Sunday, October 31, 2021

Bumiputera & Penjawat Awam: Salah habihkan duit negara ?

Mujurlah Zaid Ibrahim, tak tanya dekat diri dia..kenapalah dia dilahirkan Melayu ? Marahnya kepada kaum bumiputera bukan alang kepalang...

Raikan, saja 'pandangan' bernas mantan YB dan mantan menteri ni....


Bertuah jadi Bumiputera, penjawat awam, sindir Zaid

Bekas Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim berkata golongan Bumiputera dan penjawat awam sentiasa bertuah di negara ini.

PETALING JAYA: Bekas Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim, menyatakan betapa “bertuahnya” menjadi Bumiputera atau bekerja sebagai penjawat awam, susulan pengumuman berbilion peruntukan dan manfaat lain diterima dalam Bajet 2022.

Dalam Bajet 2022 diumumkan hari ini, sejumlah RM11.4 bilion diperuntukkan bagi program Bumiputera, dengan RM6.6 bilion daripadanya disalurkan kepada program pendidikan Bumiputera.

Selain itu, lain-lain peruntukan bagi Bumiputera membabitkan RM4.8 bilion untuk melaksanakan pelbagai program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan bawah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, TEKUN Nasional dan Dana Kemakmuran Bumiputera.

Dalam hantarannya, Zaid berkata, “Bertuah jadi Bumiputera…berbilion sudah disediakan,” katanya di Twitter.

Katanya, Malaysia menjadi satu-satunya negara di dunia, yang mana bajet dirangka mengikut kaum.

Zaid berkata, turut “bertuah” adalah penjawat awam susulan kumpulan berkenaan “sentiasa mendapat bantuan tunai” ketika pengumuman bajet dan Hari Raya.

Antara manfaat diterima 1.3 juta penjawat awam dalam Bajet 2022 adalah bantuan khas RM700 dari Gred 56 dan ke bawah, manakala pesara menerima RM350, membabitkan sejuta pesara, dengan nilai keseluruhan pembayaran itu RM1.3 bilion.

Selain itu, mereka turut menerima manfaat lima cuti tambahan tanpa rekod dan 2% kadar faedah pinjaman bagi pembelian komputer dan telefon pintar.

Dalam pembentangan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, sejumlah RM140 juta diperuntukkan kepada JAKIM bagi menyelenggara antaranya sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok berdaftar iaitu meningkat berbanding RM100 juta pada 2021.

Katanya, peruntukan penyelenggaraan kepada lebih 10,000 sekolah bawah Kementerian Pendidikan akan diagihkan mengikut jenis sekolah berdasarkan kadar seragam.

Bagi 2022, sebanyak RM120 juta disediakan untuk manfaat 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Logo PAS PRN MELAKA : Lawak ?

PRN Melaka..cadangan TITM supaya PN gunakan LOGO PAS bukan lawak. Cadangannya walaupun nampak macam lawak. Kita faham parti2 dalam PN tidak dapat menerima 'penafian' peranan dan keberadaan mereka, kerana PPBM rata-rata datng daripada 'induk' UMNO

UMNO mana ada dalam kamus hidup mereka, menyerah sebelum berjuang, walaupun apa yg berlaku. Perkiraan depa macam pola fikir ala UMNO

PAS di Melaka adalah 'amat'lama. Walaupun rakyat beri undi hanya 15 peratus sahaja. Pola fikir pengundi bkn depa x percaya PAS, tetapi bab memerintah 'rakyat Malaysia' tidak yakin PAS dapat perintah. Walaupun dibri apa-apa sahaja hujah atau alasan.

Rakyat bab memerintah 'mmg depa' tak percaya kepada PAS

Gerakkerja PAS bersama rakyat okay. Dekati rakyat okay. Cuma bab memerintah telah diimejkn gitu !

Friday, October 29, 2021

PRN Melaka: Duit RM46 juta bakal hangus..Untuk pilih kerajaan negeri bagi 2 tahun

Betul dah tu , apa yg PH buat. Dalam politik mana ada baiknya..Kalau tidak OT95 tak letaklah jawatan. Betullah telahan Tok Maat Hassan Timb Presiden UMNO, apa yg dicakap pasal OT95 tu

La ni pun RM46 juta bakal 'hangus' untuk adakan PRN Melaka yg tidak sepatutnya pun diadakan. 


