Syabas Hoteal De Palma Hotel Ampangi yang membuka ruang kepada 'umat Islam' beribadat. Sebenarnya dalam mungkin memberi peluang kot kepada mana-mana individu yang 'liat' ke surau atau masjid berdekatan mereka. Atau individu yang sibuk mengejar dunia atau menyelesaikan urusan dunia khas perniagaan yang memerlukan bertemu dengan klein bukan Islam. Apa pun niat baik mereka bersama-sama kita hargai dan sanjungi.
Banyak masjid dan surau sepanjang sepuluh malam terakhir Ramadan ini mengadakan majlis Qiamullail untuk umat Islam beriktikaf dan beribadat mengerjakan pelbagai amalan sunat, membaca al-Quran, berzikir, mengerjakan solat sunat taubat, tahajjud, witir dan sebagainya.Ini kerana antara sepuluh malam itu akan berlaku Lailatul Qadar, malam yang mempunyai keistimewaan melebihi seribu bulan dan menjadikan setiap amalan pada malam turunnya al-Quran dan para malaikat itu, berganda pahalanya.
Sebuah hotel di sini, yang telah menerima anugerah "Surau Terbaik dalam Industri Hotel" oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia, mengambil inisiatif serupa dengan membuka suraunya yang boleh mengisi 300 orang untuk majlis Qiamullail.De Palma Hotel Ampang menyediakan dua imam untuk mengetuai solat tarawih setiap malam.Bagi 10 malam terakhir Ramadan mulai semalam, surau Nurul Hikmah hotel ini mengadakan Qiamullail dari pukul 3 pagi, diikuti dengan majlis Tazkirah, kata Pengurus Besar Kumpulan Hotel De Palma Datuk Mohd Ilyas Zainol Abidin.Mohd Ilyas berkata majlis itu dibuka kepada orang ramai dan sesiapa yang berminat untuk bermalam di De Palma untuk majlis itu, harga istimewa ditawarkan iaitu RM50 seorang dengan hidangan sahur RM10.
Beliau berkata solat Tarawih setiap malam di De Palma dihadiri oleh para tetamu yang berbuka puasa di hotel itu yang menyediakan 101 hidangan tradisional Melayu, India dan Cina serta makanan panas yang dimasak ketika itu juga oleh sekumpulan tukang masak.Beliau berkata majlis berbuka puasa di hotel itu bermula untuk anak yatim, orang kurang upaya dan ibu tunggal, dua bulan sebelum Ramadan lagi.Selain itu, bubur lambuk De Palma, juga dimasak setiap hari untuk diagihkan ke masjid dan institusi kebajikan yang turut ditaja badan korporat serta individu yang meminta hotel itu mengedarkannya kepada orang ramai bagi pihak mereka. BERNAMA
No comments:
Post a Comment