Saturday, August 01, 2009

Utusan kaki kitar dan putar ?

Utusan cuba membuat berita minded spinning dengan mencari bebarapa nama responden. Pemberitaan mengenia Himpunan membantah Mansuhkan ISA. Menurut kata Utusan rata-rata rakyat yang ditemuinya tidak bersetuju dengan Himpunan Hapus ISA. Ulas Utusan para peniaga khasnya yang berniaga 'kaki lima' ibukota rata-rata yang berbangsa Melayu 'terlalu amat' marah kerana kekerapan adanya demontrasi jalanan mata pencarian mereka tergugat.



Yang ditemui Utusan siapa dia, beliau adalah penjaja ubat tradisonal spt ubat kuat lelaki, akar kayu dan seumpamnya yang pada hemat utusan amat teruk menjejaskan perniagaannya. Kemudian bertanya kepada seorang penuntut atau pelajar yang ke bandar KL (ya ke tidak entah) untuk membeli belah terkejut dengan demontrasi (menggambarakan jenis pelajar yang pekak tidak membaca dan tidak mahu ambil tahu isu-isu semasa) kerana termakan hadis Melayu jangan jaga tepi kain orang. Bagi kita entah lah para demo berhimpunnya di Sogo , Stesen LRT, Masjid Negara tetapi ada juga penjual-penjual kaki lima terjejas peniagaan. Inilah berita Utusan cuba kencing pembaca . Jangan ingat semua orang jahil tentang lokasi tersebut. Bangsatnya bangsa kita sesudah 52 tahun, banyak agensi kerajaan badan berkanun, permodalan itu ini yang ditubuh membantu bumi untuk menguasai ekonomi , nampaknya GAGAL.


Sikap membenci inilah yang memyebabkan bangsa kita sering tertindas dan ditindas oleh pemimpin bangsa sendiri dan kaumnya sendiri. Inilah sikap 52 tahun merdeka.


Tentunya laporan Utusan ini amat digemari oleh penjilat UMNO dan pencinta membabi buta UMNO yang akan menyaokong apa sahaja. Walhal akta ini telah membuatkan kerajaan buta mata dan buta hati terus menerus menghukum menangkap tanpa bicara, rata-ratanya dianggap sebagai pengancam keselamatan negara (inilah yang AS suka).


No comments: