Monday, June 28, 2021

PKP: KEMPEN BENDERA PUTIH !!!

1. Dah ramai rakyat menderita ni...Ada rakyat  yg sampai BUNUH DIRI. Ini adalah tahap stress yg luar biasa

2. Kerajaan baru berapa jam sahaja, umumkan Pelan Pemulihan Negara. Nampak banyak duit yg bakal dihabiskan. dan banyak program nampak bakal diberikan...tapi sampai ke sasarannya entah bila..

3. Kita bukan x percaya, dengan PKP ni. lambat dan slow, tak agresiff, rakyat nak makan dan mahu membeli makanan dengan SEGERA

4. Mana wakil rakyat, wakil rakyat..BERGERAKLAH MACAM BUAT BANTUAN BANJIR. BELAJAR MCM MANA DEPA - DEPA URUS PERTANDINGAN EURO LA NIII..

5. Wakil-wakil rakyat x kan potong elaun terus KERAS kejung dah nmpk mcm perihatin je.., aku dah banyak tolong RAKYAT

6. JANGAN kata RAKYAT SAMPAH


*Bendera Putih & Peduli Rakyat*

Saya mengambil maklum tentang adanya kempen awam Kibarkan Bendera Putih di rumah rakan2 rakyat Malaysia kita yg terputus bekalan makanan serta memerlukan bantuan segera. 

Bagi pihak parti Amanah, saya menyambut baik kempen awam ini dan mengucapkan syabas dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yg sangat prihatin.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa kami dari Amanah dan khususnya Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) sangat gembira untuk turut serta dalam menjayakan kempen bantuan awam ini.

Saya menyeru kepada rakan2 ahli Amanah, khususnya AWAN agar terus cakna kepada rakyat di persekitaran kita, sekaligus bersegera menghulurkan bantuan yang bersesuaian dan diperlukan oleh mana2 rumah yang mengibarkan Bendera Putih.

Semoga AlLah mempermudahkan segala urusan kita semua, menganugerahi kita rezeki yang barokah dan melimpah ruah. 

#BenderaPutih 
#AmanahDemiNegara 
#AmanahPeduliRakyat
#AWANNasional 
#FastabiqulKhayrat 
#AlLahSayangSemua
#MajuTerus!

No comments: