Thursday, October 04, 2007
Tunggu Rakyat Naik Minyak ?
Antara Pembakar Bendera Dengan Pengsonglap Duit Negara Mana Mulia ?
Wednesday, October 03, 2007
Isu babi selesai - kata Najib Tun Razak
PUTRAJAYA 2 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masalah yang dihadapi oleh penduduk dan penternak babi di beberapa buah kampung di Masjid Tanah, Melaka telah selesai.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, keputusan berkenaan menggembirakan semua pihak termasuk penduduk dan penternak babi tersebut.
‘‘Tunggu Ali Rustam (Datuk Seri) keluarkan kenyataan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Ketaatan Kepada Allah dituntut di mana-mana !!!
Tuesday, October 02, 2007
Cuti-Cuti Pak Lah !!!!!
KUALA LUMPUR 1 Okt. – Malaysia merancang menambah bilangan pelajar asing di sini hingga 100,000 menjelang 2010 daripada jumlah 50,000 sekarang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Hingga kini, pelajar dari lebih 150 negara menuntut di Malaysia, menjadikan negara ini salah sebuah pembekal penting pendidikan antarabangsa bersama negara lain seperti United Kingdom, Australia, Kanada dan New Zealand.
Abdullah berkata, pendidikan di Malaysia boleh dikatakan sudah memasuki kitaran penuh selepas 50 tahun merdeka.
Ini kerana negara sering menghantar kebanyakan pelajarnya menuntut di seberang laut dan masih menghantar sebilangan mereka ke sana.
Bilangan pelajar asing yang menuntut di Malaysia pula meningkat, kata beliau pada perasmian Limkokwing University London dan kampus Londonnya di Picaddilly.
Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini. Turut hadir pada majlis itu ialah Tan Sri Lim Kok Wing, Presiden Limkokwing University of Creative Technology dan Datuk Abdul Aziz Mohammed, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom.
Abdullah, yang tiba di London pada Ahad dari New York, setelah berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu minggu lepas, mengunjungi Lim dan Limkokwing University kerana inisiatifnya di seberang laut.
Abdullah berkata, ini adalah saat-saat membanggakan buat Malaysia dan rakyatnya kerana penubuhan universiti itu di London menandakan buat pertama kali sebuah universiti Malaysia berjaya mengembangkan sayapnya ke United Kingdom.
Dalam hal ini, Perdana Menteri menggesa lebih banyak universiti Malaysia meluaskan program ke peringkat antarabangsa dan membuka kampus seberang laut dan kerajaan akan terus memberi sokongan kuat kepada usaha seumpama itu.
Malaysia, kata Abdullah, berhasrat menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan penting terhadap kejayaan negara dalam bidang ini ialah peranan universiti dan kolej sektor swasta kerana mereka mengambil bilangan besar pelajar asing.
“Ia adalah juga satu cabang pendidikan di mana kita melihat dinamisme dan inovasi yang besar,” kata beliau, namun mutu pendidikan yang disampaikan mestilah pada tahap tertinggi, mematuhi, malah, mengatasi standard global.
“Tidak harus ada tolak ansur dalam hal ini. Inilah satu-satunya cara untuk bersaing dan berada di kalangan yang terbaik di dunia,” tegas beliau.
Abdullah berkata, bila beliau merasmikan kampus utama Limkokwing University tiga tahun lepas di Cyberjaya, beliau telah melahirkan harapan ia akan muncul sebagai salah satu yang terbaik di dunia.
Beliau berkata, beliau gembira melihat ia telah melakar kemajuan ke arah mencapai aspirasi itu dan diiktiraf sebagai salah sebuah universiti terkemuka dengan kampus di enam negara di tiga benua, dengan jumlah pengambilan 16,000 pelajar.
