Sunday, March 29, 2009

Gila: Ada macam-macam !!

Sah pertandingan 15 penjuru di Bukit Selambau... Gila tidak seiras , kempunan tidak semacam !!

Gila manusia bermacam-macam. Adalah lebih baik mereka yang sejumlah 13 orang lagi jika yang beragama Islam menunaikan umrah atau sedekahkan ke masjid atau rumah anak-anak yatim. Ini adalah lebih bermakna, tetapi oleh kerana semua gila nak menjadi wakil rakyat. rata-rata calon Bebas ini kalu menang akan terus menjadi ahli UMNO atau penyokong UMNO itu sahaja. Boleh letak harga tinggi. Ini lah namanya gila tidak semacam !!!!

SUNGAI PETANI 29 Mac - Sah ! pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau mencatatkan sejarah tanah air apabila sebanyak 15 calon akan bertanding pada 7 April ini.

Jumlah calon tersebut merupakan yang paling ramai bertanding dalam sejarah pilihan raya negara kerana sebelum ini jumlah paling ramai pernah dicatatkan ialah lapan orang.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir berkata, sebanyak 15 kertas pencalonan telah diterima dan kesemua calon terlibat layak untuk bertanding selepas tempoh pencalonan dan bantahan ditutup pada pukul 11 pagi.

``Sebanyak sembilan bantahan telah diterima bagaimanapun selepas tempoh bantahan ditutup tiada calon yang ditolak,'' katanya ketika mengumumkan calon-calon pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I di sini kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Lebih 10,000 penyokong daripada kedua-dua parti berkumpul di luar pusat penamaan calon dan keadaan dilaporkan terkawal dan tidak ada insiden buruk dilaporkan berlaku sehingga tengah hari ini.

Selain calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar yang menggunakan lambang parti masing-masing, 13 lagi calon Bebas menggunakan pelbagai logo yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Senarai calon mengikut susunan nombor dalam kertas undi dan logo adalah seperti berikut:-

1. R. Loganathan (Bebas) - logo kelapa sawit

2 . Tan Hock Huat (Bebas) - kunci

3. Radzi Md. Lazim - Bebas - kerusi

4. S. Manikumar (PKR) - logo PKR

5. Mohd. Fadzil Abdul Wahab (Bebas) - kepala harimau

6. Abdul Rahim Abu - (Bebas) - jam loceng

7. L. Sarala (Bebas) - basikal

8. Datuk S. Ganesan (BN) - dacing

9. A. Jayagopal (Bebas) - payung

10. S. Moganakumar (Bebas) - buku

11 . Khamis Awang (Bebas) - ayam jantan

12. Husaini Yaacob - (Bebas) -bas

13. M. Vanesan - (Bebas) ikan

14. Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas) - telefon

15. T. Chandrarajan - (Bebas) kapal terbang

Nizar: Selamat Maju Jaya !!

Nizar mu tetap dihati pengundi !!!

Pilihan raya kecil: 20 bertanding 3 kerusi

PETALING JAYA: Tiga pilihan raya kecil serentak menyaksikan 20 orang bertanding termasuk 15 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah.

Kesatuan Umat Islam Dunia : Minta Tuntut Perubahan ?

Manusia takut, kerana bumi semakin panas, jadi bagi menjana persepakatan dunia malam semalam sluruh dunia berkempen dengan Kempen Erth Hour. Kita amat menyokong dengan pendekatan sedemikian, setidak-tidak dapat memberi ingatan kepada penduduk bumi lain bahawa semua kita wajar bersatu menyelesaikan permasalahan bersama.

Berbalik dengan isu-isu sejagat lain, peperangan Israel Palestin gagal dunia selesaikan. Inilah yang lebih mendesak dan bermakna daripada kempen Erth Hour, peperangan di Afghanistan dan lain-lain yang secara langsung melibatkan bumi yang didiami atau dihuni oleh orang Islam. Oleh itu ini adalah signal penduduk Islam dunia dan sedunia kena bersatu membina dan memperteguhkan dominasi di dunia, kerana kumpulan inilah yang paling tertindas dan ditindas.


Sebahagian Kuala Lumpur bergelap


SEBAHAGIAN besar Kuala Lumpur termasuk Menara Kembar Petronas bergelap malam tadi sebagai sebahagian daripada kempen Earth Hour 2009.


DEMI BUMI. Malaysia turut bergelap malam tadi bagi meraikan Earth Hour 2009 di mana ribuan penghuni rumah dan pemilik bangunan menyertai jutaan penghuni dunia yang lain memadamkan suis lampu mereka selama sejam.

Di Kuala Lumpur yang selama ini disimbahi cahaya lampu pelbagai warna turut bergelap.

‘Earth Hour’ yang mula diperkenalkan di Sydney, Australia dua tahun lalu merupakan agenda penting sebagai tanda sokongan terhadap usaha untuk mengurangkan kesan pemanasan iklim di peringkat global.

Sebanyak 84 buah negara, 2,848 bandar, 6,299 organisasi dan 21,014 perniagaan di seluruh dunia menyertai program tersebut dan satu bilion penduduk dari 1,000 bandar seluruh dunia disasarkan memberikan sokongan terhadap program tersebut.

Malaysia yang tidak ketinggalan dalam menunjukkan sokongannya dengan menyasarkan lebih 5 juta rakyat pelbagai kaum menyahut seruan kempen itu.

Antara kawasan yang bergelap ialah Menara Kembar Petronas, Sunway Pyramid, Mid Valley, Hotel Marriot, Hotel Hilton, Angkasapuri, Menara Kuala Lumpur, Menara Maybank, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka serta beberapa bangunan lain di sekitar Kuala Lumpur.

Penduduk di kawasan perumahan dan perniagaan turut disarankan memadam lampu yang tidak digunakan, memadam perkakasan elektrik dan mengurangkan penggunaan air panas.

Saturday, March 28, 2009

Gandingan mantap: Lama mana bertahan ?

Dalam dunia politik, istilah gandingan mantap atau apa-apa perkataan bombastik adalah lumrah. Terkadang istilah-istilah berjaya mempesonakan pimpinan bawahan dan pertengahan. Apa yang penting pimpinan atasan yang cepat dan kering idea. 20 tahun dahulu kita semua terpesona dan kagum dengan slogan-slogan pasukan gandingan mantap waktu itu, era DSAI di dalam UMNO. Antara slogan keramat BCA, Kepimpinan Melalui Teladan, Penerapan Nilai-Nilai Islam. Semua menjadi candu dan gula-gula kepada rakyat teramai.

Parti pembangkang khasnya PAS terpukul, dan sukar bangkit dengan kepesonaan rakyat terhadap istilah ini. Justeru itu gandingan mantap tetap tidak bertahan lama, masing-masing pijak memijak, cantas mencantas dan jatuh menjatuh. Akhir DSAI dikeluarkan dan dikenakan pertuduhan berat. Maka gandingan mantap satu satu kecundang dan gugur.

Justeru kita kena ingat gandingan yang digandingkan itu mantap mestilah berasaskan dengan asas yang kukuh. Ini jika asasnya assabiyyah kemelayuaan, maka payahlah ?

Jawaban tersedia untuk UMNO

Dalam politik, SWOT perlu diamalkan dan dilaksanakan. Oleh kerana nyawa UMNO semakin nazak dan amat-amat memerlukan talian-talian hayat lain. UMNO mula bertindak bawah hembusan bayu keramat mereka dengan apa yang diiistilah PERUBAHAN.

Terdahulu beberapa hari lepas KDN dengan arahan Menteri UMNO mengantung permit dan operasi 2 buah akhbar pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan. Mereka berjaya, tetapi rakyat kembali berfikir dan sedar ? talian hayat kedua adalah perhimpunan UMNO sudah selesai Najib dimartabatkan bersama barisan bersih dibawahnya turut diangakt sama Muhyiddin, Zahid < Hishamuddin dan Shafie. Mereka uar-uar sebagai gandingan mantap dan pelbagai istilah lain lagi. Kini terakhir penyatuan semula Dr M ke dalam UMNO. Kini nampak imej UMNO berjaya dipulihkan. Bagi orang politik mereka akan berbuat apa sahaja bagi mengejar populariti dan imej bersih, kerana kerana budaya dan politik Melayu mereka amat memaf dan pemaaf sangat. Walaupun sebesar mana kesalahan pimpinan tersebut, tambah-tambah bagi pimpinan UMNO.

Apa kata YDPA tidak perkenankan Najib sbg PM?

Bagi Pakatan Rakyat bila MB Nizar jumpa Sultan Perak, minta perkenan Sultan enggan perkenan, maka gegak gempitalah satu Malaya, bahawa Sultan murka dan MB Perak dikira menderahaka. Walaupun semua orang yang belajar undang-undang rakyat mengakui kita adalah negara Raja Berperlembagaan. tapi tidak tahulah berperlembagaan itu mesti ikut UMNO kot wallahualam.

Maka diberitakan bahawa Pak Lah akan mengadap YDPA PADA HARI kHAMIS. Dan dijangkakan YDPA akan menerima dan memperkenankan Najib sebagai PM Malaysia ke 7. Apa kata kita minta YDPA tidak perkenankan Najib sebagai PM ke 7. Macam mana ? Apalah agaknya gerak dan lagak. Dijangkakan huru hara, Dr M akan bangkit dan bangun sebagai orang pertama lawan sultan kembali. UMNO-UMNO lain rasanya akan buat demo seluruh Malaysia agaknya. Maka huru haralah Malaysia.

Sifirnya, YDPA akan menerima Najib sebagai PM. Maknanya semudah Pak Lah menyerahkan jawatan PM kepada Najib. Kita terima kasih kepada Pak Lah manusia yang berpegang dengan janjinya, tetapi janji boleh diubah kerana pengganti mu Pak Lah teruk? Teruk itu bukan kita kata tetapi orang asing pun dah tahu ?




GANDINGAN MANTAP.. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap YDPA Agong, Khamis ini untuk mendapat perkenan Baginda untuk melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM keenam. Abdullah juga merestui Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno yang baru.

[DIKEMAS KINI 4 petang] KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Tuanku Mizan Zainal Abdin untuk memaklumkan hasratnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, pada 2 April, Khamis depan.

Kata beliau jika diberi perkenan Datuk Seri Najib Tun Razak akan dilantik sebagai Perdana Menteri keenam.

"Saya akan menghadap YDPA untuk memaklumkan peletakkan jawatan saya dan jika diberi perkenan, Datuk Seri Najib akan menjadi Perdana Menteri," katanya semasa mengulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Difahamkan Najib yang dipilih menjadi Presiden Umno akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Jumaat depan.

Abdullah memegang jawatan Perdana Menteri sejak tahun 2003.

Pada Selasa lalu Abdullah yang juga Presiden Umno meminta mana-mana pihak "jangan mengganggu" beliau dengan mendesak mengumumkan tarik serah jawatan Perdana Menteri.

Dalam ucapan Dasar Presidennya kelmarin, Abdullah berkata, beliau akan memberi sokongan padu kepada Presiden Umno yang baru, Najib yang akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Difahamkan Abdullah akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir Rabu depan.

Dalam pada itu pada sidang media yang turut dihadiri Najib dan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Abdullah berkata:

"Saya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong...saya tidak mahu kata apa-apa yang lain."

Berhubung soalan sama ada perlu ada usul undi tidak percaya bagi Najib di Parlimen, Abdullah memberitahu, soal tersebut tidak perlu sama sekali.

"Saya tidak faham mengapa perlunya usul sedemikian.

"Pemimpin parti yang mempunyai kerusi terbanyak akan mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri," katanya.

Dalam pada itu, Najib ketika ditanya mengenai tarikh beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri berkata, biar Abdullah menghadap Yang di-Pertuan Agong minggu depan.

"Biar Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuang Agong dulu dan kemudian proses penyerahan dan pelantikan akan berjalan sebagaimana disaksikan masa dulu.

"Biar Perdana Menteri menghadap dan semuanya akan diselesaikan kemudian," kata beliau.

Mengenai barisan Kabinet baru, "tunggu dulu. Saya belum ambil alih jawatan... belum pun saya duduk (sebagai Perdana Menteri)."





Tuan-tuan fikirlah sendiri ?

Sama ada anda percaya atau tidak , itulah namanya POLITIK. Gambar di bawah adalah gambar benar yang berlaku di hari terakhir Perhimpunan Agong UMNO di PWTC. Ahli-ahli UMNO tertentu berbangga akan 'penyatuan' semula mantan PM iaitu Dr M, dan penerimaan terbuka Pak Lah akan sikap lunak Dr M. Maknanya mentor Najib sudah datang membantu Najib, maknanya selepas ini akan ada tiga PM di Malaysia, bukan lagi bebudak Tingkat 4. Samada kali ini boneka ke, patung ke, tuan-tuan fikirlah sendiri...


