Wednesday, June 27, 2007

Pragawati seksi promosi sukan, KBS dikecam





Bapa Islam Hadhari hari ini dikecam oleh juak-juak hadhari yang ada rasa keperihatinan diri selepas 50 tahun merdeka. Gamaknya mereka mula terfikir dan berfikir kenapa SMART tidak berjaya dan mampu membendung air banjir kilat selama 2 jam.
Nah, sekarang Tok Samy Vellu tentu senyum , ini Tuan Allah punya kerja, sapa-sapa boleh lawan, nampaknya iman samy lebih kuat keyakinan daripada anak cucu ulama .
Nah, etika berpakaian yang diperkenalkan oleh kerajaan Kelantan, yang didakwa oleh mereka kolot dan menyekat kebebsan individu kepada bukan beragama Islam, nampaknya makan tuan. Walaupun wanita MCA Seremban menyokong dengan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan itu dulu.
Mavcam mana dengan pemuda UMno Kelantan dan Sazmi Miah, buatlah laporan dan Nuar Musa bawalah usul ni kat dalam Dewan dan minta MP-MP Umno dan ADUN-ADUN UMNo bawa usul kat DUN kat negeri masing2 , barulah ada kesatuan dalam bertindak, kalau tidak habis sebagai handsard parlimen sahaja lah.... tak kan nak tunggu lembu tak kan makan rumput kot...................


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dibidas beberapa anggota parlimen kerajaan yang mempersoalkan sikap tidak tegas kementerian itu berhubung isu pragawati berpakaian seksi yang digunakan untuk mempromosi acara sukan berprestij yang dianjurkan di negara ini.

Datuk Ir. Hasni Mohamad (BN-Pontian) yang mengemukakan soalan berhubung perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini mempersoalkan bagaimana kementerian itu boleh terlepas pandang mengenai perkara itu.

"Bagaimana boleh perkara-perkara sebegini terlepas dari pandangan kementerian kerana ia bukan sahaja di Kuala Lumpur malah di seluruh negara.

"Kalau promosi di Kuala Lumpur sahaja mungkin saya boleh faham, tetapi ini jelajah seluruh negara," katanya pada soalan tambahannya.

Turut membangkitkan perkara itu ialah Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang mempersoalkan mengapa tiada tindakan diambil walaupun Malaysia mempunyai undang-undang mengenai perkara tersebut.

"Undang-undang memang ada, dan kita berkata penguatkuasaan akan dijalankan, tetapi kalau ada orang langgar kita tak pernah ambil tindakan. Lebih-lebih lagi jika orang yang melanggar itu orang luar, kita jadi kaku, beku, tidak berani... malu berterus-terang orang langgar kita punya peraturan, penyudahnya kita diam.

"Akhirnya apabila persoalan timbul di Parlimen akan kita jawab itu je-lah, daripada dulu, kini dan selamanya," katanya.

Setiausaha Parlimen KBS, Vigneswaran Sanasee ketika menjawab soalan itu berkata, pakaian yang digunakan oleh pragawati terbabit bukanlah pakaian mandi seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya adalah "hot pants".

Beliau berkata kementerian ini sememangnya mengambil berat perkara tersebut dan akan mengemukakan perkara berkenaan kepada menteri supaya tindakan yang sewajarnya diambil.
Terdahulu ketika menjawab soalan asal Ir Hasni, Vigneswaran berkata, KBS apabila meluluskan penganjuran sesuatu acara sukan antarabangsa di Malaysia mensyaratkan supaya penganjur mematuhi syarat yang ditetapkan.

Antaranya ialah memastikan setiap peserta, penganjur memahami, mematuhi dan menghormati adat resam tempatan dan memastikan prinsip protokol dipatuhi bagi menjamin imej kerajan tidak terjejas, katanya.

Beliau berkata pelaksanaan syarat itu terbukti semasa Malaysia menganjurkan Le Tour de Langkawi dan F1 2007 di mana pragawati yang terlibat telah memakai baju kebaya semasa tujuan promosi acara sukan berkenaan.

No comments: