Thursday, June 19, 2014

Lagi Celebrity Luar Negara PILIH ISLAM

Ramai selbriti luar negara mencari ISLAM. Alhamdulillah syukur kepada ALlah SWT kerana pintu hidayah dibuka kepa celebrity ini.

Monica, Bintang Filem Tamil Peluk Islam

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 12:01 AM
Monica menukar namanya kepada MG Rahima dan meninggalkan terus kerjaya seninya yang dibina sejak zaman kanak-kanak.
  (Ubah saiz teks)
PELAKON popular filem Tamil, Monica, 27, membuat keputusan memeranjatkan apabila beliau memutuskan untuk menukar agama daripada Hindu kepada Islam dan seterusnya meninggalkan kerjaya seninya.

Seperti dilaporkan portal Salam News,  pelakon itu juga telah memilih nama MG Rahima sebagai nama Islamnya.

"Saya menukar agama bukan kerana cinta ataupun wang.  Saya suka prinsip Islam. Inilah sebabnya mengapa saya telah memeluk agama Islam, " kata beliau.

Menurut media India,  Monica telah membuat pengumuman itu pada satu sidang media pada hari Jumaat lalu  di mana beliau mengeluarkan gambar yang menunjukkan dia memakai pakaian tradisional yang sederhana dan bertudung.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab di sebalik keputusannya untuk menyertai agama berkenaan.

Pelakon itu  memulakan kerjayanya sebagai artis kanak-kanak dalam bahasa Tamil pada tahun 1990 ketika berusia tiga tahun dan telah berlakon dalam lebih 50 buah filem.

Beliau juga merupakan bintang popular dalam industri perfileman India Selatan  seperti filem Telugu, Malayalam dan Kannada.
Monica, juga pernah memenangi Tamil Nadu State Award sebagai pelakon kanak-kanak terbaik.

Pada tahun 2001, Monica telah berubah namanya kepada Paravana untuk industri filem Malayalam.

Filem terakhirnya ialah Jannal Oram yang ditayangkan di pawagam pada November 2013.


Tuesday, June 17, 2014

Projek Kaya Raya Membangunkan Melayu atau Jahanamkan Kerajaan Melayu ?

Kita bukan dengki, kita bukan cemburu, kita bukan apa kepada Melayu Umno ini. Melayu yang dapat projek ini bakal kaya. Namun, adalah sebaliknya yang dianalisa oleh Rafizi itu menjadi logik kita marahkan kepada Melayu ini.

Berapa banyak depa yang atas nama Umno dapat projek kya raya macam ni...


Projek UiTM diberi kepada Adun Umno – Rafizi

KUALA LUMPUR 16 JUN: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, projek pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Pasir Gudang diberikan kepada seorang Adun Umno Pulau Pinang.
Katanya, perkara itu disahkan oleh perdana menteri dalam jawapan di parlimen yang mengakui kos kampus berkenaan adalah antara RM280 juta hingga RM315 juta dan disewakan semula kepada UITM. Ia katanya, merupakan perjanjian konsesi selama 23 tahun dengan bayaran sewa tahunan antara RM56 juta hingga RM69 juta.
Rafizi (2)“Semakan menunjukkan bahawa Cosmic Dimension Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mana salah seorang pemilik saham utamanya adalah Shariful Azhar Othman, ADUN Bertam (Pulau Pinang) dari Umno. Beliau memegang sebanyak 1 juta saham Cosmic Dimension Sdn Bhd iaitu 20 peratus saham pemegang konsesi tersebut.
“Bersama-sama seorang lagi pengarah dan pemegang saham utama iaitu Mohamed Rafik Mohd Idris, Shariful Azhar Othman mengawal secara majoriti Cosmic Dimension Sdn Bhd,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, Penyata kewangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan kedudukan aset RM6 juta dan perolehan tahunan hanya sebanyak RM150,000.
Katanya, ia membuktikan syarikat itu tidak menunjukkan kedudukan kewangan yang kukuh dan tiada pengalaman dalam sektor pembinaan.
“Saya menggesa Perdana Menteri menjawab sama ada perjanjian konsesi ini diberi kepada Cosmic Dimension Sdn Bhd kerana syarikat itu berkait rapat dengan seorang ADUN Umno?,” soal Pengarah Strategi KEADILAN itu.
Pada 12 Jun lalu, Rafizi mendedahkan bahawa kerajaan memberikan konsesi kepada syarikat swasta untuk membina enam kampus cawangan UiTM selama 23 tahun dan  sewa tahunan antara RM56 juta sehingga RM69 juta bagi setiap kampus. Jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan kepada enam syarikat terbabit adalah RM8.6 bilion yang ditanggung rakyat.
“Sedangkan kos membina 6 kampus tersebut dianggarkan sebanyak RM 1.8 billion sahaja, mengambil kos purata RM298 juta untuk setiap kampus bagi 6 kampus cawangan,” katanya.
Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan di Dewan Rakyat April lalu memberitahu enam syarikat dilantik sebagai pemegang konsesi. Selain cawangan UiTM Pasir Gudang, kampus lain adalah Jasin (Melaka), Seremban II (Negeri Sembilan), Puncak Alam (Selangor), Tapah (Perak) dan Kota Samarahan (Sarawak).
“Rakyat terpaksa menanggung beban kos sebanyak hampir lima kali ganda lebih mahal iaitu kos pembinaan kampus hanya RM1.8 bilion tetapi  terpaksa membayar sewa tahunan sebanyak RM8.6 bilion kepada syarikat konsesi,” kata Rafizi.