Ulama dalam UMNO: Kami Sokong ?

Dalam hal ini kita bersama dengan Zuber Embong , wakil Terengganu. Kami sokong kerana telah menyedarkan UMNO yang belum sedar. Tapi mu silap Zuber, jika mu memikirlah sendiri, mana ada ulama yang mahu bergabung kalu ketua Mu Zuber perangai , baik benoor. Sepatutnya Zuber ketua mu kena cari ulama, mu kalu cari ulama dak jumpa ?

Umno perlu pembabitan ulama, pakar ilmu Islam



Zubir Embong

Wakil Terengganu saran dekati tokoh agama minta pandangan

UMNO memerlukan pembabitan meluas golongan ulama dan mereka yang mempunyai kepakaran dalam ilmu Islam untuk membolehkannya menjuarai isu agama dengan lebih berkesan sejajar falsafahnya sebagai landasan memperjuangkan kepentingan agama, bangsa serta tanah air.

Penyertaan lebih ramai golongan ulama juga akan membolehkan Umno memberi penjelasan yang tepat mengenai pelbagai isu berkaitan agama bagi mengelak sebarang kekeliruan kerana ia kini kekurangan golongan terbabit.


Sehubungan itu, Umno Terengganu semalam menyarankan parti menjalin hubungan lebih akrab dengan ulama dan jangan sesekali takut untuk meminta pandangan serta pendapat mereka dalam menyelesaikan isu berkaitan.

Wakil Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Zubir Embong, berkata adalah menjadi satu kerugian jika Umno tidak menggunakan kelebihan itu, sedangkan parti Melayu berkenaan memang dikenali dengan dasar perjuangan mempertahankan bangsa, agama dan tanah air.

“Bukan semua kita tahu (arif mengenai agama). Jangan bimbang atau takut bergabung dengan mereka (ulama) mencari idea, penyelesaian, penjelasan kerana mereka adalah golongan tepat dijadikan rujukan. Kita perlu menangkis serangan berkaitan isu agama.

“Isu berkaitan Islam bukan perkara baru, jangan biarkan anak muda celaru dan keliru dengan pelbagai isu yang timbul. Menjadi tanggungjawab Umno membetulkan semua kekeliruan dan salah tafsir yang berlaku," katanya membahaskan usul ucapan dasar Presiden.

Mengambil contoh pengharaman penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu, beliau menegaskan, kerajaan juga patut mengharamkan penggunaan istilah wahyu, nabi dan rasul dalam mana-mana kitab agama lain yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

“Penggunaan istilah yang banyak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu itu jelas bertujuan mencelarukan pemikiran terutama generasi muda.

“Kami hairan kenapa perlu terjemahkan, sudah pasti ada tujuan tertentu. Kami menyokong penuh tindakan pengharaman penggunaan kalimah Allah dalam kitab Kristian,” katanya.

Selain itu, katanya, Umno harus menjadi galang ganti dalam isu yang berkaitan dengan hak Raja-Raja Melayu kerana hakikatnya Raja dan rakyat memang tidak boleh dipisahkan.

“Apa yang berlaku kepada Raja, kita pasti akan terasa. Sebelum mereka menghina dan mengejek, Umno harus tampil menjadi benteng Raja. Ini soal Ketuanan Melayu, bukan soal tuan dan hamba.

“Dalam Perjanjian Pangkor, Inggeris tidak berunding dengan Maharaja China atau Raja Siam, tetapi dengan Raja Melayu... itu tanda Raja Melayu ini memerintah Tanah Melayu dan diiktiraf, jadi kenapa nak pertikaikan,” katanya.

Beliau juga menyentuh mengenai kedudukan bahasa Melayu yang kini dianggap semakin getir, termasuk penggunaan 'bahasa rojak' yang membuktikan pemikiran rakyat yang celaru dan pastinya setiap tindakan yang diambil juga dianggap keliru.

Katanya, pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) harus dikaji semula kerana ia tidak pernah dibahaskan sebelum dilaksanakan.

"Ke manakah hala tuju bahasa kita, jangan lupa kata orang tua, 'hilang bahasa, hilangnya bangsa’,” katanya.

Beliau secara sinis turut membacakan syair Raja Haji Ali yang berbunyi: “Tanda orang lupakan diri, tak ingat lagi bahasa sendiri; tanda orang tak amanah, bahasa sendiri dipandang rendah; tanda orang bodoh dan bebal, bangsa sendiri dia tak kenal; tanda orang bebal dan dungu, berbahasa sendiri dia malu; apa tanda orang yang dungu, berbahasa sendiri dia tak tahu; apa tanda orang yang malang, bahasa sendiri dia ketepikan.

UMNO: kerjanya adalah padan muka bangsa yang melawannya

Ada agenda atau tidak ikut agenda bukan persoalannya. Namun dua buah akhbar popular pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan telah digantung permitnya. Gara-gara laporan nya bercangga dan menyanggahi kepentingan pemerintah. Hasilnya operasi akhbar tersebut 'haram; dan dihentikan selama 3 bulan. ( Menteri dengan budi bicara berserta laporan siasatan boleh melanjutkan bahkan boleh juga mengharamkan terus). Lebih-lebih lagi dalam zaman kemelesetan ekonomi dunia.

Justeru ramai yang terpalit dan terjejas, hasil daripada tindakan ikut gaya kuasa besar AS. Menghukum sesiapa sahaja tanpa mengira alasan, apa yang penting hati mereka dipuaskan. Dosa haramkan Harakah dan Suara Keadilan , menteri yang terlibat Syed Hamid Albar tidak terpilih dalam pemilihan barisan MT dalam Perhimpunan Agong UMNO. Keputusan dibuat dan kesannya dibuat tidaklah difikirkan sangat, apa yang dipentingkan sangat adalah mengekallan legasi UMNO , jangan sampai ada tangan-tangan yang menjatuhkan UMNO. Menteri puas dan ahli UMNO puashati , biarlah rakyat )khususnya yang terlibat secara langsung dalam penerbitan) dihukum, maknanya padan mukalah tu ...




Gantung permit akhbar bukan agenda BN

KUALA LUMPUR 24 Mac - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung (gambar) hari ini menafikan tindakan menggantung permit dua akhbar pembangkang sebagai agenda Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi tiga pilihan raya kecil bulan depan dan pemilihan UMNO Khamis ini.

Sambil menegaskan ia tiada kena-mengena dengan BN, Chee Heung berkata, ia merupakan tindakan normal yang diambil setelah kedua-dua penerbitan itu didapati terus melanggar syarat dan garis panduan walaupun banyak peringatan telah diberikan.

" Tiada apa-apa. Kenapa anda memanggilnya tindakan yang keras... Tiada yang pelik. Kita sentiasa memberi amaran kepada surat khabar atau pemimpin parti politik (yang menerbitkan akhbar) tanpa mengira sama ada mereka ini pemimpin politik Barisan Nasional atau lain-lain (parti pembangkang).

"Mereka yang mempunyai lesen untuk menerbit berita atau aktiviti parti ini sudah mematuhi segala syarat cuma didapati Harakah dan Suara Keadilan telah diberikan banyak peringatan tetapi masih tidak memenuhi apa yang terikat dengan lesen," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Semalam Kementerian Dalam Negeri mengg

Dato Shahrir Samad : Masih belum terlambat ?

Itulah UMNO..tidak bersungguh mempertahankan pimpinan seperti Sharir Samad. Mereka rela dan sanggup kekalkan orang seperti Jamaluddin Jarjis sebagai pimpinan mereka dan duduk di MT. Ini jelas dalam laporan akhbar JJ inilah menteri yang didakwa mencabul seorang gadis dalam hotel yang kecoh tempoh hari. Maknanya moral dan akhlak rendah yang dipilih dan dipertahankan mereka. Itulah yang mengecewakan Shahrir Samad.

Lain-lain pimpinan dalam barisan MT UMNO yang terpilih semua bukan membawa imej yang baik juga, terlalu banyak skandal dan lain-lain permasalahan imej yang kurang memberangsangkan. Ahli-ahli UMNO yang diajar dengan wirid 'RM" , bertindak memebujur patah melintang lalu. Tanpa memikirkan masa depan dan masa akan datang ke atas negara, mereka meletakkan orang-orang yang busuk lagi memuakkan ini dalam barisan tahi menjadi kepala-kepala tahi kata SN Dato Shahnon Ahmad. Sampai bila pun tetap tidak baik.

Justeru, mereka jadi pelik kalau ada orang seperti Sharir Samad (SS) dipertahankan duduk dalam barisan tahi mereka. Justeru kita ucapkan takziah Dato Sahrir Samad. Segera tinggalkan UMNO, ikutlah adik dato , menyeberang..lah Kita amat bersimpati dengan nasib Dato, tiada dalam MT dato bukan segala-galanya. Dan UMNO itu sendiri Dato bukan segala-galanya !!!









Itulah UMNO ?

Gandingan Serasi ... itu kata semua akbar arus perdana Berbahasa Melayu pada hari ini. Memuji dan menyanjungi sampai langit, barisan pilihan baru kabinet UMNO. Bagi kita kenyataan itu bermaknanya selama hari ini Pak Lah dengan Najib tidak serasi dan Pak Lah dan Najib bukan gandingan mantaplah, selama hari ini juga lah gandingan dengan Najib tidak serasilah. Pak Lah oh Pak Lah dah nak pencen baru nak bercakap rugi diri sendiri dan lambat tu.

Apa pun kita kagum dengan sikap dan politik Pak Lah, yang nampak akur dengan tekanan keliling dia bahawa dia akan mengundur diri dan menyerahkan kuasa secara tradisi UMNo kepada timbalannya secara tradisi UMNO itu. Maknanya kita rakyat Malysia lain, yang bukan UMNO dan ahli UMNO di Malaysia sekadar menjadi pemerhati sahajalah kerana segala-galanya adalah ditentukan oleh UMNO. PM UMNO tentukan dan ahli parti UMNO sahaja yang bakal tentukan kepada kita apa yang mereka mahu tentu dan hadiahkan. Jika serasi kata mereka maka serasilah kita rakyat dengannya. Jika buruk PM maka buruklah kita menerimanya. Itulah kuasa UMNO. Tapi ingat UMNO tidak selamanya berkuasa ?


Gandingan serasi



MUHYIDDIN mencium tangan Abdullah sambil diperhatikan Najib sebelum sesi perbahasan bermula di Dewan Merdeka, PWTC, semalam.

Pak Lah sifatkan Najib, Muhyiddin ada persefahaman

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan gandingan Presiden Umno yang baru, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai serasi dan mantap.

Perdana Menteri berkata, kedua-dua pemimpin berkenaan tidak banyak percanggahan dari segi pandangan dalam banyak perkara.

"Jika ada pakatan, kerjasama, perpaduan dan persefahaman, Insya-Allah semuanya akan menjadi baik dan berjalan lancar. Kalau tak sokong ketua, tak sokong Presiden, itu yang akan jadi tak baik.

Friday, March 27, 2009

UMNO + RM= Pimpinan !!!

Pilihan Shahrir Samad adalah betul dan tepat. Ini kerana ahli-ahli UMNO sememangnya 'buta' mereka menilai manusia UMNO termasuk pimpinan mereka dengan nilai RM. Ada pulus ada undi kerusi MT. Sepatutnya mereka mengkaji dan mengkoreksi diri kenapa dan mengapa orang sehebat Dato Shahrir Samad tegas untuk mengundurkan diri daripada UMNO. Parti yang beliau sayangi dan dokongi. Beliau pimpinan bersih, berprinsip dan ada karisma, sukar mencariganti pimpinan UMNo sehebat dan seteguhnya dalam memperjuangkan prinsip dan dasar parti. Ini tidak lain tidak bukan kerana asuhan , kerana nilaian daripada semua pimpinan bawahan, pertengahan dan tinggi manusia bukan dinilai dengan budi tetapi dengan madiyyah. Oleh itu penyakit barah madiyyah sebagai taruhan dan umpan pilih pimpinan menjadikan persepsi UMNO cukup teruk. Sebetulnya UMNO dan ahli-ahlinya kini sebati jiwa raga, tertanam kukuh dengan nilai kebendaan. Minda dan fahaman kebendaan melampau mereka cukup bahaya, bukan kepada mereka tetapi juga kepada negara. Kita bimbang mereka akan mudah akan menggadaikan negara akhirnya, jika ada mana-mana orang yang sanggup menawarkan billion RM atau trillion RM kepada mereka.

