Saturday, August 01, 2009

Jaga sensitiviti orang UMNO , kenapa ?

Tolong jaga sensitiviti orang UMNO. Itulah pinta dan lontaran rasa hati Najib. Sememangnya Najib sebagaio Presiden UMNO dia berhak minta dan cakap serupa itu. Begitulah juga jika TGNA boleh juga dan cakap serupa itu kepada UMNO. Tolong jaga sensitiviti Islam. Kerana Islam itu adalah hak yang bersama dan UMNO serta PAS banyak persamaan yang berbeda adalah cuma kefahaman dan ideologi sahaja bersama pemahaman dan pengamalan masing-masing.


Kenapa dan mengapa PAS perlu menjaga sensitiviti orang UMNO. Jawapannya hanya ada dalam fikiran Najib. Secara pemahaman mudahnya ahli-ahli PAS termasuk pemimpin PAS adalah orang yang tidak mempunyai jiwa. Jika ada jiwa pun mereka adalah ibarat macam orang Badwi iaitu kasar dan tidak memahami jiwa dan kejiwaan oarang lain. Maka itulah yang mencetuskan Najib bermadah sedemikian rupa.


Walaupun jiwa orang UMNO adalah halus, tetapi dalam jiwa yang halusn inilah mereka mempersendakan Islam. Dengan kejiwaan orang UMNO yang mudah tersentuh ini merekal;ah yang menfaraidkan kekayaan negara, dari kalangan mereka jugalah yang kerat sesama mereka 16 kerat (Dato mazlan Batu Talam). Inilah sebaris contoh betapa jiwa halus tetapi jahat dan busuk tindakan mereka.


Maka jika diberi pilihan biarlah kita mengambil jiwa PAS yang kasar tetapi amat mematuhi arahan Tuhan. Mereka keras tetapi takut akan janji hukuman dan pembalasan Tuhan. Mereka takut membunuh orang dan bermacam-macam lagi yang mereka cuba patuhi mengikut apa yang disuruh tuannya.


Berbalik semula kepada jangan sakiti orang UMNO. Najib ingin spin minda masyarakat selama ini PAS dan orang PAS sahaja yang pengasar da tidak memahami orang khasnya orang UMNO. Justeru itu beliau minta PAS sahaja yang peru jaga sensitiviti orang UMNO. Maka orang UMNO boleh berbuat apa sahaja. Sepatutnya Najib kena menyeru dari dalam sama bukan seru ke luar yang mahukan PAS hormati UMNO, mahu PAS itu dan ini. PAS sahaja yang perlu menjaga UMNO, tetapi UMNO tidak perlu menjaga hubungan dengan PAS. maka nampak jelas di mata rakyat yang jahat dan memulakan kejahatan dan tidak baik itu adalah PAS.


Inilah fasafah dan moral yang cuba dibawa oleh Najib. Halus dan mengena. Cara kekerasaan PAS gagal dilunak dan ditumbangkan. Ini adalah strategi Najib. Gurunya Dr M yang ambil pendekatan keras dan kasar terhadap PAS. Berakhirn dengan dia dipinggirkan dan UMNO semakin tenat. Kini giliran Najib mahu pulihkan kejiwaan ahli UMNO.


Akhirnya Najib mahu mengimejkan imejnya yang lebih baik daripada PM terdahulu sebelumnya.

No comments: