Tuesday, October 02, 2007

Episod PDRM yang memalukan ?



Gah dan hebatnya, pasukan polis memburu pembunuh Nurin Jazmin bermula dengan satu episod PDRM cukup hebat dimartabatkan. Masyarakat menarik nafas lega apabila apabila empat susupek lelaki dan seorang wanita di tahan reman. Sesudah tempoh reman tamatnya bermula episod memalukan pasukan polis, apabila empat suspek dikatakan tiada kaitan langsung DNA mereka dengan DNA pemangsa pada tubuh Nurin.


Kelemahan ini, bukanlah satu kelemahan biasa , ia sudah jadi luarbiasa, bilamana media mengheboh dan menghebahkan tanpa berselindung dengan mengangkat PRDM kita sebegitu rupa. Justeru 4 suspek tadi sewajarlah saman malu kembali ke atas PDRM kerana menjatuhkan maruah dan merosakkan masa depan mereka serta memalukan keluarga serta keturunan mereka. Ini harus dikasi pengajaran.


Hari ini dua pegawai polis dihantar ke FBI bagi mengesan gambar CCTV tu.


Seandainya , benda itu belum pasti kenapakah PDRM, khasnya memberi sebesar-besar lampu kepada media melaporkan. Bermual sikap sorok tarik antara KPN Datu Musa Hassan membuat penafian terhadap tangkapan susupek, dengan kedegilan Christhrper Wong Soon Kee mengadakan sidang media menggambar, berlaku krisis 'hebat' dalam PDRM, Musa Hassan berhentilah saja, orang dah tak suka ke mu, Pak Lah je.. nak ke mu. Pegawai polis tak mboh ke mu?


Justeru, teringat kita dengan kes kecekapan Polis Terengganu yang menyenaraipendekkan 47 keping gambar 'perusuh' Batu Burok yang hadir ke ceramah penerangan anjuran Bersih. Maka kita minta kecekapan Polis Terengganu bawah Ayub tu, hantar orang dia ajar polisi Selangor khususnya kawasan PJ lah.


Hari ini, Christopher Wong Soon Kee, buat sidang media paparkan lakaran rupa dua suspek sebenar, katanya yang bertindak mahu menyewa rumah untuk anak perempuan, entah-entah bukan pulak kot, hai polis-polis


Berdepan dengan parti pembangkang khasnya PAS, hampa cukup hebat boleh hantar seramai dan seterperinci mungkin, berdepan tugas dan tanggungjawab aula hampa lembik lotek. Pi lahh....

No comments: