Wednesday, January 27, 2021

MAINLAH POLITIK SECARA BERHEMAH

Rasukan Syaitan punca orang Melayu lemah mendaftar jadi pengundi. .. dipetik daripada kenyataan Presiden sebuah parti Islam. 

Berita dipetik daripada sebuah portal berita dalam talian. Diharapkan kenyataan itu tidak benarlah ye.. Nampak macam marah kepada bangsanya iaitu Melayu.

Syaitan itu berwajah manusia. Menjadi dalang warisan penjajah. Amboi dah dapat kuasa ..nampak mcm marah. Kan pendaftaran pemilih atau pengundi secara automatik. Mana ada golongan bangsa Melayu benci kepada politik.

Cuma depa BENCI dgn pendokong dan pemain politik yang PENIPU, tu je..

Maka terselamatlah orang yang mendaftar jadi pemilih atau pengundi daripada rasukan syaitan. Dan ternyata hok belum daftar dah kena RASUKAN SYAITAN

Jika dah tahu, buatlah sesuatu, usahakan dan jauhkan rasukan SYAITAN tu...

Sunday, January 17, 2021

BANJIR OH BANJIR

Selesai Banjir 1.0 bagi fasa pertama bermula 5hb Januari dan berakhir sepenuhnya pada 17hb Januari 2021 terutama di Pahang. Kebarangkalian bagi Banjir 2.0 akan ada. Semoga Allah pelihara dan lindungi. 

Bagi rakyat di negeri-negeri pantai timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan serta Johor , Mlk dan N9 cukup terkesan dgn peristiwa banjir. Ditokok dengan covid 19. Banyak kemusnahan harta benda yg tidak dapat diselamatkan. Ini kerana tiada sistem amaran awal, macam yang dibuat oleh kerajaan Indonesia.

Justru, kesiapsiagaan cukup lemah mendatar bawah par , . Kesiapsiagaan  secara 'manual' dan 'tipikal' sahaja dibuat oleh frontliner banjir. Rutin, tubuh jawatankuasa Banjir, hantar barang makanan di pengkalan hadapan, lantik dan kutip data di PPS, menteri dan VVIP datang bagi sumbangan. 

Cuma keriuhan 'bakul makan' x samapi atau 'diselewengkan. Cerita2 inilah yang mewarni BANJIR 1.0 bagi sesi 2021...

Apa seterusnya tindakan pihak berwajib ? Apa peranan NADMA

Sunday, January 10, 2021

Apa yang mahu direformasikan ?

Kebejatan para pemain politik, mewarni tahun 2021. Walaupun banjir melanda negara di tengah-tengah pendemik C-19. Cakaran inter dan intara pakatan mereka sudah tidak berbendung lagi. Nampak kegilaan bagi kedua-dua belah mahu kerajaan dan pihak oposisi.

Habis semua leluhur Rukun Negara (RN) dirobek-robek dgn kerakusan kuasa. Cakap-cakap politikus berterusan tidak ada satu kuasa pun yang boleh menahan mereka. Bercakap dengan akal sihat. Inilah wajah-wajah mereka.

Falsafah dan leluhur politik dalam dewan-dewan kuliah, kajian sikap, kajian lapangan dan dapatan supaya sisitem poltik kita direformasikan satu ketika dulu hancur dan punah ranah.

adakah ia salah sisitem atau salah siapa ? 

Monday, January 04, 2021

PH- FASA PEMULIHAN YG LEMBAB ATAU LAMBAT ?

PH gagal warnai politik Baru Malaysia. Gagasan politik baharu PH tidak menyerlah. Adakah mungkin terlalu idealis, atau terperangkap dengan strategik. Atau dperangkap oleh strategik OT95.

Yang nampak jelas terkini, PH terperangkap. Buktinya 'imej putih' imej perubahan, imej harapan rakyat yang dimpikan rakyat. TERPADAM. Nyanyian 22 bulan cukup terkesan racunnya. 

Fasa pemulihan amat lembab dan lambat. Ditambahi dengan nyanyian DSAI adalah PM9. Siapa kalangan PH yang layak selainnya.

Berantakkan, majlis Pres PH tridak hidup, rakyat tidak dijengahi, janji ke laut, pembelaan manifesto dimatikan dgn alasan ia bukan kita suci

Maka bermacam-macam..

Terkini MP daripada PKR akan menyaman kerajaan Selangor isu air....lambakan air kini baaah...