Tiada kerusi diberi kepada parti Syed Saddiq, PH bertanding semua

Parti Muda yang diketuai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak diberikan sebarang kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebaliknya Pakatan Harapan (PH) hanya membahagikan kerusi sesama parti komponennya sahaja.

Keputusan pembahagian kerusi yang diumumkan blok pembangkang itu hari ini menyaksikan PKR akan bertanding 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), DAP lapan kerusi dan Amanah sebanyak 9 kerusi.

Tiada sebarang kerusi diberikan kepada parti yang diketuai Ahli Parlimen (MP) Muar tersebut yang umum mengetahui merupakan pengikut setia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syed Saddiq sebelum ini berkata partinya akan masuk bertanding dalam PRN Melaka, namun tidak pasti akan bersama dengan gabungan politik mana satu.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH berkata proses pembahagian kerusi itu bermula dari peringkat bawah hingga akhirnya dikemukakan untuk diputuskan Majlis Presiden.

Untuk rekod Parti Muda belum didaftarkan secara rasmi sebagai parti politik.

Sementara itu Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Muda bukan sebahagian daripada komponen PH dan pembahagian perlu diselesaikan dalam kalangan mereka terlebih dulu.

“Ini pembahagian yang telah selesai dalam kalangan parti komponen. Perbincangan dengan mana-mana parti lain insha-Allah bermula sekarang,” ciapnya di Twitter.

Dalam pada itu, Anwar juga mengumumkan gabungan itu memutuskan untuk menyertai PRN Melaka menggunakan logo rasmi mereka.

Anwar Ibrahim berkata ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat hari ini.

“Kami sebulat suara bersetuju untuk mengguna logo PH,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Ia turut dihadiri Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

PRN Melaka diadakan susulan tumbangnya kerajaan negeri pimpinan UMNO setelah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk dua daripada parti itu, menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hasan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Teluk Mas).


Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, UMNO hanya memenangi 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Bersatu yang ketika itu bersama Pakatan Harapan (PH) menang dua kerusi DUN, manakala PAS gagal merebut sebarang kerusi DUN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal, 16 November.

Monday, October 25, 2021

PRN MELAKA : PEJUANG TAK BERJUANG ?

 Betol dah tu Tun..



DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
 
Share on twitter
 
Share on whatsapp
 
Share on email
 
Share on telegram

PETALING JAYA : Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memutuskan tidak bertanding dan terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bermula pada 8 sehingga 20 November ini.

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, parti itu juga tidak akan membantu mana-mana parti politik untuk berkempen. 

Jelas beliau, pihaknya memutuskan demikian kerana pilihan raya itu berlaku kerana percaturan permainan politik dan akibat segelintir pihak yang tidak serius serta mempunyai agenda tersendiri.

Tegas Ahli Parlimen Langkawi itu lagi, kejatuhan Kerajaan Negeri Melaka disebabkan sikap pemimpin yang sibuk mengejar jawatan sehingga mengambil tindakan menarik sokongan agar kerajaan dapat dijatuhkan.

“Orang masuk politik untuk berkhidmat dan memajukan negara serta memberikan kehidupan lebih selesa kepada rakyat. Tetapi, mereka ini nak masuk politik untuk jawatan, kalau ada peluang untuk rebut jawatan, mereka akan ambil tindakan supaya dijatuhkan kerajaan dengan menarik sokongan.

“Sebab itu, kita Pejuang mengambil keputusan untuk tidak bertanding dan mengambil bahagian dalam PRN Melaka,” katanya dalam sidang akhbar di Yayasan Al Bukhary di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir menegaskan kini bukan masa terbaik untuk mengadakan PRN Melaka setelah mengambil kira situasi pandemik Covid-19 dan mengambil pengalaman PRN Sabah yang menyaksikan gelombang baharu jangkitan sehingga merekodkan 25,000 kes.

Bekas Perdana Menteri itu kemudian menjelaskan, pilihan raya dan kejatuhan kerajaan negeri tidak wajar berlaku sama sekali kerana ia berlaku akibat sikap pemimpin yang menjadikan politik sebagai alat permainan sehingga rakyat menjadi mangsa keadaan.

“Kita khuatir jika diadakan pilihan raya sekali, maka akan jadi pandemik lebih besar berpunca daripada pilihan raya Melaka,” jelas beliau.

Ahli Parlimen Langkawi tersebut kemudian membidas tindakan sesetengah pihak yang menjadi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai alat percaturan politik untuk meraih kuasa dan kepentingan diri.

“Mereka seolah-olah menjadi DUN sebagai hak mereka untuk melakukan apa sahaja mereka suka. Sebaliknya diadakan DUN untuk menangani masalah dalam negeri. Kalau ada masalah, ada cara perbahasan, ada cara undi dalam dewan dengan tidak menjatuhkan kerajaan.

“Perkara ini berlaku di Malaysia apabila menarik diri dan lompat tidak menjadi kesalahan kerana tiada undang-undang menghalang sedemikian. Namun, daripada segi moral, mereka harus ingat dipilih oleh rakyat, oleh itu mereka harus akur segala janji kepada rakyat,” katanya.

Dr. Mahathir kemudian menambah, keadaan sama berulang jika sesiapa terpilih menjadi kerajaan dan tidak berlaku perubahan kerana mereka bertanding bukannya memikirkan untuk membangunkan Melaka, tetapi mendapat jawatan dan gaji yang terbaik.

Beliau berkata, kerajaan hari ini mahupun di peringkat Pusat dan negeri tidak menumpukan kesejahteraan rakyat sebaliknya sibuk menaikan dan menjatuhkan orang tertentu tanpa sebab.

“Sebab kita berpendirian tiada guna PRN Melaka ini, sebab rakyat tidak akan mendapat manfaat daripadanya. Oleh sebabnya Pejuang tidak akan bertanding dalam pilihan raya ini,” kata beliau. -UTUSAN ONLINE

Saturday, October 23, 2021

Cukai Oh Cukai : Dibebaskan.. Bakal Dilepaskan..

Rupanya dari 'Panama Paper' pergi ke 'Paradise Paper" Kemudian ke 'Pandora Paper'. Negara Malaysia yang berkerajaan Melayu Islam masih bisu dan beku untuk bertindak jalankan siasatan bagi kegiatan kgtn "offshore' duit individu Msia yg cekap berniaga di dunia ini, kek simpan di luar negara...

Sebagai contoh perbandingan saja - Rakyat bawahan kalau tidak bayar cukai ke..apa2 aje kpd kerajaan kena kejar sampai lubang 'cacing' . hukuman nya bukan main2..

Hari tu..bkan main hukum Pak Man Telo.. Banyak Akta yg digubalkan bagi tangani kes2 mcm yg dikatakan lakukan perlanggaran undang-undang negara...

Sebagai contoh yg terbaru..mantan PM dan anak kandungnya, bakal dilepaskan kot utuk cukai oleh LHDN sejumlah RM1.7 Billion beb...wow

Thursday, October 21, 2021

SUA UMNO: Rakyatlah Yang Salah Pilih Kerajaan ?

Terima kasihlah SUA Umno..Kerana terus menerus dan konsisten dgn pendirian macam tu..Rakyat nampak masih diperbodohkan. Walaupun UMNO-BN berterusan 'menghancur' dan 'memunah ranah'kan negara dengan tindak buat mereka sepanjang berkuasa.


Benarkah ketidakstabilan politik Malaysia sejak lebih tiga tahun kebelakangan ini sebenarnya berpunca daripada kedangkalan kefahaman politik rakyat Malaysia sendiri?

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan baru-baru ini dipetik berkata:

“Saya kira rakyat kesal terhadap kesilapan mereka memilih pada Pilihan Raya Umum ke-14. Kerana kesilapan memilih dan hendak mencuba sesuatu yang baru maka negeri dan negara tidak stabil politiknya hingga ke hari ini.

“Harapan saya ialah supaya rakyat tidak salah pilih lagi. Itu penting. Kita menukar kerajaan ni bukan macam kita menukar sebuah rumah. Menukar kerajaan ini bukan macam menukar baju yang kita hari-hari boleh buat.

“Menukar kerajaan ini dia ada implikasi-implikasi positif dan negatif. Jadi akibat daripada salah pilih; memilih pihak yang tidak betul memerintah negara maka inilah yang berlaku. Tidak stabil begitu lama. Dah tiga tahun setengah tidak stabil,” katanya.

Benarkah demikian? Bahawasanya rakyatlah yang silap kerana cuba membuat ujikaji politik pada PRU15 hingga memporak-perandakan sistem dan amalan politik negara pada Mei 2018 lalu?

Sehubungan itu, Ahmad berkata Umno perlu memastikan kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri Melaka untuk menukar mandat percaturan wakil rakyat kepada mandat rakyat

Lantas, Persoalannya, adakah benar dan adilkah rumusan yang dibuat Ahli Parlimen Pontian ini?

Jawabannya pastinya terletak di tangan rakyat, khususnya pengundi Melaka yang akan sekali lagi akan keluar memilih 28 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka pada 20 November depan.

Hakikatnya PRU14 diuruskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan tertib dan mengikut piawaian profesional dan telah mengisytiharkan kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno gagal memerintah kerajaan pusat.

Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), dan Parti Amanah Negara (PAN) menjadi pilihan rakyat yang sekaligus menolak kerajaan BN dalam pilihan raya yang adil dan telus.

Namun Umno dan sekutu-sekutu BN bersama bekas saingan tegarnya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak boleh menerima realiti politik yang baru ini dan menggunakan pendekatan kurang bermoral melalui strategi politik lompat parti merampas kuasa PH.

Melalui sentimen perkauman dan keagamaan ini persekutuan parti-parti politik yang menggunakan nama Perikatan Nasional (PN) menjatuhkan kerajaan PH. Ini jelas membelakangi pilihan muktamad rakyat dalam PRU ke-14!

Kini apabila kerajaan PN Melaka pula jatuh hasil permainan politik dalaman Umno, Ahmad meletakkan kesalahan dan ketidakstabilan politik Melaka dan negara di atas bahu rakyat yang dikatakannya silap bagaimana menggunakan hak demokrasi mereka.

PRN Melaka berlaku kerana amalan politik curang Umno dan sekutu PNnya yang dipacu sikap haloba kuasa. Bukti kenyataan ini kini ada di tangan pengundi di Melaka.

Setiausaha Agung Umno itu cuba mengabui mata rakyat dengan kenyataan tidak matang kononnya lantaran kedangkalan politik mereka sendirilah politik negeri Melaka kucar-kacir.

PRN Melaka bulan depan akan membuka laluan untuk rakyat negeri itu menghantar mesej jelas kepada Ahmad dan Umno sendiri bahawa kemelut politik bukan buatan mereka, sebaliknya natijah kegelojohan dan keterlaluan nafsu pemimpin politik.

 , akar umbi di setiap peringkat Umno perlu bersiap siaga demi memastikan Barisan Nasional dijadikan pilihan rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik di Melaka khususnya dan negara amnya.



Sunday, October 17, 2021

SKIM GAJI: KETUA PEMBANGKANG

 DILANGSIRKAN DARIPADA MALAYSIAKINI


Anwar tak setuju terima RM33.5k sebulan sebagai ketua pembangkang


Anwar Ibrahim tidak setuju dengan gaji bulanan serta elaun yang akan diterimanya sebagai ketua pembangkang, selepas jawatan itu diberi kedudukan setaraf menteri.

Dalam kenyataan malam ini, Anwar yang merupakan pengerusi PH itu berkata dia akan menyalurkan wang tersebut kepada orang miskin.

Anwar berkata, berdasarkan surat tawaran oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, ketua pembangkang akan menerima gaji dan elaun bulanan sebanyak RM33,560.20 serta elaun pakaian berjumlah RM9,000 untuk tempoh tiga tahun. 

Berikut gaji, elaun serta kemudahan lain yang akan diterima ketua pembangkang, Menurut Anwar.

-RM14,907.20 gaji bulanan

-RM12,320 sebulan untuk elaun keraian

-RM1,500 sebulan untuk bayaran khas

-RM4,000 sebulan untuk elaun rumah

-RM833 sebulan untuk elaun selenggara rumah

-RM6,000 elaun pakaian panas (sekali dalam tiga tahun)

-RM1,500 elaun pakaian upacara rasmi (sekali dalam tiga tahun)

-RM1,500 elaun bayaran pakaian ‘black tie’ (sekali dalam tiga tahun)

-Sebuah kereta rasmi serta penggunaan kenderaan peribadi untuk tugas rasmi

"Beberapa kemudahan lain yang setaraf menteri tidak dapat saya terima sama sekali. Malah, saya akan menyalurkan dana tersebut untuk tabung rakyat miskin," katanya.

Dia juga berkata telah memberitahu pihak Parlimen untuk tidak membuat sebarang pengubahsuaian dan menyediakan peruntukan tambahan untuk pejabatnya.

Menjadikan kedudukan ketua pembangkang setaraf dengan menteri merupakan antara kandungan Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai PH dan kerajaan.

Anwar bagaimanapun tetap mengucapkan terima kasih kepada Ismail atas pengiktirafan itu serta langkah memperuntukkan pejabat dan kemudahan lain seperti pegawai untuk ketua pembangkang.

"Ingin ditegaskan bahawa pengiktirafan kepada pejabat ketua pembangkang ini tidak bermaksud kita akan mendukung apa sahaja dasar kerajaan tanpa soal.

"Seperti yang dinyatakan perdana menteri dalam surat kepada saya itu, keputusan ini tidak menjejaskan peranan ketua pembangkang. Saya akan tetap menjalankan tugas seperti sedia kala.

"Aspek semak imbang akan terus diperhebat bagi memastikan negara ini terus di landasan demokrasi," katanya lagi.

Friday, October 15, 2021

UMNO 1946: Mampukah Ku Li jayakan

Negara dalam Pelan Pemulihan. Namun lain dengan Ku Li , veteran UMNO dan otai , bercita-cita dan mengimpikan adakan pemulihan kepada parti yg didokonginya, iaitu menghidupkan UMNO 1946

Alasannya, UMNO Baharu 'sukar' dipulihkan kerana warlord yg terlalu berkuasa berserta penuh dengan politik wang.

Boleh atau mampu ke Ku Li berbuat demikian ? Jawapannya boleh dan mampu. Dengan syarat beliau kena bersungguh-sungguh dalam zaman generasi X Y Z ni...

Cabarannya tetap ada ! Tambahan dgn 'tumbuh' banyak parti-parti baru zaman ini. Zaman 1 parti dominasi politik Malaysia 'sudah berakhir dan tamat


Wednesday, October 13, 2021

RENOVASI PEJABAT KETUA PEMBANGKANG: SALAH ANWAR LAGI !!!!

Berita hari ini, semalam dan kelmarin. Menwar-warkan ttg MOU PH dgn PM Ismail Sabri. Tambah lagi dgn berita ketua pembangkang setaraf menteri. Tanpa mesyuarat , tanpa apa2 diberitakan pejabat ketua pembangkang dibaikpulih dan dinaikkan taraf setaraf menteri

Maknanya, gambaran dan persepsi kita . Selama ini, kalau dah setanding pejabat menteri. Lu fikirlah sendiri. Di Malaysia..pejabat yg bekerja ..ke orang yg bekerja. Itukah ? mentaliti kerajaan Melayu Islam.

Cerita renovation rumah PM sejumlah RM38.5 juta...senyap dikk..

Hadis Melayu...Bior papa asal bergayee...yop

Selain salah DAP. Kini semua salah Anwar lah....

TARAF MENTERI : DSAI HINA ATAU MULIA ?