– Bernama
Jika singkat kempen pilihan raya, bagaimana meraikan demokrasi? - Dr Agus
Demikian antara petikan pendapat Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff dalam wawancaranya bersama Mingguan Malaysia berhubung soal kewajaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menilai semua tuntutan rakyat supaya mewujudkan satu sistem pilihan raya yang telus dan saksama. Selain itu beliau turut memberi respon persoalan kenapa orang Melayu adalah yang tertinggi tidak mendaftar sebagai pemilih walaupun pelbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan dan mengikut kajian 1.5 juta yang mendaftar sebahagian besarnya adalah bukan Melayu. Berikut adalah antara pendapatnya yang boleh dijadikan sandaran dan penilaian oleh rakyat Malaysia betapa SPR perlu melakukan perubahan, demi memulihkan kepercayaan masyarakat terhadap kewibawaan dan sistem demokrasi pilihan raya negara yang sudah menjangkau 50 tahun. Mingguan Malaysia: Kembali kepada pengundi Melayu, mungkinkah Melayu di bandar kurang berminat mendaftar disebabkan memprotes sistem yang ada? DR. MOHAMMAD AGUS: Itu adalah salah satu dari faktornya. Mereka melihat sistem kita tidak meyakinkan. Saya rasa, selepas 50 tahun merdeka, wajar sekali bagi SPR menilai semula tuntutan rakyat supaya diwujudkan sistem pilihan raya yang lebih adil dan saksama. Kedua, profesional Melayu bandar memahami ilmu-ilmu sejagat berkaitan soal keadilan, demokrasi dan kebebasan. Mereka rasa benda itu tiada dalam konteks pilihan raya dan pemerintahan. Keadaan ini barangkali menyebabkan mereka tidak percaya pada pilihan raya dan ini mempengaruhi sikap apati. Saya tidak pasti! Bagaimana mahu meyakinkan mereka bahawa sistem yang ada ini adalah adil dan telus? DR. MOHAMMAD AGUS: Terdapat beberapa perkara segera yang perlu diberi perhatian oleh SPR berkaitan dengan tuntutan untuk pilihan raya yang lebih adil dan bebas. Pertama, SPR diminta menggunakan dakwat supaya orang tidak boleh mengundi dua kali. Perkara ini mudah, negara dunia lain pun mengamalkannya. Kedua, SPR diminta menggunakan peti undi lut sinar. Saya kira pada dasarnya SPR bersetuju untuk melaksanakannya tetapi apakah terlaksana hal ini? Ketiga, pemantauan SPR pada perjalanan pilihan raya harus adil kepada semua parti bertanding. Keempat, penggunaan media harus lebih seimbang. Kalau SPR boleh buat beberapa perubahan yang dikira perlu, maka saya fikir keyakinan rakyat yang skeptik tentang perjalanan pilihan raya negara kita akan berubah. Masalahnya berbalik kepada sistem? DR. MOHAMMAD AGUS: Sistem kena diubah. Kenapa kita perlu memikirkan soal mendaftar pengundi? Di Barat tidak timbul soal ini. Dengan kecanggihan teknologi, apabila mencapai tahap umur tertentu, automatik mereka didaftar. Jika ini dibuat, barulah kita memberi ruang kepada semua warganegara menjadi pengundi berdaftar. SPR perlu memikirkan baik buruk hal ini. Adakah pilihan raya kita sekadar hendak menunjukkan adanya proses demokrasi itu? DR. MOHAMMAD AGUS: Saya merasakan begitu รข€“ mahu menunjukkan demokrasi tetapi pelaksanaannya tidak demokratik. Ini boleh dilihat dari proses pilihan raya seperti dinyatakan tadi. Mungkin pengertian yang difahami demokrasi itu hanyalah pangkah, bukan proses ke arah itu? DR. MOHAMMAD AGUS: Ini satu tanggapan salah. Demokrasi bukan setakat pangkah dacing atau bulan, tetapi ialah satu proses. Proses demokrasi itu perlu betul. Misalnya tempoh kempen dalam pilihan raya “ kalau dulu tempoh kempen ialah 30 hari, sekarang lapan hari pun ada. Kalau begitulah singkatnya tempoh kempen, bagaimanakah kita hendak meraikan proses demokrasi setiap lima tahun sekali? Bagi saya, tempoh