Tuesday, November 23, 2021
PERLU KE: DSAI LETAK JAWATAN ?
Saturday, November 20, 2021
PRN MELAKA : BN SAPU
malaysiakini
BARISAN NASIONAL
UMNO
MIC
MCA
malaysiakini
PERIKATAN NASIONAL
BERSATU
GERAKAN
PAS
malaysiakini
PAKATAN HARAPAN
PKR
AMANAH
DAP
Kerusi
Pemenang
N1 Kuala Linggi
BN (UMNO)
N2 Tanjung Bidara
BN (UMNO)
N3 Ayer Limau
BN (UMNO)
N4 Lendu
BN (UMNO)
N5 Taboh Naning
BN (UMNO)
N6 Rembia
BN (UMNO)
N7 Gadek
BN (MIC)
N8 Machap Jaya
BN (MCA)
N9 Durian Tunggal
BN (UMNO)
N10 Asahan
BN (UMNO)
N11 Sungai Udang
PN (BERSATU)
N12 Pantai Kundor
BN (UMNO)
N13 Paya Rumput
BN (UMNO)
N14 Kelebang
BN (MCA)
N15 Pengkalan Batu
N16 Ayer Keroh
PH (DAP)
N17 Bukit Katil
PH (AMANAH)
N18 Ayer Molek
BN (UMNO)
N19 Kesidang
PH (DAP)
N20 Kota Laksamana
PH (DAP)
N21 Duyong
BN (UMNO)
N22 Bandar Hilir
PH (DAP)
N23 Telok Mas
BN (UMNO)
N24 Bemban
PN (BERSATU)
N25 Rim
BN (UMNO)
N26 Serkam
BN (UMNO)
N27 Merlimau
BN (UMNO)
N28 Sungai Rambai
BN (UMNO)
Thursday, November 18, 2021
MASALAH Bekalan Air SAMPAI BILA ?
Wednesday, November 17, 2021
JANGAN SERANG NGAT LEBAI
Jangan SERANG sangat Lebai. Daam kes menteri agama 'bertindak kasar' terhadap pertanyaan seorang wartawan FMT , yg bertanya soal arak.
Parti lebai baru berapa saja kerusi aje dalam kerajaan BN-PN. Dan depa ni baru sja duk kat kerusi tu, mana tau 'sepak terajang' , Dan yg depa biasa adalah dulu 'bangkang' saja.
Nk teon, sebagai sifat 'pegawai kerajaan' kenaah ambik masa ..kan
Satu lagi , jangan sangat SERANG menteri MEWA dia dah buat yang terbaik tu...berucap dalam BM di persidangan Alam Sekitar ..ok tu..
Saturday, November 13, 2021
ABAH: SEKALI TEKAN BUTANG !!
Amboi abah..nk tekan butang je kerja dia. Betoi hari tu sekali dia tekan atuk pun terbang. Mana nak tahan dengan abah
'Saya tekan
butang sekarang, jatuh kerajaan Johor'
Jasin: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar tindakan
veteran Umno Tan Sri Shahrir Samad yang mencabar Bersatu menarik sokongan
kepada Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.
Menyifatkan cabaran itu sebagai 'tidak bijak',
Presiden Bersatu itu jelas berang dengan kenyataan Shahrir yang disifatkan
memberi risiko keselamatan rakyat Johor yang mungkin menyebabkan Pilihan Raya
Negeri (PRN), jika Bersatu menarik sokongan.
"(Cabaran) itu berniat jahat. Shahrir nak
macam mana berlaku di Melaka, berlaku di Johor.
"Jangan cabar saya. Sekarang saya boleh tekan
semua butang, semua jatuh. Kamu nak itu berlaku? Saya tak takut, tapi saya
fikirkan nasib rakyat Johor.
"Tengok di Melaka. Jahat. Kerajaan sudah ada.
Dia sendiri tumbangkan. Shahrir cabar Bersatu tarik sokongan supaya pemimpin
itu jatuh. Bijak atau bodoh? Minta maaflah," katanya pada sidang media di
sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas
kenyataan Shahrir semalam, yang mencabar Bersatu menarik sokongan kepada
Menteri Besar Johor.
Ia susulan ketika Muhyiddin berucap pada satu
majlis di Shah Alam, semalam, menyifatkan Umno sebagai parti yang mementingkan
diri sendiri, walaupun ketika rakyat berdepan ancaman Covid-19.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pemimpin
politik sewajarnya memikirkan soal rakyat dalam tempoh sukar ketika ini, selain
mendakwa cabaran Shahrir dibuat kerana beliau marah akibat tewas pada Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
"Kalau nak buat, saya boleh buat tapi saya tak
nak buat sebab saya kasihan dengan rakyat Melaka.