Walaupun mereka seringkali setiap tahun memuhasabah diri, melaungkan jsemua rakyat punyai jatidiri, bersemangat kental, berhati waja, berpandangan jauh kehadapan dan sebagainya tetapi retorik belaka, mereka cuma kenal RM sahaja. Sesungguhnya sesebuah negara dan bangsa berpemimpin gila benda akhirnya akan tergadai negara tersebut. Sepatutnya pelan melahirkan pimpinan tersohor seperti Shahrir Samad disokong kerana beliau masih berjiwa kental, ber semangat serta tinggi daya juangnya, bagi UMNO tidak daya juang mereka adalah setakat nilai RM sahaja.



Saya tiada hasrat letak jawatan - Rais

27/03/2009 7:58pm

KUALA LUMPUR 27 Mac — Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak berhasrat untuk mengikut jejak Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad dengan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Luar selepas tidak terpilih sebagai Naib Presiden dalam pemilihan Umno semalam.

Beliau berkata walaupun keputusan seseorang menteri yang tidak berjaya dalam pemilihan partinya untuk meletak jawatan adalah suatu prinsip yang sangat mulia, namun banyak aspek perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.

“Prinsip ini memang lumrah di dunia luar, dan di Malaysia jarang sekali berlaku tapi kita harus menghormati pandangan beliau (Shahrir),” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

“Namun saya masih berharap agar Shahrir tidak meninggalkan jawatannya sebelum bermuafakat dengan Perdana Menteri akan datang iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak,” tambahnya.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Shahrir hari ini yang meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet selepas kecundang dalam saingan menganggotai Majlis Tertinggi (MT).

— BERNAMA

Malaysia : Bukan milikkekal negara UMNO saja ?

Pak Lah pun pandai juga bermain politik. Hari ini akhbar arus perdana empunya UMNO memainkan rumor bahawa katanya teka teki pelan peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib. Bagi kita yang bukan ahli UMNO , sebenarnya UMNO adalah musuh kita, tidak kira samada Pak Lah atau Najib kerana dasar mereka sama kerana kapal mereka samalah juga iaitu UMNO.

Namun jika diberi pilihan, pandangan pertimbangan, tentulah kita mahu yang lebih baik daripada yang baik. Dalam hal ini, jika dibandingkan Pak Lah dan Najib maka yang lebih baik adalah Pak Lah daripada Najib. Baiknya Pak Lah banyak sudut yang antaranya ahli-ahli UMNO dan rakyat faham dan lebih tahu serta mengerti. Pertama imej bersih Pak Lah dengan imej buruk Najib sudah menjarakkan beda antara mereka berdua. Justeru, jika kita yang bukan UMNo ini tentulah mahukan sesuatu yang kita rasakan baik untuk kita miliki. Kena ingat negara ini bukannya negara UMNO. Bukan juga negara ahli UMNO tetapi negara kepada penduduk Malaysia. Oleh itu, kita yang dikira rakyat Malaysia tentulah boleh memberi pandangan, saranan serta juga kebimbangan-kebimbangan sekiranya negara ini diserahkan kepada Najib.



Abdullah terus berteka-teki tarikh peralihan kuasa

27/03/2009 9:08pm

KUALA LUMPUR 27 Mac — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus berteka-teki mengenai tarikh peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika ditemui pada perhimpunan Agung Umno 2008 di sini hari ini, Abdullah yang kelihatan ceria dalam sidang media berkata beliau akan hanya memaklumkan tarikh itu apabila beliau “suka” untuk berbuat demikian.

“Yang itu (tarikh peralihan kuasa) tak payah tanya, saya akan bagi tau bila-bila saya suka,” katanya.

Timbalannya, Najib sebelum ini dinamakan sebagai penggantinya dan peralihan kuasa itu dilaporkan sebelum ini akan diadakan pada Mac ini.

Mengulas kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa semua menteri-menteri di bawah pimpinan Abdullah secara teknikalnya turut dianggap meletak jawatan selepas beliau (Abdullah) meletak jawatan, Abdullah berkata: “Masa zaman saya dulu pun (Tan Sri) Lim Keng Yaik (bekas menteri kabinet) pun kata begitu juga, tapi tak jadi apa pun, bukan boleh paksa.”

— BERNAMA