Tuesday, June 22, 2021

POLITIK CONTOH @ CONTOHI POLITIK

Pengamat politik 'resah' bilamana dua orang yg arif dalam perlembagaan negara meletakkan YDPA yg menjadi lambang negara sbg institusi tertinggi dalam perlembagaan negara direndahkan taraf. YDPA adalah komponen undang-undang negara. 

Walhal sebelumnya, dahulunya mereka lah yang lantang berjuang dan bersuara semasa PH memerintah bercakap begitu begini sehinggakan rakyat YAKIN dan PERCAYA HUJAHAN mereka bahawa kerajaan PH menghina INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU dalam negara ini.

Senjata dan strategi itulah yg TUMBANGLAH kerajaan PH.. Maka naiklah sepenuhnya KERAJAAN MELAYU ISLAM yg TULEN 100% bakal menobatkan kerosakan PH buat terhadap orang MELAYU DAN ISLAM katanya

Isunya la ni, YDPA dgn MRR sarankan percepatkan persidangan Parlimen. itu je..Tetapi oleh kerana TAKUT hilang kuasa dan kedudukan. Maka pelbagai alasan dan helah cuba dibuatkan 

Selama ini kita ingatkan puak kamikazie politik PN amalkan POLITIK ANAK JANTAN, TETAPI amalkan politik apa ye...

Israel yang jahat tu pun, boleh patuh dan taat dgn peraturan dan undang-undang yg depa buat. PM Israel Benyamin Natangyahu tu boleh TUMBANG ..Naik Bennet dengan lebih 1 undi je...59-60

Pemimpin Melayulah yang merosakkan institusi raja-raja Melayu ?

No comments: