Sunday, August 02, 2009

TPM: Siapa mahu tipu siapa ?

TPM amat malukan dengan sikap pimpinan Melayu Parti Pembangkang. Ini gara-gara kerana mereka didakwa mempertikaikan Hak Keistimewaan Orang Melayu. Besarnya kesalahan pimpinan Melayu sehingga menimbulkan kemarahan Muhiyiddin.


Beliau menegaskan, lebih menghinakan apabila perbuatan menggadai maruah diri sendiri dan orang Melayu itu dilakukan semata-mata atas dasar kepentingan politik sempit tanpa memikirkan kepentingan orang Islam di negara ini. ''Amat memalukan terdapat pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang yang atas dasar politik sanggup mempertikaikan kedudukan ekonomi Melayu, raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam dengan menganggap apa yang diperjuangkan oleh UMNO sebagai perkauman dan semua rakyat perlu saksama semuanya," katanya.


Secara jelas TPM kitalah yang berfikiran sempit. Jika sayangkan Melayu kenapa dan mengapakah separuh tanah Johor sudah terlepas kepada orang asing. Antara kerajaan BN UMNO membuat dasar membenarkan hartaanah bernilai RM250 ribu ke atas boleh dimiliki oleh warga asing. Buktinya lihatlah sahaja di Bandar Baru Uda. Berapa ramai Melayu miliki harta da bayangkan berapa luas tanah WPI yang mahu dikorbankan. Di mana kemaluan Muhyiddin Yassin.



Beliau mendakwa Islam dan BM digadai. Siapa yang gadaikan Islam. Berapa ramai kes-kes murtad berlaku di negara kita. Ke mana Lina Joy, di mana Kartina Kamaruddin sekadar menyebut beberapa nama. Manakala B Melayu siapa yang buat dasar menolak penggunaan bahasa dalam kegiatan harian, siapa yang enggan memartabatkan BM. Ini semua lakonan hidup TPM. Persetan dengan hujah dungu TPM. Hasilnya lihat ramai Sasterwan negara termasuk A samad said mahu pulangkan anugerah tersebut.

Kini siapa tipu siapa ?


No comments: