Walaupun mereka seringkali setiap tahun memuhasabah diri, melaungkan jsemua rakyat punyai jatidiri, bersemangat kental, berhati waja, berpandangan jauh kehadapan dan sebagainya tetapi retorik belaka, mereka cuma kenal RM sahaja. Sesungguhnya sesebuah negara dan bangsa berpemimpin gila benda akhirnya akan tergadai negara tersebut. Sepatutnya pelan melahirkan pimpinan tersohor seperti Shahrir Samad disokong kerana beliau masih berjiwa kental, ber semangat serta tinggi daya juangnya, bagi UMNO tidak daya juang mereka adalah setakat nilai RM sahaja.
Saya tiada hasrat letak jawatan - Rais
KUALA LUMPUR 27 Mac — Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak berhasrat untuk mengikut jejak Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad dengan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Luar selepas tidak terpilih sebagai Naib Presiden dalam pemilihan Umno semalam.
Beliau berkata walaupun keputusan seseorang menteri yang tidak berjaya dalam pemilihan partinya untuk meletak jawatan adalah suatu prinsip yang sangat mulia, namun banyak aspek perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.
“Prinsip ini memang lumrah di dunia luar, dan di Malaysia jarang sekali berlaku tapi kita harus menghormati pandangan beliau (Shahrir),” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
“Namun saya masih berharap agar Shahrir tidak meninggalkan jawatannya sebelum bermuafakat dengan Perdana Menteri akan datang iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak,” tambahnya.
Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Shahrir hari ini yang meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet selepas kecundang dalam saingan menganggotai Majlis Tertinggi (MT).
— BERNAMA
No comments:
Post a Comment