Wednesday, June 30, 2021

KEMPEN BENDERA PUTIH: RAYUAN FRONTLINER NGO SANTUNI RAKYAT

 ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!


MASA PKP NI SAYA SARANKAN YANG ADA KEMAMPUAN BANYAKKAN MEMBELI DKT PENIAGA2 KECIL JALANAN YANG BARU NAK BELAJAR  BERNIAGA TU ... 


SEDAP ATAU BIASA BIASA JE, MAHAL SEKUPANG DUA MOHONLAH JANGAN BERKIRA SANGAT


WAKTU2 MCM NI MEREKA MENIAGA BUKAN NAK JADI KAYA PUN... 

INGAT ANAK ANAK MEREKA PUN MCM ANAK ANAK KITA JUGA ADA RASA LAPAR DAN KENYANG 


SAYA TERFIKIR KALAU TAK KERANA DESAKAN HIDUP TAKKAN DIA YANG KITA KENAL TIBA TIBA MENIAGA KECIL2 TEPI JALAN, KURANGKAN BELI DKT MCD DAN KFC ..

SUPPORTLAH SAUDARA2 KITA YG BENIAGA DI TEPI2 JLN TU .. MEREKA LEBIH MEMERLUKAN SOKONGAN KITA .. 

ESOK2 KALAU KEADAAN DAH OK TAK PELAH NAK BELI DKT MANA2 PUN


MAAF JIKA PANDANGAN SAYA SALAH


DAN KALAU RASA BETUL TOLONGLAH SHARE KAN POSTING SAYA NI

TERIMA KASIH..

Bendera Putih: Nilai makanan kepada orang susah

Depa marah pulok ke bendera putih. Mana bendera depa biru, hijau, color2 yg lain. Pi lah..

Ada yg kata x payah bendera, angkat tangan je...Ni jenis yg pakai 'rezeki secupak tak jadi segantang ni..

Ni..biaq pi ke depa..Baru potong sikit elaun depa..macam boleh makan duit elaun depa macam setahun..

Depa rasa macam mana susah nak dapat beras...depa tau kaaa..nilai barang makan..nak makan oi..

Pemimpin suka..rakyat berkelahi pasai bendera...ada setuju..ada x setuju..

Ada kata aib diri, ada kata ada banyak cara lagi, ada kata nampak kalah..

Rakyat akhir2 x dapat makan, depa dok berkelahi pasai bendera jaa..

Rakyat susah jadi MANGSA  lagi


Monday, June 28, 2021

PKP: KEMPEN BENDERA PUTIH !!!

1. Dah ramai rakyat menderita ni...Ada rakyat  yg sampai BUNUH DIRI. Ini adalah tahap stress yg luar biasa

2. Kerajaan baru berapa jam sahaja, umumkan Pelan Pemulihan Negara. Nampak banyak duit yg bakal dihabiskan. dan banyak program nampak bakal diberikan...tapi sampai ke sasarannya entah bila..

3. Kita bukan x percaya, dengan PKP ni. lambat dan slow, tak agresiff, rakyat nak makan dan mahu membeli makanan dengan SEGERA

4. Mana wakil rakyat, wakil rakyat..BERGERAKLAH MACAM BUAT BANTUAN BANJIR. BELAJAR MCM MANA DEPA - DEPA URUS PERTANDINGAN EURO LA NIII..

5. Wakil-wakil rakyat x kan potong elaun terus KERAS kejung dah nmpk mcm perihatin je.., aku dah banyak tolong RAKYAT

6. JANGAN kata RAKYAT SAMPAH


*Bendera Putih & Peduli Rakyat*

Saya mengambil maklum tentang adanya kempen awam Kibarkan Bendera Putih di rumah rakan2 rakyat Malaysia kita yg terputus bekalan makanan serta memerlukan bantuan segera. 

Bagi pihak parti Amanah, saya menyambut baik kempen awam ini dan mengucapkan syabas dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yg sangat prihatin.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa kami dari Amanah dan khususnya Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) sangat gembira untuk turut serta dalam menjayakan kempen bantuan awam ini.

Saya menyeru kepada rakan2 ahli Amanah, khususnya AWAN agar terus cakna kepada rakyat di persekitaran kita, sekaligus bersegera menghulurkan bantuan yang bersesuaian dan diperlukan oleh mana2 rumah yang mengibarkan Bendera Putih.

Semoga AlLah mempermudahkan segala urusan kita semua, menganugerahi kita rezeki yang barokah dan melimpah ruah. 

#BenderaPutih 
#AmanahDemiNegara 
#AmanahPeduliRakyat
#AWANNasional 
#FastabiqulKhayrat 
#AlLahSayangSemua
#MajuTerus!

Thursday, June 24, 2021

Politikus Msia; Tak jemu ke ?

Orang 'mulai' letih dengan politik Msia. Nampak Rani Kulop marah sangat memang betul dan benarlah dengan para politkus Malaysia.

Depa ni berperang memang tak letih dan jemu ke..

Itulah kuasa 3 Ta..Wanita, Tahkta dan Harta

La ni duk jual dan pungut SD pulok klaangan ahli MP

Wednesday, June 23, 2021

SETUJU: PH atau BN atau PN ?

UMNO macam benar dan betul. tambah dah diviralkan oleh tokoh 'kluster mahkamah' . katanya BN dah memerintah 60 tahun, kerajaan stabil, rakyat hidup sejahtera. PH dan PN memerintah 22 bulan 12 bulan, negara HURU HARA . rakyat nilai sendiri..

Maknanya RAKYAT salah lagi, krn BUAT PILIHAN yg salah. 

BN wajar lah diberikan lagi talian hayat. kerana rakyat sejahtera dan negara tidak kelam kabut.

Apa tuan-tuan nak kata..katalah...


Silap besar kata UMNO tidak lagi relevan – Zahid
By
The President of UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi frog party-hopping

KUALA LUMPUR – Ahli UMNO yang menyatakan parti itu sudah tidak relevan lagi adalah suatu kesilapan besar.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka itu umpama sedang bermimpi di siang hari apabila mengandaikan perjuangan parti dengan perkara yang mustahil dan bukan-bukan.

Sebaliknya UMNO, kata beliau, umpama pohon besar yang sedang menanti detik kembali berbuah.

“Ahli-ahli UMNO sekalian. Mereka yang menyatakan UMNO sudah tidak relevan (adalah) suatu kesilapan besar. Mereka ini sedang bermimpi di siang hari dengan mengandaikan parti yang bukan-bukan.

“Meskipun (pohon) itu pernah seakan-akan nyaris tumbang dipukul ribut, namun akarnya begitu utuh lagi kuat.

“Pohon UMNO nan luhur tetap teguh berpacak memayungi segenap naungannya,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Beliau menjelaskan, UMNO dilahirkan dengan air mata pengorbanan orang Melayu di Istana Melayu dan merupakan parti terbesar orang Melayu sejak 11 Mei 1946.

Katanya, parti itu telah mendepani rancangan Malayan Union oleh British demi survival bangsa Melayu. dan mempertahankan kedaulatan institusi diraja serta Raja-Raja Melayu.

“UMNOlah yang mengangkat kepentingan Melayu bagi memperkasakan syariat agama dan UMNO jualah sebuah parti politik semangat nasionalisme Melayu yang berpaksikan Islam.

“Kerana itu, UMNO masih bertapak di hati Melayu disebabkan asas penubuhannya yang jelas dan tidak pernah sama sekali mengenepikan hak bukan Melayu.

“Sejarah berpuluh tahun UMNO mengemudi teras pentadbiran negara sebagai bukti, maka wahai sahabat-sahabat UMNO sekalian, UMNO akan kembali berjuang dalam PRU akan datang,” ujarnya.

Ahmad Zahid berkata, amalan UMNO ialah bermuafakat dan tidak berpecah belah, ibarat serumpun bak serai, sesusun bak sireh.

Katanya, perjuangan UMNO pada PRU-15 jauh lebih murni, demi sebuah kebenaran dan kewajipan, bahkan rakyat akan bersama parti itu dan UMNO akan terus bersama rakyat. – MalaysiaGazette


BACA HABIH..JANGAN SAMPAI GAGAL FAHAM

BLOG kita ni walaupun kecil je.. tidak semata-mata mewar-warkan benda atau perkara yang salah yg kerajaan BUAT. Tetapi memberi juga pujian kepada perkara atau benda yang nampak betul dibuat oleh kerajaan.

Kritikan dibuat atas dasar mahukan perkara yg terbaik ttg apa yang kerajaan buat. JANGAN SAMPAI GAGAL FAHAM

KPM: Kelas Peperiksaan Bersemuka Lebih Awal

Moleklah demi kelaangsungn sistem pendidikan negara. Wajar



Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya pelajar kelas peperiksaan dibenarkan kembali ke sekolah lebih awal daripada Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, bagi menyokong permohonan itu, KPM juga memohon kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) supaya pemberian vaksin kepada guru dan pelajar kategori itu dapat dipercepatkan.

"Namun, ini semua tertakluk kepada keputusan MKN bila anak kelas peperiksaan ini dapat kembali ke sekolah secara bersemuka.

"Urusan vaksinasi pula di bawah JKJAV, maka segala proses itu akan dilaksanakan oleh mereka.

"Dalam konteks pendidikan, kita akan bincang bagaimana kita boleh laksanakan (vaksinasi) di sekolah atau sebagainya dan ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam," katanya dalam Wawancara Pelan Pemulihan Negara secara dalam talian, hari ini.

Menurut beliau, setakat ini 36 peratus atau 148,580 guru menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin


MMMMM


KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mempunyai kerangka dan akan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu apabila sesi persekolahan dibuka nanti.

 

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pelaksanaan SOP itu akan dilaksanakan pada fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) namun semuanya tertakluk kepada situasi pada masa tersebut.

 

Menurutnya, KPM akan melihat perkembangan semasa situasi Covid-19 kerana keadaanya yang dinamik dan pihaknya tidak tahu apa situasi yang bakal berlaku pada fasa ketiga.

 

Berdasarkan kes lalu, beliau berkata, risiko jangkitan Covid-19 berlaku di sekolah berasrama.

 

“Ini berdasarkan data yang kita lihat. Sekolah asrama susah dikawal memandangkan pelajar tinggal di situ,” katanya dalam sidang media khas PPN  di sini hari ini.

 

Ditanya mengenai pembukaan sesi persekolahan bersemuka, Radzi berkata, KPN tidak akan terburu-buru dalam membuat keputusan sebaliknya akan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh PPN.

 

Jelas beliau, pemulihan dari satu fasa ke fasa lain mengambil kira purata kes harian CovidD-19, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta proses vaksinasi yang dijalankan.

 

Ia merupakan tiga nilai ambang utama yang akan dijadikan ketetapan oleh kerajaan sebelum membuka sesi persekolahan.


Tuesday, June 22, 2021

PTPTN: Hantu atau Membantu ?

Bagaimana PTPTN membantu anak-anak kita dalam melakukan survivor dalam pembelajaran mereka. Caj yang dikenakan pada setiap bulan dengan meletakkan pinjaman ini dengan insuran beberapa RM. Selain pokoknya yang tetap dikenakan CAJ beberapa peratus daripada pinjaman pokok.

Adakah ia membantu mereka atau menghatui mereka ke masa depan. 

Mana HAK biasiswa yg termaktub sebagai hak mereka dlm PERLEMBAGAAN . Tiada jaminan 10A SPM..Bila mana depa masuk ke Universiti Awam (UA) ..Nk byr yuran sekaligus dan nk ambik exam kena bayar dulu. 

Mau x mau kena ambik lah PTPTN.

Sila semak, jumlah pinjaman anak-anak kita. Menghantui mereka setidak2 9 atau 10 tahun selepas tamat belajar.

POLITIK CONTOH @ CONTOHI POLITIK

Pengamat politik 'resah' bilamana dua orang yg arif dalam perlembagaan negara meletakkan YDPA yg menjadi lambang negara sbg institusi tertinggi dalam perlembagaan negara direndahkan taraf. YDPA adalah komponen undang-undang negara. 

Walhal sebelumnya, dahulunya mereka lah yang lantang berjuang dan bersuara semasa PH memerintah bercakap begitu begini sehinggakan rakyat YAKIN dan PERCAYA HUJAHAN mereka bahawa kerajaan PH menghina INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU dalam negara ini.

Senjata dan strategi itulah yg TUMBANGLAH kerajaan PH.. Maka naiklah sepenuhnya KERAJAAN MELAYU ISLAM yg TULEN 100% bakal menobatkan kerosakan PH buat terhadap orang MELAYU DAN ISLAM katanya

Isunya la ni, YDPA dgn MRR sarankan percepatkan persidangan Parlimen. itu je..Tetapi oleh kerana TAKUT hilang kuasa dan kedudukan. Maka pelbagai alasan dan helah cuba dibuatkan 

Selama ini kita ingatkan puak kamikazie politik PN amalkan POLITIK ANAK JANTAN, TETAPI amalkan politik apa ye...

Israel yang jahat tu pun, boleh patuh dan taat dgn peraturan dan undang-undang yg depa buat. PM Israel Benyamin Natangyahu tu boleh TUMBANG ..Naik Bennet dengan lebih 1 undi je...59-60

Pemimpin Melayulah yang merosakkan institusi raja-raja Melayu ?

Monday, June 21, 2021

Thursday, June 17, 2021

PROF TKS : POLITIK HAIWAN ?

MANTAP pandangan Prof Teo Kok Seong  , POLITIK HAIWAN sila hentikan. Sarannya  segerakan pemulihan negara. Politisi TUA yang ada JANGAN lah masih mahu campuri dan mengganggu POLITIK NEGARA. 

Guballah akta lompat parti. Berilah ruang kepada golongan sama-sama membuat keputusan dalam dasar dan hala tuju negara.

Harap ada harapan wajah pimpinan masa depan negara yg TIDAK lahir daripada POLITIK HAIWAN LAGI.


Wednesday, June 16, 2021

Dr M : Relevenkah lagi dengan politik Millennium !!!!

Walaupun atok95 , dari kawah UMNO . Hari ini pendirianya terus kekal tidak MAHU bekerjasama bersama UMNO macam betul. Beliau kekal tidak boleh menerima NAJIB kerana daripada UMNO. Nampak atok95 tahun KEKAL dan berprinsip gaya 'POLITIK'nya

Rakyat 'terpancing' dan 'sesetengah' pimpinan dalam PH ada yang 'tidak terkutik'. aTOK95 SENTIASA steady dengan sifir POLITIKnya. Alasan yang diberikan pada wawancara semalam cukup MANTAP..

Inilah seninya.....