Tuesday, January 19, 2010

Ramalan Isu Perak: DUN bakal dibubarkan ?

Temerloh: YB Mujahid Yusof Rawa membayangkan bahawa Mac 2010 Mahkamah Rayuan bakal mengumumkan bahawa DUN Perak bakal terbubar. Ini adalah tiada alasan dan hujah untuk mereka mempertahankan Zambry sebagai MB Perak yang sah.

Seandainya MB Perak Zambry dikekalkan dari sudut undang-undang bermakna Undang-Undang tubuh Kerajaan Negeri Perak yang ada tidak lagi menjadi dokumen berharga sebagai sumber rujukan tertinggi.

Implikasi UMNO dan pimpinan UMNO membelakangkan undang-undang dan perundangan negara adalah jelas dan tidak boleh ditakwilkan lagi. Makna mereka sendiri gagal mematuhi prinsip negara yang dilembagakan melalui doktrin Rukun Negara kepada semua rakyat Malaysia.

Demikian penjelasan yang dilontarkan oleh Dr Mujahid sempena Lawatan Kerja beliau ke Pahang, di salah sebuah kampung tertua Pahang.

No comments: