Sunday, August 02, 2009

UMNO bagai gila talak , UMNO akan jadi hantu tiada tuan ?

Sesudah 52 tahun, setelah 5 negeri tumbang, sesudah ada tokoh ternama dan berkarisma dalam Pakatan Pembangkang, sesudah UMNO mahu mereput, sesudah anak-anak muda menolak terang terangan UMNO, setelah bekas-bekas pimpinan dan bekas menteri BN menyeberangi parti pembangkang. UMNO mulai cemas dan lemas.


UMNO sekarang ibarat kolek yang tiada penumpang dapat menyejukkan hatinya. Kolek yang dinaikki itu usang dan rata-rata penumpang sebelum ini melihat ia baru dan teruja untuk bersama kini enggan menaiki dan bersama dengan kolek tersebut. Walaupun tuan punya dan juru mudi kolek itu telah disilihgantikan dengan anak beranak tuan punya kolek. Tuan punya dan pemilik kolek yang diwarisi itu, pewaris terkini jauh mempunyai jati diri dengan atuk neneknya kolek tersebut maksudnya dari segi semangat stamina, daya juang dan komitemen bekerja ama berbeda sekali dengan pemilik kolek yang mewarisinya kini.


Inilah gambaran nilaian rakyat terhadap UMNO. Berbanding UMNO awal permulaan perjuangan menentang penjajah yang dianggap dan disanjung sebagai pejuang kemerdekaan negara. UMNO yang jujur penuh semangat memajukan bangsa agama dan negara. Kini semuanya sebagai satu pengisahan sejarah yang sekadar dapat digambarkan dan dipaparkan untuk tatapan dan dijadikan kebanggaan. Legasi, roh, semangat, iktibar , pengajaran dan wawasan UMNO itu sendiri gagal meresapi hati nurani generasi pewaris UMNO meneruskan perjkuangannya. Semuanya sudah mati dan beku serta kaku.


Pemimpin dan pimpinan UMNO ditewaskan. Tewas untuk melihat teras perjuangan, tewas mendesasakan seluruh kepimpinan muda UMNO. tewas dengan nafsu bersaing untuk menguasai kuasa. Mendominasi kumpulan atau puak berjuang bersama puak dan lebih parah mengayakan puak masing-masing.


Rakyat kini, dihidangkan pilihan sebagai galang ganti UMNO. Pakatan Pembangkang yang diterajui secara bersama PAS, DAP dan PKR. Baru sahaja terbentuk dan dibentuk mewarni persada politik mewarni warna warni politik kepartian di negara kita. Setidak-tidaknya rakyat diberikan pilihan. Maka apa pun rakyat hendak tidak hendak mengalihkan pilihan mereka selera mereka daripada UMNo kepada PR.


PAS terus menerus berjuang menawarkan diri, menjualkan perjuangannya kepada rakyat untuk dipilih. Usaha gigih mereka yang terdahulu mewarisi kepimpinan dengan dipimpin oleh pimpinan kini selama 52 tahun akhirnya bolehlah dirasai nikmatnya. Iaitu buah kejayaan, tetapi masa yang diambil adalah terlalu lama. Inilah ujian dan percubaan bagi menguji tahan atau ujian dapat dilalui.


Bila bunga-bunga kejayaan tercium dek UMNO, maka sememang kerja-kerja UMNO dan parti yang mereput mencari kawan untuk dikongsi bersama. Kedai (UMNO) yang semakin tidak digemari pengunjung dengan barangan lama tidak disukai ramai pelanggan. Maka tuan kedai berasa susah hati dan perlu berbuat sesuatu.


Maka usaha membuat sesuatu, dimulakan UMNO mula mengakui PAS adalah saudara seagama. Kita adalah satu, perpaduan sesama kita adalah yang kami utamakan. Inilah sikap-sikap pendolak pendalih. Puji memuji yang terpuji jika dulu terkeji kini menjadi manisan bibir mereka. Mereka menjaja kebaikan mereka , mereka menjaja jasa-jasa mereka, mereka akan berbuat apa sahaja asalkan mereka akan dapat terus kekal.
Benarlah akhirnya UMNO akan menjadi hantu raya yang tiada bertuan akhirnnya. Itulah perjuangan UMNO. nantikan dan tunggulah masa sahaja akan menjawab segala-galanya.



'Perpaduan rakyat lebih utama, bukan kerjasama Pas'


KUALA LUMPUR: Umno menafikan parti itu tertekan dengan isu perpaduan dan kerjasama dengan Pas sehingga dikatakan terpaksa mencari titik pertemuan dengan parti pembangkang itu seperti pembentukan kerajaan campuran. Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berkata, parti itu tidak mementingkan kerjasama kedua-dua parti, tetapi lebih mengutamakan usaha menyelesaikan masalah di kalangan umat Islam dan sebarang usaha untuk kebaikan termasuk perpaduan rakyat keseluruhannya. "Tidak... tidak. Umno tidak rasa tertekan. Apa juga bentuk (pendekatan) sama ada membabitkan struktur dan sebagainya adalah soal kedua, tetapi apa-apa yang boleh membawa kepentingan umat Islam, penyatuan ummah dan perpaduan rakyat kita akan terus usahakan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, semalam.


Beliau diminta mengulas dakwaan pembangkang kononnya Umno terlampau mengharapkan kerjasama antara parti itu dengan Pas. Najib juga berkata, Umno sedia maklum bahawa sebahagian besar rakyat khususnya umat Islam berpendapat parti itu dan Pas wajar duduk semeja untuk berbincang soal kepentingan umat Islam. "Sejak awal lagi Umno sudah menetapkan pendirian untuk menjurus kepada usaha yang boleh mendatangkan kebaikan. Oleh itu Umno menerima baik apa-apa perbincangan ke arah penyatuan umat Islam dan rakyat keseluruhannya.

No comments: