Tuesday, January 30, 2007

Apa pun alasan sama ada diada-adakan atau sengaja diada2kan berkenaan tuntutan gaji .. antara alasan popular macam alasan budak sekolah ialah tuntutan mesti selaras kemampuan kerajaan. Hak ini sapa tak dapat nak tolak samada mentah2 atau 'masak2'.
Menurut laporan berita lagi tahun ini menyaksikan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), menangani dua isu penting untuk kepentingan ahlinya iaitu cadangan Skim Faedah Pencen Bercarum (FPB) dan semakan menyeluruh pakej pelarasan gaji serta kebajikan kakitangan awam. Kedua-dua isu untuk memastikan kebajikan dan masa depan pekerja sektor awam ini, membabitkan perbincangan antara Cuepacs dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
tambahan pula katanya, di bawah skim FPB, kakitangan awam yang baru dilantik dan disahkan dalam jawatan dikehendaki mencarum setiap bulan dalam KWAP yang konsepnya hampir sama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kakitangan sektor swasta. Perbincangan antara Cuepacs yang diketuai Presidennya, Omar Osman dan kerajaan diwakili Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam, hari ini diharap dapat menyediakan landasan untuk kedua-dua pihak menyatakan pendapat dan pendirian masing-masing. Hasil perbincangan itu akan dibawa ke Majlis Kongres Cuepacs pada 12 Februari ini dan keputusan mengenainya akan dimuktamadkan selepas itu. Walaupun Cuepacs pernah menolak cadangan skim itu, ia tidak bermakna ia tetap dengan pendirian itu. Perbincangan kali ini membolehkan Cuepacs mendengar penjelasan JPA dan memberi cadangan balas, jika perlu.
Bagaimanapun, isu yang lebih penting dan dinanti oleh hampir 1.2 juta kakitangan awam ialah semakan menyeluruh pakej gaji dan kebajikan mereka. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang berikutan kenaikan harga barang keperluan dan perkhidmatan, mereka mengharapkan kenaikan gaji. Pasukan Petugas Khas Gaji yang ditubuhkan Cuepacs sudah membuat cadangan lengkap pada mesyuarat terakhirnya, pertengahan bulan lalu. Memorandum juga sudah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 11 Januari lalu, merangkumi pelarasan gaji, elaun, ganjaran dan hal ehwal kebajikan. Cuepacs mencadangkan pelarasan dan kenaikan gaji kakitangan awam antara 10 hingga 40 peratus, selepas tidak pernah berubah sejak 15 tahun lalu. Kita percaya pakej semakan secara komprehensif itu selaras dengan harapan rakyat dan kerajaan supaya kakitangan awam meningkatkan integriti dan memperkemas jentera penyampaian sektor awam. Kerajaan tentu tidak keberatan menimbang permohonan kenaikan gaji yang dicadangkan Cuepacs tetapi sebarang keputusan bergantung kepada kemampuan kerajaan dan kedudukan kewangan negara. Kita akui, pakej yang dirangka Cuepacs adalah untuk manfaat semua kakitangan awam berjawatan rendah hinggalah peringkat tertinggi. Bagaimanapun, kerajaan pula mempunyai banyak keutamaan lain yang tidak kurang pentingnya. Justeru, kita berharap kakitangan awam sedia menerima kadar kenaikan yang mungkin lebih rendah daripada 40 peratus yang dituntut Cuepacs. Mereka harus sedar kenaikan gaji yang tinggi tidak membawa makna besar jika ia disusuli dengan kadar inflasi yang meningkat. Oleh itu, jika kerajaan mampu mengawal inflasi, kenaikan gaji yang sederhana seharusnya memuaskan hati semua pihak.
Bagi kita hak bergaji tentu senyum, hak bergolok dan berparang senyum kambing, hak kambing senyum kerbau, hak mengundi senyum ayam, sebab kena sembelih macam ayam daging kat batu Talam. Alasan sama undi tetap sama kepada yang itu, namun ayam kat Batu Talam naik juga 60 sen sekilo, cuma mujur dia orang tak dak tol, kalu ada tol mungkin lain sikit putusan dia,
Abah..alahai anak omak

Monday, January 29, 2007

Mendisiplinkan pemandu bukan tugas mudah
Rencana PengarangKITA semacam sudah kehabisan modal dan kaedah untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya di negara ini. Pelbagai kempen dan idea kreatif telah diketengahkan namun graf kemalangan jalan raya terus meningkat khusus pada musim perayaan.
Lebih membingungkan ialah kadar kemalangan maut yang tidak pernah menurun. Rakyat Malaysia seolah-olah telah lali dengan kejadian-kejadian kemalangan ngeri sehingga ia gagal menginsafkan mereka untuk berhati-hati di jalan raya.
Apa yang kerajaan kita tidak buat untuk meminimumkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita? Kempen, bermacam jenis ops, penyenaraian jalan-jalan maut ternyata tidak memberi kesan kepada usaha mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Malah ada kalanya jumlah yang dicatatkan semakin meningkat sehingga mencabar ‘kesabaran’ di pihak kerajaan.
Dan semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghidupkan kembali kaedah pemberian mata ‘demerit’ kepada pesalah jalan raya bagi membendung kemalangan maut yang semakin serius hingga mencecah 6,000 setiap tahun.
Sistem Penalti Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) yang pernah dilaksanakan pada tahun 1997 ini mengenakan mata denda kesalahan (demerit points) kepada para pemandu yang melakukan kesalahan.
Secara keseluruhannya sistem ‘demerit’ ini mempunyai banyak kelebihan namun bantahan orang ramai ekoran pelaksanaan yang tidak cekap menyebabkan ia terhenti sekerat jalan.
Kita sendiri tidak tahu mengapa sistem yang dikatakan amat berkesan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ini harus dihentikan semata-mata kerana bantahan orang ramai.
Sepatutnya pihak yang berkenaan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dalam sistem tersebut dan memberi peluang untuk ia berkuat kuasa bagi tempoh beberapa tahun.
Seperti yang ditegaskan oleh Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Nooryah Md. Anvar, sistem ‘demerit’ ini boleh menjadi kaedah terbaik menangani masalah peningkatan kemalangan jalan raya jika ada kerjasama antara JPJ dan PDRM.
Maka kita amat berharap supaya kedua-dua pihak dapat duduk semeja untuk melihat semula kaedah pemberian mata ‘demerit’ supaya pelaksanaannya kelak tidak lagi menimbulkan bantahan.
Selain pelaksanaan kaedah ‘demerit’ kita juga mahu undang-undang lalu lintas yang diajar kepada calon-calon pemegang lesen memandu dikaji keberkesanannya. Statistik kemalangan jalan raya di negara kita memberi petunjuk bahawa pelajaran asas itu hanya membentuk disiplin calon-calon untuk lulus ujian memandu. Apabila lulus segala-galanya lenyap dan mereka menjadi raja di jalan raya.
Memang mustahil untuk menghapuskan terus kemalangan atau mendapat kemalangan sifar tetapi untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya bukanlah angan-angan kosong.
Disiplin yang tinggi di kalangan para pengguna jalan raya pasti mengingatkan kita supaya sekurang-kurangnya menghargai nyawa orang lain kalaupun tidak mahu menghargai nyawa sendiri.Mendisiplinkan pemandu bukan tugas mudah
Rencana PengarangKITA semacam sudah kehabisan modal dan kaedah untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya di negara ini. Pelbagai kempen dan idea kreatif telah diketengahkan namun graf kemalangan jalan raya terus meningkat khusus pada musim perayaan.
Lebih membingungkan ialah kadar kemalangan maut yang tidak pernah menurun. Rakyat Malaysia seolah-olah telah lali dengan kejadian-kejadian kemalangan ngeri sehingga ia gagal menginsafkan mereka untuk berhati-hati di jalan raya.
Apa yang kerajaan kita tidak buat untuk meminimumkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita? Kempen, bermacam jenis ops, penyenaraian jalan-jalan maut ternyata tidak memberi kesan kepada usaha mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Malah ada kalanya jumlah yang dicatatkan semakin meningkat sehingga mencabar ‘kesabaran’ di pihak kerajaan.
Dan semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghidupkan kembali kaedah pemberian mata ‘demerit’ kepada pesalah jalan raya bagi membendung kemalangan maut yang semakin serius hingga mencecah 6,000 setiap tahun.
Sistem Penalti Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) yang pernah dilaksanakan pada tahun 1997 ini mengenakan mata denda kesalahan (demerit points) kepada para pemandu yang melakukan kesalahan.
Secara keseluruhannya sistem ‘demerit’ ini mempunyai banyak kelebihan namun bantahan orang ramai ekoran pelaksanaan yang tidak cekap menyebabkan ia terhenti sekerat jalan.
Kita sendiri tidak tahu mengapa sistem yang dikatakan amat berkesan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ini harus dihentikan semata-mata kerana bantahan orang ramai.
Sepatutnya pihak yang berkenaan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dalam sistem tersebut dan memberi peluang untuk ia berkuat kuasa bagi tempoh beberapa tahun.
Seperti yang ditegaskan oleh Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Nooryah Md. Anvar, sistem ‘demerit’ ini boleh menjadi kaedah terbaik menangani masalah peningkatan kemalangan jalan raya jika ada kerjasama antara JPJ dan PDRM.
Maka kita amat berharap supaya kedua-dua pihak dapat duduk semeja untuk melihat semula kaedah pemberian mata ‘demerit’ supaya pelaksanaannya kelak tidak lagi menimbulkan bantahan.
Selain pelaksanaan kaedah ‘demerit’ kita juga mahu undang-undang lalu lintas yang diajar kepada calon-calon pemegang lesen memandu dikaji keberkesanannya. Statistik kemalangan jalan raya di negara kita memberi petunjuk bahawa pelajaran asas itu hanya membentuk disiplin calon-calon untuk lulus ujian memandu. Apabila lulus segala-galanya lenyap dan mereka menjadi raja di jalan raya.
Memang mustahil untuk menghapuskan terus kemalangan atau mendapat kemalangan sifar tetapi untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya bukanlah angan-angan kosong.
Disiplin yang tinggi di kalangan para pengguna jalan raya pasti mengingatkan kita supaya sekurang-kurangnya menghargai nyawa orang lain kalaupun tidak mahu menghargai nyawa sendiri.

Guru jangan penting diri mendisplin pelajar


TUJUAN saya menulis di ruangan ini adalah untuk meluahkan pandangan saya. Saya keliru dengan situasi yang berlaku di sekolah anak saya iaitu Sekolah Kebangsaan Jalan 4, Bandar Baru Bangi, Selangor. Selama dua tahun saya menjemput dan menghantar dua anak saya – seorang bersekolah pagi dan seorang bersekolah petang. Adakah patut pihak sekolah menjual ais krim kepada pelajar? Ais krim yang dibuat oleh guru dijual dengan harga 20 sen sebatang.Guru besar melarang pelajar membeli daripada penjaja di luar kawasan sekolah dan tidak membenarkan pihak kantin menjual ais krim tetapi pejabat guru pula yang menjualnya.

Anak saya pernah membelinya dan baki seringgit tidak diambil kerana anak saya berada di darjah satu ketika itu.Mujur saya ada dan masuk mengambil sendiri baki duit dari dalam bekas di atas peti ais yang terletak dalam bilik guru.Masalah kedua, pelajar tidak dibenarkan melalui tangga dari tingkat 1 hingga 3, berhampiran dengan bilik guru kerana tangga tersebut adalah laluan guru sahaja.

Saya anggarkan dari tingkat 2 dan 3 sekolah tersebut bilangan pelajarnya mencecah 350 orang sekiranya satu darjah seramai 40 pelajar. Pelajar akan bertolak-tolakkan dan berpusu-pusu menuruni anak tangga berserta dengan beg yang sarat. Ini akan menggalakkan mereka berebut-rebut untuk turun ketika sesi sekolah berakhir.

Saya sendiri pernah melihat bagaimana seorang guru mengherdik pelajar yang menggunakan laluan beliau. Pelajar tersebut dengan berat hati dan membawa beg berat terpaksa naik semula dan menuju ke tangga di hujung sekolah.
Tangga di hujung sekolah ibarat anak kambing keluar kandang. Sekiranya mereka turun bersama-sama guru, masalah disiplin secara langsung dapat dipupuk dan mereka boleh dipantau oleh guru-guru yang cantik molek, baju berwarna-warni, berfesyen-fesyen dan bergaya sesama sendiri itu. Tak salah jika mereka turun dan naik bersama pelajar mereka. Apa yang mereka mahu dihormati atau mahu diberi keistimewaan oleh pihak sekolah.
Guru seharusnya sama susah dan sama senang dengan pelajar, kalau turun dan naik tangga sama pun saya rasa tidaklah sampai menghalang guru tersebut pulang cepat.
Pelajar yang ramai memang sukar dikawal, tetapi guru kena ambil risiko dan bahagian untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin. Jangan pentingkan diri.
Saya juga tidak kisah jika guru-guru mendapat layanan terlalu istimewa ketika di kantin tetapi pihak sekolah nampaknya kurang beri perhatian kepada aspek kelancaran pada waktu rehat di kantin.
Sepatutnya sediakan lorong membeli serta membayar untuk memudahkan pelajar beratur dan melatih mereka berdisiplin. Ada pelajar yang tidak makan kerana keadaan yang tidak selesa ini, mereka tidak suka berebut, tetapi terpaksa kerana masalah masa rehat yang pendek. Seorang guru atau pihak kantin boleh menjadi pengawas memerhatikan keadaan di kantin ini.
Tandas pelajar atau guru patut dijaga dan dibersihkan oleh pihak pencuci sepanjang hari. Mungkin mereka mencuci sekali sehari untuk tandas pelajar tetapi untuk guru sentiasa dijagai.
Saya dapat tahu ramai pelajar tidak sanggup masuk ke tandas. Mereka menahan dan terpaksa membuang ketika sampai di rumah. Ini akan memudaratkan pelajar. Tidak semua pelajar begitu, tetapi saya sendiri terkejut melihat keadaan tandas di sekolah ini. Sekiranya perlu dibayar 10 sen pun saya rasa ia akan membantu pihak pencuci dan sekolah untuk menjaga kebersihan.

Untuk menjamin keberkesanan buat satu hari atau jadual mengajar pelajar cara-cara menjaga dan membersihkan tandas, selepas ini baru mereka sedar akan erti kebersihan. Saya tidak tahu dan tidak pasti apakah pendapat saya ini betul atau tidak. Saya tahu dalam mesyuarat PIBG perkara ini boleh dibangkitkan tetapi saya tidak yakin pihak sekolah mengambil kira apa yang saya dan ibu-ibu pelajar luahkan semasa mesyuarat tersebut.
Jika benarlah dalam laporan sahabat kita apa yang terkandung dalam Blueprint Pendidikan kebangsaan (2006-2010) akan menghapus sistem asrama penuh, oleh ahmadhadeed"Blueprint Pendidikan kebangsaan (2006-2010) yang dilancarkan mencetuskan gagasan cluster school yang akan menghancurkan falsafah pendidikan negara , berkemungkinan menghapuskan sistem asrama penuh dan memberi kebebasan kaum asing dan mubaligh kristian menggunakan asset kerajaan untuk membentuk kurikulum dan memilih pelajar dan guru yang mereka suka.Blueprint Pendidikan kebangsaan (2006-2010) telah dilancarkan dalam senyap mengejutkan semua mereka yang menjaga kepentingan orang Melayu .
Bagaimanakah blueprint sebegini penting boleh dirancang tanpa di ketahui oleh orang Melayu. Orang melayu sudah menderita dengan dasar gila mengajar sains math dalam bahasa inggeris dan sekarang dikejutkan lagi dengan Blueprint Pendidikan kebangsaan (2006-2010) yang kemungkinan akan menghapuskan sistem asrama penuh yang banyak menolong melahirkan cerdik pandai Melayu . Di antara gagasan yang di rancang oleh Hishamudin dalam Blueprint Pendidikan kebangsaan (2006-2010) ialah peruntukan besar akan diberi untuk mewujudkan 300 Cluster School di seluruh Malaysia. kemungkinan ini adalah cluster bomb yang akan meletup menhancurkan pelajar melayu dari 2006 hingga 2010. Cluster school bunyi nya cantik dan menawan iaitu untuk mewujudkan world class school , centre of excellent , di mana sekolah bebas mereka cipta kurikulum sendiri, pesatuan ibu bapa yang tidak tahu menahu tentang pendidikan bebas campur tangan menentukan PENGETUA GURU DAN PELAJAR sekolah cluster bomb ini.Ini semua bertentangan dengan Dasar Pendidikan Pelajaran yang di asaskan oleh Razak Report , Rahman Talib Report dan Cabinet report yang menekankan kurukulum sekolah yang sama , pengunaan bahasa Melayu dan memupuk perpaduan kaum. Kaum Cina dan Kristian akan sangat tertarik dengan konsep cluster school ini kerana mereka akan dapat membina sekolah mengikut acuan mereka , menggunakan asset negara dan meneruskan agenda racialist dan missionary mereka. Itu nama nya bodoh , bangan dan bahlul. Sudah lah kita menerima Perdana menteri Mahathir gila yang memaksa pelajar belajar sain math dalam bahasa inggeris dalam keadaan tergesa gesa , sekarang kita mempunyai pula menteri pelajaran yang bangan yang sanggup menggunakan asset negara untuk memberi peluang orang yang tidak tahu tentang aspirasi pendidikan negara untuk membentuk minda pelajar . Cluster school adalah sekolah yang dirancang oleh Hishamuddin yang dapat memecat guru dan mengambil guru yang terbaik untuk sekolah mereka. Ini bermakna Jabatan Pendidikan Negeri akan menjadi tunggul kayu dan terpaksa meluluskan segala permohonan guru cemerlang dan pakar mengajar di sekolah cluster school. Yang paling teruk sekali pihak sekolah boleh memilih pelajar yang akan di ambil tanpa dipersoalkan oleh kementerian atau jabatan pendidikan negeri. Apa yang dibuat oleh Hishamudin ini atau UMNO ini akan banyak merosakkan cita cita murni yang sudah di asas oleh pejuang pendidikan selepas merdeka. Tun Razak adalah seorang pejuang pendidikan melayu .Najib tun razak saya tak pasti. Tun Razak dengan nasihat intelek melayu selepas merdeka telah menggariskan penting nya meninggakat nasib bahasa melayu melalui pendidikan. Bila dikatakan pendidikan ini bermakna kurikulum. Kerajaan tidak boleh membiar kurikulum sekolah di reka mengikut selera pihak pihak berkempentingan kerana ini akan menjejas matlamat memertabatkan pendidikan orang melayu dan perpaduan kaum. Cluster school memberi kebebasan pihak petadbir sekolah merancang kurikulum dan ini bermakna memberi peluang kepada mereka untuk menhijack sistem pendidikan negara.Sebenarnya idea cluster school ini adalah usaha untuk mewujudkan international school percuma bagi golongan elit dan atasan untuk mengurangkan kos menanggung family mereka. Sekarang ini kebanyakan elit politik melayu sudah tidak menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana mereka sendiri tidak yakin dengan sistem pendidikan kebangsaan. Mereka menghantar anak mereka ke sekolah swasta atau sekolah international di KL . Mewujudkan sekolah elit cluster school akan menolong mereka mengurankan kos sara hidup. Cluster school juga adalah reaksi umno untuk melayan desakan kaum cina yang mahu menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan hanya apabila mereka dapat menguasai guru , guru besar.petadbiran dan kurikulum sekolah. Dalam sistem cluster school ini jabatan pendidikan negeri akan menjadi tunggul kayu yang terpaksa meluluskan segala permohonan. Ini adalah semua kerja bahlul dan tolol.Dengan pembelanjaan yang memfokas kepada cluster elit school kemungkinan sekolah asrama penuh akan terbiar. Sistem asrama penuh merupakan tulang belakang program meningkatkan pendidikan orang melayu. Pemilihan guru terbaik ke sekolah elit cluster school akan menyebabkan banyak sekolah asrama penuh kekurangan guru pakar dan cemerlang.Apa yang dibuat oleh Hishamudin dan umno sebenarnya menjilat semua dasar yang dilaungkan oleh umno samaada memertabatkan bahasa melayu,memperkasa pendidikan orang melayu, melahir kan rakyat yang bersatu dan menguasaai kurikulum negara. Idea melahirkan pusat kurikulum negara juga hilang entah kemana. Serupa juga dengan idea sekolah bestari yang hilang entah kemana.Menjadi tanggungjawab semua ahli politik melayu dan islam dan ngo melayu islam membincangkan isu ini dengan serius sebelum ia diluluskan. Membiarkan program sebesar ini kepada menteri umno yang hanya tergila gila kepada sistem sekolah cina akan melingkupkan orang melayu.Kita berdoa kepada Allah supaya melindungi ummat islam dari mala pertaka hasil sisterm rekaan orang yang tidak mengambil hal langsung nasib ummah
Maknanya satu lagi petaka , dalam meliberalisasikan sistem pendidikan , negara kita semakin menuju kepada caca marba, kerana pencacai2 pembuat dasar sibuk dengan isi perut dan bawah perut mereka. Lihatlah ...pandanglah.... tiru macam sapa !!!!!!!!!!!!
Abah..... harap ke sapa ?

Friday, January 26, 2007

Format peperiksaan UPSR usah pinggir pembentukan sahsiah

Kita janganlah terlalu bertindak berkata TIDAK kepada saranan dan cadangan bekas Yang Dipertua Majlis Guru Besar (MGB), Awang Mohmad supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan, nampaknya tenggelam bersama persaraan beliau sebagai guru besar yang bersara wajib. Walaupun ramai yang tersentak dengan kenyataan beliau, ia reda begitu saja apabila Menteri Pelajaran sendiri menolak cadangan itu.

Apakah MGB di bawah kepemimpinan baru akan meneruskan desakan supaya kerajaan menimbang semula cadangan itu? Sekiranya saranan itu bukan pandangan peribadi Awang, sudah tentu Yang Dipertua baru terpaksa mempertahankan kewajaran pandangan MGB itu. Jika tidak, mungkin saranan itu hanya akan kedengaran lagi saat persaraan pengganti beliau kelak.Memang sukar dinafikan hujah Awang bahawa setiap sekolah memberi fokus berlebihan terhadap UPSR, sehingga mengabaikan aspek pendidikan lain termasuk aspek yang dianggap penting oleh Awang iaitu nilai murni, jati diri dan pembentukan sahsiah murid.Persoalannya, apakah ujian itu yang mendorong pengajaran difokuskan kepada peperiksaan atau format peperiksaan yang dikemukakan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menyebabkan wujud trend itu?Semua guru Tahun Enam, malah dari Tahun Empat dan Tingkatan Lima lagi mengajar sesuatu mata pelajaran didasarkan kepada format kertas peperiksaan LPM bagi mata pelajaran berkenaan. Misalnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, pengajaran guru adalah berlegar kepada format peperiksaan bagi mata pelajaran itu.Contohnya bagi soalan yang berkaitan Social and language expression hanya satu format soalan dikemukakan sejak bertahun-tahun walaupun penyemakan semula format soalan dilakukan pada 2005. Oleh kerana bentuk yang sama dikemukakan setiap tahun, malah berdasarkan analisis, situasinya ada yang berulang, maka pengajaran Social and language expression semata-mata disampaikan dalam bentuk seperti dikemukakan dalam soalan. Itulah latih-tubi yang dilakukan guru di dalam kelas. Perkara yang sama dilakukan guru di kelas tambahan dan pusat tuisyen malah penceramah dalam seminar peperiksaan yang dianjurkan pelbagai pihak.Seorang bapa yang mempunyai tiga anak mengambil UPSR pernah menunjukkan koleksi soalan 11-15 yang dikumpul dapada pelabagai media dan berkata: “Kita tak tahu bahasa Inggeris pun boleh bantu anak belajar. Soalan dah tahu, cari banyak-banyak suruh buat latih-tubi”.Bagi bahagian penulisan pula, format yang sama juga digunakan untuk ketiga-tiga soalan yang dikemukakan. Misalnya untuk soalan 3, berbentuk note expansion juga melalui format yang tidak pernah diubah, iaitu didasarkan kepada gambar. Calon dikehendaki menulis ayat semata-mata berdasarkan beberapa perkataan yang disediakan di bawah gambar itu.Jadi, apakah itu saja cara untuk menguji pelajar berkaitan dengan note expansion atau guided composition? Tidak bolehkah digunakan soalan berbentuk lain untuk menguji calon mengenai social and language expression?Sedangkan situasi dalam pengajaran bahasa, untuk kedua-dua kemahiran itu begitu luas dan pelbagai. Sayang selama tiga tahun, apabila belajar kedua-dua kemahiran itu, maka format itulah digunakan guru. Jadi bukanlah guru tidak kreatif dan ketandusan idea, tetapi untuk apa mereka bersusah payah, sedangkan mereka tahu tentang format soalan yang akan dihadapi pelajar apabila menduduki peperiksaan kelak. Perkara yang sama juga berlaku bagi mata pelajaran lain. Malah jika kita masih ingat apabila diperkenalkan format baru bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris UPSR pada 2005, LPM sendiri menyediakan buku mengandungi soalan yang dijual kepada sekolah dan orang ramai. Macam ada isyarat untuk guru dan ibu bapa, kalau nak mengajar ikutlah format peperiksaan, bukan sukatan pelajaran.Jadi adalah lebih baik jika LPM merombak sistem soalan, iaitu tidak terlalu rigid dan terikat kepada format yang sama sehingga bertahun-tahun. Sebaliknya mengemukakan pelbagai bentuk soalan bagi sesuatu kemahiran atau atau tajuk seperti ditetapkan dalam sukatan pelajaran.Dengan demikian, kita percaya pengajaran akan difokus kepada pemahaman kandungan pelajaran, bukan soalan peperiksaan. Sekiranya pelajar faham kandungan pelajaran, kemukakanlah soalan dalam apa bentuk pun, mereka akan berupaya menjawab.Jika ini dilaksanakan, kita percaya tidak lagi berlaku pengajaran yang berorientasikan secara mutlak dan MGB tidak perlu lagi mencadangkan UPSR dimansuhkan.
Sebenarnya, kita wajar dan hendaklah renungkan dengan bersungguh2 terhadap apa yang diperkatakan oleh beliau. Kita sebagai warga pendidik yang 'hard core' bisnes adalah mendidik dan mengajar manusia menjadi manusia, tidaklah nak menolak dan menerima cadangan itu mentah2. Realiti kini berlaku ketidak seimbangan atas matlamat apa yang yang dicapai dan dikejarkan.
Kita wajar akui, sahsiah pelajar 'pincang' peringkat akar umbi, bila naik ke sekolah menengah rendah dan atas menjadi tenat, sementara dalam masyarakat kembali tenat. Janganlah kita ukurkan dengan peratusan angka atau indeks gejala. Kita juga wajar ukur bentuk2 nilai 2 dan etika yang diajar , banyak mana yang diamalkan. Kalau tidak percaya tuan2 ke sekolah2 dibandar, masuk dan cuba bertanya manakah bilik itu, bilik ini, di mana guru itu dan guru ini, minta di bawakan tuan puan ke tempat. Berapa keratkah pelajar yang akan iring tuan puan ke destanisi atau hala yang tuan2 mahu tuju. paling2 tinggi adalah 2 atau 3 pelajar menengah rendah , hak yang menengah atas dia akan besar kepala, kebebsan bersuara dah ada, dulu tiada pelajar adukan cikgu tak pandai mengajar... tapi kini ada pelajar2 sekolah berani tulis surat kepada pihak pentadbir maklumkan sipolan2 tidak pandai mengajar. perkara ini bukan diada2kan tetapi realiti di kebanyakan sekolah.
Banyaklah perkara2 yang boleh dikoreksi, kita bolah paparkan 1001 kelemahan pelajar dan 1001 kecacatan sebelah guru. Namun matlamat akhir kita adalah kita mahu hasilkan bahagian output kita yang baik, faktor2 sebaliknya kelemahan guru2 boleh di atasi.
dalam hidup kita manusia nak mewujudkan pemikiran atau sesuatu perkara itu sukar. Mudah sahaja membentuk slogan. Contoh istilah 'Malaysia Boleh' dari aspek slogan kanak2 boleh sebut, tapi aspek pemikiran , atau roh Malaysia Boleh bagaimana, kekesanan dalam diri dan hidupnya dalam kehidupan manusia. Jika dalam agama makan dengan 'tangan kanan' dan basuh tangan dapat fadilat dapat disemai dan ditanam dalam pemikiran hinggalah kita sampai ke tua dan mati. Maka bentuk pemikiran seumpama inilah yang mahu dan kita kena semaikan. Berbalik kepada apa yang dicadangkan seprti di atas.
Abah.... teropong gajah

Nafi belajar sekolah agama ?

Berita AP melaporkan di AS, negara paling bertamadun dan dianggap paling maju. Seorang calon presiden Demokrat, Senator Barack Obama, membidas tuduhan beliau mendapat pendidikan di sekolah Islam radikal ketika masih kanak-kanak di Indonesia dan berazam mengelakkan perangkap dakwaan tanpa hujah seperti pernah dialami Senator John Kerry pada tahun 2004.

Temu bual oleh The Associated Press di sekolah rendah di Jakarta mendapati ia adalah institusi awam dan sekular yang terbuka kepada semua penuntut tidak kira agama sejak sebelum Obama memasuki sekolah itu pada lewat tahun 1960-an.Obama, yang dilahirkan di Hawaii, berpindah ke Indonesia ketika berusia enam tahun untuk tinggal bersama ibu dan bapa tirinya, bersekolah di negara itu sehingga berusia 10 tahun, apabila kembali ke Hawaii untuk tinggal dengan datuk dan nenek sebelah ibunya.“Tuduhan itu tidak berasas langsung. Ya, kebanyakan penuntut kami beragama Islam tetapi ada pelajar Kristian. Semua orang dialu-alukan ke sini. Ia sekolah awam,” kata Timbalan Pengetua SDN Menteng 1, Akmad Solichin.Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia kelmarin berkata, dakwaan Obama mendapat pendidikan di sekolah Islam tidak berasas sama sekali.“SDN Menteng 1 ialah sekolah rendah awam yang terbuka kepada pelajar semua agama. Tambahan pula, mulanya dia belajar di Fransiskus Assisi, yang jelas sekolah Katolik,” kata Sutopo.Dakwaan Obama mendapat pendidikan di sekolah Islam radikal muncul di laman web majalah konservatif, Insight, sehari selepas Obama mengisytiharkan pencalonan bertanding untuk jawatan presiden pada tahun 2008.Blog internet dan Fox News Channel mengambil berita itu dan menyebarkan dakwaan berkenaan.Obama, kelmarin menyifatkan laporan itu sebagai ‘mengaibkan’.“Saya rasa mereka mengiktiraf bahawa anggapan saya bersekolah di Indonesia selama dua tahun di sekolah awam pada usia tujuh dan lapan tahun mungkin tidak membahayakan penduduk Amerika,” katanya dalam rancangan Today terbitan NBC.Kenyataan balas itu dilihat sebagai petanda Obama akan berusaha melindungi reputasinya dalam kempen presiden.Ibu Obama mengahwini lelaki Indonesia, Lolo Soetoro, selepas bercerai dengan suaminya dan mereka sekeluarga menetap di negara itu pada 1967 hingga 1971.
Maka itu di AS , yang bukan negara umat islam dan bukan diakui sebagai negara Islam, tak palah senator dia tak mengaku gitu. Bagi kita di Malaysia merujuk kepada berbelas2 pemimpin atasan negara baik peringkat pertengahan mahu pun atas2 seperti dulunya Hamid Othman, pengarah DBP Johan Jafaar dan ramailah lagi.
Era dah masuk tahap jubli ape.... kita merdeka masihkah lagi nak sorok asal usul kita. patut kita kena berlapang dada dan berbangga. memanglah semua orang nak sorok latar belakang dia yang tak baik, yang baik2 macam bersekolh takkang lah nak sorok juga, takut ke benda ?
Abah ... tak mahu lupa asal usul org kampung tetap org kampung

Alasan Kemiskinan

Sudah seperti lumrah setiap awal tahun pasti timbul bermacam-macam cerita berkaitan dengan persekolahan anak-anak. Bermula dengan tidak puas hati ibu bapa berkaitan dengan bayaran yuran persekolahan sehinggalah kepada himpitan kemiskinan yang mengakibatkan ada yang tidak dapat bersekolah. Jika boleh ke sekolah pun masih ada yang daif dengan masalah perhubungan ke sekolah dan baju dan peralatan sekolah yang lusuh.Inilah yang terjadi kepada sebuah keluarga di Kuala Ketil akibat kemiskinan dan tidak tahu cara untuk mengatasi permasalahan, mengakibatkan anak-anak hampir keciciran dalam pelajaran. Sedangkan persekitaran masih boleh merubah kehidupan mereka. Tetapi kurang faham berkomunikasi dengan ketua kampung dan tiada inisiatif sendiri untuk mencari jalan mengatasi masalah, menyebabkan masalah dan kemiskinan diharap dapat diselesaikan secara bergolek di hadapan mereka.Lain pula yang berlaku di Pitas, Sabah di mana anak-anak sanggup meredah jalan yang becak di pendalaman dengan berjalan kaki dua jam ke sekolah. Kemiskinan menghimpit keselesaan untuk bersekolah dengan persediaan pakaian dan kasut sekolah sudah tidak penting lagi. Dengan berbaju lusuh dan tanpa kasut, mereka masih bersemangat untuk pergi ke sekolah walaupun dalam serba segi kekurangan. Infrastruktur sekolah dan persekitarannya amat daif seperti keadaan 37 tahun lalu di kampung saya semasa zaman sekolah rendah.Suasana pembelajaran, kemudahan awam dan bangunan sekolah masih ada lagi yang sangat uzur dan tidak layak dipanggil sekolah dalam negara menuju 50 tahun kemerdekaan. Walaupun sudah ada perubahan di bandar dan luar bandar dari segi aspek bangunan dan kesedaran pendidikan yang tinggi, namun masih terdapat segelintir daripada kita yang masih dihimpit dengan kemiskinan dan kesusahan hidup di pendalaman luar bandar.Sebenarnya masih ada berlaku keciciran dalam pendidikan akibat kemiskinan yang menimpa sesuatu keluarga. Masih ada segelintir daripada kita di luar bandar disebabkan himpitan hidup, ramai anak-anak menjadi mangsa dan terpaksa berhenti sekolah. Anak-anak terpaksa membantu menampung beban ekonomi keluarga yang semakin menjerat disamping memberi laluan kepada adik-adik yang lain. Namun faktor utama yang paling ketara adalah kerana lunturan motivasi dan pengaruh sekeliling.Senario pertama ini berlaku di sebuah kampung di Terengganu.Dengan pengakuan mereka adalah dari keluarga miskin dan serba kekurangan untuk ke sekolah, tetapi kita masih boleh melihat suasana pelajar sekolah menengah menghisap rokok tanpa segan silu sambil menunggang motosikal. Mereka juga banyak menghabiskan wang untuk perkara-perkara yang tidak relevan dengan status pelajar.Dari manakah mereka mendapat wang untuk membeli rokok, sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk menampung kos harian persekolahan?. Apakah ibu bapa mereka tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap tindakan anak-anak mereka itu?.Jawapan yang ditemui ialah kebanyakan remaja ini akan menolong ibu bapa bertani, turun ke laut dan terpaksa ponteng sekolah demi sedikit upah. Wang inilah yang digunakan oleh mereka untuk membeli rokok. Jika tiada kawalan, golongan remaja sebeginilah yang mudah terjebak ke kancah penagihan dadah seperti ganja dan daun ketum.Saya berpendapat tidak salah kita memberi upah hasil penat lelah anak kita membantu bertani dan menangkap ikan, tetapi kita perlu tahu ke mana wang tersebut dialirkan. Ibu bapa perlu bertindak sebagai juruaudit agar dapat dipastikan wang digunakan untuk perkara-perkara yang bermanfaat atau simpan di bank. Kerana kita sering beranggapan selepas memberi upah, maka selesailah tanggungjawab kita. Maka bebaslah anak-anak kita untuk menobatkan wang sebagai ‘raja’ dalam kehidupan.Adakah urusan-urusan membantu keluarga ini tidak mengganggu persekolahan mereka?. Ada di antara mereka yang sudah tidak minat lagi ke sekolah dan yang bersekolah pun seringkali ponteng. Untuk ke sekolahpun tidak menampilkan imej sebagai pelajar yang benar-benar hendak belajar. Imej sebagai pelajar juga sudah tiada dengan pakaian yang tidak seperti pelajar dan tanpa buku dalam beg sekolah. Sehinggakan guru-gurupun sudah muak hendak melayan kerenah remaja sebegini.Senario kedua ini berlaku di sebuah kampung di Selangor.Mungkin ada benarnya pepatah Melayu “ bapa borek, anak rintik”. Seketika apabila berkunjung ke warung di kampung berhampiran, dapat dilihat sekelompok golongan bapa yang begitu asyik bermain terup dan dam aji dalam bentuk berjudi. Sesekali terdengar gelak ketawa dan sumpah seranah yang sudah lumrah di warung tersebut. Terdapat juga kelompok yang sedang “brain storming” nombor ramalan apakah yang akan keluar esok.Tiada model kepimpinan terdekat dalam keluarga yang boleh menjadi contoh untuk proses pembinaan diri yang mantap. Benarlah kata seorang ulama terkenal bahawa 70 peratus daripada beban mendidik anak-anak adalah atas pundak ibu bapa. Dan pendidikan yang paling mudah dicontohi adalah yang bersifat sikap, perangai, tabiat, budaya, tingkah laku dan cara kehidupan ibu bapa anak-anak sendiri.Kita tidak mahu melihat kehancuran generasi pewaris hanya kerana semata-mata sikap lalai mendidik dan memuaskan nafsu sendiri yang ada dalam diri kita. Justeru, kita semua bertanggungjawab atas apa yang bakal terjadi kepada nasib bangsa kita di masa hadapan.Walaupun menghadapi kemungkinan untuk dikecam, kita wajib mendedahkan dan membuat pembetulan ke atas segala kepincangan dan permasalahan sosial. Sesuatu yang mungkar dan sifatnya yang tidak betul, wajar mendapat perhatian dan dibendung segera.Ini kerana keadaan sekeliling kita sekarang terlalu banyak model negatif yang tidak mencerminkan aspirasi pembinaan bangsa yang wajar. Malah kita berkemungkinan untuk berdepan dengan detik kehancuran bangsa secara beransur-ansur.Jika begini model- model yang ditemui oleh seseorang anak muda yang baru hendak belajar erti hidup, maka besar kemungkinan mereka bakal penerus warisan model-model negatif tersebut. Semakin bertambahlah komuniti penagih dadah, kaki judi, malas bekerja, peminum arak dan pengunjung kelab malam di negara kita.Proses pendidikan adalah wadah paling sempurna untuk membina keupayaan kendiri. Jika mutu pendidikan yang diterima tidak begitu sempurna, apatah lagi kita sendiri yang cuba mengelak dengan seribu alasan untuk pergi mendapatkan pendidikan sempurna itu, maka tidak mustahillah kita akan berdepan dengan krisis diri sendiri, kelangsungan tamadun dan bangsa yang maha hebat.Segala-galanya adalah bermula dari rumah. Institusi asas ini bakal menentukan rupa apakah yang bakal tercipta untuk kita. Kemiskinan bukannya alasan pendidikan yang di terima menjadi mundur. Kemiskinan juga bukan suatu alasan kukuh untuk duduk berdiam diri di rumah menunggu bantuan yang bakal di terima.Malah ada juga yang memberikan alasan kemiskinan sebagai penyebab anak-anak rosak jati dirinya dan penyebab yang jitu untuk melepaskan tanggungjawab terhadap anak-anak yang masih mentah. Akibatnya kiciciran dalam pelajaran, penambahan masalah sosial dan jenayah mudah sahaja berlaku.Atas alasan kemiskinanlah, setiap awal tahun pasti ada yang “menjatuhkan maruah diri” kononnya saya orang miskin dan tidak mampu membayar yuran persekolahan anak-anak. Mereka tidak terfilir itu semua adalah tanggungjawab wajib mereka untuk menyediakan pendidikan untuk anak-anak. Pelik juga sambil asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulut dan hidung, masih menagih simpati dan mencanangkan ke sana sini yuran sekolah membebankan dan minta kerajaan tolong.Tidak malukah jika orang berkata dengan bahasa kasar “buat anak pandai, bela anak tidak pandai”. Jangan marah bila dikatakan golongan sebeni hanya mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan dirinya sudah berkeluarga dan ada tanggungjawab.Inilah akibat lemah dalam perancangan. Jika dari awal tahun lagi sudah menyediakan peruntukan untuk perbelanjaan sekolah untuk tahun hadapan, pasti masalah sebegini dapat di atasi. Jika wang boleh dibazirkan untuk membeli rokok dan berjudi setiap hari, alangkah elok meninggalkan tabiat buruk itu semata-mata ‘berjihat’ untuk pendidikan anak supaya tidak terabai dan terpinggir.Senario ketiga ini berlaku di Pitas, Sabah.Anak-anak kecil di Pitas, Sabah sanggup menjadikan kesusahan dalam kehidupan yang dilalui oleh ibu bapa mereka sebagai pembakar semangat untuk mereka menimba ilmu walaupun dalam serba serbi kekurangan. Anak-anak itu tahu keiklasan ibu bapa mereka dalam mencari rezeki yang halal harus di bayar dengan pergi juga ke sekolah walaupun dengan pakaian yang lusuh dan sudah bertahun lamanya tidak bertukar baru.Bayangkanlah suasana yang mereka alami untuk ke sekolah sekarang adalah sama seperti saya bersekolah rendah dahulu. Bermakna mereka ketinggalan 37 tahun daripada kita di Semenanjung sedangkan kita bernaung di bawah satu negara yang bernama Malaysia.Kecekalan dan ketabahan anak-anak Pitas ini wajar menjadi contoh kepada kita di Semenanjung yang lebih mewah dalam segala segi daripada mereka. Dengan lumpur di kaki dari lembab menjadi kering, mereka masih setia menghuni sekolah yang usang walaupun mereka sedari gurunya masih tidak cukup lagi. Mereka percaya berkat jujur dan ikhlas ibu bapa mereka berusaha mencari rezeki walaupun dihimpit kemiskinan, namun mereka tidak pula menjadikan itu semua sebagai alasan untuk mereka tidak ke sekolah. Semangat mereka membara untuk menjadi insan yang berguna dan mereka bertekad dengan pendidikanlah bakal merubah status keluarga mereka walaupun ianya akan memakan masa. Pada mereka biar mereka pincang dalam harta benda dan kemewahan, tetapi mereka tidak rela jiwa, jati diri, disiplin, sikap dan perangai mereka turut pincang dan miskin.Sedarilah kita sendiri yang patut menjadi model dan contoh teladan yang baik dalam membimbing dan mengasuh anak-anak.