Wednesday, June 11, 2014

Kerajaan UBN Yang Perihatin: Penjawat Awam Perlu Dipertanggungjawabkan ?

Semua penjawat awam besar atau kecil pangkat mereka perlu dihukum ? Dan sebagai rakyat yang bertanggungjawab mereka perlu berkorban kepada negara atau dikorbankan ? Mereka menjadi libaliti kepada kerajaan ke ?



Cukai tambahan penjawat awam tampung kerugian RM3.1 bilion

(Oleh: Lyn Nasir)

KUALA LUMPUR 8 JUN: Tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan Arahan CP38 (potongan cukai tambahan secara ansuran) terhadap penjawat awam hanya bertujuan menampung kerugian kerajaan sebanyak RM 3.1 bilion.
Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, jumlah itu merupakan pengecualian cukai oleh kerajaan terhadap syarikat berstatus Tun Razak Exchange (TRX).
abdullahsani400px“Kerajaan dah rugi RM3.1 bilion daripada pengecualian cukai tersebut.
“Jadi apa yang kerajaan cuba lakukan adalah mengutip balik cukai itu daripada penjawat awam dengan mengenakan potongan cukai tambahan secara ansuran pula. Pastinya ini menambahkan bebanan kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menggesa kerajaan meneliti semula perlaksanaan cukai korporat termasuk pengecualian cukai kepada syarikat–syarikat berstatus TRX.
Ini kerana keputusan memberikan pengecualian 100 peratus cukai pendapatan kepada bank-bank yang berpindah ke TRX dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah disifatkan tidak rasional.
Pengecualian tersebut mengakibatkan negara kehilangan sumber pendapatan kira–kira RM 3.1 bilion sekiranya tiga bank tempatan iaitu CIMB, Maybank dan RHB berpindah ke TRX.
Pada 3 Jun lalu, LHDN berkata pemotongan cukai tambahan kepada penjawat awam bertujuan melunaskan tunggakan cukai sedia ada dan arahan tersebut akan dikenakan kepada 156,158 pembayar cukai individu melibatkan amaun tunggakan cukai berjumlah hampir RM418 juta.
Abdullah, yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata, kerajaan cuba melindungi kroni sendiri dengan membebankan rakyat berpendapatan rendah bagi menampung kerugian yang ditanggung mereka.
“Kaedah Pemotongan Cukai Berjadual (PCB) sedia ada cukup memberi tekanan kewangan kepada kumpulan pekerja hampir 1.4 juta orang.
“Cukai yang dah dikenakan sebelum ini dah jadi bebanan kepada mereka, apatah lagi dengan cukai GST yang akan dilaksanakan nanti. Pakatan Rakyat menentang setiap perlaksanaan yang membebankan rakyat sebab itu bukan matlamat kita,” ujarnya


Tuesday, June 10, 2014

MAS SEMAKIN TENAT KENA MASUK ICCCU ?

Apakah rakyat pasrah dan berserah tentang isu MAS. Sistem Penerbangan Malaysia, sisitem pengangkutan udara yang kita banggakan rugi lagi.

SALAH siapa ? Itukah sahaja persoalan yang mampu kita lontarkan, setiap kali MAS bermasalah. Era kerugian MAS dan kaedah menyelamatkan MAS sama sahaja pattern setiaap kali ianya ditimpa masalah. Masalah utama adalah kewangan ?

Adakah wang adalah segala-galanya atau segala-galanya kerana wang ? Jika begitu setiap kali masalah ini berlaku dan suntikan wang berbillion dilakukan sepatutnya MAS wajarlah pulih, tetapi mengapa ia tidak pulih-pulih. Ini kerana MAS semakin SAKIT dan sudah sampai peringkat kritikal dan tenat nampaknya ?

Nampaknya wang bukan masalah ? tetapi sumber manusia MAS dan sekeliling MAS nampak PALING BERMASALAH....masalah urustadbir, tanggungjawab, responbiliti, integriti, amanah dan sebagainya .........TRANFORMASI dimana ? LAMA DAH KITA TUNGGU....YANG ADA AIR LIUR BASI...



Khazanah Kaji Pelan Selamatkan MAS

Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 12:25 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd akan mengumumkan pelan perancangan untuk menyelamatkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang kini berhadapan masalah kewangan.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar pada Selasa berkata, tiga perkara utama perlu diberi perhatian.

"Pertamanya isu dalaman iaitu mengenai produktiviti MAS. Kedua, sebagai syarikat penerbangan negara, kita perlu jelas mengenai syarikat penerbangan yang bagaimana kita mahukan khususnya mengenai daya saing.

"Dan yang ketiga ialah berkaitan isu kepimpinan yang merupakan perkara yang sangat mencabar," katanya.

Bercakap kepada pemberita di Invest Malaysia 2014, Azman berkata, adalah amat mencabar bagi kepimpinan MAS dan "kami amat hargai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahaya dan pasukannya bekerja bekerja kuat untuk syarikat itu."

Monday, June 09, 2014

Bacalah Pimpinan Pakatan Rakyat .......



Apa Pakatan perlu belajar daripada BN

Selepas DAP tewas mengejut di Teluk Intan, keretakan di antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat menjadi semakin ketara.
Kekalahan di Teluk Intan yang sepatutnya menjadi rahmat untuk memperingatkan DAP, PAS dan PKR pentingnya untuk terus bekerjasama bagi bersama melawan Barisan Nasional (BN) bertukar membawa bala apabila ia menjadi medan saling menuding jari antara satu sama lain.
Bagi PKR, pemilihan partinya sudah cukup  memalukan. Maka tidak perlu parti kawan menyapu garam atas luka dengan menyalahkan perkara tersebut sebagai punca kekalahan di Teluk Intan.
Bagi PAS, hudud adalah undang-undang Tuhan yang dekat dengan hati pengikutnya. Tidak bijaklah kalau ada parti kawan yang menyalahkan niatnya untuk melaksanakan undang-undang Tuhan itu sebagai punca kekalahan di Teluk Intan. 
Bagi DAP, kekalahan di kerusi yang majoritinya pengundi Cina sesuatu yang sukar ditelan kerana ia melanggar persepsi kaum Cina berada di pihak mereka. Oleh itu, tidak perlu mengguris hati DAP dengan berkata mereka tewas di Teluk Intan kerana mereka kehilangan sokongan Cina, sesuatu persepsi politik yang boleh membuai mimpi ngeri kepada mereka.
Jika hendak berbicara mengenai kesilapan, ketiga-tiga parti ada membuat kesilapan – daripada masalah terlalu yakin kepada tidak berkempen bersungguh-sungguh. Tapi sekiranya ketiga-tiga parti ikhlas bertahaluf, mengapa perlu menyalahkan antara satu sama lain atas kekalahan di Teluk Intan?
Masalah terbesar DAP, PAS dan PKR ialah mereka bersahabat, tetapi pada masa sama, mereka bertarung antara satu sama lain untuk muncul lebih maju di depan berbanding sahabat lain. Selain itu, mereka juga bekerja untuk meningkatkan jumlah undi mengikut kaum secara berasingan, dan bukan secara bersama.
Ini punca utama mengapa pemimpin Pakatan Rakyat suka membuat kenyataan media memperbesarkan isu antara tiga parti semata-mata untuk menjadi undi kelompok masing-masing. Kerana itu juga,  mereka suka membalas kenyataan sesama sendiri melalui media tanpa kisah tindakan mereka akan memperkuatkan persepsi rumahtangga di Pakatan Rakyat ini tidak stabil, sebagaimana yang dipropagandakan oleh BN di media perdana.
Persoalannya, susah sangatkah bagi para pemimpin Pakatan Rakyat untuk menelefon, menghantar email, SMS mahupun whatsapp antara satu sama lain apabila timbul perbezaan pendapat atau sebelum membuat kenyataan mengenai isu sensitif?
Dalam isu kontroversi seperti perkahwinan Hindu seorang wanita bernama Melayu, kes penjagaan anak mualaf, Kidex dan isu Bible Melayu, sepatutnya ketiga-tiga parti perlu berbincang dahulu sebelum mengambil pendirian rasmi.
Ini tidak. Ketiga-tiga parti seolah-olah mempunyai pendirian dan pandangan berbeza – semua jawapan bukan atas kepentingan Pakatan Rakyat, tetapi untuk menjaga kelompok undi parti masing-masing.
Bukan itu sahaja, kebanyakan masa, ada yang suka jump the gun dengan menyatakan pendirian parti dahulu melalui kenyataan media dalam isu kontroversi semata-mata untuk menjaga hati kelompok rakyat yang mengundi parti mereka. Kemudian, golongan ini akan seolah-olah memaksa Pakatan Rakyat menerima pandangan itu sebagai pandangan rasmi tanpa memikirkan kesannya pada rakan parti yang lain dan kelompok rakyat yang lain.
Tindakan seperti ini harus dijauhi kerana ia bersifat sabotaj yang menimbulkan lebih banyak sengketa yang boleh meretakkan lagi Pakatan Rakyat.
Dalam hal menjaga imej perpaduan Pakatan Rakyat, barangkali para pemimpin barisan pembangkang boleh belajar sesuatu daripada BN.
Lihatlah cara parti-parti komponen BN mengurus perbezaan pendapat, di mana mereka jarang berperang di media sehingga menimbulkan rakyat mendapat persepsi BN tidak stabil dan mungkin berpecah bila-bila masa.
Perhatikanlah bagaimana para pemimpin BN yang tidak bersetuju antara satu sama lain cepat-cepat menutup mulut dan berbicara di belakang takbir untuk mengurangkan tumpuan dan tekanan media.Renungkanlah bagaimana para pemimpin BN mengambil taktik jarang mengeluarkan kenyataan menghentam parti-parti komponen sendiri meskipun ada yang terlajak.
Belajarlah bagaimana NGO-NGO digunakan sebagai muka depan untuk menyerang parti komponen sendiri dan lawan apabila perlu tanpa menjejaskan imej perpaduan utuh BN. Akuilah cara BN menguruskan ura-ura pertukaran menteri besar di negeri-negeri tertentu juga lebih baik daripada cara Pakatan Rakyat yang mendapat idea kontroversi seperti Langkah Kajang.
Dalam isu kontroversi, pemimpin BN juga lebih pandai mengelak daripada Pakatan Rakyat yang sering terjerut (walaupun kebetulannya banyak perkara kontroversi berlaku di Selangor, yang di bawah kuasa Pakatan Rakyat.)
Meskipun ada taktik politik BN yang kurang disenangi rakyat, tetapi ia sukar untuk menafikan taktik itu berkesan. Ini kerana sehingga kini tiada seorang rakyat pun yang berasa BN akan berpecah.
Yang rakyat tertanya-tanya ialah bila Pakatan Rakyat akan berpecah? Soalan sedemikian sudah cukup untuk Pakatan Rakyat belajar sedikit sebanyak cara BN dalam mengurus perbezaan pendapat. – 9 Jun, 2014.