"Takkan saya nak buat di Johor, bodohlah saya.
Cabaran itu sangat tidak munasabah, kenyataan politik yang amat tidak
bertanggungjawab. Sepatutnya, orang Johor marah Shahrir," katanya.
Wednesday, November 10, 2021
BENARKAH: ANALISA INI ?
SAHABUDIN BERPENDAPAT....
Pas pilih PN
kerana tidak mahu kongsi kerusi dengan Umno di Kelantan, Terengganu, Kedah
Oleh SHAHBUDIN HUSIN / November 10, 2021
Rasa tidak puas hati Umno terhadap Pas kerana akhirnya memilih bersama
Perikatan Nasional atau PN dan tidak bersama Muafakat Nasional (MN) dalam PRN
Melaka masih lagi berlanjutan, walaupun hari penamaan calon sudah berlangsung
semalam.
Seharusnya, selepas saja penamaan calon diadakan, semua parti mesti
fokus kepada hari pengundian dan melupakan perkara lalu yang mungkin
menyakitkan.
Mengenang cerita semalam yang melukakan tentu saja merupakan gangguan
yang menghalang kelancaran untuk terus melangkah ke hadapan.
Tetapi hari ini melalui laporan media, Timbalan Presiden Umno, Mohamad
Hasan dan Naib Presidennya, Khaled Nordin masih lagi memperkatakan mengenai
pendirian Pas itu.
Kedua-duanya, secara langsung dan tidak tidak langsung, tampak kekal
menyalahkan Pas kerana menolak kerusi yang ingin diberi Umno di PRN Melaka
serta keinginan parti itu pada waktu yang sama mahu mendamaikannya dengan
Bersatu. Bagi Umno, sikap Pas itu tidak boleh diterima, sama seperti Umno juga
tidak pernah cuba mahu mendamaikan Pas dengan AMANAH.
Realitinya, walaupun semua orang boleh menjangkakan masa depan Pas akan
lebih cerah jika bersama Umno, tetapi mengapakah parti itu lebih memilih
Bersatu melalui PN berbanding MN?
Tidak cukup dengan itu, Pas juga sanggup melupakan lambangnya sendiri dan
setuju menggunakan logo PN dalam pertaruhan di Melaka ini.
Apakah Pas tidak lagi mementingkan penyatuan ummah? Sesungguhnya apa
yang dilakukan Pas ini adalah suatu pengorbanannya yang besar kepada Bersatu
dan PN.
Di waktu yang sama, sementara masih kedengaran suara-suara dalam Pas
sendiri yang mengatakan MN masih belum mati, namun Presiden Pas, Hadi Awang
telah memberi isyarat yang jelas agar ahli dan penyokong parti itu memberi undi
mereka kepada PN pada 20 November depan ini.
Dengan itu, pertempuran di Melaka ini bukan saja melibatkan PN dan BN,
selain PH, tetapi juga khusus antara Umno dan Pas.
Tambahan itu, Umno dan Pas akan berlawan sesama sendiri di tujuh
daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Dengan itu, bukan saja pertempuran, cerca-mencerca dan menuruh sesama
sendiri tidak lagi dapat dielakkan, bahkan luka serta calar-balar akibat
daripadanya juga pasti akan berpanjangan.
Sekaligus, berbanding untuk memulihkan MN selepas PRN Melaka, lebih
mungkin yang berlaku ialah putus hubungan terus antara Pas dan Umno.
Sebagaimana BN ingin solo di PRN Melaka kerana berasakan mereka boleh
memenanginya tanpa bekerjasama dengan sesiapa, Pas juga sebenarnya ada
perkiraan tersendiri dalam hal ini.
Pas lebih memilih bersama Bersatu melalui PN di Melaka adalah
semata-mata kerana tidak mahu terhutang budi dengan Umno dalam berkongsi kerusi
di negeri-negeri yang sedang dikuasainya iaitu di Kelantan, Terengganu dan
Kedah.
Jika Pas setuju bekerjasama dengan Umno di Melaka dan terhutang budi
menerima kerusi yang diperuntukkan parti itu, mahu tidak mahu, Pas juga harus
membalasnya dengan memberi sebahagian kerusi mereka di Kelantan, Terengganu dan
Kedah kepada Umno.
Di ketiga-tiga negeri itu, Pas bukan saja sukar berkongsi kerusi, malah
secara sendirian pun mereka mampu untuk mengekalkan kuasa serta memenangi
beberapa kerusi Parlimen.
Secara mudahnya, bersama Bersatu sudah lebih daripada cukup untuk Pas
bertahan menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam PRU15 akan datang.
Dengan menolak bekerjasama dengan Umno di Melaka, maka Umno selepas ini
jangan haraplah untuk mendapat belas ihsan Pas mendapat sebarang perkongsian
kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Dalam hal ini, Pas sebenarnya tidak peduli pun siapa jadi kerajaan pusat
selepas PRU15 akan datang kerana mereka bila-bila masa boleh menyesuaikan diri
dan mencipta dalil untuk menghalalkan laluan ke arah bekerjasama dengan sesiapa
saja yang menjadi kerajaan.
Begitu juga dengan lain-lain negeri, ia tidaklah sepenting mengekalkan
kuasa di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang memang merupakan tapak kukuh bagi
Pas.
Yang penting bagi Pas, mereka mesti ada sejumlah kerusi Parlimen dalam
genggaman agar boleh menyesuaikan diri dengan mana-mana parti dan tidak hilang
cengkaman di tiga negeri ia bertapak kukuh itu.
Semua cita-cita itu sudah boleh mereka dicapai melalui hubungan dengan
Bersatu melalui PN dan tidak memerlukan pun kekuatan MN atau pertolongan
daripada Umno.
Monday, November 08, 2021
PRN MELAKA: SENARAI PENUH CALON
KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Muhammad Ariff Adly Mohammad (Bebas/IND)
Datuk Ashraf Mukhlis Minghat (PH-Amanah)
Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN-UMNO)
(2018: Datuk Noor Effandi Ahmad: PH-Bersatu: Maj: 1,288)
(2021: Menjadi Bebas)
N04: LENDU (10,561)
Mohamad Asri Ibrahim (PH-PKR)
Datuk Seri Sulaiman Md Ali (BN-UMNO)
(2018: Datuk Seri Sulaiman Md Ali: BN-UMNO: Maj: 627)
N02: TANJUNG BIDARA (10,133)
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (BN-UMNO)
Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Bersatu)
(2018: Datuk Md Rawi Mahmud: BN-UMNO: Maj: 2,864)
N10: ASAHAN (15,745)
Fairul Nizam Roslan (BN-UMNO)
Azmar Ab Hamid @ Sha’aim (Bebas/IND)
B.Dhanesh (PN-Gerakan)
Datuk Seri Idris Haron (PH-PKR)
Mohd Akhir Ayob (Bebas/IND)
(2018: Datuk Seri Abdul Ghafar Atan: BN-UMNO: Maj: 275)
N19: KESIDANG (37,304)
Seah Shoo Chin (PH-DAP)
Leong Hui Ying (BN-MCA)
(2018: Seah Shoo Chin (Allex Seah): PH-DAP: Maj: 14,612)
N16: AYER KEROH (25,945)
Kerk Chee Yee (PH-DAP)
Datuk Seri Micheal Gan Peng Lam (PN-Gerakan)
(2018: Kerk Chee Yee: PH-DAP: Maj: 9,261)
N11: SUNGAI UDANG (22,793)
Dr Mohd Aleef Yusof (PN-Bersatu)
Hasmorni Tamby (PH-PKR)
Mohd Zahar Hashim (Bebas/IND)
(2018: Datuk Seri Idris Haron: BN-UMNO: Maj: 2,229)
(2021: Menjadi Bebas)
N20: KOTA LAKSAMANA (28,777)
Low Chee Leong (PH-DAP)
Low Chin Hong (BN-MCA)
(2018: Low Chee Leong: PH-DAP: Maj: 16,173)
N24: BEMBAN (18,573)
Azmi Kamis (Bebas/IND)
Mohd Yadzil Yaakub (PN – Bersatu)
Tey Kok Kiew (PH – DAP)
Koh Chin Han (BN – MCA)
(2018: Datuk Dr Wong Fort Pin: PH-DAP: Maj: 1,345)
N02: TANJUNG BIDARA (10,133)
Zainal Hassan (PH-PKR)
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (BN-UMNO)
(2018: Datuk Md Rawi Mahmud: BN-UMNO: Maj: 2,864)
N03: AYER LIMAU (11,227)
Dr. Nordina Abd Latif (PN-Bersatu)
Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-UMNO)
(2018: Datuk Amirudin Yusof: BN-UMNO: Maj: 1,479)
N17: BUKIT KATIL (25,410)
Abdul Hamid Mustapah (Bebas/IND)
Adly Zahari (PH-Amanah)
Muhammad Al Afiz Yahya (PN-PAS)
(2018: Adly Zahari: PH-Amanah: Maj: 3,159)
N13: PAYA RUMPUT (26,455)
Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin (PH-PKR)
Muhammad Faris Izwan Mazlan (PN-Bersatu)
Mohamad Hashidi Mohd Zain (Putra)
Mohd Jaini Dimon (Bebas/IND)
(2018: Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen: PH-Bersatu: Maj: 4,259)
(2020: Menjadi PN-Bersatu)
N06: REMBIA (15,756)
Zamri Pakiri (PH-PKR)
Sabarudin Kudus (Bebas/IND)
Datuk Muhammad Jailani Khamis (BN-UMNO)
Zamzuri Arifin (PN-Bersatu)
(2018: Datuk Muhammad Jailani Khamis: PH-PKR: Maj: 1,814)
(2021: Menyertai BN-UMNO)
N05: TABOH NANING (8,661)
Zulkiflee Mohd Zin (BN-UMNO)
Zairi Suboh (PH-Amanah)
(2018: Datuk Latipah Omar: BN-UMNO: Maj: 740)
Zahari Abd. Kalil (BN-UMNO)
Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab (PH-Amanah)
Ja’afar Othman (PN-PAS)
(2018: Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab: PH-Amanah: Maj: 763)
Ahmad Bilal Rahudin (PN – PAS)
Muhammad Khomeini Kamal (PH – Amanah)
Datuk Zaidi Attan (BN – UMNO)
(2018: Datuk Zaidi Attan: BN-UMNO: Maj: 2,737)
Law Bing Haw (PH-PKR)
Abdul Aziz Osani Kasim (IMAN)
Azlan Daud (Bebas/IND)
Tai Siong Jiul (PN-Bersatu)
(2018: Datuk Ginie Lim Siew Lin: PH-PKR: Maj: 1,336)
Datuk Lim Ban Hong (BN-MCA)
Datuk Gue Teck (PH-PKR)
(2018: Datuk Gue Teck: PKR: Maj: 789)
Datuk Nor Azman Hassan (PH-Amanah)
Tuminah Kadi @ Mohd Hashim (BN-UMNO)
(2018: Datuk Nor Azman Hassan: BN-UMNO: Maj: 772)
(2021: Menjadi Bebas/Became IND)
B. Prasanth Kumar (PH-PKR)
Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-UMNO)
(2018: Datuk Ghazale Muhamad: BN-UMNO: Maj: 536
Julasapiyah Kassim (PH-Amanah)
Kamisan Palil (Bebas/IND)
Aziah Mohd Sa’ad (PN-PAS)
(2018: Datuk Ismail Othman: BN-UMNO: Maj: 1,372)
Ahmad Muaz Idris (Bebas/IND)
Mohd Fadly Samin (PN-Bersatu)
Mohd Rafee Ibrahim (PH-PKR)
(2018: Datuk Rahmad Mariman: BN-UMNO: Maj: 1,805)
Leng Chau Yen (PH-DAP)
Lee Kah Sean (BN-MCA)
Clarice Chan Ming Wang (PN-Gerakan)
(2018: Tey Kok Kiew: PH-DAP: Maj: 11,313)
Dr Muhamad Akmal Saleh (BN-UMNO)
Abd Alim Shapie (PN-PAS)
(2018: Datuk Roslan Ahmad: BN-UMNO: Maj: 130)
Farzana Hayani Mohd Nasir (PH-PKR)
Nazatul Asyraf Md Dom (Putra)
Siti Faizah Abdul Azis (BN-UMNO)
(2018: Datuk Hasan Abd Rahman: BN-UMNO: Maj: 1,669)
Azafen Amin (Bebas/IND)
Laila Norinda Maon (Putra)
Mohan Singh (Bebas/IND)
Mohd Amir Fitri Muharam (PN-Bersatu)
G. Saminathan (PH-DAP)
(2018: G. Saminathan: PH-DAP: Maj: 307)
Mohd Azrudin Md Idris (PN-Bersatu)
Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas/IND)
Dr Mohd Aluwi Sari (Putra)
Datuk Kalsom Nordin (BN-UMNO)
(2018: Datuk Norhizam Hassan Baktee: PH-DAP: Maj: 2,756)
(2020: Menjadi Bebas)
CUACA EXTREAM: PERANAN KITA
Bumi
makin panas
Rashiqah
Ilmi Abd Rahim - Mac 1, 2015 @ 12:01am
rasyiqah@bh.com.my
ORANG ramai semakin resah dengan cuaca panas melampau dan suhu tinggi apabila panahan terik matahari dikhuatiri boleh menjejaskan aktiviti seharian, terutama membabitkan pertanian dan ternakan serta kemungkinan mengundang kebakaran hutan dan sebagainya.
Negara pernah mencatat suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada tahun 1998, sehingga menyebabkan kemarau panjang di sebahagian kawasan di negara ini manakala suhu kedua tertinggi, iaitu 38.9 Celcius dicatatkan di kawasan sama pada 18 Mei tahun lalu.
Pada 21
Februari baru-baru ini, kawasan yang sama masih mencatat suhu agak tinggi,
iaitu 35.9 darjah Celsius manakala Alor Setar, Kedah di tempat kedua dengan
catatan 34.9 darjah Celsius.
Cuaca
panas terik yang melanda negara ketika ini berlaku disebabkan fenomena ekuinoks
selain peringkat akhir Monsun Timur Laut, iaitu keadaan cuaca yang lebih
kering, terutama di utara Semenanjung dan dijangka berterusan sehingga
pertengahan Mac ini.
Walaupun Jabatan Meteorologi menyifatkannya fenomena biasa, ia tidak seharusnya dipandang remeh kerana pada cuaca suhu tinggi dan kering, kebakaran sama ada di kawasan hutan, kawasan lapang atau sebagainya mudah berlaku jika tiada kawalan dan menyebabkan masalah lain.
Bagaimanapun, petanda buruk terhadap suhu cuaca panas seperti kemarau panjang pada ketika ini belum dapat dilihat dengan jelas kerana perubahan cuaca melampau sejak kebelakangan ini.
Lebih membimbangkan, panel iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa dunia akan menjadi semakin panas, manakala suhu Bumi dijangka meningkat sehingga 4.8 darjah Celsius pada abad ini.
Panel
berkenaan juga menegaskan bahawa gelombang panas, banjir dan paras air laut
yang meningkat adalah antara ancaman yang semakin kerap melanda dengan 95
peratus panel berkenaan yakin bahawa manusia adalah punca pemanasan global
berdasarkan pemerhatian sejak 60 tahun lalu.
Monday, November 01, 2021
Apa Masalah Fizi PKR ?
Apa masalah Rafizi..Wajarkah dia debat secara umum. Guna lah SALURAN yg tepat SALUR kan rasa 'tidakpuashati' masalah.Nampak macam CERDIK Fizi ni..
Ya..Semau yg M Sabu fikir, bukan BETOL dan TEPAT. Kita boleh bersetuju. Rakyat dah mula meluat dengan semua POLITIKUS dalam Malaysia. jangan kuat sangat RACUN
nanti DAP MEMERINTAH KOT..Yang sudah kena SUDAH lah
Rafizi bidas Mat Sabu ‘membisu’ kedudukan 3 ADUN Melaka
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR membidas tindakan Amanah yang membisu berhubung kedudukan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang terbabit menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Umno.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan individu yang berkeras mahu menerima “katak” ke dalam khemah Pakatan Harapan (PH) adalah Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Pengerusi Amanah Melaka yang juga bekas Ketua Menteri, Adly Zahari.
Rafizi mendakwa pimpinan Amanah menggunakan alasan kononnya trio bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) mampu membawa lonjakan kepada pakatan itu di pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini.
Bagaimanapun katanya, isu mengenai nasib tiga ADUN itu seolah-olah “ditanggung” sendiri oleh PKR.
“Selain hanya segelintir pimpinan PKR mahu menerima ‘katak’ terbabit, yang berkeras nak ambil katak-katak untuk PRN Melaka, adalah Mat Sabu dan Adly dari Amanah.
“Alasannya bagi lonjakan seperti Mahathir konon bagi lonjakan semasa PRU14. Yang kena maki dan jawab Anwar Ibrahim (Presiden PKR),” katanya.
Beliau juga membidas tindakan Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, yang hanya “lincah” dalam mesyuarat PH tetapi membisu di luar.
“Mat Sabu tolonglah jawab sekali, jangan bising masa mesyuarat PH saja. Sudah sampai masanya Presiden Amanah dan Pengerusi Amanah Melaka pula cuba meyakinkan