ALASAN KEMISKINAN BUKAN SEBAB NILAI PENDIDIKAN MENJADI LUNTURSudah

Alasan seperti lumrah setiap awal tahun pasti timbul bermacam-macam cerita berkaitan dengan persekolahan anak-anak. Bermula dengan tidak puas hati ibu bapa berkaitan dengan bayaran yuran persekolahan sehinggalah kepada himpitan kemiskinan yang mengakibatkan ada yang tidak dapat bersekolah. Jika boleh ke sekolah pun masih ada yang daif dengan masalah perhubungan ke sekolah dan baju dan peralatan sekolah yang lusuh.Inilah yang terjadi kepada sebuah keluarga di Kuala Ketil akibat kemiskinan dan tidak tahu cara untuk mengatasi permasalahan, mengakibatkan anak-anak hampir keciciran dalam pelajaran. Sedangkan persekitaran masih boleh merubah kehidupan mereka. Tetapi kurang faham berkomunikasi dengan ketua kampung dan tiada inisiatif sendiri untuk mencari jalan mengatasi masalah, menyebabkan masalah dan kemiskinan diharap dapat diselesaikan secara bergolek di hadapan mereka.Lain pula yang berlaku di Pitas, Sabah di mana anak-anak sanggup meredah jalan yang becak di pendalaman dengan berjalan kaki dua jam ke sekolah. Kemiskinan menghimpit keselesaan untuk bersekolah dengan persediaan pakaian dan kasut sekolah sudah tidak penting lagi. Dengan berbaju lusuh dan tanpa kasut, mereka masih bersemangat untuk pergi ke sekolah walaupun dalam serba segi kekurangan. Infrastruktur sekolah dan persekitarannya amat daif seperti keadaan 37 tahun lalu di kampung saya semasa zaman sekolah rendah.Suasana pembelajaran, kemudahan awam dan bangunan sekolah masih ada lagi yang sangat uzur dan tidak layak dipanggil sekolah dalam negara menuju 50 tahun kemerdekaan. Walaupun sudah ada perubahan di bandar dan luar bandar dari segi aspek bangunan dan kesedaran pendidikan yang tinggi, namun masih terdapat segelintir daripada kita yang masih dihimpit dengan kemiskinan dan kesusahan hidup di pendalaman luar bandar.Sebenarnya masih ada berlaku keciciran dalam pendidikan akibat kemiskinan yang menimpa sesuatu keluarga. Masih ada segelintir daripada kita di luar bandar disebabkan himpitan hidup, ramai anak-anak menjadi mangsa dan terpaksa berhenti sekolah. Anak-anak terpaksa membantu menampung beban ekonomi keluarga yang semakin menjerat disamping memberi laluan kepada adik-adik yang lain. Namun faktor utama yang paling ketara adalah kerana lunturan motivasi dan pengaruh sekeliling.Senario pertama ini berlaku di sebuah kampung di Terengganu.Dengan pengakuan mereka adalah dari keluarga miskin dan serba kekurangan untuk ke sekolah, tetapi kita masih boleh melihat suasana pelajar sekolah menengah menghisap rokok tanpa segan silu sambil menunggang motosikal. Mereka juga banyak menghabiskan wang untuk perkara-perkara yang tidak relevan dengan status pelajar.Dari manakah mereka mendapat wang untuk membeli rokok, sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk menampung kos harian persekolahan?. Apakah ibu bapa mereka tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap tindakan anak-anak mereka itu?.Jawapan yang ditemui ialah kebanyakan remaja ini akan menolong ibu bapa bertani, turun ke laut dan terpaksa ponteng sekolah demi sedikit upah. Wang inilah yang digunakan oleh mereka untuk membeli rokok. Jika tiada kawalan, golongan remaja sebeginilah yang mudah terjebak ke kancah penagihan dadah seperti ganja dan daun ketum.Saya berpendapat tidak salah kita memberi upah hasil penat lelah anak kita membantu bertani dan menangkap ikan, tetapi kita perlu tahu ke mana wang tersebut dialirkan. Ibu bapa perlu bertindak sebagai juruaudit agar dapat dipastikan wang digunakan untuk perkara-perkara yang bermanfaat atau simpan di bank. Kerana kita sering beranggapan selepas memberi upah, maka selesailah tanggungjawab kita. Maka bebaslah anak-anak kita untuk menobatkan wang sebagai ‘raja’ dalam kehidupan.Adakah urusan-urusan membantu keluarga ini tidak mengganggu persekolahan mereka?. Ada di antara mereka yang sudah tidak minat lagi ke sekolah dan yang bersekolah pun seringkali ponteng. Untuk ke sekolahpun tidak menampilkan imej sebagai pelajar yang benar-benar hendak belajar. Imej sebagai pelajar juga sudah tiada dengan pakaian yang tidak seperti pelajar dan tanpa buku dalam beg sekolah. Sehinggakan guru-gurupun sudah muak hendak melayan kerenah remaja sebegini.Senario kedua ini berlaku di sebuah kampung di Selangor.Mungkin ada benarnya pepatah Melayu “ bapa borek, anak rintik”. Seketika apabila berkunjung ke warung di kampung berhampiran, dapat dilihat sekelompok golongan bapa yang begitu asyik bermain terup dan dam aji dalam bentuk berjudi. Sesekali terdengar gelak ketawa dan sumpah seranah yang sudah lumrah di warung tersebut. Terdapat juga kelompok yang sedang “brain storming” nombor ramalan apakah yang akan keluar esok.Tiada model kepimpinan terdekat dalam keluarga yang boleh menjadi contoh untuk proses pembinaan diri yang mantap. Benarlah kata seorang ulama terkenal bahawa 70 peratus daripada beban mendidik anak-anak adalah atas pundak ibu bapa. Dan pendidikan yang paling mudah dicontohi adalah yang bersifat sikap, perangai, tabiat, budaya, tingkah laku dan cara kehidupan ibu bapa anak-anak sendiri.Kita tidak mahu melihat kehancuran generasi pewaris hanya kerana semata-mata sikap lalai mendidik dan memuaskan nafsu sendiri yang ada dalam diri kita. Justeru, kita semua bertanggungjawab atas apa yang bakal terjadi kepada nasib bangsa kita di masa hadapan.Walaupun menghadapi kemungkinan untuk dikecam, kita wajib mendedahkan dan membuat pembetulan ke atas segala kepincangan dan permasalahan sosial. Sesuatu yang mungkar dan sifatnya yang tidak betul, wajar mendapat perhatian dan dibendung segera.Ini kerana keadaan sekeliling kita sekarang terlalu banyak model negatif yang tidak mencerminkan aspirasi pembinaan bangsa yang wajar. Malah kita berkemungkinan untuk berdepan dengan detik kehancuran bangsa secara beransur-ansur.Jika begini model- model yang ditemui oleh seseorang anak muda yang baru hendak belajar erti hidup, maka besar kemungkinan mereka bakal penerus warisan model-model negatif tersebut. Semakin bertambahlah komuniti penagih dadah, kaki judi, malas bekerja, peminum arak dan pengunjung kelab malam di negara kita.Proses pendidikan adalah wadah paling sempurna untuk membina keupayaan kendiri. Jika mutu pendidikan yang diterima tidak begitu sempurna, apatah lagi kita sendiri yang cuba mengelak dengan seribu alasan untuk pergi mendapatkan pendidikan sempurna itu, maka tidak mustahillah kita akan berdepan dengan krisis diri sendiri, kelangsungan tamadun dan bangsa yang maha hebat.Segala-galanya adalah bermula dari rumah. Institusi asas ini bakal menentukan rupa apakah yang bakal tercipta untuk kita. Kemiskinan bukannya alasan pendidikan yang di terima menjadi mundur. Kemiskinan juga bukan suatu alasan kukuh untuk duduk berdiam diri di rumah menunggu bantuan yang bakal di terima.Malah ada juga yang memberikan alasan kemiskinan sebagai penyebab anak-anak rosak jati dirinya dan penyebab yang jitu untuk melepaskan tanggungjawab terhadap anak-anak yang masih mentah. Akibatnya kiciciran dalam pelajaran, penambahan masalah sosial dan jenayah mudah sahaja berlaku.Atas alasan kemiskinanlah, setiap awal tahun pasti ada yang “menjatuhkan maruah diri” kononnya saya orang miskin dan tidak mampu membayar yuran persekolahan anak-anak. Mereka tidak terfilir itu semua adalah tanggungjawab wajib mereka untuk menyediakan pendidikan untuk anak-anak. Pelik juga sambil asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulut dan hidung, masih menagih simpati dan mencanangkan ke sana sini yuran sekolah membebankan dan minta kerajaan tolong.Tidak malukah jika orang berkata dengan bahasa kasar “buat anak pandai, bela anak tidak pandai”. Jangan marah bila dikatakan golongan sebeni hanya mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan dirinya sudah berkeluarga dan ada tanggungjawab.Inilah akibat lemah dalam perancangan. Jika dari awal tahun lagi sudah menyediakan peruntukan untuk perbelanjaan sekolah untuk tahun hadapan, pasti masalah sebegini dapat di atasi. Jika wang boleh dibazirkan untuk membeli rokok dan berjudi setiap hari, alangkah elok meninggalkan tabiat buruk itu semata-mata ‘berjihat’ untuk pendidikan anak supaya tidak terabai dan terpinggir.Senario ketiga ini berlaku di Pitas, Sabah.Anak-anak kecil di Pitas, Sabah sanggup menjadikan kesusahan dalam kehidupan yang dilalui oleh ibu bapa mereka sebagai pembakar semangat untuk mereka menimba ilmu walaupun dalam serba serbi kekurangan. Anak-anak itu tahu keiklasan ibu bapa mereka dalam mencari rezeki yang halal harus di bayar dengan pergi juga ke sekolah walaupun dengan pakaian yang lusuh dan sudah bertahun lamanya tidak bertukar baru.Bayangkanlah suasana yang mereka alami untuk ke sekolah sekarang adalah sama seperti saya bersekolah rendah dahulu. Bermakna mereka ketinggalan 37 tahun daripada kita di Semenanjung sedangkan kita bernaung di bawah satu negara yang bernama Malaysia.Kecekalan dan ketabahan anak-anak Pitas ini wajar menjadi contoh kepada kita di Semenanjung yang lebih mewah dalam segala segi daripada mereka. Dengan lumpur di kaki dari lembab menjadi kering, mereka masih setia menghuni sekolah yang usang walaupun mereka sedari gurunya masih tidak cukup lagi. Mereka percaya berkat jujur dan ikhlas ibu bapa mereka berusaha mencari rezeki walaupun dihimpit kemiskinan, namun mereka tidak pula menjadikan itu semua sebagai alasan untuk mereka tidak ke sekolah. Semangat mereka membara untuk menjadi insan yang berguna dan mereka bertekad dengan pendidikanlah bakal merubah status keluarga mereka walaupun ianya akan memakan masa. Pada mereka biar mereka pincang dalam harta benda dan kemewahan, tetapi mereka tidak rela jiwa, jati diri, disiplin, sikap dan perangai mereka turut pincang dan miskin.Sedarilah kita sendiri yang patut menjadi model dan contoh teladan yang baik dalam membimbing dan mengasuh anak-anak.

Thursday, January 25, 2007

Cuti Jumaat lebih relevan berbanding Ahad

Seorang pembaca daripada Bagan Serai Perak membahasakan dirinya sebagai Makmum menulis bawah perkara cuti Jumaat dan Cuti Ahad manakah lebih relevan ? Katanya tahun ini kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50. Sudah separuh abad negara kita bebas daripada belenggu penjajahan. Namun, salah satu peninggalan British yang tidak perlu kita ikut ialah bekerja pada Jumaat.

Jumaat adalah penghulu segala hari dalam Islam. Di negara kita hanya Kedah, Kelantan dan Terengganu saja cuti pada Jumaat. Suatu ketika dulu Johor dan Perlis juga cuti pada hari berkenaan tetapi kemudian ditukar.Saya berpandangan adalah lebih baik kerajaan menjadikan Jumaat sebagai hari cuti memandangkan majoriti kakitangan awam adalah orang Melayu Islam. Hari Jumaat tidak sesuai untuk bekerja kerana ia adalah hari ibadat yang perlu diagung-agungkan oleh setiap Muslim.Setiap Muslim perlu merebut ganjaran pahala yang besar pada hari berkenaan. Kakitangan kerajaan tidak perlu tergesa-gesa ke masjid selepas makan tengah hari. Lazimnya selepas makan, ramai jemaah mengantuk dan ada yang tertidur ketika khatib menyampaikan khutbah.Alangkah ruginya jemaah berkenaan kerana pahala mendengar khutbah adalah menyamai pahala dua rakaat solat Zuhur. Kita boleh lihat ada jemaah yang tunduk tertidur sewaktu khatib berkhutbah. Ini satu pemandangan yang mengaibkan lebih-lebih lagi jika ia disiarkan secara langsung melalui televisyen. Jika Jumaat adalah hari cuti, fenomena mengantuk ini tidak berlaku kerana mereka boleh makan awal di rumah atau pun makan selepas solat Jumaat. Mereka juga tidak perlu tergesa-gesa ke masjid disebabkan waktu permulaan rehat yang singkat di antara jam 12.15 tengah hari hingga masuk waktu Zuhur. Selalunya mereka akan menjamu selera makan tengah hari kemudiannya ke masjid. Ada di antara mereka yang berehat panjang dan hanya pergi ke masjid apabila waktu Zuhur hampir. Malah, ada yang ke masjid ketika imam sedang membaca khutbah. Saya pernah mendengar bunyi orang berlari terkejar-kejar kerana imam sudah mahu rukuk. Lebih teruk lagi jika ada jemaah yang masbuq kerana tertinggal rukuk bersama imam. Selepas salam kita lihat ada yang meneruskan solat. Hal ini tidak berlaku jika Jumaat adalah hari cuti kerana mereka boleh pergi ke masjid awal. Oleh yang demikian, solat dapat dilakukan secara khusyuk dan tenang.Saya rasa pendapat ini ada yang membantahnya. Malah seorang ustaz pernah berkata: “Kita patut bekerja pada Jumaat kerana ia adalah hari ibadat. Kalau kita bekerja pada hari ibadat, maka pahala yang kita dapat lebih besar berlipat ganda”. Tetapi sedarkah kita bahawa kita sebenarnya kerugian dan kehilangan sesuatu jika bekerja pada Jumaat? Waktu rehat yang panjang dari jam 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang (dua jam 30 minit) adalah tempoh yang panjang. Oleh yang demikian, bekerja pada Jumaat adalah satu langkah tidak produktif. Sepatutnya hari bekerja hendaklah dimulai dengan hari Ahad dan berakhir pada hari Khamis. Cara ini lebih produktif kerana kita tidak perlu berehat terlalu lama dari jam 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang pada Jumaat.
Nampak alasan demi alasan sama dikemukakan saban tahun dan hari, sebagai kerajaan yang cekap pengurusan kita mestilah bertindak segera. Ini adalah hukum manusia kita wajib dan perlu segera selaraskan, kita hidup nak belaka keberkatan dunia dan akhirat.
Penulis juga ingin menambah atas perkara yang sama dengan sedikit tambahan dengan apa yang menimpa ke atas diri penulis. Pertama penulis sudah lama memilih untuk berkhidmat menanda kertas soalan peperiksaan, ketua kumpulan penulis adalah orang terengganu. Oleh kerana jadual peperiksaan tahun ini berubah dan dipinda sedikit , kertas yang penulis tanda tu penulis buat kerja hingga masuk ke tahun baru (2007), masalah tarikh satu hal tak nak nak bincan sini. Maka dah menjadi tanggungjawab kita sebagai pemeriksa kena menghantar 'skrip' yang ditanda sebagai semakan penyelarasan pertama, hak ini tak jadi masalah urusan beres, bila berlaku hantaran skrip penulis pada pelarasan kedua , ini yang buat hal, bila berlaku dan bertembung dengan cuti, pos antara negeri penulis ke Terengganu, maka sipendekkan cerita 'lambat' kerana masalah pos cuti tak sama bagi kedua negeri. maka tuan2 bolehlah fahamkan. Penulis gelabah tarikh serahan yang ditetapkan oleh MPM, perlu sampai ke tangan ketua sekian haribulan. maka nak jadi cerita penulis kena bercuti dan 'jemba' dan 'temba' ke Kuala Trgn semata nak serahkan skrip yang siap diperiksa, kalu pos lambat sampai.
kemelut di sini, adalah masalah cuti kedua negeri tak membenarkan kelicinan. Jika kita nak cuti juga hari ahad menunjukkan kita 'tak merdeka' iaitu merdeka separuh masak' Nak cuti Jumaat pula takut di katakan eksterim dgn Islam pulookk..... Lah la kita ..dah guane. Marilah kot2 ,mana alasan sekalipun puak2 ni tetap degil, hujah la cara ilmiah ke..tak ilmiah ke... dok gitu juga. Dah..... ikut pandai
Abah...pilih merdeka cuti tak merdeka pun

Wednesday, January 24, 2007

Alahai Pak Lah, terkenang dan ingat juga dia kat sekolah lama dia belajar dulu. Beliau ulangai mahu kembalikan kegemilangan, benda ni dah lama. katanya di mahu kan ini seperti berikut seperti laporan berikut.....................
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meluangkan masa beberapa jam menghadiri Jamuan Makan Malam dan Sambutan Ulang Tahun ke-80 bekas sekolah beliau, Sekolah Tinggi Bukit Mertajam (STBM). Dalam ucapan spontan kira-kira 40 minit, beliau menyatakan visinya untuk melihat semua sekolah di Malaysia menjadi seperti STBM ketika beliau belajar di situ.

“Ketika itu guru kami sangat dedikasi... tegas, tetapi bertanggungjawab. Sebagai pelajar, kami beramah mesra tanpa melihat warna kulit atau kaum. Kebanyakan rakan saya adalah Cina dan India. Malah, saya masih rapat dengan mereka.“STBM ketika itu sekolah juara dalam hampir semua jenis sukan khususnya ragbi. Usaha berterusan pengetua dan gurunya untuk memastikan sekolah kami menjadi yang terbaik. STBM melahirkan ramai pemimpin politik, kapten perniagaan, pentadbir kerajaan dan ahli sukan yang mengharumkan nama negara,” katanya pada majlis itu.Bagaimanapun, beliau seolah-olah kecewa kerana keadaannya sudah berubah dan bekas sekolahnya tidak lagi digeruni sekolah lain di Pulau Pinang. Berikutan itu, Abdullah mengingatkan pengetua STBM sekarang, Abu Bakar Muad, supaya kembalikan zaman kegemilangannya supaya terus menjadi sekolah contoh zaman ini.Selepas mendengar ucapan Perdana Menteri dan melihat keakraban beliau dengan bekas pengetua, guru dan rakan sekolahnya pada majlis itu, saya sedar mengapa selama ini beliau mahu melihat sekolah kebangsaan menjadi sekolah pilihan semua kaum.Sebagai Perdana Menteri yang berasal dari sebuah sekolah campuran semua kaum dengan pelajar daripada pelbagai latar belakang dapat hidup bersatu, berkongsi pengalaman dan impian, maka visi Abdullah untuk sistem pendidikan negara amat jelas. Sekolah bukan saja tempat menimba ilmu, tetapi membina kekuatan, perpaduan, sahsiah dan jati diri seperti ditawarkan STBM ketika zamannya.Apabila melihat Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (2006-2010) yang disediakan Kementerian Pelajaran dan dilancarkan Perdana Menteri minggu lalu, asasnya ialah untuk menjadikan sekolah di negara seperti STBM ketika zaman persekolahan Abdullah.Enam teras dalam pelan itu menggabungkan visi beliau selama ini, iaitu pembinaan negara bangsa, integrasi nasional, memperkasakan sekolah kebangsaan, kualiti kurikulum dan kokurikulum, memartabatkan profesion perguruan, melahirkan pelajar berkemahiran ketrampilan serta disiplin, rapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.Impian Perdana Menteri adalah untuk melihat institusi sekolah sekarang melahirkan bangsa bermaruah, berdisiplin, bertoleransi, beriman untuk memikul tanggungjawab meneruskan perjuangan menjadikan Malaysia negara membangun yang dicontohi dunia.Pelan tindakan sudah dilancarkan ke arah itu, soalnya sama ada ia boleh menjadi kenyataan. Ramai sangsi kerana banyak dasar dan pelan sebelum ini sama ada menemui kegagalan, digagalkan atau digantikan apabila menterinya bertukar. Berjaya atau gagal pelan itu kini terletak di bahu Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.Kegagalan pelan pendidikan sebelum ini bukan kerana dasarnya saja, tetapi lebih kepada pelaksanaan dan penyampaian pada peringkat sekolah. Pemilihan pengetua dan guru besar sekolah perlu dibuat berdasarkan rekod dan keupayaan, bukan ganjaran untuk bersara. Kebanyakan guru besar dan pengetua dilantik setahun atau dua sebelum bersara. Ia memberi tanggapan mereka diberi ganjaran pencen tambahan apabila bersara dan bukan kerana keupayaan mereka.Sistem pemilihan guru juga perlu diperketatkan. Pandangan bahawa kerjaya guru adalah pilihan terakhir perlu diubah, kerana guru seperti itu tidak berminat untuk mengajar dan membuang masa dengan kegiatan keceriaan sekolah, tidak kurang juga tidak masuk kelas.Guru lama perlu dilatih semula sesuai dengan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Kenaikan pangkat dan pemilihan guru cemerlang mengikut kekananan perlu dihentikan. Ia hanya boleh dilakukan jika misi dan visi Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan itu dipikul bersama pegawai pelajaran pada semua peringkat.Hishammuddin mempunyai tempoh kurang lima tahun memastikan pelan tindakannya menjadi kenyataan. Jika gagal, sudah tentu ia mengecewakan Perdana Menteri dan rakyat yang dahagakan nafas baru dalam sistem pendidikan negara.
Bersemangat dan berazam seperti Perdana Menteri tu bagus, biasanya manusia mudah lupa dengan apa yang sudah berlaku, ianya jadi lipatan sejarah, macamlah kita boleh dan sekadar berbangga dengan Islam dan kejayaan serta kehebatan zaman islam. azam dan tindakan untuk ulangi tu harus disungguh2kan kalu tidak pemimpin yang memimpin itu berazam kuat dan bertindak membuat bagaimana rakyat teramai mahu ikut, betulah tu kata Pak Lah....
tapi kalau hutan gondol bila didedahkan ketika Johor banjir kali kedua, marilah slogan dan gelombang tiup macam mana dok kat takuk lama juga .... dah guane
Abah.... alai Pak Lah kita

Isu dan Berita Pendidikan

Isu Pendidikan tak pernah basi, satu persatu menarik mencuit dan tidak putus2 di bahaskan semua kalangan. Ini kerana pendidikan adalah jalan - jalan yang memberi impaknya yang besar dan bagai kesinambungan negara dan penduduk Malaysia pada masa hadapan.
Pendidikan kita sentiasa berkembang dan diperkembangkan, isu2 lama seperti kemudahan prasarana, tuntutan dan keluhan guru-guru, karenah birokrasi, perbandingan profesion perguruan dengan profesioon yang lain banyak mewarni tentang nya.
Terbaru adalah berita Sistem sekolah antara faktor BI lemah- Masalah pelajar kolej komuniti, politeknik dan universiti awam kurang mampu menguasai bahasa Inggeris perlu dilihat dari aspek sistem pendidikan sejak di sekolah rendah dan menengah yang menggunakan bahasa kebangsaan.

Ia kerana selepas 13 tahun berada dalam sistem pendidikan berkenaan, agak sukar untuk universiti menggilap mereka menguasai bahasa Inggeris sepenuhnya, sedangkan pada masa sama universiti perlu memberi ilmu khusus berdasarkan bidang pengajian mereka.Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Dr Rafiah Salim, berkata pelajar universiti yang mengikuti sistem pendidikan 13 tahun di sekolah, terutama di luar bandar agak sukar menguasai bahasa Inggeris sepenuhnya tetapi mesti terus dibimbing untuk menguasainya.“Kita jangan lupa, kita sudah terlalu lama menggunakan bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan di sekolah. Apabila melangkah ke universiti sudah tentulah mereka kurang mampu menguasai sepenuhnya bahasa Inggeris.“Saya bukan hendak menyalahkan sistem pendidikan kita. Cabaran kami ialah memberikan ilmu khusus untuk mereka dan pada masa sama memantapkan penguasaan bahasa Inggeris mereka,” katanya kepada Berita Harian ketika dihubungi, di sini semalam.Selain itu, katanya, UM juga menubuhkan unit khas di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa untuk menyediakan program kokurikulum yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris.Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai ketidakmampuan pelajar kolej komuniti, politeknik dan universiti awam menguasai sepenuhnya bahasa Inggeris berikutan hanya menguasai Tahap 1 dan 2 MUET.Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dilaporkan berkata, hampir 30 peratus daripada 132,000 pelajar kolej komuniti, politeknik dan universiti awam hanya menguasai Tahap 1 dan 2 MUET, iaitu tahap terendah ujian berkenaan.Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Dr Mohd Zulkifli Mohd Ghazali, berkata UTM menetapkan pelajarnya harus menguasai Tahap 3 Ujian MUET apabila menamatkan pengajian untuk bersaing mendapatkan pekerjaan.“Mulai tahun ini, semua kuliah dalam kurikulum teras dijalankan dalam bahasa Inggeris manakala dalam kurikulum pilihan seperti Tamadun Islam, ia tidak diwajibkan,” katanya.“Melalui langkah ini, penguasaan bahasa Inggeris pelajar boleh ditingkatkan. Kami tidak mahu graduan kami bukan saja tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, malah sukar mendapat pekerjaan,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.Beliau berkata, selain Jabatan Bahasa Inggeris disediakan bagi memantapkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar, UTM turut menyediakan Unit Bahasa Inggeris untuk membantu memperkukuh penggunaan bahasa Inggeris yang betul di kalangan pensyarah dan pelajar.Jabatan Bahasa Inggeris berfungsi menyediakan kelas pengajian bahasa Inggeris, manakala unit berkenaan pula membantu pensyarah atau pelajar yang menghadapi masalah penggunaan bahasa berkenaan dalam aspek selain kelas.
Kemudian pula, Tambah kemudahan: Sultan
KUANTAN: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berharap Kementerian Pelajaran dapat memberi lebih peruntukan kepada sekolah yang menyediakan kelas pendidikan khas supaya pelajar yang mengikuti pendidikan di situ mendapat kemudahan lebih baik.
Sub c1152_FSCommand(ByVal command, ByVal args)
Call c1152_DoFSCommand(command, args)
End Sub
function c1152_DoFSCommand(command, args) {
var args_arr = args.split(",");
var args_new = "";
var _m4u = false;
_m4u = args_arr[0];
for(var i=0; i

Bagaimanapun, titah baginda, beliau berpuas hati dengan kemudahan yang ada cuma berharap kementerian dapat memberi lebih peruntukan bagi membolehkan kelengkapan lebih baik diberikan kepada pelajar yang mengikutinya.Baginda bertitah demikian selepas melakukan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di Bandar Indera Mahkota dekat sini, semalam.Baginda menghabiskan masa lebih sejam melawat dan mendengar taklimat mengenai kemudahan disediakan di sekolah itu, terutama bagi pelajar cacat penglihatan yang mengikuti kelas pendidikan khas di situ.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan di SM Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad dimulakan pada 1999 dengan dua pelajar dan dua guru.Program itu adalah satu-satunya yang disediakan di Pantai Timur bagi memberi kemudahan pembelajaran kepada pelajar bermasalah penglihatan pada peringkat menengah dan kumpulan pelajar terbabit ditempatkan di Asrama Sekolah Pendidikan Khas (Pendengaran) Kuantan.Tahun ini, bilangan pelajar sekolah itu mencecah 12 orang dengan enam tenaga pengajar.
Abah.... banyak benda menarik dan ditarik

Friday, January 19, 2007

Cermat dan Berhemat urus Negara

Malapetaka adalah lumrah alam, Allah campakkan peringatan, Bagi di Malaysia banjir terburuk adalah pada awal 2007 , negeri2 yang kritikal dan dahsyat dilanda banjir adalah Johor, Melaka dan NS serta sedikit di Pahang.
Maka sekonyong2 media eletronik dua tiga hari lepas dalam Berita Utama melaporkan fenomena banjir berlaku adalah disebabkan oleh kerja2 penambakakn laut oleh Singapura negara jiran kita. Hujah sandaran hanya dipetikan dalam ruangan forum dalam internet di mana seorang pembaca pada 2002 telah lapor tulis kerja2 penambakan laut oleh negara jiran menyebabkan mengakibatkan terjejasnya di kawasan sebelah kita.
Bagi penulis, betapa mudah dan sederrr kata org Pahang bertapa kita menyalahkan org lain dengan satu laporan atau surat atau email org dalam ruanga sana sini. Ini menggamabrakan lemahnya kita dan betapa tidak mudah ambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara.
Sepatutnya sebagai sebuah negara berdaulat dan dah masuk 50 tahun merdeka, kita mesti berlapang dada dan perlu ambil tanggungjawab bagaiamana kita urus dan tadbir negara secara matang dan cermat. Ini perangai macam budak sekolah mudah menunjukkan kesalahan kepada orang lain atau kawan. urus dan tadbir negara baling batu sembunyi tangan tidak menyelesaikan masalah.
Melihat telatah kita, cara urus negara macam kedai kopi atau cara2 sembang kedai kopi bolehlah, dakwaaan ini tidak dipertanggungjawabkan habis makan roti canai maka habis lah cerita, tetapi urus dan tadbir negara melibatkan sesuatu yang besar. Kenyataan kita direkodkan jadi sejarah dan kita mesti bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita dakwa. Gunalah hemah , akui kelemahan tidak jadi salah, sebelum nasi menjadi bubur.
Sepatutnya media mestilah memainkan peranan baik dan membantu negara.
abah.... tak tersinggung tapi tersadung

Thursday, January 18, 2007

Jangan salahkan alam


Banjir ialah satu situasi di mana air terlalu banyak dan melimpah di sesebuah kawasan. Punca yang dikenal pasti ialah kerana hujan lebat yang berterusan. Terdapat juga limpahan air yang berlaku bukan disebabkan oleh hujan lebat tetapi disebabkan oleh ketidakmampuan sesebuah kawasan takungan untuk menakung air.

Hujan lebat biasanya dipengaruhi oleh tiupan angin monsun dan angin lazim yang disertai ribut. Kejadian bencana alam seperti banjir ini yang disebabkan oleh faktor semula jadi memang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, sekiranya persediaan menghadapinya dilakukan dengan rapi termasuk ramalan yang tepat oleh pakar-pakar meteorologi, kesan ke atas jiwa manusia dan harta benda dapat dikurangkan.

Sejarah banjir negara pernah merakamkan beberapa kejadian. Banjir besar yang dikenali sebagai ‘Bah Merah’ pernah berlaku pada tahun 1927. Pada tahun 1967 banjir besar pernah melanda kawasan-kawasan sekitar Pantai Timur khususnya di Kelantan dan mengorbankan lebih 50 orang.

Beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 1971, banjir sekali lagi melanda negara ini dan kawasan pantai barat termasuk Kuala Lumpur dan beberapa negeri di sekitarnya terlibat sama. Seramai 24 orang penduduk dilaporkan lemas atau terbunuh.

Faktor berlakunya bencana alam yang disebabkan oleh tindakan manusia adalah sesuatu tragedi yang sangat dikesali jika terjadi. Banjir yang melanda negara ini sejak akhir tahun lalu di beberapa tempat seperti di Johor dan Melaka yang menyebabkan 10,000 penduduk dipindahkan sehingga kini masih belum pulih sepenuhnya.

Banjir kedua awal tahun ini dan sehingga setakat ini sudah melibatkan pemindahan melebihi 120,000 orang dan mungkin meningkat lagi kerana peringkat amaran ‘merah’ masih diteruskan. Kejadian banjir sangat berkait rapat dengan kesan tindakan manusia. Tidak dapat dinafikan bahawa banjir ini berlaku yang punca asalnya disebabkan hujan lebat yang terjadi kesan tiupan angin monsun, angin baratan, angin timuran dan angin setempat. Namun, tindakan manusia juga boleh menyebabkan banjir atau menyebabkan banjir semakin dominan.

Faktor tindakan manusia sebenarnya adalah faktor kesilapan manusia. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang menjadi punca atau penggalak kejadian banjir termasuklah :

* Penebangan hutan yang tidak terkawal memberi kesan kepada muka bumi.
* Penebangan tumbuhan pinggir pantai pula menggalakkan kejadian banjir berlaku di sekitar kawasan pinggir pantai bertanah rendah. Lazimnya, tumbuhan pinggir pantai seperti pokok bakau mempunyai daya tahan terhadap serangan tiupan angin kerana mempunyai cerucuk yang kukuh mencengkam tanah. Tumbuhan ini sebenarnya adalah benteng semula jadi untuk menghalang tiupan angin yang kencang dan menghalang air pasang atau air bah daripada memasuki kawasan pedalaman pinggir pantai.

* Pembangunan di negara ini selalunya tidak mengambil kira ciri-ciri lestari. Lestari maksudnya menyeimbangkan pembangunan fizikal dengan pembangunan tumbuh-tumbuhan.
* Kesan rumah kaca adalah istilah untuk sesebuah kawasan tumbuh-tumbuhan yang sudah diteroka atau diterangkan dengan diganti hutan batu iaitu bangunan-bangunan konkrit, jalan-jalan tar, dataran-dataran bersimen, tingkap- tingkap berkaca dan kesesakan kenderaan. Kawasan ini sudah pasti merupakan kawasan yang bersuhu tinggi. Kepanasan melampau sebenarnya menggalakkan hujan segera di kawasan ini dan banjir kilat mungkin terjadi.
* Keadaan sistem saliran yang tidak teratur juga menggalakkan banjir. Selain tersumbat, sistem perparitan atau anak sungai yang kecil tidak mampu menampung jumlah air yang banyak apabila hujan lebat.
* Kekurangan kawasan empangan juga menyebabkan kawasan rendah sangat mudah dilanda banjir.
* Penerokaan kawasan-kawasan hutan untuk dijadikan kawasan industri, kawasan bandar baru, kawasan perdagangan dan penempatan manusia juga menyumbang kepada bencana banjir jika tidak diuruskan secara bersistem.
* Pembuangan sisa pejal, sampah sarap, batu-batan buangan dan sisa buangan yang lain juga sangat menggalakkan kejadian banjir. Buangan sisa ini akan menghalang larian air, melambatkan penurunan air ke kawasan rendah dan membantu menakung air selain mencemarkan persekitaran.

Malaysia mempunyai keluasan muka bumi 329,758 kilometer persegi termasuk Sabah dan Sarawak. Namun begitu, 9 peratus kawasan iaitu kira-kira 30,000 kilometer persegi adalah dikenal pasti sebagai kawasan yang mudah dinaiki air. Dianggarkan bahawa kawasan ini mempunyai penduduk lebih kurang 2,700,000 orang yang mungkin menghadapi risiko banjir.
Fenomena cuaca yang tidak menentu ketika ini, ketika perubahan-perubahan peningkatan mendadak jumlah hujan dan suhu serta tiupan angin yang lazim sudah menjadi tidak lazim maka tindakan manusia yang memberi kesan kepada bencana banjir mesti dipantau.

Pihak-pihak yang berkaitan dengan kerja-kerja pembangunan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Alam Sekitar seharusnya memainkan peranan lebih mesra alam. Kita tidak mahu kita ‘dihukum’ oleh alam kerana kita tidak mesra kepada alam.

Kita tidak mahu dipersalahkan oleh ‘alam’ kerana kita merosakkan alam. Kita tidak mahu dilaknat oleh ‘alam’ kerana meneroka alam secara ganas dan rakus.
– MOHD SUBHI MARSAN,

Jangan salahkan alam


Banjir ialah satu situasi di mana air terlalu banyak dan melimpah di sesebuah kawasan. Punca yang dikenal pasti ialah kerana hujan lebat yang berterusan. Terdapat juga limpahan air yang berlaku bukan disebabkan oleh hujan lebat tetapi disebabkan oleh ketidakmampuan sesebuah kawasan takungan untuk menakung air.

Hujan lebat biasanya dipengaruhi oleh tiupan angin monsun dan angin lazim yang disertai ribut. Kejadian bencana alam seperti banjir ini yang disebabkan oleh faktor semula jadi memang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, sekiranya persediaan menghadapinya dilakukan dengan rapi termasuk ramalan yang tepat oleh pakar-pakar meteorologi, kesan ke atas jiwa manusia dan harta benda dapat dikurangkan.

Sejarah banjir negara pernah merakamkan beberapa kejadian. Banjir besar yang dikenali sebagai ‘Bah Merah’ pernah berlaku pada tahun 1927. Pada tahun 1967 banjir besar pernah melanda kawasan-kawasan sekitar Pantai Timur khususnya di Kelantan dan mengorbankan lebih 50 orang.

Beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 1971, banjir sekali lagi melanda negara ini dan kawasan pantai barat termasuk Kuala Lumpur dan beberapa negeri di sekitarnya terlibat sama. Seramai 24 orang penduduk dilaporkan lemas atau terbunuh.

