Wednesday, June 23, 2021

KPM: Kelas Peperiksaan Bersemuka Lebih Awal

Moleklah demi kelaangsungn sistem pendidikan negara. Wajar



Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya pelajar kelas peperiksaan dibenarkan kembali ke sekolah lebih awal daripada Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, bagi menyokong permohonan itu, KPM juga memohon kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) supaya pemberian vaksin kepada guru dan pelajar kategori itu dapat dipercepatkan.

"Namun, ini semua tertakluk kepada keputusan MKN bila anak kelas peperiksaan ini dapat kembali ke sekolah secara bersemuka.

"Urusan vaksinasi pula di bawah JKJAV, maka segala proses itu akan dilaksanakan oleh mereka.

"Dalam konteks pendidikan, kita akan bincang bagaimana kita boleh laksanakan (vaksinasi) di sekolah atau sebagainya dan ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam," katanya dalam Wawancara Pelan Pemulihan Negara secara dalam talian, hari ini.

Menurut beliau, setakat ini 36 peratus atau 148,580 guru menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin


MMMMM


KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mempunyai kerangka dan akan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu apabila sesi persekolahan dibuka nanti.

 

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pelaksanaan SOP itu akan dilaksanakan pada fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) namun semuanya tertakluk kepada situasi pada masa tersebut.

 

Menurutnya, KPM akan melihat perkembangan semasa situasi Covid-19 kerana keadaanya yang dinamik dan pihaknya tidak tahu apa situasi yang bakal berlaku pada fasa ketiga.

 

Berdasarkan kes lalu, beliau berkata, risiko jangkitan Covid-19 berlaku di sekolah berasrama.

 

“Ini berdasarkan data yang kita lihat. Sekolah asrama susah dikawal memandangkan pelajar tinggal di situ,” katanya dalam sidang media khas PPN  di sini hari ini.

 

Ditanya mengenai pembukaan sesi persekolahan bersemuka, Radzi berkata, KPN tidak akan terburu-buru dalam membuat keputusan sebaliknya akan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh PPN.

 

Jelas beliau, pemulihan dari satu fasa ke fasa lain mengambil kira purata kes harian CovidD-19, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta proses vaksinasi yang dijalankan.

 

Ia merupakan tiga nilai ambang utama yang akan dijadikan ketetapan oleh kerajaan sebelum membuka sesi persekolahan.


No comments: