Kerajaan nampak macam takut disekat atau tersekat dengan pengundi muda. Kerajaaan tak yakin sangat , takut kena 'lambung' dengan pengundi muda. Macam politikus juga lompat sana lompat sini.
Baru depa tau
Kerajaan nampak macam takut disekat atau tersekat dengan pengundi muda. Kerajaaan tak yakin sangat , takut kena 'lambung' dengan pengundi muda. Macam politikus juga lompat sana lompat sini.
Baru depa tau
IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah keadaan masa kini memperlihatkan ramai pihak yang menjadikan mahkamah sebagai gelanggang untuk menegakkan benang basah, selain menggunakan pelbagai hujah menafikan perbuatan jenayah.
Undi rakyat tidak lagi berharga: Mat Sabu
MUHAMMAD AMNAN HIBRAHIM | | 15 Mac 2021
SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyifatkan undi rakyat Malaysia tidak lagi mempunyai harga kerana tindakan sesetengah ahli Parlimen yang boleh dijual beli dan bertukar-tukar parti.
Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, sistem demokrasi di Malaysia memberikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan parti yang akan menjadi kerajaan melalui peti undi namun perkara itu tidak lagi berlaku kerana sistem sedia ada tidak lagi dihormati oleh mereka yang dipilih oleh rakyat ketika pilihan raya.
“Rakyat menjadi penentu untuk mengangkat parti-parti tertentu menjadi pemerintah melalui peti undi. Inilah sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia tetapi sistem ini telah hancur.
"Wakil-wakil rakyat boleh dijual beli dan bertukar tukar parti setelah memenangi pilihan raya dengan undi rakyat. Undi rakyat tidak lagi berharga,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.
Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia supaya bertindak segera untuk menegakkan kembali asas sistem amalan demokrasi negara.
Katanya, usaha memulihkan demokrasi negara turut penting dalam memastikan keselamatan negara daripada ancaman luar.
“Apabila wakil rakyat boleh dijual beli di pasaran politik negara, maka tidak mustahil wakil rakyat juga boleh dibeli di peringkat antarabangsa dan ia merupakan ancaman kepada negara.
“Oleh itu kita semua rakyat Malaysia perlu bertindak segera meletakkan kembali asas demokrasi untuk mengembalikan keharmonian hidup rakyat Malaysia,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/128555/BERITA/Politik/Undi-rakyat-tidak-lagi-berharga-Mat-Sabu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Depa jadi MP, depa yang hendak masuk politik, depa yang buat rumah tepi pantai. Lepas tu bagi alasan 'tekanan' pelbagai pihak, salahkan SPRM.
Salah pulaok orang yang 'tawaran' jawatan, salahkan , itu salah ini. Alasan sana sini. Orang tak mahu dah tengok sejarah dan baca sejarah masa lalu.
Zaman ini orang suka tengok ke depan. Tak payah ratib dah 22 bulan
Patut dia bersedia lah jadi orang politik !!!!
Politik umpan mengumpan sudah mulai menular, budaya baru dalam senario rempah ratus. Kini manaa-mana parti politik tidak boleh lagi 'claim' partinya adalah 'suci' daripada pelacur politik, kaki renang dua kolam dan sebagainya.
Menjadi pengajaran dan panduan generasi mellianeam , harus belajar bahawa politik kita sudah menuju kehancuran dan caca marba
Kini, UMNO bersentimen baaru boleh bekerjasama dengan PH, Boleh menerima DAP, boleh kendur dan duduk semeja dengan PKR
PH menyahut dengan beralaskan , enggan bekerjasama dengan 'kluster mahkamah' , asli UMNO okay je....
"Stackholder' depa tak bicara pung....
Mantan TPM Tun Musa era Tun M mula bersuara dan memberi komentar 'tentang' suasana politik tidak sihat Malaysia yang sudah memasuki kenazakan 'fasa sakit atau zaman kehancuran' demokrasi yang mengagal di Malaysia.
Kini perlumbaan terbuka semula nampaknya antara isme-isme yang ada....
Namun dalam masa terdekat macam mana dan bagaimana ia harus disolek atau ditacap ? Entahlah.... marilah samada para ilmuan politik di menara gading atau siapa saja ilmuan/pakar idea mencanaikan idea-idea segera dan segar perbaiki tata kelola para agenda pemain politik atau politikus dalam negara ini dengan satu sistem yang 'terbaik' mengawal mereka supaya tidak menjadi 'tikus' berterus terusan. Jangan dibiarkan , mereka membetulkan kumpulan depa..
Ironisnya atau nampak gaya sistem kekhalifahan perlu dikembalikan, walaupun mengambil tempoh dan masa sudah lama. Kumpulan yang rakyat harapkan pun dah 'tenggelam' mabuk juga gaya nya......
Maka solusi terkini yang perlu disegerakaan apa ? ....jawapan ada ditangan saudara-saudara
Betul juga kata seorang pimpinan Umno dalam tweetnya. Tak guna adakan pru, jika ahli politik masih lompat melompat.
Betul dan benaar sangat candaan alahyarham Tan Sri P Ramle dengan 'situasi' politik Malaysia spt dalam filem Musang Berjanggut
Politikus Malaysia 'sudah jadi barang dagangan'. Hatta lompat melompat ahli politik kita ni...tiada tara dan bandingan dengan negara mana pun...
Sekejap dia masuk dalam BAKUL kerajaan, sekejap dimasuk dalam RAGA pembangkang. Sekejap dia jadi kerajaan, sekejap dia jadi pembangkang ...
Entah lah sampai bila............
Rakyat jadi pemerhati sahaja, bukan lagi sebagai pembuat keputusan..entah demokrasi jenis apa pun kita x tau...
Ulama demokrasi pun kalu dia hidup, dia pun nanti pening ini demokrasi MALAYSIA BOLEH kot...
Ahli politik kita amat menjijikkan macam pelacur. Tindakan mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan. Dalam masa yang sama rakyat telah membuat pilihan agar team yang ada dapat melakukan 'reformasi' dalam tata kelola urus tadbir negara.
Raungan 'suara rakyat' dikesampingkan, sewaktu korono 19. Tiada langsung rasa keinsafan dan kasih sayang serta perihatin nasib rakyat.
Nafsu serakah yang 'membuas' dalam bulan Rejab langsung tidak menginsafkan mereka. Salah menyalah, tunding menunding hanya agenda politik menjadi keutamaan dan kerja buat mereka.
Rakyat jelak dengan sajian berita, medsos menyajikan berita-berita dengan seadanya. Yang mana sebelum ini, kita seringkali diwarna warni dengan berita-berita artis yang sokmo-sokmo , kini dunia glamour artis jatuh kalah dengan dunia 'pertarungan politik' para politikus