Waktu ini, tiada akhbar-akhbar mainstram yang memberi muka terutama frontpage mereka dengan berita-berita kejayaan dan pencapaian itu dan ini rakyat. Sememanglah berita-berita 'menyayat' , mengerikan, tragis, rasuah, tahyol sekarang menguasai fronpage. Kerana ia adalah berasas keuntungan dan perniagaan, banyak pembeli melonjakkanlah edarannya, berjaya dan popularlah akhbar berkenaan.
Paparan di atas, seolah-olah menjelaskan kepada kita semua bahawa dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang rencam, seperti kita sudahpun mencapai status 'negara maju' seperti semahu yang diharapkan serta yang dihajati selama ini. Penyakit-penyakit kebobrokan sosial masyarakat negara maju (terutama yang tidak membawa Islam) . Adakah dengan pembangunan kejayaan fizikal yang kita kecapi ini tanpa ada kesejahteraan spiritual kita sudah rasa maju ? Adakah kita berbangga di atasnya ?
Seandainya, jawaban itu ya dengan alasan biasalah kes-kes seumpama itu, maka kes-kes kebobrokan sosial sebagai lumrah dan lazim. Kita memang lah terasuh dan diasuh dengan minda zaman penjajahan. Minda tidak merdeka. Merdeka yang tidak berlandaskan agama Islam, dan minda tidak bermindakan Islam.Kita senang mengacuankan diri kita dengan acuan barat. Merdeka mengikut acuan sendiri dan pembangunan mengikut acuan sendiri adalah retorik pemimpin negara sahaja. Wawasan mereka juga kabur, ke manakah hala negara visi dan misinya tidak jelas, sesejahteraan dan rahmat illahi tdak dituntut, Justeru teras kemerdekaan sekadar merdeka dan kita menjadi manusia yang melawan Tuhan. Inikah nilai merdeka kita ? Dengan menghalau penjajah mat salleh dan berpemerintahakan mat Melayu.
Terbaru, SU agama Pak Lah Dato Osman Saat, kini sedang sibuk merencanakan satu program untuk mendidika ibubapa dan ibubapa yang ada anak tentang kempen untuk menjaga keselamatan anak-anak. Tentulah Sharzat pun ikutlah nak buat dalam JKM. Kemudian Hishamuddin nak masukan aspek pendidikan keselamatan dalam silibus pendidikan negara kita.
Semangat, hangat-hangat tahi ayam, dan tahi minyak \nampak jadi sindrom dalam kepimpinan negara kita. Kesedaran dan sedar itu adalah satu isu yang lain. Sedarkah kita bahawa kita ini hidup dalam atau di bumi yang ada penciptanya. Maka mengapakah kita sedar dan insaf dengan kembalikan kepada ajaran Islam. Yakin dan percaya. Janganlah kita menjadi manusia munafik dan separuh beriman dengan dan separuhnya tidak. janganlah anggap Islam sebagai agama pegangan daun pisang (petikan kata-kata Ust Ismail Kamus) bila hari hujan ambil dan pakai buat tudung kepala, maka selepas hujan reda dan hilang terus dicampakkan. Kita tidak mahu Islam itu berada di masjid, surau dan mahkamah syariah sahaja (tulisan Roslan SMS).
No comments:
Post a Comment