berkempen paling kurang sebaik-baiknya ialah 15 hari. Inilah yang saya katakan demokrasi itu bukan sekakar pangkah, tetapi lebih dari itu. Apa cadangan Dr. dalam perkara ini? DR. MOHAMMAD AGUS: SPR sepatutnya telah lama berubah, mereka perlu menggunakan satu pendekatan lain. Fungsi SPR sekarang ialah mendaftar pengundi, menyemak daftar pemilih dan menguruskan proses pilihan raya. Daftar pengundi ini tidak perlu lagi kerana setiap warganegara mencapai umur 21 tahun, sepatutnya menjadi pengundi automatik. Tetapi jika tiada sambutan semasa hari pengundian, bukankah itu juga tidak bermakna? DR. MOHAMMAD AGUS: Pendaftaran secara automatik ialah mereka mendaftar sebagai pengundi. Ia boleh menghapuskan isu pengundi hantu. SPR juga kena mengubah sistem “ tidak perlu lagi undi pos. Soal tidak pergi mengundi adalah hipotetikal sebab sekarang ini kita berkempen di dua peringkat “ satu suruh mendaftar sebagai pengundi dan satu lagi ialah keluar mengundi. Kalau kita hapuskan soal pendaftaran, kita hanya perlu berkempen di satu peringkat sahaja, ini menjimatkan kos. Saya harap SPR dapat melakukan tiga perkara ini iaitu mengundi menggunakan cap jari, menilai kembali undi pos dan pendaftaran secara automatik. Jika SPR melakukan tiga perkara ini, adakah ia benar-benar dapat menarik minat golongan profesional ini menjadi warganegara yang baik? DR. MOHAMMAD AGUS: Saya yakin dapat kerana bila kita telus, kita akan melihat politik itu ada persaingan. Apabila ada persaingan, politik akan menjadi meriah dan bila suasana ini muncul maka ramai orang akan keluar mengundi. - mks. | |
Episod PDRM yang memalukan ?

Kelemahan ini, bukanlah satu kelemahan biasa , ia sudah jadi luarbiasa, bilamana media mengheboh dan menghebahkan tanpa berselindung dengan mengangkat PRDM kita sebegitu rupa. Justeru 4 suspek tadi sewajarlah saman malu kembali ke atas PDRM kerana menjatuhkan maruah dan merosakkan masa depan mereka serta memalukan keluarga serta keturunan mereka. Ini harus dikasi pengajaran.
Hari ini dua pegawai polis dihantar ke FBI bagi mengesan gambar CCTV tu.
Seandainya , benda itu belum pasti kenapakah PDRM, khasnya memberi sebesar-besar lampu kepada media melaporkan. Bermual sikap sorok tarik antara KPN Datu Musa Hassan membuat penafian terhadap tangkapan susupek, dengan kedegilan Christhrper Wong Soon Kee mengadakan sidang media menggambar, berlaku krisis 'hebat' dalam PDRM, Musa Hassan berhentilah saja, orang dah tak suka ke mu, Pak Lah je.. nak ke mu. Pegawai polis tak mboh ke mu?
Justeru, teringat kita dengan kes kecekapan Polis Terengganu yang menyenaraipendekkan 47 keping gambar 'perusuh' Batu Burok yang hadir ke ceramah penerangan anjuran Bersih. Maka kita minta kecekapan Polis Terengganu bawah Ayub tu, hantar orang dia ajar polisi Selangor khususnya kawasan PJ lah.
Hari ini, Christopher Wong Soon Kee, buat sidang media paparkan lakaran rupa dua suspek sebenar, katanya yang bertindak mahu menyewa rumah untuk anak perempuan, entah-entah bukan pulak kot, hai polis-polis
Berdepan dengan parti pembangkang khasnya PAS, hampa cukup hebat boleh hantar seramai dan seterperinci mungkin, berdepan tugas dan tanggungjawab aula hampa lembik lotek. Pi lahh....
Cadangan Majlis Peguam Malaysia supaya sebuah suruhanjaya kehakiman dibentuk bagi menguruskan pelantikan dan kenaikan pangkat hakimhakim negara memerlukan kajian yang teliti. Jika cadangan ini diterima kesannya bukan sahaja Perlembagaan Persekutuan terpaksa dipinda dengan secara ekstensif tetapi juga ia akan mengubah perimbangan kuasa yang sedia wujud di antara tiga cabang kerajaan yang utama iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.
Mengikut amalan sedia ada seperti mana termaktub di bawah peruntukan Perkara 122B(1) pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar, Hakim Mahkamah Persekutuan, Rayuan dan Tinggi adalah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong bertindak di atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Jika suruhanjaya kehakiman mengenai pelantikan dan kenaikan pangkat ditubuhkan sudah tentu ia akan mengambil alih sama ada kuasa melantik para hakim oleh Yang di-Pertuan Agong atau kuasa menasihati baginda oleh Perdana Menteri.
Begitu juga dengan peranan Majlis Raja-Raja untuk dirunding atau peranan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Besar Malaya serta Sabah dan Sarawak juga perlu dirunding. Perdana Menteri menasihati Seri Paduka Baginda tentang pelantikan mana-mana hakim mahkamah seperti mana yang diperuntukkan di bawah fasal 2,3 serta 4 Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
Terhakisnya peranan eksekutif sebagai cabang yang memikul mandat rakyat secara terus sudah tentu akan melemahkan demokrasi dan kuasa rakyat di negara ini. Walaupun Perdana Menteri hanya menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara pelantikan hakim namun dalam konteks baginda menjalankan peranan sebagai Raja
Oleh itu institusi Perdana Menteri dalam sistem pemerintahan Malaysia sebenarnya adalah lambang kuasa rakyat. Perdana Menteri mewakili kehendak majoriti rakyat yang telah mengamanahkan parti yang dipimpin beliau untuk memerintah negara.
Oleh yang sedemikian adalah tidak wajar untuk menggantikan fungsi Perdana Menteri yang hakikatnya dipilih rakyat dengan sebuah suruhanjaya yang tidak dipilih rakyat.
Alasan sesetengah pihak bahawa sebagai sebuah negara bekas jajahan British, kita perlu menubuhkan suruhanjaya kerana di United Kingdom pun suruhanjaya/badan ini telah ditubuhkan adalah alasan yang tidak begitu kukuh. Ini kerana, walaupun Britain pernah menjajah negara ini dan kita mewarisi sistem kehakimannya namun harus diingat terdapat perbezaan di antara kedua-dua sistem yang dipakai berdasarkan persekitaran, sistem nilai dan sejarah.
Tidak benar andaian yang mengatakan bahawa kita perlu meniru sistem bekas penjajah itu kerana dakwaan sistem kehakiman mereka lebih maju. Hakikatnya negara berkenaan dalam tempoh sedekad yang lalu baru menerima pakai amalan-amalan terbaik universal seperti pemisahan kuasa yang lebih jelas di antara cabang-cabang kerajaan.
Jika pihak-pihak tertentu ingin mengatakan bahawa kita perlu meniru sistem di Britain, maka adakah kita juga perlu meniru beberapa aspek negatif sistem kehakiman penjajah itu? Contohnya ketua badan kehakiman Britain adalah Lord High Chancellor yang memainkan tiga fungsi iaitu sebagai ketua cabang kehakiman, anggota kabinet (cabang eksekutif) dan sebagai yang dipertua dewan pertuanan (cabang legislatif).
Adakah kita juga perlu meniru sistem mahkamah rayuan tertinggi negara berkenaan yang hakikatnya adalah Dewan Pertuanan dan hakim-hakim mahkamah tersebut adalah juga ahli legislatif. Penulis percaya jika sistem begini diterima pakai maka akan banyaklah pihak yang akan membantah.
Hakikatnya hanya melalui pembaharuan perlembagaan yang dimulakan selepas Parti Buruh membentuk kerajaan Britain pada tahun 1997 barulah sistem kerajaan Great Britain terutamanya sistem kehakiman negara itu lebih menepati konsep pemisahan kuasa yang mula-mula dinukilkan oleh pakar undang-undang dan tokoh falsafah politik Perancis Montesquieu melalui bukunya The Spirit of Laws yang diterbitkan pada tahun 1748.
Melalui Akta Pembaharuan Perlembagaan yang diluluskan parlimen negara berkenaan pada tahun 2005 sebuah mahkamah agung akan ditubuhkan menjelang akhir tahun 2008 manakala fungsi ketua badan kehakiman telah diambil alih oleh Lord Chief Justice daripada Lord High Chancellor dan jawatan berkenaan akan dimansuhkan. Terdapat juga ura-ura bahawa United Kingdom yang selama ini tidak mempunyai sebuah dokumen yang boleh diistilahkan sebagai perlembagaan akan mempunyai perlembagaan yang bertulis.
Hakikatnya negara kita semenjak merdeka telah mempunyai pemisahan yang jelas di antara cabang kehakiman di satu pihak serta cabang legislatif dan eksekutif di satu pihak lain. Dewan Negara bukannya mahkamah tertinggi negara, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan kita bukannya ahli-ahli Dewan Negara, Ketua Hakim Negara bukannya anggota Kabinet dan kita mempunyai Perlembagaan Persekutuan bertulis yang merupakan undang-undang tertinggi negara bukannya seperti di Great Britain di mana Parlimen adalah badan tertinggi negara berkenaan.
Kenapa kita tidak melihat contoh AS yang juga merupakan sebuah negara demokrasi? Di bawah perlembagaan AS mengikut seksyen 2 fasal 2 Presiden yang merupakan ketua cabang eksekutif dengan nasihat dan kebenaran Dewan Senat yang merupakan dewan atas Kongres Amerika (cabang legislatif) berkuasa melantik hakim-hakim persekutuan yang terdiri daripada hakim-hakim mahkamah agung, rayuan dan daerah.
Bagi memastikan kebebasan hakim serta integriti, cabang kehakiman negara kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada sesuatu sistem tanpa menumpukan perhatian kepada sistem nilai dan integriti individu. Hakikatnya kita boleh mencipta sistem yang terbaik tetapi jika sistem nilai yang mendasari individu dan masyarakat tidak mampu menyokong sistem yang dilaksanakan ia tetap akan gagal.
* IRMOHIZAM IBRAHIM ialah pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Seorang lagi perusuh di Baru Buruk ditahan polis. Berita ini sungguh mengaibkan , dengan etika kewatawan yang jatuh merundum, dengan mengelapkan semua orang yang terpapar wajah mereka dalam akhbar tempoh hari sebagai perusuh. Mulia kah polis FRU, SB , dan pihak polis yang menangkap kumpulan perusuh itu tadi. Perusuh hanya sekadar mendengar ceramah politik. Bolehkan secara logik Pak Lah pada malam tu, jatuh daripada kerusi PM. Dah, kalau jawapannya begitu minta boronglah semua pak-pak mak-mak perusuh, abang-bang dan adik-adik perusuh ke Balai Polis, tak dok ke kerja polis, gi lah igat orang hok dok puasa tu lebih mulia pekerjaan mu daripada dok igat hak dengor ceramah. Dah guane ?
Polis menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes rusuhan di Jalan Sultan Mahmud dan Batu Buruk pada malam 8 Sept lepas. Lelaki berumur 21 tahun itu yang bekerja sebagai peniaga pasar malam, ditahan di rumahnya di Kampung Kampung Padang Luar, Kuala Ibai dekat sini pada 11 malam semalam.
"Lelaki itu disyaki antara perusuh yang bertindak membaling polis dengan batu pada malam kejadian," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Supt Khairi Ahrasa.Beliau berkata, pemuda berkenaan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini.
Setakat ini 21 daripada 46 individu yang dikehendaki polis berhubung kes membakar Jalur Gemilang dan rusuhan telahpun menyerah diri atau ditahan.
Dalam kejadian itu, lebih 600 orang dipercayai penyokong parti pembangkang bertindak liar dengan menyerang polis menggunakan pelbagai objek seperti batu, besi, bom molotov dan kayu serta membakar Jalur Gemilang setelah diarah bersurai daripada satu perhimpunan haram. BERNAMA