Tuesday, September 28, 2021

DSAI: RM2 BILLION BAGI BUKU & RMK12

 Padan muka PH...nk jimat sangat

Anwar persoal belanja RM2 bilion siapkan buku RMK12




Kepakaran mengurus ekonomi negara perlu dicari dalam kalangan warganegara Malaysia yang ternyata lebih memahami keadaan negara, kata Anwar Ibrahim. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa lebih RM2 bilion dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Katanya, peruntukan tersebut yang diberikan kepada kepada konsultan luar negara sewajarnya diberikan kepada pakar dalam negara untuk menjalankan kajian, termasuk berkaitan kemiskinan dalam menyiapkan buku RMK12.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson percaya kepakaran mengurus ekonomi negara perlu dicari dalam kalangan warganegara Malaysia yang ternyata lebih memahami keadaan negara.

“Saya difahamkan lima tahun dulu telah dibelanjakan RM1.8 bilion (kepada konsultan luar). Jadi saya nak tanya, lebih RM2 bilion diberikan kepada konsultan untuk menyiapkan buku RMK12 ini, mungkin sebahagiannya (kandungan kajian) kita boleh guna pakai.

“Tetapi saya masih yakin, maklumat dan perancangan dalam negara boleh dan mampu dikendalikan oleh kepakaran dalam negara kerana mereka lebih faham masalah dalam negara. Siapa boleh faham masalah kemiskinan dan kesenjangan dalam negara, bukan pakar-pakar konsultan luar,” katanya ketika membahaskan RMK12 di Dewan Rakyat.

Bantu B40, bukan semata-mata perkukuh kedudukan GLC

Dalam perbahasannya, Anwar turut menggesa kerajan memberi fokus kepada peningkatan gaya hidup kumpulan Bumiputera yang kurang berkemampuan atau B40 berbanding memberi cadangan memperkasa kedudukan dalam kalangan Bumiputera berpendapatan tinggi.

Beliau berkata demikian berikutan RMK12 yang dibentang kerajaan dikatakan mengutamakan golongan Bumiputera yang kaya berbanding Bumiputera miskin.

“Daripada kita secara berterusan ingin memperkotak-katikkan kuota bumiputera dan sebagainya, saya mahu beri satu soalan kerana orang anggap kita ini tidak setuju dengan dasar Bumiputera. Apa salahnya kalau kita tumpukan latihan, mutu pendidikan dan mutu kesihatan awam kepada golongan miskin desa dan bandar yang majoritinya adalah golongan Bumiputera?

“Wujudkan peruntukan itu, bukannya ditekankan isu kedudukan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), soal kontrak, soal hendak lahirkan ramai jutawan. Kita tidak peduli perihal berjuta-juta, Bumiputera (kurang berkemampuan)yang patut diberikan keutamaan dan perhatian,” katanya.

Menerusi RMK12, kerajaan menyasarkan untuk membasmi kemiskinan tegar menjelang 2025 dengan menumpukan kepada 2.9 juta isi rumah B40 dengan pendapatan bulanan di bawah RM4,850.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memperuntukan perbelanjaan sebanyak RM400 bilion dalam RMK12, selain menjangkakan ekonomi negara pulih dan mencapai pertumbuhan lebih kukuh antara 4.5% hingga 5.5% setahun setelah mengalami pergolakan pada akhir RMK11 akibat pandemik Covid-19.

Monday, September 27, 2021

Islam mengikut acuan local & kontemporori

Pusaran dan kitaran politik negara kita masih lagi terikat dengan etnik .Asas dan frame masih berteraskan kerangka demikian. Walaupun frame hala tuju visi dan misi bersifat alami.

Mengambil ibrah daripada sejarah terbaru negara Afghanistan yg satu masa silam dahulu adalah bumi yg hebat dengan kemajuan manusiawinya. Lahir tokoh dan imam yg hebat. Semua itu bukanlah jaminan

Allah beri keizinan , jaminan kejayaan sebuah negara bangsa kena mengikut Islam yg alami. Rahmatan lil al lamin.


Idea Mantap Sang Mongkol

 

Perletakan Jawatan Tengku Razaleigh Dan Implikasi nya.

1. Tengku Razaleigh Hamzah atau ku li meletak jawatanya sebagai pengerusi jemaah penasihat parti umno.

2. Jemaah erti nya bukan dia seorang. Dan nasihatnya tidak didengar olih umno.

3. Secara tidak langsung, ini bererti umno tidak percaya kepada Ku Li hingga terpaksa 'mencairkan' nasihat nya dengan mengujudkan satu jemaah.

4. Ramai orang umno dan awam berpendapat tindakan itu wajar kerana Ku Li diperlakukan demikian rupa.

5. Konon nya keujudan jemaah penasihat memberi gambaran bahawa umno mempunyai suatu mekanisma timbang dan periksa.

6. Kebenaran nya bukan demikian. Umno tetap tidak demokratik dan terus dikuasai oleh geng2 kleptokrat dan kunco2 mereka.

7. Yakni golongan yang mendahulukan kepentingan peribadi dari kepentingan awam. Ada 2 golongan. Yang pertama adalah golongan neo feudalis dan elitist. Golongan ini mahu mengekalkan kuasa dan mengelak tindakan wajar mahkamah.

8. Ketahuilah, tindakan mahkamah itu semua bukanlah political vendetta bahkan balasan terhadap angkara durjana dan celaka yang mereka lakukan.

9. Rompakan, pencurian, rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dll adalah kejahatan dan kedurjanaan yang dipandang dari sudut manapun, mesti di kondem sekeras keras nya.

10. Apalagi kita orang Islam yang hari2 mengistiharkan celupan Allah atau sibghah Allah adalah celupanku, dan solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, tidak wajar mempertahankan dosa2 yang saya sebut.

11. Yang dilakukan oleh matlaon2 ini adalah jenayah terhadap negara. Tidak boleh kita yang mengampunkan nya. Jangan lah memberi gelaran2 Islamik kepada sosok2 ini. Najib sebagai contoh, di gelar sebagai amirulmukminin. Malulah sikit!
Dia terbukti mencuri duit SRC dan tidak dapatnya menerangkan macam mana ada 100 juta lebih. Dia jual goreng pisang ke?

12. Malu kita orang Melayu yang beragama Islam.

13. Marilah kita orang Melayu bersikap 'businesslike' dan 'as a matter of factly'. Jika ada pemimpin Melayu yang bikin onar, biar mereka yang menanggung nya.

14. Janganlah kita dok menyibuk pulak, gadai gelang dan emas sebagai, mengujudkan dana pembelaan. Mengapa kita ujudkan dana pemnelaan untuk si Najib yang dah kaya raya? Suruh dia jual jam tangan. Mengapa kita bersyusun syusun pergi ke mahkamah dan terpekik terlolong? Yang turut pergi ialah Wak Maslan.

15. Tatkala ketua2 MCA bersalah atas kesalahan masing2 ada kita tengok orang Cina membela mereka? Takde, sebab masyarakat Cina faham apa yang ketua2 mereka buat.

16. Dah lah ketua2 Mca- ling, Chua Soi Lek atau Tan Koon Swan kaya raya, tapi kalau buat silap tanggung sendiri.

17. Masyarakat Cina tidak ujudkan dana untuk pemimpin2 mereka yang bersalah. Mereka berdana hanya bila merasakan seorang pemimpin dianiaya kerajaan atau oleh napoleon2 kecil, seperti membela Guan Eng.

18. Orang Melayu khusus nya orang umno, mesti bersikap macam ni. Jangan sibuk sampai mengujudkan dana pembelaan. Itu bermakna kamu bersubahat dalam kesalahan undang2. Jangan murnikan dan muliakan jenayah.

19. Jangan jadi pak sanggup:-

 

20. Golongan ke2 yang membawa musibah kepada umno ialah golongan anjing2 larian atau 'running dogs' kerajaan gagal yang terdahulu. Ramai antara mereka menjadi menteri dalam kerajaan ISY. Ini termasuklah pemangsa seksual dari Perghlih tu.

21. Maka apabila oghang tua tu Dr Mahathir, kata dia tidak mahu ada kaitan dengan MOA yang termetrai antara PH dan kerajaan ISY, ternyata dia berpandangan lebih jauh dari PH.

22. Kerana dia tahu MOA tersebut tak kemana mana. PH boleh terus bersembunyi disebalik alasan berkerjasama untuk menangani covid dan memulihkan ekonomi tapi tidak meyokong kerajaan ISY.

23. Tidakkah 2 perkara tersebut yang mutually exclusive, mengensel satu sama lain? Al hasIl balik asal. Pi mai pi mai dok tang tu jugak. jadi mengapa ada MOA sebermula?

24. PH boleh bersembunyi disebalik alasan berkerjasama mengenai covid dan memulihkan ekonomi gedebak gedebuk, tapi hakikatnya kamu membenarkan rakyat sengsara dengan kerajaan yang gagal sehingga PRU15.

25. Cukup dengan MOA dan sikap PH yang memelikkan. Jalan selamat untuk umno ialah menyingkirkan 2 kumpulan ini. Umno kena melakukan purge nya. Buang segala dedalu supaya pohon umno tidak di talqin kan.

26. Ku Li mungkin frust tak dapat jadi PM. Seperti yang dikatakan oleh 'mad dog' Nazri Aziz. Atau apa saja alasan lain.

27. Mengimpikan jadi PM bukan nya satu jenayah macam curi wang SRC atau 1MDB atau merompak TH atau Felda jadi apa masaalah jika mimpikan jawatan PM? Nazri mestilah sokong ISY yang jadi geng dia dan yang mungkin lantik MP padang pokok gatal itu sebagai duta Perancis. Kalau tak siapa nak jaga ranch 50 juta nya?

28. Yang tak diberitahu kepada kita ialah pembohongan dan tipu helah yang dilakukan umno. Berbohong atau deceitful adalah keperangaian kedua umno.

29. Kalau tak tipu orang lain, tipu sama sendiri. Tengku Razaleigh kena tipu sokmo.

30. Umno berjanji memilih Ku Li sebagai PM. Sampai masa habuk pun tadak. Dalam kes memilih calun PM, Ku Li tidak diberitahu dan dipanggil pun.

31. Macam dah ada komplot untuk memilih ISY sebab kawan tu mudah di kontrol. Maka, alasan Ku Li tidak dapat dihubungi adalah satu alasan yang kartun.

32. Frust tak dapat jadi PM satu hal, tapi lebih frust umno terus bersifat deceitful. Jadi Bila Nazri beri pencerahan kita waspada. Bila buka mulut takde lain keluar melainkan dusta.

33. Sebaliknya kita mesti teliti akan sebab utama TRH meletak jawatan. Ku li mungkin alasan saja, tapi keengganan umno bermahasabah mengekalkan umno sebagai sebuah parti reaksioner yang
dipenuhi dan di kontrol oleh pemimpin2 neo feudalis seperti herr Nazri.

34. Adapun sebab utama dan sebab yang tersurat perletakan jawatan Ku Li, ialah disebabkan bantahan totalnya terhadap penubuhan kabinet ISY.

35. Lain2 sebab seperti apa ada dalam hati se2orang hanya orang seperti si anjing gila Nazri Aziz saja yang tahu. Ia bersifat spekulasi semata mata. Nilai spekulasi tersebut sama dengan apa yang keluar dari bontot saya.

36. Apa yang ada dalam hati siapa yang tahu wok? Kalau kita kata sebab utama perletakan jawatan Ku Li adalah disebabkan frust tak dapat jadi PM, kita juga boleh katakan Nazri tidak mahu bertanding lagi dalam PRU yang akan datang sebab frust tidak dilantik sebagai menteri. Baru adil kan?

37. Saya dah kata, kalau apa yang keluar dari lubang atas sama dengan apa yang keluar dari lubang bontot, lebih baik jangan keluarkan lansung!

38. Orang2 seperti Nazri ni sepatutnya dah lama kita rehatkan. Seperti tajuddin rahman bung mokhtar, shahidan kassim dan ramai kaki2 busuk lain.

Kita pilih mereka jadi MP, bukan untuk jadi angkuh, sombong, rakus atau untuk melampiaskan nafsu kebinatangan mereka. Bukan kasi mereka ruang untuk bergelagat seperti samseng kampung Dusun.

Jadilah standard mereka sama seperti ADUN Melaka yang membabikan pihak lawan.

39. Terlebih mengecewakan ialah sikap umno yang tidak tegas dan tidak berprinsip dan tidak akur akan nasihatnya sendiri. Bukankah umno berapi api mengarahkan ahli mereka yang berjawatan dan dilantik ke badan2 bekanun oleh bersatu, meletakkan jawatan? Sehingga ada ahli umno yang setia, keluar dari kerajaan. Percuma saja tindakan mereka.

40. Umno yang keluarkan arahan mereka sendiri yang ingkar. Ini menandakan mereka tidak tegas dan tidak ada disiplin. Mana tak frust kawan tu?

41. Yang belot dimartabatkan. Malah yang bukan saja ingkar tapi juga berkelahi dengan umno diberi ganjaran. Termasuk ISY sambil menipu Ku Li. Kemudian kata tak dapat telepon kawan tu. Apa punya binawe umno ni. Umno punya reward system mengherankan.

42. Umno menjilat kahak hijaunya sendiri bagaimana orang Melayu nak dengar cakap parti yang tak dengar cakapnya sendiri?

43. Kepada saya, perletakan jawatan Ku Li adalah suatu damning indictment atau dakwaan mencelakakan keatas kepimpinan si Jawa penorogo tu.

44. Umum menganggap pimpinan Zahid adalah lemah bodoh dan dungu. Lemah kerana tak berdaya melaksanakan disiplin. Bodoh dan dungu kerana membenarkan umno digasak oleh bersatu. Tambahan pula Zahid tidak ada wawasan untuk umno selain jadi pak turut. Macam mana orang Melayu nak ikut parti yang tak tahu erti memimpin?

45. Zahid telah mengeciskan resolusi ribuan perwakilan umno PAU tahun 2020. Orang yang reti bahasa faham bahawa menarik diri dari ppbm, ertinya berhenti menyokong serta merta atau secepat mungkin.ASAP ertinya as soon as possible bukan as slow as possible. Faham?

46. Mereka yang meremehkan resolusi perwakilan, sebenarnya menganggap perwakilan sebagai picisan. Pandangan mereka bolih diciskan.

47. Sebagai balasan ahli2 umno pulaukan mamat2 ni. Yakni golongan kluster mahkamah dan anjing larian pembelot parti. Cukup lah setia membabi buta. Seperti kata komrad kassim:-
 

Ada besok pasti ada suria
Aku akan pergi
Dengan seribu jebat si anak tani
Sekian lama kita mati setia
Kali ini kita hidup dalam derhaka.


48. Jadi, implikasi perletakan jawatan Ku Li ada banyak. Jangan mengeluarkan pandangan simplistik sebab frust tak dipilih sebagai PM atau mengatakan ianya tiada kesan.

49. Janganlah orang Melayu bersikap si luncai. Bukan saja fools tapi bloody fools terus diperbodohkan olih pemimpin2 reaksioner. Supaya kita tidak berteriak si luncai terjun dengan labu2 nya. Biarkan biarkan.

50. Tengku Razaleigh bukan keseorangan dalam tindakan nya. Ramai ahli umno menyertai pemikiran nya kerana meluat dengan gelagat2 sesetengah pemimpin oomno.

51. Jadi, cakap siang pandang pandang
Cakap malam, dengar dengar.

Thursday, September 23, 2021

Salute Ku Li : Hidup UMNO 1946

Ku Li kecewa. Mahu hidup dan teruskan perjuangan UMNO 1946. Beliau adalah 'tokoh' yang amat kuat dengan jiwa perjuangan Melayunya. Beliau anak raja bersikap merakyat dan sentiasa kekal konsisten berjuang untuk UMNO dan demi UMNO.

Beliau cuba pertahankan demokrasi dalam UMNO. Sejarah perjuangnya cukup panjang. Namun adakah beliau cukup kuat bagi menarik orang Melayu kepada akar dan asas perjuangan UMNO 1946

Dr M sendiri, sudah banyak parti yang dibentuk dan ditaja. Hatta Ibrahim Ali yang cukup kuat Melayu nya pun sudah beralih bentuk parti PUTRA

Malah kini zaman miliniel, zaman sudah berubah generasi itu, tidak tersentuh pun dengan UMNO dan perjuangan UMNO. Mereka belajar sejarah sekadar dalam silibus sekolah, yg angkat TAR sebagai bapa kemerdekaan

Adakah UMNO, cukup diingat, adakah UMNO boleh mengangkat jiwa generasi milineal ini ?

Tuesday, September 21, 2021

KUASA & KEKUASAAN: PADU DAN MANTAP DRP KU LI

PADU DARIPADA KU LI ...DALAM PARLIMEN HARI  INI

 

Umno sudah jadi ‘perusahaan komersial’, berperangai tamak, akhlak hancur berkecai, kata Ku Li


PETALING JAYA: “Umno Baru” yang tertubuh pada 1988 kini sudah bersifat seperti “perusahaan komersial”, berperangai tamak, selain prinsip akhlak hancur berkecai, kata veteran parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang itu turut menyatakan jiwanya masih setia bersama Umno yang tertubuh pada 1946.

“Saya tidak sekali-kali berhenti dan meninggalkan Umno asal. Saya pernah bertanding jawatan presiden pada 1987. Maka itu saya berhak mengaku diri saya sebagai wakil keperluan atau ‘agent of necessity’ untuk Umno yang ditubuh pada 1946 dan juga wakil terkanannya di Dewan Rakyat.

“Saya ini sebahagian asal daripada parti Umno di Parlimen dengan tujuan mengembalikan hak undang-undang dan keperlembagaan Umno dan membuat apa jua yang patut bagi mengembalikan kedudukannya di bidang politik nasional dan di dalam kepentingan nasional,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, kita mungkin tidak sedar dan tidak bimbang sekiranya sistem demokrasi dipisahkan daripada Perlembagaan dengan cara perlahan-lahan.

“Pihak yang mahu mengekalkan kuasa tahu cara menganjurkan rampasan kuasa tanpa mengguna kekerasan angkatan bersenjata. Krisis perlembagaan dan krisis kehakiman 1988 adalah satu peringatan.

“Sekiranya kita tidak perbetul kerosakan yang telah berlaku itu sistem demokrasi kita pasti terjejas secara berkekalan, khususnya rakyat jelata tidak akan percaya lagi terhadap sistem politik dan pemimpin kita,” katanya.

Beliau yang selesa dipanggil Ku Li, berkata pengharaman Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada 1948, membawa titik perubahan terhadap politik negara ini dengan penghijrahan beramai-ramai ahli PKMM ke Umno.

“Perubahan terhadap keahlian ini menghasilkan kesan penting kepada parti dengan kemasukan nilai-nilai ideal. Bagaimanapun para sejarawan masih belum mengkaji kesan perubahan ini. Hanya, Umno menjadi semakin nasionalistik dengan pengwujudan rancangan ekonomi dan sosial untuk memajukan kaum Melayu.

“Ia berjaya menarik yang terbaik dan paling cerdik untuk menerajui Umno. Dengan perkembangannya ke setiap pelusuk, ia merupakan bermulanya pensejarahan hebat parti. Umno juga mula mengembang sebagai badan mewakili orang Melayu dengan visi sejagat. Para ahli dan pemimpin memperkukuh kedudukannya dengan sumbangan kewangan. Di samping itu ahli-ahli amat menghormati para pemimpin dengan sifat ketulusan dan integriti mereka,” katanya.

Katanya, sebaliknya, Umno Baru menjadi parti kepada suatu golongan politik baru yang menyalahgunakannya untuk memperkaya diri. Ia mula bersifat seolah-olah seperti perusahaan komersial. Sekaligus ini merosakkan jiwa keMelayuan. Perangai tamak haloba mengatasi segala-galanya. Di samping itu prinsip akhlak hancur berkecai.

“Begitu juga halnya dengan mutu kelakuan mereka yang cuba meraih jawatan awam dan kuasa politik. Kehancuran ini amat terasa di bidang dasar ekonomi berkaitan dengan penswastaan “harta awam”, iaitu aset nasional untuk faedah rakyat jelata,” katanya.

Ku Li berkata, Umno tertubuh pada 1946 adalah suatu pergerakan dan bukan hanya sekadar nama sebuah parti politik.

“Sebenarnya Umno lebih besar daripada parti itu sendiri. Ia adalah pertubuhan yang mendukung parti. Umno adalah simbol politik lebih besar daripada parti atau keahliannya. Dalam tanggapan orang Melayu, Umno itu masih lagi sebuah pergerakan yang terdapat di setiap kampung, pekan dan bandar raya,” katanya.

Katanya, jika ‘ikon’ ini diketepikan, akan timbul kekosongan berbahaya yang boleh disalahguna oleh para populis dan oportunis.

“Oleh itu, Umno seharusnya mempertahankan kekukuhan politik yang dibinanya,” katanya.