Faktor berlakunya bencana alam yang disebabkan oleh tindakan manusia adalah sesuatu tragedi yang sangat dikesali jika terjadi. Banjir yang melanda negara ini sejak akhir tahun lalu di beberapa tempat seperti di Johor dan Melaka yang menyebabkan 10,000 penduduk dipindahkan sehingga kini masih belum pulih sepenuhnya.

Banjir kedua awal tahun ini dan sehingga setakat ini sudah melibatkan pemindahan melebihi 120,000 orang dan mungkin meningkat lagi kerana peringkat amaran ‘merah’ masih diteruskan. Kejadian banjir sangat berkait rapat dengan kesan tindakan manusia. Tidak dapat dinafikan bahawa banjir ini berlaku yang punca asalnya disebabkan hujan lebat yang terjadi kesan tiupan angin monsun, angin baratan, angin timuran dan angin setempat. Namun, tindakan manusia juga boleh menyebabkan banjir atau menyebabkan banjir semakin dominan.

Faktor tindakan manusia sebenarnya adalah faktor kesilapan manusia. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang menjadi punca atau penggalak kejadian banjir termasuklah :

* Penebangan hutan yang tidak terkawal memberi kesan kepada muka bumi.
* Penebangan tumbuhan pinggir pantai pula menggalakkan kejadian banjir berlaku di sekitar kawasan pinggir pantai bertanah rendah. Lazimnya, tumbuhan pinggir pantai seperti pokok bakau mempunyai daya tahan terhadap serangan tiupan angin kerana mempunyai cerucuk yang kukuh mencengkam tanah. Tumbuhan ini sebenarnya adalah benteng semula jadi untuk menghalang tiupan angin yang kencang dan menghalang air pasang atau air bah daripada memasuki kawasan pedalaman pinggir pantai.

* Pembangunan di negara ini selalunya tidak mengambil kira ciri-ciri lestari. Lestari maksudnya menyeimbangkan pembangunan fizikal dengan pembangunan tumbuh-tumbuhan.
* Kesan rumah kaca adalah istilah untuk sesebuah kawasan tumbuh-tumbuhan yang sudah diteroka atau diterangkan dengan diganti hutan batu iaitu bangunan-bangunan konkrit, jalan-jalan tar, dataran-dataran bersimen, tingkap- tingkap berkaca dan kesesakan kenderaan. Kawasan ini sudah pasti merupakan kawasan yang bersuhu tinggi. Kepanasan melampau sebenarnya menggalakkan hujan segera di kawasan ini dan banjir kilat mungkin terjadi.
* Keadaan sistem saliran yang tidak teratur juga menggalakkan banjir. Selain tersumbat, sistem perparitan atau anak sungai yang kecil tidak mampu menampung jumlah air yang banyak apabila hujan lebat.
* Kekurangan kawasan empangan juga menyebabkan kawasan rendah sangat mudah dilanda banjir.
* Penerokaan kawasan-kawasan hutan untuk dijadikan kawasan industri, kawasan bandar baru, kawasan perdagangan dan penempatan manusia juga menyumbang kepada bencana banjir jika tidak diuruskan secara bersistem.
* Pembuangan sisa pejal, sampah sarap, batu-batan buangan dan sisa buangan yang lain juga sangat menggalakkan kejadian banjir. Buangan sisa ini akan menghalang larian air, melambatkan penurunan air ke kawasan rendah dan membantu menakung air selain mencemarkan persekitaran.

Malaysia mempunyai keluasan muka bumi 329,758 kilometer persegi termasuk Sabah dan Sarawak. Namun begitu, 9 peratus kawasan iaitu kira-kira 30,000 kilometer persegi adalah dikenal pasti sebagai kawasan yang mudah dinaiki air. Dianggarkan bahawa kawasan ini mempunyai penduduk lebih kurang 2,700,000 orang yang mungkin menghadapi risiko banjir.
Fenomena cuaca yang tidak menentu ketika ini, ketika perubahan-perubahan peningkatan mendadak jumlah hujan dan suhu serta tiupan angin yang lazim sudah menjadi tidak lazim maka tindakan manusia yang memberi kesan kepada bencana banjir mesti dipantau.

Pihak-pihak yang berkaitan dengan kerja-kerja pembangunan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Alam Sekitar seharusnya memainkan peranan lebih mesra alam. Kita tidak mahu kita ‘dihukum’ oleh alam kerana kita tidak mesra kepada alam.

Kita tidak mahu dipersalahkan oleh ‘alam’ kerana kita merosakkan alam. Kita tidak mahu dilaknat oleh ‘alam’ kerana meneroka alam secara ganas dan rakus.
– MOHD SUBHI MARSAN,
Jika benar kajian yang dibuat dalam rencana Utusan Malaysia. Pelajar lelaki tidak suka sekolah?

Alasannya melihat sampel beberapa pelajar sekolah menengah yang berpakaian seragam minum-minum di kedai mamak sambil merokok, penulis cuba menyelami perasaan mereka.Kepada soalan ‘‘Mengapa kamu tidak pergi ke sekolah?” penulis ini dapat menanggapi perspektif mengapa ada pelajar lelaki yang tidak suka sekolah.

Menurut mereka, sekolah adalah tempat yang membosankan bagi banyak pelajar-pelajar lelaki kerana suasana persekitarannya memihak dan lebih mesra kepada kaum perempuan. Pelajar-pelajar lelaki itu berpendapat, oleh kerana majoriti penghuni sekolah adalah perempuan, maka persekitaran yang diwujudkan memihak kepada kaum hawa.

Hakikatnya adalah kebanyakan pengetua terdiri daripada perempuan. Begitu juga majoriti guru adalah wanita. Bukan itu saja, kepimpinan persatuan sekolah juga didominasi oleh pelajar perempuan. Begitu juga dengan golongan pelajar cemerlang adalah terdiri daripada pelajar perempuan.

Maka tidak hairanlah persekitaran sekolah mewujudkan budaya yang memihak kepada cita rasa wanita. Sekolah menjadi cantik, daripada landskapnya seperti halaman rumah hinggalah kepada hiasan dalaman kelas. Bukan saja bilik guru mempunyai langsir dan alas meja dan kuntuman bunga yang menampilkan cita rasa keperempuanan, tetapi juga bilik-bilik darjah.Malah ada bilik darjah yang dihiaskan dengan langsir. ‘‘Meja pun dipakaikan skirt,” kata pelajar itu.

Budaya yang cenderung kepada cita rasa perempuan ini menimbulkan perasaan terpinggir bagi sebahagian daripada pelajar lelaki. Mereka berasakan kegiatan lasak dan sukan diabaikan.Walaupun sekolah-sekolah aktif dalam pertandingan seperti debat, kuiz, nasyid dan choral speaking, tetapi bidang sukan dalam berbentuk permainan seperti bola sepak, hoki apatah lagi ragbi dirasakan mereka terabai.Maka tidak dapat dibayangkan bagaimana guru perempuan mempunyai minat untuk menggalakkan pelajar-pelajar lelaki aktif dalam aktiviti fizikal seperti bola sepak dan acara perlawanan antara sekolah.

Mungkinkah ini adalah antara punca mutu bola sepak negara merosot dengan begitu teruk?
Sementara itu, kegiatan kokurikulum yang bersifat kelelakian seperti pengakap juga merosot.
Mungkin antara punca adalah persatuan-persatuan ini dipimpin oleh guru wanita kerana tidak ada guru lelaki. Untuk kegiatan berkhemah juga kurang digalakkan. Ini kerana ia melibatkan guru wanita yang kadangkala berasa sukar untuk aktif dalam kegiatan luar seumpama ini.

Cara mengajar guru wanita dan guru lelaki juga tertentu berbeza. Ada pelajar lelaki yang mengadu bahawa mereka bosan dengan cara berleter yang menjadi sifat sesetengah guru wanita. ‘‘Sudahlah di rumah kena leter dengan emak, di sekolah kena leter pula dengan guru wanita,” kata pelajar lelaki itu.

Banyak pelajar lelaki pula cenderung dan lebih gemar terhadap pembelajaran berbentuk amali, teknikal dan di luar kelas. Tetapi kini cara pembelajaran seumpama itu sudah berkurangan.Eksperimen sains yang dahulu menjadi perkara penting tetapi kini tidak begitu banyak diadakan. Pembelajaran bersifat akademik dan menelaah lebih memihak kepada sifat pelajar perempuan.

Akhirnya pelajar-pelajar lelaki ini akan berasa terpinggir di sekolah dan mereka akan mencari kepuasan di luar.Apabila mereka tidak dapat meraih kejayaan di sekolah dan terus dipandang serong serta dilayan serong oleh komuniti guru wanita,tidak ada sebab untuk mereka melihat sekolah sebagai tempat yang menarik
Jika alasan2 di atas dijadikan sebagai ukuran adalah terlalu jauh, penulis mungkin ambil beberapa sampel kajian kes yang dijadikan rujukan, isunya jika ikut sistem lama pelajaran peringkat PMR adalah proses pertama pelajar2 disaring, mereka yang tidak berjaya atai tidak berminat boleh teruskan kehidupan dengan kerja2 dan disiplin ilmu yang mereka minati. Sebalik zaman sekarang bawah akta pendidikan terbaru persekolahan atau peringkat pembelajaran wajib sehingga ke Tingkatan 5, malah lebih keras ibubapa yang tidak menghantar anak dapat pendidikan wajib boleh disaman oleh kerajaan. Nah lihat bertapa murninya sisitem kita.
Keduanya, fenomena dunia materialistik melihat masa itu sebagai emas, tidak ada dalam kamus hidup nilai atau budi bahasa.Malah satu lawak telah dibuat dan difilemkan , antaranya 'Cuba hang pi market beli barang dengan budi bahasa, depa bagi ke dak ?. Itulah tahap kritikal pemikiran masyarakat.
Ketiga, kita perlu membina pemikiran ke arah pendidikan sebagai kesejahteraan hidup, jika digunakan slogan ia ibarat seperti sehelai atau sekeping kertas orang sekadaar pandang rohnya tiada. Konsep pemikiran contohnya kita dah terpakan dalam pendidikan orang Melayu, gelap ada hantu. Masuk dalam kepala manusia bukan dalam masa sekejap dan nak hilangkan pun bukan dalam masa yang singkat. Bentuk nilai dan pemikiran seperti inilah yang harus ditanam dalam dunia pendidikan.
abah.... jidan jidan

PERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN UNTUK NEGARA

Marilah kita melihat pandangan media sebenarnya, boleh juga dianggap sebagai pandangan rakyat, kerana peranan media adalah menjadi pengantara pembuat dasar dengan kehendak dan kemahuan rakyat teramai. Media yang terpimpin adalah media yang independent serta berpendirian tersendiri, media yang dipimpin lebih mirip dan cenderung memapar dan luahkan kehendak penguasa atau pemiliknya itu sendiri.
Pandangan di bawah ini boleh dikira sebagai pandangan rakyat teramai, marilah kita halusi dan hayati penjelasan dan kupasan media di bawah ini ..
TIADA siapa dapat menafikan bahawa kemajuan sesebuah negara atau tamadun di dunia dari dulu sampai sekarang amat bergantung kepada sejauh mana pengetahuan dan ilmu yang dimiliki rakyatnya.

Dalam era moden, Malaysia yang memiliki masyarakat berbilang kaum sudah tentu amat bergantung kepada kesediaan rakyatnya untuk menerima pakai satu sistem pendidikan tunggal yang menjadi kebanggaan bersama.

Kita yang sudah lama mendapat kemerdekaan daripada penjajah British sepatutnya dapat menerima satu pendidikan yang seragam bagi semua kaum.

Tidak ada lagi dua atau tiga sistem pendidikan yang berlainan di negara ini atas alasan untuk menjaga kepentingan setiap kaum. Dipendekkan kata, kita sepatutnya berasa malu jika tidak dapat menerima sistem pendidikan kebangsaan yang diakui menjadi benteng pertahanan perpaduan paling kukuh bagi negara ini dalam jangka masa panjang.

Tetapi apa yang diimpikan itu sebenarnya tidak tercapai sampai sekarang – atas pelbagai alasan yang sengaja diada-adakan sedangkan kita bakal menyambut ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara pada 31 Ogos tahun ini.

Justeru keputusan terbaru kerajaan melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 diharap dapat mengubah senario itu kepada yang jauh lebih baik, sebagaimana kita impikan selama ini.

Melalui pelan ini, kerajaan sebenarnya telah membuat keputusan untuk memperkasakan sekolah kebangsaan (SK) daripada segenap segi seperti prasarana, guru dan kurikulum yang bertaraf dunia.

Pelan baru ini dibentuk dengan tujuan untuk melahirkan modan insan yang mampu berfikir ‘di luar kotak’ pemikiran yang agak merugikan seperti sekarang.Kerajaan sudah menyatakan kesanggupan mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar bagi menyediakan prasarana pendidikan yang mencukupi di semua sekolah luar bandar.

Ia dibuat dengan satu matlamat – setiap kemudahan yang disediakan itu baik prasarana, kualiti guru, kepimpinan dan kokurikulum yang ditawarkan di SK diakui bermutu tinggi dan bertaraf dunia oleh semua kaum.
Kita percaya, kerajaan sengaja meletakkan sasaran ini dengan harapan akhirnya semua kaum di negara ini tidak dapat tidak, akan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan demi masa depan mereka dan negara sekaligus.

Menjadi impian kita, SK bakal menjadi wahana terbaik untuk memupuk perpaduan kaum sejak dari peringkat awal persekolahan kanak-kanak lagi.SK perlu mencerminkan budaya Malaysia, menunjukkan pencapaian yang cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah serta mempunyai persekitaran yang kondusif.

Pada akhirnya, budaya kerja yang positif itu mampu menawarkan program pendidikan yang berasaskan pelanggan bagi menarik minat semua ibu bapa dan pelajar dari pelbagai latar belakang, kaum dan agama.
abah... sokong ke arah pembinaan negara bangsa yang ada 'teras' !!!!

Alahai Anak Omak

Sesudah lama tidak mencoret di blog ini kerana kekangan tugasan harian yang bertimpa2, maka di sinilah luang dan kelapangan dapat diluahkan, buat melepaskan penat seketika

Monday, January 08, 2007

Rintihan & Keluhan dlm dunia pelajaran !!!

Status IPG masih di takuk lama


SESUAI dengan perkembangan dalam sistem pendidikan negara kini, sijil perguruan dinaikkan kepada Diploma Pendidikan Malaysia (DPM). Dengan ini, semua guru lepasan maktab perguruan dalam kategori DG6 secara automatik dilantik ke DGA6 dengan diberikan hadiah pergerakan gaji. Gaji permulaan bagi guru lepasan maktab pula melebihi RM1,200.

Seterusnya maktab perguruan memperkenalkan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dengan mengambil lepasan ijazah daripada pelbagai bidang untuk dilatih menjadi guru siswazah. Dengan kenaikan fungsi latihan di maktab perguruan ini, akhbar melaporkan mengenai kenaikan status serta gaji pensyarah maktab sesuai dengan beban tugas.

Laporan akhbar menyebut gaji DG2 serta elaun yang menarik medurian runtuh yang bakal dinikmati oleh mereka. Ada yang membuat tempahan kereta dan rumah baru.

Namun begitu penantian pensyarah hanya penantian kosong. Ramai sudah berpencen dengan penuh kekecewaan. Apa tidaknya, ramai pensyarah berpencen tanpa merasakan kenaikan pangkat walaupun sekali.

Bayangkan sepanjang 30 tahun berkhidmat sebagai pensyarah maktab, sekalipun tidak naik pangkat walaupun memiliki kelulusan tinggi sedangkan rakan mereka sekurang-kurangnya pernah menjadi penolong kanan, pengetua, pegawai pendidikan daerah, ketua sektor ataupun pengarah walaupun tanpa lulusan tinggi seperti mereka.

Berita gembira sekali muncul bagi pensyarah maktab perguruan apabila Perdana Menteri mengumumkan maktab perguruan dinaikkan taraf ke Institut Perguruan (IPG) ketika membentangkan Bajet 2006 pada September 2005. Sekali lagi Timbalan Perdana Menteri memasyhurkan semua maktab perguruan menjadi IPG di Sarawak.

Sesuai dengan kenaikan statusnya, ramai pensyarah IPG sudah dan sedang menyambung pengajian sarjana dan doktor falsafah (Ph.D). Setakat ini lebih 50 pensyarah IPG sudah memiliki Ph.D dan hampir 70 peratus daripada 3,000 pensyarah IPG sudah memiliki sarjana.

Sayang sekali, kenaikan status maktab perguruan kepada IPG tidak memberikan apa-apa kepada pensyarahnya. Ia masih di takuk lama dan dalam banyak hal jauh ketinggalan berbanding dengan sekolah.

Pensyarah IPG masih dalam kategori DG41 walaupun memiliki Ph.D dan peluang kenaikan pangkat hampir tiada langsung. Ia dilihat melalui lantikan pengarah IPG, hampir semua pengarah IPG adalah pegawai Jabatan Pendidikan Negeri atau pengetua sekolah yang hanya memiliki ijazah pertama saja.

Yang menyedihkan lagi dalam soal kekananan, pensyarah IPG jauh lebih kanan, lebih tinggi tahap pendidikan serta ilmu pengetahuan mengenai maktab yang amat luas berbanding dengan pengarah.

Kecenderungan Pengarah IPG melatih ketua jabatan berdasarkan kekananan atau mereka yang disukai olehnya menyebabkan pensyarah lulusan Ph D terpinggir. Beberapa pensyarah IPG mendapat tawaran dari IPTA dengan gred gaji jauh lebih tinggi seperti DS52 tetapi mereka tidak dibenarkan berhijrah oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), walaupun mereka tiada ikatan.

DR THINK,
Kuala Lumpur.

Dasar Perburuhan takuk lama ?

Dasar Perburuhan negara dah lama, jika tidak ada usaha merombak dan usaha penambahabaikan , maka akan pincanglah masyarakat amnya khsusunya rata2 para remaja yang tamat persekolahan terus mencari kerja, maka kerja2 kilang adalah pilihan utama dan paling mudah.
Dasar sedia ada lebih banyak memihak dan menguntungkan para majikan, apatah lagi jika majikan itu majoriti bukan Islam. Saya pernah sekali bertembung dan terserempak seorang majikan berbangsa Cina marahkan pekerjanya seorang remaja Melayu yang beralasan tunaikan solat, bila saya selidik rupanya dia ambil kesempatan, walaupun remaja itu curi tulang dan ambil kesempatan , saya sebagai orang sebangsa dan seagama rasa malu dan marah. Malu kerana alasan solat sebagai punca majikannya marah, kedua marah kerana herdikkan dibuat semasa pelanggan Melayu sedang ramai, seolah2 nak tunjukkan kuasa dan ada sedikit konsep hambakan budak remaja tersebut, dari riak wajah muka remaja tu nampak dia keletihan, mungkin oleh kerana majikan tidak bertimbangrasa di dikerah dan diperah setiap saat hingga ke jam 5 atau 6 ptg. Selain tiu, saya rasa terhina kerana di negara merdeka sebenarnya kitalah yang memakmur dan menkaya rayakan kedai dan pasaraya bangsa ini.
Semalam, saya ke bandar bawa anak isteri mencari pakaian tambahan aseosori ko kurikulum, bila saya parking dan tunggu isteri dan anak2 ke kedai pasaraya ekonomi, saya lihat rata2 kedai majoriti dan banyak dikunjungi oleh orang kita. Nah dalam hati saya betapa kitalah ( Melayu ) yang 50 tahun merdeka menkaya rayakan puak2 ni, malah hampir2 saya lihat cuma taukehnya sahaja yang duduk kat mesin kira wang sahaja Cina , yang lain2 adalah Melayu belaka. Hati saya sekali lagi berdetik betapa kita adalah bangsa yang lembut hati dan baik hati,. dah begitu lama.
Sebenarnya tujuan saya paparkan di sini adalah untuk kita memikir sejenak agar, minta kerajaan cuba buat dan laksanakan bersungguh2 dasar yang boleh membantu usahawan bumi bagi mencapai sasaran 30 peratus penguasaan ekonomi negara kita.
Abah .... demi negara

Sunday, January 07, 2007

Tol & Kerajaan Apa Reaksi Kita ?

Hadiah terbesar bagi rakyat Malaysia sempena Tahun baru oleh pemerintah adalah kenaikan tol. Penulis dan blog Kadir Jassin bertanya kepada pemerintah, pengguna, pembayar cukai dan pengundi Malaysia begitu tidak berdaya sehingga terpaksa menjadi hamba kepada pemegang-pemegang konsesi kemudahan awam nasional? Bagi pemerintah, inilah gambaran dan hujah yang disogokkan kepada pengguna, pembayar cukai dan pengundi setiap kali ia mengizinkan kenaikan tol dan tarif oleh pemegang-pemegang konsesi ini.Alasan yang diucapkan ke sekian kalinya oleh pembesar-pembesar negeri sehingga sudah menjadi klise – kata-kata kosong yang tidak bermakna -- ialah pemerintah tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian konsesi.
Beliau menmbah masalah bertimpa-timpa adalah kerana masalah utama ialah masyakat pengguna, pembayar cukai dan pengundi Malaysia sudah menjadi terlalu dayus dan terlalu pasif. Sepatutnya tambah beliau kita boleh bertanya apakah beza antara pemerintah hari ini dengan pemerintah terdahulu yang merundingkan dan menandatangani perjanjian-perjanjian konsesi ini? Bukankah Datuk Seri Abdullah Ahmad, Datuk Seri Najib Abdul Razak, Datuk Seri S Samy Vellu dan majoriti anggota Kabinet sekarang adalah juga anggota pemerintahan yang lampau?Kalau pemerintahan sebelum ini yang mempelopori penswastaan dan merundingkan perjanjian-perjanjian konsesi boleh menangguhkan atau mengehadkan kenaikan tol dan tarif, mengapakah pemerintahan sekarang tidak boleh?Apakah kepentingan pemegang-pemegang konsesi yang berupa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan beberapa individu yang berjaya kerana ihsan kerajaan lebih penting daripada 24 juta pengguna, 3.5 juta pembayar cukai (cukai pendapatan saja) dan 10.3 juta pengundi?Mengapakah seorang menteri yang begitu gah dan bercakap besar seperti Samy Vellu mempersembahkan dirinya sebagai amat tiada berkuasa, amat tiada berdaya dan amat tiada berpengaruh apabila berdepan dengan pengurus-pengurus GLC dan dengan beberapa orang individu yang menjadi kaya raya atas ihsan kerajaan itu?Atau apakah pengurangan defisit dan pengimbangan belanjawan ala Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) yang nampaknya menjadi mantera pemerintahan sekarang lebih penting daripada kebajikan dan kesejahteraan rakyat jelata?
Sepatutnya kata beliau bukan kewajipan rakyat jelata memahami dan bersimpati dengan kerajaan, tetapi adalah kewajipan kerajaan memahami, bersimpati dan mengatasi masalah rakyat jelata.Itulah inti pati kontrak antara kerajaan dan rakyat jelata yang ditandatangani melalui peti undi setiap lima tahun sekali – yang terakhir pada tahun 2004. Sudah sampai masanya bagi kerajaan sekarang yang sangat megah dengan mandat besarnya memikirkan semula kaedah pelaksanaan projek-projek kemudahan awan dan penguatkuasaan perjanjian-perjanjian konsesi agar isu kenaikan mandatori tol dan tarif dapat diatasi.Ini boleh dimulakan dengan merunding dan menandatangani perjanjian konsesi yang lebih fleksibel dan tidak membebankan pengguna dengan pemegang konsesi projek-projek baru seperti Jambatan Pulau Pinang Kedua dan Monoril Georgetown.
Di pihak mereka pula, pengguna, pembayar cukai dan pengundi akan terus menjadi “mangsa” perniagaan raksasa dan francais nasional (seperti gula, gandum dan beras) jika mereka terus pasif dan sekadar bersungut sahaja.Mereka harus berfikir mengenai ironis keadaan dan nasib mereka sekarang. Mereka memberi mandat besar kepada kerajaan dan membayar cukai kepadanya.Dengan mandat yang ada kepadanya kerajaan menggunakan pendapatan cukai mereka untuk menubuhkan GLC dan memberikan kontrak berbilion ringgit kepadanya. Bukan itu sahaja. Banyak GLC dan pemegang konsesi raksasa diberikan pinjaman mudah (soft loan) oleh kerajaan untuk melaksanakan projek mereka.Pemegang konsesi ini pula memberikan kontrak pembinaan projek kepada anak syarikat mereka sendiri dan mengaut keuntungan awal.Apabila projek siap untuk digunakan, beban dipindahkan kepada pengundi dan pembayar cukai “kerana kerajaan tidak mampu menanggung beban.
Beliau dengan berani menambah ”Kalau rakyat jelata, pengguna, pembayar cukai dan pengundi Malaysia mahukan kontrak sosial yang lebih adil, mereka harus memikirkan semula “perjanjian” di antara mereka dengan parti-parti politik yang menyembah mereka pada setiap pilihan raya.Mereka memerlukan kerajaan yang bersimpati dengan mereka dan bukan yang memohon simpati daripada mereka. Kerajaan yang memikul beban mereka bukan memindahkan beban kepada mereka.Ke manakah perginya wang berbilion ringgit yang dijimatkan apabila kerajaan menarik balik subsidi petroliam sehingga menyebabkan harga petrol, diesel dan gas masak naik mendadak awal tahun lalu?Ke manakah perginya keuntungan Petronas dan GLC yang berpuluh bilion itu?Kita harus memikirkan semula dan memastikan apakah jalan raya, bekalan air dan elektrik masih berupa perkhidmatan awam (public services) yang menjadi kewajipan pemerintah atau sudah ditukar menjadi perniagaan besar.
Begitulah realiti, kita dapat lihat macam mana samy vellu yang terkenal dengan watak hero dan lantang bila berurusan dengan rakyat, bila para pemberita ajukan soalan2 berkaitana tentang dengan mudah dan bersahaja memperlekeh2kan pengundi sekalian dengan alasan2 kebodoh-bodohannya, menjadi penikus dan tikus bila bertembung dengan pemilik2 dan syarat2 konsesi. Maka jelaslah siapa bela siapa, maka para pengundi harus sedar dan celik. Justeru kita minta para pencacai UMNo akar umbi sudah2lah hasut, ugut, janji2 itu dan ini kepada rakyat, buatlah kerja2 amal untuk hidup anda semua senang dgn laba baik bila mati esok, kempen dan alih2lah minda pengundi anda dengan berharap kepada satu parti satu pemerintahan.
Sementara barisan pembangkang asaklah, jangan tunggu2 lama2. Kami rakyat dah derita ni, tunggu nazak saja belum.
Abah ....derita siapa tahu