Kita janganlah terlalu bertindak berkata TIDAK kepada saranan dan cadangan bekas Yang Dipertua Majlis Guru Besar (MGB), Awang Mohmad supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan, nampaknya tenggelam bersama persaraan beliau sebagai guru besar yang bersara wajib. Walaupun ramai yang tersentak dengan kenyataan beliau, ia reda begitu saja apabila Menteri Pelajaran sendiri menolak cadangan itu.
Apakah MGB di bawah kepemimpinan baru akan meneruskan desakan supaya kerajaan menimbang semula cadangan itu? Sekiranya saranan itu bukan pandangan peribadi Awang, sudah tentu Yang Dipertua baru terpaksa mempertahankan kewajaran pandangan MGB itu. Jika tidak, mungkin saranan itu hanya akan kedengaran lagi saat persaraan pengganti beliau kelak.Memang sukar dinafikan hujah Awang bahawa setiap sekolah memberi fokus berlebihan terhadap UPSR, sehingga mengabaikan aspek pendidikan lain termasuk aspek yang dianggap penting oleh Awang iaitu nilai murni, jati diri dan pembentukan sahsiah murid.Persoalannya, apakah ujian itu yang mendorong pengajaran difokuskan kepada peperiksaan atau format peperiksaan yang dikemukakan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menyebabkan wujud trend itu?Semua guru Tahun Enam, malah dari Tahun Empat dan Tingkatan Lima lagi mengajar sesuatu mata pelajaran didasarkan kepada format kertas peperiksaan LPM bagi mata pelajaran berkenaan. Misalnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, pengajaran guru adalah berlegar kepada format peperiksaan bagi mata pelajaran itu.Contohnya bagi soalan yang berkaitan Social and language expression hanya satu format soalan dikemukakan sejak bertahun-tahun walaupun penyemakan semula format soalan dilakukan pada 2005. Oleh kerana bentuk yang sama dikemukakan setiap tahun, malah berdasarkan analisis, situasinya ada yang berulang, maka pengajaran Social and language expression semata-mata disampaikan dalam bentuk seperti dikemukakan dalam soalan. Itulah latih-tubi yang dilakukan guru di dalam kelas. Perkara yang sama dilakukan guru di kelas tambahan dan pusat tuisyen malah penceramah dalam seminar peperiksaan yang dianjurkan pelbagai pihak.Seorang bapa yang mempunyai tiga anak mengambil UPSR pernah menunjukkan koleksi soalan 11-15 yang dikumpul dapada pelabagai media dan berkata: “Kita tak tahu bahasa Inggeris pun boleh bantu anak belajar. Soalan dah tahu, cari banyak-banyak suruh buat latih-tubi”.Bagi bahagian penulisan pula, format yang sama juga digunakan untuk ketiga-tiga soalan yang dikemukakan. Misalnya untuk soalan 3, berbentuk note expansion juga melalui format yang tidak pernah diubah, iaitu didasarkan kepada gambar. Calon dikehendaki menulis ayat semata-mata berdasarkan beberapa perkataan yang disediakan di bawah gambar itu.Jadi, apakah itu saja cara untuk menguji pelajar berkaitan dengan note expansion atau guided composition? Tidak bolehkah digunakan soalan berbentuk lain untuk menguji calon mengenai social and language expression?Sedangkan situasi dalam pengajaran bahasa, untuk kedua-dua kemahiran itu begitu luas dan pelbagai. Sayang selama tiga tahun, apabila belajar kedua-dua kemahiran itu, maka format itulah digunakan guru. Jadi bukanlah guru tidak kreatif dan ketandusan idea, tetapi untuk apa mereka bersusah payah, sedangkan mereka tahu tentang format soalan yang akan dihadapi pelajar apabila menduduki peperiksaan kelak. Perkara yang sama juga berlaku bagi mata pelajaran lain. Malah jika kita masih ingat apabila diperkenalkan format baru bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris UPSR pada 2005, LPM sendiri menyediakan buku mengandungi soalan yang dijual kepada sekolah dan orang ramai. Macam ada isyarat untuk guru dan ibu bapa, kalau nak mengajar ikutlah format peperiksaan, bukan sukatan pelajaran.Jadi adalah lebih baik jika LPM merombak sistem soalan, iaitu tidak terlalu rigid dan terikat kepada format yang sama sehingga bertahun-tahun. Sebaliknya mengemukakan pelbagai bentuk soalan bagi sesuatu kemahiran atau atau tajuk seperti ditetapkan dalam sukatan pelajaran.Dengan demikian, kita percaya pengajaran akan difokus kepada pemahaman kandungan pelajaran, bukan soalan peperiksaan. Sekiranya pelajar faham kandungan pelajaran, kemukakanlah soalan dalam apa bentuk pun, mereka akan berupaya menjawab.Jika ini dilaksanakan, kita percaya tidak lagi berlaku pengajaran yang berorientasikan secara mutlak dan MGB tidak perlu lagi mencadangkan UPSR dimansuhkan.
Sebenarnya, kita wajar dan hendaklah renungkan dengan bersungguh2 terhadap apa yang diperkatakan oleh beliau. Kita sebagai warga pendidik yang 'hard core' bisnes adalah mendidik dan mengajar manusia menjadi manusia, tidaklah nak menolak dan menerima cadangan itu mentah2. Realiti kini berlaku ketidak seimbangan atas matlamat apa yang yang dicapai dan dikejarkan.
Kita wajar akui, sahsiah pelajar 'pincang' peringkat akar umbi, bila naik ke sekolah menengah rendah dan atas menjadi tenat, sementara dalam masyarakat kembali tenat. Janganlah kita ukurkan dengan peratusan angka atau indeks gejala. Kita juga wajar ukur bentuk2 nilai 2 dan etika yang diajar , banyak mana yang diamalkan. Kalau tidak percaya tuan2 ke sekolah2 dibandar, masuk dan cuba bertanya manakah bilik itu, bilik ini, di mana guru itu dan guru ini, minta di bawakan tuan puan ke tempat. Berapa keratkah pelajar yang akan iring tuan puan ke destanisi atau hala yang tuan2 mahu tuju. paling2 tinggi adalah 2 atau 3 pelajar menengah rendah , hak yang menengah atas dia akan besar kepala, kebebsan bersuara dah ada, dulu tiada pelajar adukan cikgu tak pandai mengajar... tapi kini ada pelajar2 sekolah berani tulis surat kepada pihak pentadbir maklumkan sipolan2 tidak pandai mengajar. perkara ini bukan diada2kan tetapi realiti di kebanyakan sekolah.
Banyaklah perkara2 yang boleh dikoreksi, kita bolah paparkan 1001 kelemahan pelajar dan 1001 kecacatan sebelah guru. Namun matlamat akhir kita adalah kita mahu hasilkan bahagian output kita yang baik, faktor2 sebaliknya kelemahan guru2 boleh di atasi.
dalam hidup kita manusia nak mewujudkan pemikiran atau sesuatu perkara itu sukar. Mudah sahaja membentuk slogan. Contoh istilah 'Malaysia Boleh' dari aspek slogan kanak2 boleh sebut, tapi aspek pemikiran , atau roh Malaysia Boleh bagaimana, kekesanan dalam diri dan hidupnya dalam kehidupan manusia. Jika dalam agama makan dengan 'tangan kanan' dan basuh tangan dapat fadilat dapat disemai dan ditanam dalam pemikiran hinggalah kita sampai ke tua dan mati. Maka bentuk pemikiran seumpama inilah yang mahu dan kita kena semaikan. Berbalik kepada apa yang dicadangkan seprti di atas.
Abah.... teropong gajah
No comments:
Post a Comment