Inilah tulisan Datuk Runie Ahmad dalm web blognya
Reaksi:
Apa Motif Sebenar FBI Bantu PDRM ? (2)
Dalam posting saya pada 29 Sptember 2007 dan 1 Oktober 2007, saya mengeluarkan soalan-soalan berikut: perlukah seorang pegawai FBI diterbangkan khas ke Malaysia hanya untuk “mengenal pasti fotofit dalam rakaman CCTV” membabitkan pembunuhan Nurin Jazlin? Saya juga bertanya: mungkinkah penglibatan FBI ini untuk mencerminkan betapa rapatnya Malaysia pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mutakhir ini dengan pentadbiran Presiden Bush? Inikah motif sebenar-benarnya? Atau, adakah agenda lain yang masih belum diketahui umum?Di bawah ini adalah antara komen-komen yang relevan dengan pertanyaan di atas:
Cyber: Dulu-dulu memang tak pernah dengar cerita pasal FBI. La ni ada pulak FBI. Hairan juga kita dibuatnya. Hebat betul AAB.
Cina: You been reading too much conspiracy theory. What is wrong with the FBI? Why worry if PM Badawi is close to Bush? We have to accept the fact that US is very powerful. So, it is good to be friendly with such a superpower.
Jalak Lenteng: Bila IGP umum penglibatan FBI dalam kes Nurin, tak lama kemudian terus dapat reman beberapa orang yang disyaki terlibat. Ini menunjukkan PDRM tak secekap yang Datuk katakan....Tak sampai pun seminggu ramai yang ditahan dan akan disoalsiasat dan mungkin dipaksa mengaku bagi kesalahan yang tidak dilakukan. Bukti DNA boleh direka oleh sesiapa sahaja. Harap jangan sampai orang yang tak bersalah disuruh mengaku sudahlah.
Hakikatnya di Malaysia ini, agen-agen FBI, CIA, Mossad, MI5 selain pasukan perisik dari negara jiran, telah lama ada dan mencari maklumat yang menguntungkan kepada mereka. Cuma kali ini kedatangan FBI adalah secara undangan dari IGP. Berapa agaknya PDRM bayar bagi kepakaran yang digunakan.
InMine: If it is just to enhance the quality of the image from CCTV, we have expertise especially in Digital Image Processing area. Unless the collaboration with FBI has some other agenda besides what was being publicised.I can name a few professors who have been working in this area since 1990's. I am not an expert but I have postgraduate degree in this area since 1990. The world experts in this area are no more americans (in 1980's yes the americans were the experts) but instead the chinese, the arabs, persians, and indians are the experts now. We have a few malays involved in this area but they are low profile and not many papers were published in international journals. The government should have given the fund for these locals professors to do more research to develop further the technologies and algorithms in this area.InMine: Just to add further. I have an on going project called "Digital Forensic Science" under my research group. The system which is curently in development stage utilizes digital images, digital speech, and multimodal biometrics data to help investigators to find evidence of crimes.
Hamizi: The time where every Malaysian is proud to be a Malaysian already become history in the text book since our current PM take charge. Now in our PM & co opinion, malaysian are consider low class citizen and not up to standard... The worst part is, when the government suppose to encourage local expertise, now they invite professionals all over the world...I am afraid one day, most of young Malaysians or majority Malay, will say, "why must we get higher education, when we only can work as clerk or factory production operator?
Nizam: Izinkan saya memberi sedikit pandangan. Apabila terbaca artikel Datuk, teringat saya kepada kisah zaman silam semasa bumi Malaysia ditadbir oleh sultan dan pembesar-pembesar Melayu. Ketika wujudnya pertelingkahan sesama pembesar atau kerabat diraja, satu pihak akan menjemput Inggeris untuk campurtangan dan bantu mereka dan dengan bantuan Inggeris pihak tersebut akan menang dan menduduki takhta. Sebagai habuan, pihak Inggeris akan diberi sesuatu. Daripada titik tolak inilah sedikit demi sedikit akhirnya seluruh Tanah Melayu tergadai kepada Inggeris.
Kisah PDRM menjemput pakar FBI Amerika bagi memperjelaskan kekaburan gambar pada screen CCTV bagi saya tidak lebih dari membuka pintu bagi kuasa asing menguasai politik dan ekonomi bumi Malaysia. Adalah suatu tindakan yang tidak berakal dan bodoh PDRM menjemput FBI sedangkan rakyat Malaysia mampu melakukannya.Hal ini barangkali ada kaitannya dengan apa yang dipanggil oleh RPK sebagai "underworld boss". Tidak dinafikan juga mungkin ada kaitannya dengan Singapura yang dikatakan boleh menentukan perlantikan beberapa pegawai polis atasan PDRM. Fikir-fikirkan lah...
Abg Halim: Tindakan PDRM ini sama seperti tolong membalas dendam PM yang gagal menjemput Pasukan Liga Inggeris MU untuk membelasah pasukan Malaysia semperna Kemerdekaan ke-50.Maka kini terbukti bahawa kita tidak pandai. Orang Malaysia tidak boleh menguruskan Malaysia. Mana mungkin Selat Melaka yang luas hendak dijagai. Nanti kita kasi Amerika. Biar mereka yang jaga. Dihujung Tanah Melayu kita kasi Singapura yang jaga. Di bumi bersejarah Melaka kita kasi BABI yang jaga. Kita dok TAK PA Habis tembakau tinggal telepa
Nakhoda: Rakyat Malaysia yang bangang je yang tak mau cemburu dengan Amerika Syarikat. Kalau dia orang tak bangang, dia orang mesti tau, Bush tu lembu zionis. Kalau Bush lembu zionis, pentadbiran Bush juga lembu zionis. Lembu zionis inilah yang bunuh juta-juta umat Islam Afghan dan Iraq. Iblis macam ni ke yang PM kita nak buat baik? Rentikanlah……
Cyber: Saya cuma nak tau, sapa yang berkuasa dalam PDRM sekarang? IGP? Pak Lah?
Joe Baharom? KJ? Wan Farid? Christopher Wan? Line of command penting dalam mana-mana pasukan. Kalau line of command kena short-circuited, rosak dan tonggang terbalik jawabnya. Lebih serius lagi, morale pasukan akan lemah, imej pasukan akan luntur. IGP, jangan bagi muka sangat pada Christopher Wan. Kalau dia panjat kepala, jahanam PDRM.Renungkanlah sendiri komen-komen di atas. Pastinya anda akan dapat menyimpulkan bahawa kehadiran FBI untuk membantu PDRM dalam kes Nurin, walau pun baik, tetap diragui motif sebenar-sebenarnya! - Ruhanie Ahmad
No comments:
Post a Comment