Wednesday, June 23, 2021

SETUJU: PH atau BN atau PN ?

UMNO macam benar dan betul. tambah dah diviralkan oleh tokoh 'kluster mahkamah' . katanya BN dah memerintah 60 tahun, kerajaan stabil, rakyat hidup sejahtera. PH dan PN memerintah 22 bulan 12 bulan, negara HURU HARA . rakyat nilai sendiri..

Maknanya RAKYAT salah lagi, krn BUAT PILIHAN yg salah. 

BN wajar lah diberikan lagi talian hayat. kerana rakyat sejahtera dan negara tidak kelam kabut.

Apa tuan-tuan nak kata..katalah...


Silap besar kata UMNO tidak lagi relevan – Zahid
By
The President of UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi frog party-hopping

KUALA LUMPUR – Ahli UMNO yang menyatakan parti itu sudah tidak relevan lagi adalah suatu kesilapan besar.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka itu umpama sedang bermimpi di siang hari apabila mengandaikan perjuangan parti dengan perkara yang mustahil dan bukan-bukan.

Sebaliknya UMNO, kata beliau, umpama pohon besar yang sedang menanti detik kembali berbuah.

“Ahli-ahli UMNO sekalian. Mereka yang menyatakan UMNO sudah tidak relevan (adalah) suatu kesilapan besar. Mereka ini sedang bermimpi di siang hari dengan mengandaikan parti yang bukan-bukan.

“Meskipun (pohon) itu pernah seakan-akan nyaris tumbang dipukul ribut, namun akarnya begitu utuh lagi kuat.

“Pohon UMNO nan luhur tetap teguh berpacak memayungi segenap naungannya,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Beliau menjelaskan, UMNO dilahirkan dengan air mata pengorbanan orang Melayu di Istana Melayu dan merupakan parti terbesar orang Melayu sejak 11 Mei 1946.

Katanya, parti itu telah mendepani rancangan Malayan Union oleh British demi survival bangsa Melayu. dan mempertahankan kedaulatan institusi diraja serta Raja-Raja Melayu.

“UMNOlah yang mengangkat kepentingan Melayu bagi memperkasakan syariat agama dan UMNO jualah sebuah parti politik semangat nasionalisme Melayu yang berpaksikan Islam.

“Kerana itu, UMNO masih bertapak di hati Melayu disebabkan asas penubuhannya yang jelas dan tidak pernah sama sekali mengenepikan hak bukan Melayu.

“Sejarah berpuluh tahun UMNO mengemudi teras pentadbiran negara sebagai bukti, maka wahai sahabat-sahabat UMNO sekalian, UMNO akan kembali berjuang dalam PRU akan datang,” ujarnya.

Ahmad Zahid berkata, amalan UMNO ialah bermuafakat dan tidak berpecah belah, ibarat serumpun bak serai, sesusun bak sireh.

Katanya, perjuangan UMNO pada PRU-15 jauh lebih murni, demi sebuah kebenaran dan kewajipan, bahkan rakyat akan bersama parti itu dan UMNO akan terus bersama rakyat. – MalaysiaGazette


1 comment:

Abd Halim said...

Siapa lagi yang nak percaya cakap dia? Aku tak percaya langsung. Jenis talam boleh pakai dua-dua belah.