Alahai Pak Lah, terkenang dan ingat juga dia kat sekolah lama dia belajar dulu. Beliau ulangai mahu kembalikan kegemilangan, benda ni dah lama. katanya di mahu kan ini seperti berikut seperti laporan berikut.....................
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meluangkan masa beberapa jam menghadiri Jamuan Makan Malam dan Sambutan Ulang Tahun ke-80 bekas sekolah beliau, Sekolah Tinggi Bukit Mertajam (STBM). Dalam ucapan spontan kira-kira 40 minit, beliau menyatakan visinya untuk melihat semua sekolah di Malaysia menjadi seperti STBM ketika beliau belajar di situ.
“Ketika itu guru kami sangat dedikasi... tegas, tetapi bertanggungjawab. Sebagai pelajar, kami beramah mesra tanpa melihat warna kulit atau kaum. Kebanyakan rakan saya adalah Cina dan India. Malah, saya masih rapat dengan mereka.“STBM ketika itu sekolah juara dalam hampir semua jenis sukan khususnya ragbi. Usaha berterusan pengetua dan gurunya untuk memastikan sekolah kami menjadi yang terbaik. STBM melahirkan ramai pemimpin politik, kapten perniagaan, pentadbir kerajaan dan ahli sukan yang mengharumkan nama negara,” katanya pada majlis itu.Bagaimanapun, beliau seolah-olah kecewa kerana keadaannya sudah berubah dan bekas sekolahnya tidak lagi digeruni sekolah lain di Pulau Pinang. Berikutan itu, Abdullah mengingatkan pengetua STBM sekarang, Abu Bakar Muad, supaya kembalikan zaman kegemilangannya supaya terus menjadi sekolah contoh zaman ini.Selepas mendengar ucapan Perdana Menteri dan melihat keakraban beliau dengan bekas pengetua, guru dan rakan sekolahnya pada majlis itu, saya sedar mengapa selama ini beliau mahu melihat sekolah kebangsaan menjadi sekolah pilihan semua kaum.Sebagai Perdana Menteri yang berasal dari sebuah sekolah campuran semua kaum dengan pelajar daripada pelbagai latar belakang dapat hidup bersatu, berkongsi pengalaman dan impian, maka visi Abdullah untuk sistem pendidikan negara amat jelas. Sekolah bukan saja tempat menimba ilmu, tetapi membina kekuatan, perpaduan, sahsiah dan jati diri seperti ditawarkan STBM ketika zamannya.Apabila melihat Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (2006-2010) yang disediakan Kementerian Pelajaran dan dilancarkan Perdana Menteri minggu lalu, asasnya ialah untuk menjadikan sekolah di negara seperti STBM ketika zaman persekolahan Abdullah.Enam teras dalam pelan itu menggabungkan visi beliau selama ini, iaitu pembinaan negara bangsa, integrasi nasional, memperkasakan sekolah kebangsaan, kualiti kurikulum dan kokurikulum, memartabatkan profesion perguruan, melahirkan pelajar berkemahiran ketrampilan serta disiplin, rapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.Impian Perdana Menteri adalah untuk melihat institusi sekolah sekarang melahirkan bangsa bermaruah, berdisiplin, bertoleransi, beriman untuk memikul tanggungjawab meneruskan perjuangan menjadikan Malaysia negara membangun yang dicontohi dunia.Pelan tindakan sudah dilancarkan ke arah itu, soalnya sama ada ia boleh menjadi kenyataan. Ramai sangsi kerana banyak dasar dan pelan sebelum ini sama ada menemui kegagalan, digagalkan atau digantikan apabila menterinya bertukar. Berjaya atau gagal pelan itu kini terletak di bahu Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.Kegagalan pelan pendidikan sebelum ini bukan kerana dasarnya saja, tetapi lebih kepada pelaksanaan dan penyampaian pada peringkat sekolah. Pemilihan pengetua dan guru besar sekolah perlu dibuat berdasarkan rekod dan keupayaan, bukan ganjaran untuk bersara. Kebanyakan guru besar dan pengetua dilantik setahun atau dua sebelum bersara. Ia memberi tanggapan mereka diberi ganjaran pencen tambahan apabila bersara dan bukan kerana keupayaan mereka.Sistem pemilihan guru juga perlu diperketatkan. Pandangan bahawa kerjaya guru adalah pilihan terakhir perlu diubah, kerana guru seperti itu tidak berminat untuk mengajar dan membuang masa dengan kegiatan keceriaan sekolah, tidak kurang juga tidak masuk kelas.Guru lama perlu dilatih semula sesuai dengan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Kenaikan pangkat dan pemilihan guru cemerlang mengikut kekananan perlu dihentikan. Ia hanya boleh dilakukan jika misi dan visi Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan itu dipikul bersama pegawai pelajaran pada semua peringkat.Hishammuddin mempunyai tempoh kurang lima tahun memastikan pelan tindakannya menjadi kenyataan. Jika gagal, sudah tentu ia mengecewakan Perdana Menteri dan rakyat yang dahagakan nafas baru dalam sistem pendidikan negara.
Bersemangat dan berazam seperti Perdana Menteri tu bagus, biasanya manusia mudah lupa dengan apa yang sudah berlaku, ianya jadi lipatan sejarah, macamlah kita boleh dan sekadar berbangga dengan Islam dan kejayaan serta kehebatan zaman islam. azam dan tindakan untuk ulangi tu harus disungguh2kan kalu tidak pemimpin yang memimpin itu berazam kuat dan bertindak membuat bagaimana rakyat teramai mahu ikut, betulah tu kata Pak Lah....
tapi kalau hutan gondol bila didedahkan ketika Johor banjir kali kedua, marilah slogan dan gelombang tiup macam mana dok kat takuk lama juga .... dah guane
Abah.... alai Pak Lah kita
No comments:
Post a Comment