Gobind salahkan Khalid berhubung manifesto pakatan


Gobind Singh Deo, Khalid Ibrahim
KUALA LUMPUR 4 Jun - Selepas menyalahkan Pas yang dikatakan punca kekalahan DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menyelar pula sikap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana menafikan penghapusan lebuh raya bertol adalah sebahagian daripada manifesto pakatan pembangkang di negeri itu sebelum ini.
Sambil merujuk kepada isu pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) di Petaling Jaya, Gobind berkata, Abdul Khalid tidak sepatutnya memandang rendah rakyat Selangor dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian walaupun sebelum ini manifesto pakatan pembangkang pernah menyebut jika mereka menjadi kerajaan Persekutuan, maka lebuh raya bertol akan dihapuskan.
Ketidaksepakatan dalam pakatan pembangkang lebih terserlah apabila Gobind yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat DAP, terus mendesak Abdul Khalid agar tidak lari daripada hakikat yang telah dicapai di dalam manifesto sebelum ini.
“Kita semua tahu kita tidak menang sebagai kerajaan Persekutuan. Tetapi kita menang di Selangor dan lebuh raya ini (Kidex) merentasi Selangor, jadi kerajaan negeri ada banyak kuasa untuk menghentikan atau setidak-tidaknya memberi tekanan kepada kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan projek lebuh raya bertol ini.
“Sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid seharusnya mencari jalan untuk berbuat demikian. Beliau kena faham ini dan berhenti memberi gambaran kepada semua bahawa dia adalah seorang yang lemah dan tidak berdaya," katanya di dalam laman sosial Facebook hari ini.
Pembinaan Kidex sebelum ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk Selangor terutama di sekitar kawasan terlibat di Petaling Jaya yang mendesak kerajaan negeri Selangor menghentikan projek tersebut yang disifatkan bakal mendatangkan kesan buruk kepada rakyat di negeri itu.
Ramai yang mendesak agar kerajaan negeri memenuhi manifesto mereka untuk menghapuskan tol jika menang Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, namun pembinaan lebuh raya itu membuktikan sebaliknya.
Mereka mendakwa pembinaan Kidex juga akan menyebabkan perniagaan hampir 600 peniaga dan 3,784 pemilik tanah berada dalam situasi tidak menentu kerana nilai harga hartanah dikhuatiri merudum akibat masalah yang timbul kelak.



SELAMATKAN MALAYSIA .....

Pendapatan yang gagal ditingkatkan, lonjakan harga barangan dan perkhidmatan, pelbagai jenis sistem percukaian yang dikenakan. Semua adalah gambaran kegagalan urustadbir yang baik bagi sesebuah kerajaan rakyat.

Ini adalah gambaran ketidakcekapan bagi sesbuah kerajaan. Dengan merujuk negara Malaysia, yang diakui dan digambarkan oleh dunia, bahawa antara negara yang 'terkaya' atau 'paling kaya sumbernya didunia.

Dengan indeks persepsi dan realiti ini Malaysia sepatutnya dibina dan dijadikan  antara gergasi ekonomi rantau ini. Tanpa memainkan sentimen rasis perkauman, seharusnya Malaysia yang diurustadbir majoriti teknokrat satu bangsa gah sepatutnya tidak 'dhaif' di mata dunia kini.

Dengan jumlah bebanan hutang 1/2 trillion, apa bakal jadi dengan masa depan negara ini? Siapakah yang harus dipersalahkan ? Rakyat kini hidup dengan penuh ketakutan. Berbekalkan sumber biodiversiti yang dikatakan paling tua di dunia ? Apakah lagi jenis-jens kebanggaan yang boleh rakyat sandarkan dengan negara ini ?

Kini, pilihannya adalah satu, rakyat perlu bangkit dan buat tranformasi dengan menukar keseluruhan pasukan yang ada dengan melantik pengurusan yang baaru bagi urustadbir negara ini.

Jika, tidak kita sudah terlambat, negara sedang menuju kebangkrapan. Di hadapan adalah Lautan Muflis yang bakal kita daratkan negara ini. Aduhai... cerdikpandai marilaah kita SELAMATKAN NEGARA INI

Thursday, June 05, 2014

Bila Dr M berkata-kata ?


'Boleh guling k'jaan dengan demo jika...'

 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemimpin yang menindas boleh digulingkan melalui demonstrasi besar sekiranya ia tidak boleh dilakukan melalui undian.

Katanya, pemimpin yang tidak boleh dikritik akan "sedia melakukan perkara salah", dan proses demokrasi juga boleh disalahguna walau proses tersebut memberi ruang bagi rakyat menolak pemimpin melalui pilihan raya.

"Hanya dengan mengundi saja anda boleh menggulingkan seorang pemimpin, namun apabila demokrasi disalahguna dan mereka tidak begitu mengamalkan demokrasi, kita tiada cara lain untuk menggulingkan seorang pemimpin melalui pilihan raya.

"Kemudian, jika pemimpin itu sangat menindas, beliau harus digulingan dengan cara lain. Dan cara lain itu tentulah termasuk demonstrasi besar dan mungkin malangnya melalui pertempuran," kata Mahathir.

Kenyataannya itu sangat berbeza dengan pendiriannya sebelum ini berhubung demonstrasi jalanan, yang menurutnya boleh mencetus rantaian rampasan kuasa dan ketidakstabilan.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada kira-kira 1,500 orang siswa dan penjawat awam di Universiti Islam Antarabangsa hari ini.

Mahathir bagaimanapun dalam satu sidang media selepas itu menjelaskan, kenyataannya itu tidak bermaksud sebagai kritikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang kini menghadapi barisan pembangkang yang lebih berpengaruh selepas pilihan raya umum ke-13.

Najib, yang juga presiden Umno, dalam kapasiti peribadinya turut memfailkan saman ke atas Malaysiakini atas komen kritikal ke atasnya dari pembaca laman ini.

"Tidak, Najib juga dengar kritikan... Tapi jika pengikutnya sendiri tidak memberi memberitahunya bila ada perkara silap, mereka juga melakukan kesalahan.

"Pada masa saya, saya menghargai pembangkang. Anda perlukan pembangkang sebagai cermin diri, supaya boleh melihat wajah sendiri, sama ada buruk atau tidak," kata Mahathir.