Keangkuhan Nazri Aziz Menteri di JPM yang menjaga hal ehwal undang-undang. Nadanya keras dan angkuh dengan kekuasaan 'sementara' yang Allah SWT berikan. Keangkuhan ini Allah terus dan terus bagi sehingga ia leka dan mati bersama sikap angkuhnya itu. Begitulah sirahnya orang yang angkuh Allah gambarkan.
Justeru, kita sebagai umat Islam dan orang Islam hanya mahu memberi peringatan secara demo, kerana saluran berlmebut ditolak. Bayangkan dengan Akta ISA ini berapa banyak korban yang telah rakyat deritai. Kita pemimpin adalah sekadar pemegang amanh dan menjalankan amanah Allah, anjurkan syariat Allah ikut jalan yang Allah anjurkan, jangan menzalimi sesama manusia. Kuasa kita hanya bersifat sementara, kita jangan besar kepala , kerana bumi ini bukan milik kita. Itulah yang Nazri perlu sedar dan insaf. Jangan lah kita terus menerus membuat kerosakkan lagi, sudahlah hutan belantara, bumi hijau kita rosakkan, ini pula dari segi kejiwaan kita rosakkan. Apa tidak akta zalim ini nafikan hak isteri, nafikan hak suami, nafikan hak kehidupan tahanan, nafikan hak pencarian dan pemberian nafkah ayah kepada anaknya. dan pelbagai lagi hubungan yang menyilang yang sukar kita selesaikan, bukan seorang tahnannya tetapi ratusan orang mahu yang Islam dan bukan Islam. jadi siapa yang perlu dipertanggungjawabkan. Bukankah pemerintah ?
Kerajaan tidak akan hapuskan ISA: Nazri
PAPAR: Kerajaan akan terus mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak akan bersetuju dengan penghapusan akta tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini. "Saya sering kali menjawab bagi pihak kerajaan bahawa kita tidak akan menghapus melainkan untuk kaji semula bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai ruang untuk penyalahgunaan kuasa. "Jadi saya ingin menyatakan di sini bahawa menghapuskan ISA itu bukan agenda Barisan Nasional," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran blog dan web Pemuda Umno Papar di sini.
Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno memberi contoh, antara perkara yang boleh dipertimbangkan adalah pengurangan tempoh ditahan dari 60 hari kepada 30 hari. Hari ini badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) yang membantah undang-undang itu mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kira-kira 200 orang yang terbabit dengan perhimpunan haram itu ditahan sehingga jam 4 petang ini.
Diminta mengulas mengenai perhimpunan itu dan gesaan pembangkang untuk menghapuskan ISA, Nazri berkata pihak pembangkang hanya memutarbelitkan fakta dan mahu menghasut rakyat supaya tidak beri sokongan kepada kerajaan. "Apatah lagi dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang jelas telus setelah melakukan beberapa tindakan, yang menyebabkan rakyat memberi sokongan kepada kita. "Pembangkang ini hanya hidup dalam suasana yang kucar-kacir jadi keadaan yang baik mereka tidak menyukainya...bila stabil rakyat bagi sokongan kepada BN. Tapi kalau ada satu isu yang boleh membangkit dan mengelirukan rakyat menyebabkan rakyat boleh dihasut yang itu mereka suka," kata Nazri. "Saya nak beritahu kepada mereka, mereka mimpi di siang hari saja perkara ini, dan tidak akan berlaku penghapusan ISA ini," tambah beliau. - Bernama
No comments:
Post a Comment