut) belum sampai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Jadi bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan yang lebih besar mengenai bencana alam ini.”

Justeru, beliau menegaskan dan menasihatkan agar semua pihak menyerahkan kembali tugas menguruskan bencana kepada PDRM dan ATM.

“Sekali lagi saya nasihatkan semua pihak agar pulang ke pangkal jalan, serah kembali tugas kepada PDRM dan ATM untuk menerajui agensi-agensi awam di bawah POMAN yang ditandatangani oleh IGP dan Panglima PAT, sebelum terlambat,” kata beliau mengakhiri kenyataan.

Bencana: Kembalikan Tugas Kepada PDRM & ATM Sebelum Terlambat – Tun Mohammed Hanif Omar

Sunday, December 26, 2021

BANJIR : TUTUP TIRAI 2021

Tirai 2021 diakhir dengan BANJIR BESAR. Istimewa banjir besar fokus ke kws yg LUAR KEBIASAAN. Semua pakat marah, marah berjemaah. 

Yang loklaknya menteri seramai 70 org..Depa pakat pi cuti cuti bukan setakat Msia..tapi pi luar negara. 

Yang kita salute..rakyat bantu rakyat. Pakat2 derma bagi sekeping dua, masa tenaga duit depa pakat2 donate..pi sana sini, 

Ada yg kena sekat, nak bagi barang donate sendiri, ada yg sekat pula....alasan demi itu ini

Malaih dah nk ck banyak, tapi salute tentera yg manusia x nampak, tapi Yang Maha Kuasa nampak