Sunday, August 02, 2009
Menteri Dungu ada jga dalam UMNO
PKR mahukan DUN Pematang Pasir ?
Permatang Pasir: Anwar akui akar umbi mahu PKR letak calon
BUKIT MERTAJAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada pemimpin dan ahlinya mencadangkan parti itu meletakkan calon mereka untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tradisinya milik Pas. Beliau berkata, cadangan yang disampaikan melalui Badan Perhubungan Negeri itu dibuat kerana beranggapan jentera parti itu di kawasan kubu kuat Pas berkenaan cukup mantap dan mempunyai prestasi baik. "Memandangkan ada permintaan ini, saya akan membawanya ke mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat yang bakal membincangkan mengenai pilihan raya kecil Permatang Pasir termasuk hal berkaitan calon," katanya di sini, petang tadi.
TPM: Siapa mahu tipu siapa ?
Secara jelas TPM kitalah yang berfikiran sempit. Jika sayangkan Melayu kenapa dan mengapakah separuh tanah Johor sudah terlepas kepada orang asing. Antara kerajaan BN UMNO membuat dasar membenarkan hartaanah bernilai RM250 ribu ke atas boleh dimiliki oleh warga asing. Buktinya lihatlah sahaja di Bandar Baru Uda. Berapa ramai Melayu miliki harta da bayangkan berapa luas tanah WPI yang mahu dikorbankan. Di mana kemaluan Muhyiddin Yassin.
Beliau mendakwa Islam dan BM digadai. Siapa yang gadaikan Islam. Berapa ramai kes-kes murtad berlaku di negara kita. Ke mana Lina Joy, di mana Kartina Kamaruddin sekadar menyebut beberapa nama. Manakala B Melayu siapa yang buat dasar menolak penggunaan bahasa dalam kegiatan harian, siapa yang enggan memartabatkan BM. Ini semua lakonan hidup TPM. Persetan dengan hujah dungu TPM. Hasilnya lihat ramai Sasterwan negara termasuk A samad said mahu pulangkan anugerah tersebut.
Kini siapa tipu siapa ?
Wacana Politik Pahang antara UMNO vs PAS
Kenapa dan mengapakah atau apakah rahsia kehebantan Nan dan UMNO Pahang dan apakah resepi Nan Yaakob yang nampak hebat itu. Walhal jika dihalusi dan dikaiscari masalah Pahang adalah sama dengan pentadbiran kerajaan negeri-negeri lain yang cukup kalut dan penuh bergelut juga UMNO di Pahang. Tapi nampak jelas ia selesa.
UMNO Pahang berjaya mendiamkan diri. UMNO Pahang berjaya menjinakkan PAS Pahang sebagai musuh tradisi. Strategi PAS Pahang berjaya dilemahkan. Cakap-cakap politik mengatakan dan menyalahkan masyarakat FELDA kerana rata-rata undi FELDA aadalah undi killer kepada PAS bagi di negeri Pahang.
Sejauhmanakah kebenaran tersebut dapat dibuktikan dan apakah ada bukti FELDA dan masyarakatnya menyumbang kegagalan kepada PAS di Pahang. Jika begitu ,kenapakah masyarakat Felda amat terhutang budi dan semacam berterima kasih amat sangat kepada UMNO. Adakah generasi pertama, kedua Felda ini terlalu taksub dengan UMNO. Walhal masyarakat Felda terus terkongkong dan dikongkongi Felda. Maslaah harga buah sawit , geran, potonagan tanam semula, gerakan koperasi selain masalah sosial adalah warna warni politik Felda. Tetapi masyarakat Felda masih lagi kuat mengokot menyanjungi pundak UMNO.
Atau samada PAS Pahang tidak cukup kuat. PAS Pahang gagal menyakinkan rakyat dan rakyat kurang yakin akan kebolehan dan kemampuan PAS di Pahang. Semua persoalan-persoalan ini harus siapakah yang mencari jawapannya.
Tuntutan kerjasama Pakatan Rakyat, maksmiakah ?
UMNO bagai gila talak , UMNO akan jadi hantu tiada tuan ?
'Perpaduan rakyat lebih utama, bukan kerjasama Pas'
KUALA LUMPUR: Umno menafikan parti itu tertekan dengan isu perpaduan dan kerjasama dengan Pas sehingga dikatakan terpaksa mencari titik pertemuan dengan parti pembangkang itu seperti pembentukan kerajaan campuran. Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berkata, parti itu tidak mementingkan kerjasama kedua-dua parti, tetapi lebih mengutamakan usaha menyelesaikan masalah di kalangan umat Islam dan sebarang usaha untuk kebaikan termasuk perpaduan rakyat keseluruhannya. "Tidak... tidak. Umno tidak rasa tertekan. Apa juga bentuk (pendekatan) sama ada membabitkan struktur dan sebagainya adalah soal kedua, tetapi apa-apa yang boleh membawa kepentingan umat Islam, penyatuan ummah dan perpaduan rakyat kita akan terus usahakan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, semalam.
Beliau diminta mengulas dakwaan pembangkang kononnya Umno terlampau mengharapkan kerjasama antara parti itu dengan Pas. Najib juga berkata, Umno sedia maklum bahawa sebahagian besar rakyat khususnya umat Islam berpendapat parti itu dan Pas wajar duduk semeja untuk berbincang soal kepentingan umat Islam. "Sejak awal lagi Umno sudah menetapkan pendirian untuk menjurus kepada usaha yang boleh mendatangkan kebaikan. Oleh itu Umno menerima baik apa-apa perbincangan ke arah penyatuan umat Islam dan rakyat keseluruhannya.
Saturday, August 01, 2009
Barak Obama jangan harap jadi pemimpin dunia Islam

Inilah rupa Presiden AS Barak Obama yang dikagumi dunia termasuk daripada rakyat dunia Islam.
Harapan masyarakat dunia kepada Obama cukup tinggi. Justeru semua tindak tanduk Obama akan menjadi bahan ulasan umum dan menjadi perhatian umum.
Gambar Obama bersama-sama pimpinan dunia lain jelas memberikan jawapan. Kita tidak boleh harapkan ke orang lain. maka kita kena yakin dan percaya akan diri kita sendiri.
Oleh itu, jatuh bangun naik Islam atas daya usaha dan ikhtiar kita sendiri. jangan terlalu mengharap. Kerana harapan adalah sekadar mengharap sahaja. Untung rugi baik buruk impaknya adalah menunggu nasib.
Jaga sensitiviti orang UMNO , kenapa ?
ISA tanggungjawab siapa ?
Kerajaan tidak akan hapuskan ISA: Nazri
PAPAR: Kerajaan akan terus mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak akan bersetuju dengan penghapusan akta tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini. "Saya sering kali menjawab bagi pihak kerajaan bahawa kita tidak akan menghapus melainkan untuk kaji semula bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai ruang untuk penyalahgunaan kuasa. "Jadi saya ingin menyatakan di sini bahawa menghapuskan ISA itu bukan agenda Barisan Nasional," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran blog dan web Pemuda Umno Papar di sini.
Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno memberi contoh, antara perkara yang boleh dipertimbangkan adalah pengurangan tempoh ditahan dari 60 hari kepada 30 hari. Hari ini badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) yang membantah undang-undang itu mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kira-kira 200 orang yang terbabit dengan perhimpunan haram itu ditahan sehingga jam 4 petang ini.
Diminta mengulas mengenai perhimpunan itu dan gesaan pembangkang untuk menghapuskan ISA, Nazri berkata pihak pembangkang hanya memutarbelitkan fakta dan mahu menghasut rakyat supaya tidak beri sokongan kepada kerajaan. "Apatah lagi dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang jelas telus setelah melakukan beberapa tindakan, yang menyebabkan rakyat memberi sokongan kepada kita. "Pembangkang ini hanya hidup dalam suasana yang kucar-kacir jadi keadaan yang baik mereka tidak menyukainya...bila stabil rakyat bagi sokongan kepada BN. Tapi kalau ada satu isu yang boleh membangkit dan mengelirukan rakyat menyebabkan rakyat boleh dihasut yang itu mereka suka," kata Nazri. "Saya nak beritahu kepada mereka, mereka mimpi di siang hari saja perkara ini, dan tidak akan berlaku penghapusan ISA ini," tambah beliau. - Bernama
Nik Aziz terima saranan jaga hati orang UMNO
KOTA BAHARU 1 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menerima saranan Perdana Manteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjaga perasaan dan sensitiviti ahli UMNO dalam mengeluarkan kenyataannya sehingga menyinggung pihak tertentu.
Katanya, beliau tidak berniat mengganggu perasaan hati mana-mana pihak, jika pihak terbabit tidak mengganggunya.