Kalau ya, apa masalahnya. Situasi ini adalah lebih rasional dan wajar daripada melantik 'kabinet bakul '. Orang yg rampas KUASA yg rakyat pilih dan ber mandat , lompatan saujana adalah 'lebih hina' atau mulia. Jika nak bercakap hina dan mulia.

Mungkin depa akan bagi dalil..semua ..demi..demi.. contoh demi rakyat, demi bangsa, demi agama untuk HALALkan tindakan dan 'kerja' depa

TERUSKAN DSAI...Pondora Papers ...jika tidak diambik TINDAKAN ...negara menuju kehancuran yg MAHA DAHSYAT...Kesian anak cucu..





SEDUTAN DARIPADA AGENDA DAILY.CCOM Wednesday, October 13, 2021

Rangkuman Parlimen: Tiada undi percaya, Anwar dulu ‘terhina’ kini setaraf menteri

Hari ini berakhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang bersidang selama 17 hari yang menyaksikan blok pembangkang hilang taring selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan kerajaan.

Sidang kali ini adalah kali pertama bagi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan tiada usul undi percaya didesak pembangkang seperti yang dilakukan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga menyebabkan peletakan jawatannya 16 Ogos lalu.

Pembangkang juga tidak banyak membahaskan berhubung usul undi percaya di Parlimen kali ini, bahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga nampaknya sudah tunduk kepada kerajaan yang dipimpin UMNO.

Paling menjadi tumpuan, Anwar yang dahulunya menolak tawaran sama Muhyiddin atas alasan kononnya ‘terhina’ tetapi terpaksa menjilat ludahnya sendiri dengan menerima tawaran Ismail Sabri, ia mungkin disebabkan rasa malu selepas gagal menjadi PM kerana tiada majoriti.

Kenaikkan status tersebut memberi manfaat banyak kepada Presiden PKR itu, antaranya dapat menaik taraf status Pejabat Ketua Pembangkang dengan kemudahan-kemudahan yang setara dengan pejabat menteri dan juga beberapa elaun-elaun lain.

Jadi, sekurang-kurangnya terubat kekecewaan Anwar gagal menjadi PM apabila ditipu oleh anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, turut menjadi tumpuan pastinya berhubung isu penggunaan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang dikritik hebat pembangkang semasa pentadbiran Perikatan Nasional (PN) tetapi diluluskan pula secara sebulat suara pada sidang kali ini.

Pembangkang yang dahulunya menentang penggunaan dana itu juga akhirnya bersetuju bahawa langkah diambil mantan PM, Muhyiddin dengan meluluskan penggunaan dana KWAN adalah tepat bagi memastikan bekalan vaksin negara mencukupi.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) KWAN (Pindaan 2021) secara sebulat suara selepas bacaan kali ketiga.

Bagaimanapun, sidang Dewan Rakyat kali ini gagal melantik Timbalan Speaker baharu bagi menggantikan Ahli Parlimen (MP) Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan semasa kemelut politik sebelum ini.

Ismail Sabri pada mulanya mencalonkan nama MP Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang diketahui umum antara salah seorang kluster mahkamah dan berada dalam kumpulan 15 MP yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin, namun cadangan tersebut tidak dibawa ke Dewan Rakyat kali ini kerana tidak mendapat sokongan majoriti MP Bersatu.

Jika langkah tersebut diteruskan juga, ia mungkin mengakibatkan satu kemaluan besar kepada kerajaan pimpinan Ismail Sabri sekiranya kalah dalam pengundian.

Ketiadaan Timbalan Speaker pada sidang kali ini juga menyaksikan keadaan kelam-kabut terhadap perjalanan sidang dewan, malah Azalina juga beberapa kali terpaksa mengambil tugas menjadi Timbalan Speaker sementara.

Berkemungkinan jawatan tersebut hanya akan dapat diisi pada sidang depan nanti.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini juga menyaksikan Usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) iaitu rancangan pembangunan negara bagi tempoh 2021-2025 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan selama empat hari mulai 28 Sept oleh 106 Ahli Parlimen, disusuli penggulungan 27 kementerian terlibat.

RMK12 dibentangkan Ismail Sabri pada 27 Sept lepas bermatlamat mengembalikan semula momentum pertumbuhan ekonomi dan mencapai matlamat pembangunan jangka panjang, ketika negara sedang mengharungi cabaran getir pandemik Covid-19.

Sebelum itu, Dewan Rakyat meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada 13 Sept, selepas 91 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan.

Persidangan kali ini turut menyaksikan tiga rang undang-undang diluluskan iaitu Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) (Pindaan) 2021 bertujuan membiayai empat pakej bantuan dan rangsangan yang diumumkan kerajaan sejak awal tahun ini.

Turut diluluskan Rang Undang-Undang KWAN (Pindaan) 2021, Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020, usul berkaitan peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275) dan usul perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275).

Pada permulaan sidang hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan usul bagi membahas dan meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Ordinan-Ordinan Darurat akan dibawa ke persidangan akan datang.

Wan Junaidi dalam kenyataan berasingan pula berkata keputusan itu dibuat oleh Ismail Sabri berikutan permintaan pemimpin pembangkang untuk menangguhkan pembentangan usul tersebut.

Permohonan itu dibuat bertujuan untuk memberi lebih banyak masa untuk usul itu dibahaskan oleh ahli parlimen sebelum meluluskannya, menurut kenyataan Wan Junaidi.

Menurut laman rasmi Parlimen, Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat selama 32 hari akan bermula pada 25 Oktober dengan tumpuan adalah pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2022 pada 29 Oktober, belanjawan pertama di bawah kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

Tuesday, October 12, 2021

PONDORA PAPAER: MALAYSIA OH MALAYSIA

Kenapa TUN M diam pasal Pondora Papers ? Kenapa tidak ada respon langsung tentangnya. Walhal beliau adalah 'penentang kuat' kluster Mahkamah sebelum ini.

Nampaknya percubaan 'pemugaran' kes duit yg 'dilarikan' gagal untuk dibahaskan. Tutup kes nampaknya. Maka tertimbus dan bertimbunlah kes-kes rasuah 'mega' dalam negara. Rakyat kembali terloong dan melopong.

Kejutan kes yg DSAI dedahkan ini, adalah kes luarbiasa , parlimen tidak berperanan dgn sebetul dan sbenar-benarnya.

MALANG OH MALAYSIA TANAH AIR KU


Monday, October 11, 2021

MELAKA OH MELAKA ..!!!!

ADUN UMNo di Melaka lompat lagi. Situasi terkini , banyak menyusahkan semua pihak terutama rakyat. Apa yg depa nak caari kita rakyat pun tak tau...

Tok Guru lompat adalah bermula awal lagi sejarahnya. Namun yg orang ingat Berahim Ali Pasir Mas, dia seorang je....

Lompat paling dahsyat dalam sejarah Malaysia moden..Langkah Sheraton atau Langkah Syaitan oleh TSMY dan Min Ali serta kawan2.. jahanam dan punah semua institusi dalam negara..punah yang paling parah dan membarah

Kini, nampak HALAL tindakan LOMPAT parti dlm negara kita. PRINSIP & MORAL dipersetankan. RASA BERSALAH DAN MALU kepada diri...x ada langsung

Dlm situasi ini, duit negara dan rakyat tidak dibazirkan pd perkara yg TIDAK PERLU. Sementelahan , rakyat tgh berhempas pulas dan TERKESAN dgn hidup dan kehidupan zaman Covid 19 niii..


Thursday, October 07, 2021

PANDORA PAPERS: RM 900 BILLION ..WOW

Pendedahan oleh Ketua Pembangkang amat mengejutkan. RM900 Billion duit keluar daripada dlm negara dgn cara ' tak telus'..mulai 2012 lagi

Wednesday, October 06, 2021

BUBAR DUN MELAKA: Apa alasan ?

Politik Melaka jangan jadi macam celaka. Pembubaran DUN bukanlah tindakan yg patut didahulukan. Berilah alasan dan alas dengan hujah-hujah 100 pun. Tembolok nafsu kuasa mendahului apa-apa sahaja.