Sah pertandingan 15 penjuru di Bukit Selambau... Gila tidak seiras , kempunan tidak semacam !!
Gila manusia bermacam-macam. Adalah lebih baik mereka yang sejumlah 13 orang lagi jika yang beragama Islam menunaikan umrah atau sedekahkan ke masjid atau rumah anak-anak yatim. Ini adalah lebih bermakna, tetapi oleh kerana semua gila nak menjadi wakil rakyat. rata-rata calon Bebas ini kalu menang akan terus menjadi ahli UMNO atau penyokong UMNO itu sahaja. Boleh letak harga tinggi. Ini lah namanya gila tidak semacam !!!!
SUNGAI PETANI 29 Mac - Sah ! pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau mencatatkan sejarah tanah air apabila sebanyak 15 calon akan bertanding pada 7 April ini.
Jumlah calon tersebut merupakan yang paling ramai bertanding dalam sejarah pilihan raya negara kerana sebelum ini jumlah paling ramai pernah dicatatkan ialah lapan orang.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir berkata, sebanyak 15 kertas pencalonan telah diterima dan kesemua calon terlibat layak untuk bertanding selepas tempoh pencalonan dan bantahan ditutup pada pukul 11 pagi.
``Sebanyak sembilan bantahan telah diterima bagaimanapun selepas tempoh bantahan ditutup tiada calon yang ditolak,'' katanya ketika mengumumkan calon-calon pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I di sini kira-kira pukul 12 tengah hari ini.
Lebih 10,000 penyokong daripada kedua-dua parti berkumpul di luar pusat penamaan calon dan keadaan dilaporkan terkawal dan tidak ada insiden buruk dilaporkan berlaku sehingga tengah hari ini.
Selain calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar yang menggunakan lambang parti masing-masing, 13 lagi calon Bebas menggunakan pelbagai logo yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Senarai calon mengikut susunan nombor dalam kertas undi dan logo adalah seperti berikut:-
1. R. Loganathan (Bebas) - logo kelapa sawit
2 . Tan Hock Huat (Bebas) - kunci
3. Radzi Md. Lazim - Bebas - kerusi
4. S. Manikumar (PKR) - logo PKR
5. Mohd. Fadzil Abdul Wahab (Bebas) - kepala harimau
6. Abdul Rahim Abu - (Bebas) - jam loceng
7. L. Sarala (Bebas) - basikal
8. Datuk S. Ganesan (BN) - dacing
9. A. Jayagopal (Bebas) - payung
10. S. Moganakumar (Bebas) - buku
11 . Khamis Awang (Bebas) - ayam jantan
12. Husaini Yaacob - (Bebas) -bas
13. M. Vanesan - (Bebas) ikan
14. Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas) - telefon
15. T. Chandrarajan - (Bebas) kapal terbang
No comments:
Post a Comment