Beliau juga bersyukur kerana dapat menemui Najib di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini ketika Perdana Menteri dalam rangka lawatan kerja ke Kelantan walaupun pertemuan itu tidak dirancang.
“Walaupun perjumpaan ini secara mendadak, dan saya terpaksa membatalkan program lain tapi ia semacam jaminan memberi positif untuk bekerjasama antara kerajaan negeri dengan pusat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Najib hari ini yang meminta beliau menjaga perasaan orang UMNO dan tidak mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung mana-mana pihak jika ingin mewujudkan kerjasama yang baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
- BERNAMA
Utusan kaki kitar dan putar ?
Kronologi Himpunan ISA dlm Mstar
Himpunan ISA: Suasana di ibu negara
Oleh G. MANIMARAN
BERARAK Kumpulan penyokong anti-ISA kembali berkumpul di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman dan berarak menuju ke Jalan Raja laut.
BERSURAI..Pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata kepada kumpulan anti-ISA di hadapan Kompleks Sogo.
DITAHAN...Polis memeriksa beberapa individu yang disyaki peserta himpunan pro dan anti-ISA di kawasan LRT Masjid Jamek kira-kira pukul 11.20 pagi tadi. Lebih 30 orang telah ditahan sejak 9 pagi tadi.--foto mStar Online Oleh: G.MANIMARAN.
Kawalan FRU di kawasan Dataran Merdeka
BERIKUT adalah gambaran suasana himpunan bagi dua kumpulan pro dan anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sekitar ibu negara hari ini:
2.50 petang: Himpunan pro-ISA dibata, umum Khairul Azamdin penasihat undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara.
2.48 petang : FRU berkali-kali lepaskan gas pemedih mata 'perisa' lada hitam di hadapan stesen LRT Bandar Raya.
2.45 petang: Gas pemedih mata dilepaskan. Pasukan FRU bergerak dari bangunan DBKL ke arah perarakan GMI.
2.40 petang: Himpunan berarak ke arah bangunan DBKL di Jalan Raja Laut.
2.28 petang: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noah dan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berucap di hadapan kumpulan penyokong anti-ISA dan unit amal PAS di persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Dang Wangi. Mereka kembali berkumpul di hadapan kompleks membeli belah Sogo.
2.25 petang: Pergelutan berlaku antara polis dan Unit Amal PAS apabila polis cuba menangkap seorang peserta himpunan anti-ISA.
2.24 petang: Kumpulan yang disuraikan itu kembali berhimpun semula di hadapan kompleks membeli belah Sogo. Polis sekali lagi melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kumpulan tersebut.
2.10 petang: Pengusaha di premis sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), menutup kedai-kedai masing-masing bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
2.10 petang: Satu kumpulan anti ISA dari Masjid Jamek dari Kompleks Sogo bergabung dihadapan pusat membeli belah Kamdar dan berhimpun dihadapan Pusat Beli Belah, Globe Silk Store mereka terus berarah ke arah Kompleks Membeli Belah Sogo.
2.05 petang: Kumpulan anti-ISA bergerak ke arah Kompleks Sogo melalui Jalan Melayu dan Jalan Tunku Abdul Rahman.
2 petang: Polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan LRT Masjid Jamek bagi menyuraikan penyokong yang berkumpul di kawasan tersebut.
1.57 tengah hari: Sekumpulan penyokong anti ISA yang memakai kemeja T berwarna merah berkumpul di kawasan LRT Masjid Jamek untuk berarak. Kumpulan ini mencecah sehingga 1,000 orang.
1.55 tengah hari: Polis menyuraikan kumpulan yang berkumpul dihadapan Bangunan Kraftangan Malaysia. Berlaku pergelutan dan sebahagian besar penyokong ditahan oleh pihak polis.
1.50 tengah hari: Sekumpulan pemimpin PAS pusat termasuk, Abu bakar Sheikh berkumpul di bangunan Kraftangan Malaysia. Mereka diminta bersurai oleh polis kerana dikatakan tidak mendapat permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut. Kumpulan tersebut enggan beredar sebaliknya melaungkan, laungan takbir "Allahuakbar".
1.40 tengah hari: Sekurang-kurangnya 10 ditahan di kawasan Masjid Negara kerana membawa kemeja-T warna hitam tertera mesej Mansuhkan ISA.
1.30 tengah hari: Kawasan Kompleks Sogo kelihatan 'sunyi' tanpa kehadiran penyokong pro dan anti-ISA.
1.25 tengah hari: Kumpulan pro-ISA yang bercadang berkumpul di kawasan Dataran Merdeka tidak kelihatan. Laluan di kawasan Dataran Merdeka ditutup. Penyokong kumpulan pro-ISa hanya berhimpun secara kecil-kecilan di Pasar Seni dan kompleks Sogo dalam lingkungan 2,000 sahaja.
1.15 tengah hari: Kira-kira 200 anggota polis biasa dan FRU mengarahkan orang ramai yang berkumpul di kawasan LRT Masjid Jamek dan Jalan Tun Perak supaya meninggalkan kawasan tersebut.
1 tengah hari: Jalan Tun Perak-Tun Raja ditutup. Jumlah anggota polis ditambah. Mula mengepung kawasan LRT Masjid Jamek.
12.40 tengah hari: Wakil Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam, Puspawati Osman dibebaskan polis 20 minit kemudian. Dia ditahan di Jalan Melayu kerana edarkan risalah hak-hak seorang yang ditahan terbitan Majlis Peguam. Majlis Peguam juga sudah mula henti edar risalah itu.
12.20 tengah hari: Seorang wakil Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam antara lebih 50 ditahan; dia antara dua wanita ditahan di kawasan dekat Masjid Jamek
12 tengah hari: 51 individu telah ditahan di pelbagai lokasi di ibu negara - Masjid Negara, kawasan LRT Masjid Jamek dan Pasar Seni serta Kompleks Sogo - setakat ini.
11.20 pagi: Tiga lelaki termasuk seorang yang memakai jaket PAS ditahan di kawasan stesen LRT Masjid Jamek kerana enggan bersurai atau beredar.
11.10 pagi: Polis kelihatan menasihatkan orang ramai khususnya mereka 'disyaki' peserta himpunan ISA supaya meninggalkan kawasan Masjid Jamek. Jurucakap polis memberitahu mStar Online berkata, belum ada tangkapan, cuma ambil langkah cegah sebelum parah.
11 pagi: Suasana sekitar pusat bandar raya - Jalan Tun Perak, Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman kelihatan tenang.
10.50 pagi: Beberapa penyokong kumpulan GMI yang anti-ISA ditangkap sejak 9.30 pagi tadi, kata Timbalan Pengarah Sekretariat Perhimpunan 100,000 Rakyat GMI, Kamaruzaman Mohamed.
10.30 pagi: Laluan ke ibu negara semakin sesak, pihak polis pertingkat sekatan lalu lintas
Ibukota mula sesak daripada semalam

Kekalutan PDRM hasil arahan kerajaan UMNO BN gara-gara mahu menyekat demontrasian membantah ISA keadaan ibu negara sesak teruk bermula daripada malam semalam.
Kebimbangan dan ketakutan kerajaan mengundang pada terkesan kepada rakyat kerana takutnya kerajaan terhadap himpunan ini. Manusia dan kita jika benar sesiapa sahaja rakyat akan terus simpati, tidak perlulah mengerahkan PDRM dan pasukan keselamatan negara yang wajar menumpukan kepada tugas-tugas mereka yang lebih diperlukan khasnya dalam menjamin keselamatan awam rakyat yang amat dahagakan perhatian.
Walaupun ada sebahagian rakyat yang marahkan himpunan ini. Ada juga sebahagian rakyat malah jauh lebih besar amat bersimpati dengan Himpunan 1 Ogos ini. Akta ISA yang bakala dibantah ini menzalimi khasnya kepada para ahli keluarga yang teraniya dan dinafikan menjalani kehidupan normal.
Sebaliknya pesalah yang melakukan kesalahan terang-terangan melawan dan melanggar hukum manusia terlepas bebas, misalnya rasuah yang cukup parah dan membarah, terakhir kematian Teoh Benck Hock di perkarangan Bangunan SPRM adalah sesuatu yang cukup memalukan.
Begitu juga H1N1 yang mewabakkan negara cukup serius yang perlukan penumpun bersungguh-sungguh kerjaaan dan negara. Jangan sahaja tunggu dan menunggu takdir. Mati maka matilah itu adalah sebagai ketentuan Allah belaka-laka. Perbuatan menyeah dan bertawakal tanpa usaha adalah tabiat umat dan pimpinan Islam negara kita.