Saturday, March 28, 2009

Apa kata YDPA tidak perkenankan Najib sbg PM?

Bagi Pakatan Rakyat bila MB Nizar jumpa Sultan Perak, minta perkenan Sultan enggan perkenan, maka gegak gempitalah satu Malaya, bahawa Sultan murka dan MB Perak dikira menderahaka. Walaupun semua orang yang belajar undang-undang rakyat mengakui kita adalah negara Raja Berperlembagaan. tapi tidak tahulah berperlembagaan itu mesti ikut UMNO kot wallahualam.

Maka diberitakan bahawa Pak Lah akan mengadap YDPA PADA HARI kHAMIS. Dan dijangkakan YDPA akan menerima dan memperkenankan Najib sebagai PM Malaysia ke 7. Apa kata kita minta YDPA tidak perkenankan Najib sebagai PM ke 7. Macam mana ? Apalah agaknya gerak dan lagak. Dijangkakan huru hara, Dr M akan bangkit dan bangun sebagai orang pertama lawan sultan kembali. UMNO-UMNO lain rasanya akan buat demo seluruh Malaysia agaknya. Maka huru haralah Malaysia.

Sifirnya, YDPA akan menerima Najib sebagai PM. Maknanya semudah Pak Lah menyerahkan jawatan PM kepada Najib. Kita terima kasih kepada Pak Lah manusia yang berpegang dengan janjinya, tetapi janji boleh diubah kerana pengganti mu Pak Lah teruk? Teruk itu bukan kita kata tetapi orang asing pun dah tahu ?




GANDINGAN MANTAP.. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap YDPA Agong, Khamis ini untuk mendapat perkenan Baginda untuk melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM keenam. Abdullah juga merestui Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno yang baru.

[DIKEMAS KINI 4 petang] KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Tuanku Mizan Zainal Abdin untuk memaklumkan hasratnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, pada 2 April, Khamis depan.

Kata beliau jika diberi perkenan Datuk Seri Najib Tun Razak akan dilantik sebagai Perdana Menteri keenam.

"Saya akan menghadap YDPA untuk memaklumkan peletakkan jawatan saya dan jika diberi perkenan, Datuk Seri Najib akan menjadi Perdana Menteri," katanya semasa mengulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Difahamkan Najib yang dipilih menjadi Presiden Umno akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Jumaat depan.

Abdullah memegang jawatan Perdana Menteri sejak tahun 2003.

Pada Selasa lalu Abdullah yang juga Presiden Umno meminta mana-mana pihak "jangan mengganggu" beliau dengan mendesak mengumumkan tarik serah jawatan Perdana Menteri.

Dalam ucapan Dasar Presidennya kelmarin, Abdullah berkata, beliau akan memberi sokongan padu kepada Presiden Umno yang baru, Najib yang akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Difahamkan Abdullah akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir Rabu depan.

Dalam pada itu pada sidang media yang turut dihadiri Najib dan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Abdullah berkata:

"Saya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong...saya tidak mahu kata apa-apa yang lain."

Berhubung soalan sama ada perlu ada usul undi tidak percaya bagi Najib di Parlimen, Abdullah memberitahu, soal tersebut tidak perlu sama sekali.

"Saya tidak faham mengapa perlunya usul sedemikian.

"Pemimpin parti yang mempunyai kerusi terbanyak akan mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri," katanya.

Dalam pada itu, Najib ketika ditanya mengenai tarikh beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri berkata, biar Abdullah menghadap Yang di-Pertuan Agong minggu depan.

"Biar Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuang Agong dulu dan kemudian proses penyerahan dan pelantikan akan berjalan sebagaimana disaksikan masa dulu.

"Biar Perdana Menteri menghadap dan semuanya akan diselesaikan kemudian," kata beliau.

Mengenai barisan Kabinet baru, "tunggu dulu. Saya belum ambil alih jawatan... belum pun saya duduk (sebagai Perdana Menteri)."





No comments: