Wednesday, September 26, 2007

Menarik dalam Ramdhan ini, adalah kebangkitan golongan agama atau tok sami yang mahu menutut demokrasi di Myanmar. Puluhan ribu yang berarak minta junta tentera Myanmar tunduk kepada tuntutan mereka, sebenarnya memberi kesan serta mengugat kerajaan junta tentera di Myanmar. Ini menujukkan dalam kitab tok sami pun ada politik juga.
Justeru, kita mahu rakyat negara kita 'celik' khususnya golongan agama atau ustaz2 yang berada dalam politik UMNo assabiyyah Melayu itu segera sedar dan insaf serta kembalilah kepada menyokong Islam, dan menolak kumpulan yang meminggirkan agama.
Pelajaran yang dikasi daripada perisitiwa di atas semoga dapat membuka mata golongan ustaz2.

Tuesday, September 25, 2007

Sararan PM agar sesi persekolahan dilanjutkan sehingga jam 4, adalah satu idea yang ketinggalan. Cadangan ini hanyalah bersifat sementara dan jangka pendek. Adakah dengan berada lama disekolah lebih selamat.
Kes-kes yang berlaku adalah majoriti kes adalah berlaku di kawasan-kawasan bandar besar. Cuba kita bayangkan pelajar2 sekitar ibukota KL, terpaksa menunggu bas awam atau bas sekolah hingga ke malam, maka ramailah pelajar2 yang 'tercicir' dalam perjalanan dan berlaku kes pelajar-pelajar yang terdampar. Kita tunggu dan lihat sahaja perjalanan idea bebal PM ini.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan diwujudkan persekolahan satu sesi bagi membolehkan kanak-kanak berada lebih lama di sekolah sebagai satu cara membendung jenayah seksual dan pembunuhan terhadap golongan berkenaan. Perdana Menteri juga berkata, usaha hingga ke peringkat akar umbi mesti dilaksanakan dengan menghidupkan kembali Rukun Tetangga (RT) yang membabitkan semua pihak mengawasi dan memerhatikan keselamatan di kawasan masing-masing. Katanya, persekolahan satu sesi sehingga waktu petang akan melegakan ibu bapa yang bekerja kerana tahu anak mereka berada di sekolah dan lebih selamat berbanding jika tinggal sendirian di rumah.

Sehubungan itu, beliau meminta Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meneliti kemungkinan diadakan sekolah satu sesi dengan masa persekolahan dipanjangkan sehingga jam 4 petang dan pelajar membabitkan diri dalam kokurikulum, bersukan atau menyiapkan kerja rumah di sekolah. "Banyak ibu bapa yang bekerja akan berasa lega kerana (biasanya) bila anak balik tak ada orang di rumah. Ini jadi satu kebimbangan kepada mereka. "Adakah kemungkinan kita buka sekolah satu sesi dengan masuk waktu biasa dan dipanjangkan hingga jam 4 petang. Apabila pelajaran harian tamat, maka waktu tiga atau empat jam digunakan untuk kokurikulum, sukan atau buat kerja rumah buat...tak payah buat di rumah.
"Jam 4 petang balik dan masa itu ibu bapa yang pulang kerja boleh ambil anak atau anak pulang menaiki bas sekolah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu pejabat parti di Menara Datuk Onn di sini, semalam. Abdullah berkata, MT juga membincangkan isu kanak-kanak yang diseksa, usaha mengurangkannya serta berharap ia tidak berlaku lagi. Katanya, walaupun polis berusaha mencegah jenayah kanak-kanak dan memburu penjenayah sehingga ditangkap, ia belum mencukupi kerana rakyat perlu berbuat sesuatu sehingga ke peringkat akar umbi. Katanya, satu daripadanya adalah menghidupkan kembali RT untuk mengawasi kawasan perumahan dan kampung daripada dicerobohi pihak yang hendak melakukan jenayah atau sekurang-kurangnya mengetahui orang luar yang masuk ke kawasan masing-masing. Bagaimanapun, katanya, jika sekolah satu sesi dilaksanakan atau RT dihidupkan kembali, ia bukan bermakna segala masalah itu akan selesai. "Kita perlu kombinasi beberapa cara yang membabitkan ibu bapa dan orang ramai. Amat penting keadaan seperti ini jika kita nak tangani atau hapuskan ancaman itu. Semua mesti laksanakan tanggungjawab masing-masing supaya keadaan akan jadi lebih baik, bukan kita serahkan kepada polis semata-mata," katanya. Ditanya secara umum mengenai kecuaian ibu bapa menjaga anak, Abdullah berkata, ia adalah perkara serius kerana ibu bapa bertanggungjawab terhadap anak mereka. "Isu cuai ini pada satu prinsip adalah serius sebab kita mahu ibu bapa bertanggungjawab kepada anak mereka. Anak adalah di bawah jagaan ibu bapa selagi di bawah umur... amat penting ibu bapa memastikan anak mereka sentiasa dalam kawalan dan tidak berlaku apa-apa yang menyebabkan penderitaan atau yang menyebabkan anak cedera," katanya. Beliau berkata, ia adalah perkara yang sukar untuk ditentukan dan perlu diperhalusi jika undang-undang mengenainya hendak digubal. "Ibu bapa sibuk sebab bekerja, manakala anak di rumah. Bila anak balik sekolah, ibu bapa tak ada di rumah... orang boleh masuk rumah atau apabila kanak-kanak pergi berehat atau bermain di luar pun sudah menjadi satu perkara yang membimbangkan," katanya.
Hari ini, bermakna sudah 12 hari berada dalam bulan ramdhan al mubarak, bula penuh berkat. Bulan yang hebat dan penuh berkat. Negara dikejutkan dengan beberapa perisitiwa besar dan tragis, bermula dengan kes Nurin yang berakhir kematian dengan penuh tragis, diikuti dengan perisitiwa 8 September Kes Polis 'mengamuk' dan gila menembak orang awam yang 'dikatakan' merusuh di Batu Buruk Kuala Terengganu, dikejutkan dengan industri babi terbesar negara di Alor Gajah yang mencecah 160 ribu ekor dan gagal 'diperangi' oleh polis berserta FRU dan diakhiri dengan pendedahan klip video melibat orang kanan bidang kehakiman negara yang diragui.
Ironisnya, perisitiwa besar dan bersama ramadhan sudah kurang bermakna, maka Allah sudah menurunkan 'bala' kepada manusia Islam di Malaysia. Setidak dengan kes-kes di atas wajar membuka mata semua, sebelum kehancuran besar 'gempa bumi' yang masih sipi-sipi melanda neggara kita.
Dengan 12 Ramadhan juga, penulis sudah mengikuti tazkiran ramadhan sebanyak 12 kali. Banyaklah perkara yang dibahaskan melibatkan memperbetulkan 'hak' perkara dalaman, pendekata melebihi kepada ilmu tasauf.
Bagi di Selangor khasnya, teramat malang kerana masjid dan surau dilarang untuk bertazkirah dan para jemaah di arahkan membuat 20 rakaat terawih. Ini bermakna 'sembahyang para makmum pun sudah dikontrol dan dikawal. Inikah nilai 50 tahun merdeka, jika kita mengimbau zaman penjajah British, pihak penjajah memberi kebebasan kepada Sultan tiap-tiap negeri mengawal bab agama dan adat istiadat Melayu. Perlembagaan dan undang2 tubuh tinggalan penjajah ini diteruskan, sebaliknya hak dan tanggungjawab Sultan atau raja2 pun dirampas oleh pemerintah. Dengan ini, anak jajahan yang melaungkan sudah merdeka sudah merampas hak sultan, dan menafikan terus peranan sultan, lebih teruks sultan atau raja-raja negara kita sedara menjadi alat komestik, beginilah layanan anak jajahan yang dimerdekakan dengan melayan raja sebangsa mereka dengan sebegitu rupa.
Kes tazkirah dilarang bukan sahaja menunjukkan pemimpin negara telah mengISAkan sultan, malah merampas apa yang termaktub, pemerintah daripada anak bangsa sanggup pula merobohkan masjid dan surau , dengan membelakangi terus 'hak' sultan dan raja-raja Melayu. Sifir mudahnya politik Machiveli telah bersarang dan berakar umbi dalam kepala ' diktator' negara bangsa yang baru.
Maka teringatlah, kita betapa tamadun para tok sami (monk) di Mnyamar atau Burma lebih tinggi nilai kebebasan dan cara berfikir daripada cara berfikir dan tamadun kita di negara kita.

Saturday, September 22, 2007

Masyarakat prihatin elak kes sadis Nurin berulang.. Itulah bunyi artikel dalam rencana BH pada hari ini. Dalam usaha kerajaan 'sibuk' menjaja dan menaja modal insan kepada semua ini masyarakat. Maka Allah tunjukkan dan datangkan satu perisitiwa pedih dan sedih iaitu pembunuhan tragis ke atas Nurin Jazmin kanak-kanak berusia 8 tahun, yang berseorangan ke pasara malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju, kira-kira 30 hari yang lalu.


Sebenarnya, masyarakat kita sudah tersemai keperihatinan, Dek kerana perubahan budaya dan cara hidup maka keperihatinan masyarakat semakin menipis dan tipis. Pertama penghakisan budaya cakna dan ambil tahu itu dijadikan sebagai bahan momokan dan agenda memomok dengan kita popularkan sebagai 'hadis Melayu' iaitu 'jangan jaga tepi kain orang'. Nah asuhan penyemaian ini sejak 20 tahun yang lalu terhasil. Keduanya sekadar mencari alasan dan penyebab budaya cakna sesama jiran menipis kerana , tuntutan hidup yang sudah berubah, masyarakat kota dan desa disibukkan dengan urusan hidup, kerana perubahan nilai sezaman. Ketiga terjadi budaya cakna menipis dan terhakis kerana sisitem dan nilai sezaman sudah berubah, tambahan pula susun atur dan struktur rumah juga sudah berubah, di samping oleh ransangan-rangsangan yang melampau kepada masyarakat.


Dan yang terbesar dan utama nilai agama dan keagamaan semakin menipis. Agama tidak lagi sebagai pelindung hidup. Agama adalah sekadar menjadi ritual keagaamaan digunakan bila - bila diperlukan, ibarat kata Dato Ismail Kamus, ibarat seperti orang menggunakan daun pisang mengalas tudung kepala daripada terkena timpaan air hujan sewaktu hujan, dan dibuang apabila dia tidak diperlukannya.


Justeru, sedarlah dan insaflah sekejap masyarakat, maka berlumba-lumba menubuhkan NGO2 berkaiatan hal ini, ingatlah ianya hanya sekadar bersifat sementara.

Berita kehilangan Nurin Jazlin dan 'cara penemuan yang tragis' telah meleraikan kes kehilangan adik Nurin. Bagi pihak keluarga allyahraham Nurin tentulah sukar menerima kejadian sumpama ini dan cukup lamalah rasanya kekesalan menyesali terhadap apa yang berlaku.


Dalam suasana keluarga tersebut bersedih dan ribuan simpati masyarakat yang pasrah dengan kejadian tersebut. Maka keluarlah 'hero' sebenar dengan watak yang boleh kita jangkakan dalam apa-apa juga kes dan permasalah negara. Datok Ketua Polis kita , Dato Musa Hassan, mengaborkan bapa Nurin boleh disurcharge atas 'kecuaian'. Memanglah polis Malaysia ni cekap.


Nah, kini bahang kemarahan rakyat atas institusi kepolisian negara mencacak darjahnya. Cuma golongan penuduh yang yang menyalahkan orang sahaja sanggup menerima kenyataan sedemikian rupa. Sepatutnya sebagai ketua polis yang hebat dengan 'banyak pengalama' dan banyak pelajaran tentulah dia memberi jaminan bahawa keadilan undang-undang wajar dituntut, terutama memburu 'penjenayah gila' tersebut yang termata kejam melakukan tindakan biadap dan durjana.


Maka wajarlah KPN minta maaf, keceluparan dalam ketegasan melaksanakan undang-undang sarang labah-labah ini merosakkan semua kandungan dalam negara termasuk jatuhnya kredibiliti kepolisian itu sendiri. Nah, wajarlah PM memecatnya dari jawatan tersebut.


Dalam menyorot kes di atas, kita tertarik dengan 'interbiu' RTM kepada orang ramai. Maka rata-rata reaksi masyarakat pelbagai kaum itu mahukan tindakan hukuman penderaan kembali sebagaimana penjenayah itu lakukan kepada Nurin. Nah, lihat daripada sampel dan dapatan ini rata-rata yang diinterbiu terlalu beremosi dengan penuh emosi semasa, maka kita sebagai orang Islam tidakkah mahu terfikir dan berfikir supaya kita kembalikan dengan kaedah berhukum dengan hukum Islam, maka penzina ini dihukum dengan hukum Islam.


Justeru, tidak mahukah kita kembali kepada Islam. dalam Islam sendiri arak itu adalah punca kepada segala maksiat, arak ini adalah 'ibu' kepada segala punca permasalahan. Jika ini diyakini maka tutup dan nyahkan kilang Carlsberg di PJ itu daripada negara kita. Selagi ada 'ibu' segala punca maksiat, tubuhlah pasukan khas ke, pasukan am ke , kejarlah penjenayah masalah tidak akan berakhir dengan penyelesian yang menyeluruh, masalah selesai bersifat sementara sahaja. Maka percayalah dan yakinlah. Kembalilah berhukum dengan hukum Islam.

Thursday, September 20, 2007

Tindakan bebal RTM , itulah kata-kata yang wajar dilemparkan kepada RTM khasnya dan kerajaan amnya. Ini kerana klip video perjuangan rakyat di Palestin dan Indonesia dan diakhiri gambar seorang pemuda sedang membakar bendera Jalur Gemilang disamatarafkan sebagai sisipan klip 'rusuhan' perkataan ' Bukan Budaya Kita'.


Justeru jelas, paparan video klip RTM tadi , satu amalan kuno dan tidak beretika langsung bawah Islam Hadhari, menggunakan kaedah politik Machievali dengan menghalalkan semua cara bagi mengapai matlamat mereka. Nafsu besar ZAM (kuda kepang UMNO) memperkudakan RTM sebagai medium awam yang menjadi hak empunya semua rakyat dan hak semua, dengan menggambarkan kumpulan yang tidak sealiran fahaman politik pemerintah sebagai 'sekumpulan manusia' merusuh yang langsung tidak berguna dan boleh digunapakai khas kepada masyarakat. Maka begitulah yang kita andaikan, kemahuan sebegitulah yang dihajati dan dikehendaki UMNo-BN.


Di Malaysia, jika yang belajar sejarah dan mengkaji sejarah mana ada satu kejadian rusuhan rakyat. Semua yang ada adalah satu bentuk perhimpunan rakyat. Perhimpunan aman seperti yang termaktub dalam Akta Polis 1956. Rakyat Malaysia adalah jenis rakyat yang cukup taat dan setia, Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang boleh dirujuk, bertanyalah kepada Prof Khoo Kay Kim sejarawan negara kita. Janganlah kerajaan menjadi penipu rakyat sepanjang zaman.


Rusuhan itu satu lemparan perkataan mengelapkan pembangkang khususnya PAS yang boleh dilabelkan sebagai kumpulan pelopor keganasan, militan, kumpulan beremosi, kumpulan bebal, kumpulan anti establishment dan seumpama. Label ganas ini tujuan nya adalah untuk tidak mewajarkan kekuasaan perlu diberikan kepada kumpulan ini, yang 'gilakan kuasa'. Gambaran watak hitam bagi PAS dan putih untuk UMNo. Maka rakyat teramai sudah pastilah termakan dengan 'hidangan' penipuan media ini selama-lama jika tidak difikirkan secara mendalam.




Wednesday, September 19, 2007

ISU Ayam Pedaging !!!!!

AYAM - Tolong baca...penting!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dipetik daripada Laman Tranungkite , adalah sesuatu yang wajar dikongsi bersama, dan sila perpanjangkan maklumat ini untuk semua umat Islam. Inilah yang dikatakan musuh Islam dan kafir seminitpun tidak mengabaikan sasaran mereka bagi memesong dan melemahkan iman umat Islam sehingga sampai ke akhir zaman!

Assalamualaikum semua.

terlanjur sahabat saya ,che ismail dah buka cerita,wajib saya berkongsi.

Jika anda pernah come across Majalah 3 pada bulan July ade paparan ttg ayam organic herba di sahakan seorang profesor - Dr Mohamad Zainol Abdul Haja.

Saya tertarik dgn cara pembiakan ayam yg Dr Zainol usahakan,bersih,terkawal dan halal.

Saya dan suami menjejaki Dr Zainol,dpt jumpa,berborak,sy juga pernah bawa Dr Zainol dan isteri beliau Dr Mumtaz ,berjumpa dgn network saya di Melilea Puchong.Sekadar ingin mengajak beliau berkongsi pengalaman dgn kami.

Saya kagumi insan ini,mengorbankan kerjaya profesional utk akhirnye memilih jalan berbakti kepada ummah.Terlalu mudah akidah umat islam di Malaysia kini diperalat,kami sgt sedih.Matlamat kami sama,insyaallah.

Sungguh,teknologi menjadikan kita negara yg moden,teknologi juga akan kemudiannye merosak byk perkara baik dlm tubuh kita..yg akhirnye akan merosak akidah.Kalau hendak dicerita,sgt panjang.

Saya ringkaskan.



Wujud enzim khinzir dlm ayam diper akui setelah bbrp tahun buat research,malah byk website yg ade maklumat ini,sy akan beri add nnt. Enzim khinzir mungkin tidak terlabel secara individual dlm proses menggemukkan ayam(m'sia tidak akan buat label ) ,tp hasil dari kajian , protein dari khinzir,antibiotik,dan pelbagai lagi mampu menyuburkan ayam,cepat gemuk,lg berat lagi cepat boleh jual,cepat dpt hasil.,maka suntikan,makanan ayam ade campuran pelbagai yg sumbernya diragui.

Thats y,dari telur hungga ia menjadi hidangan anda,ayam tidak perlu mengambil masa berbulan bulan..ayam KFC cuma 28 hari,ayam daging mungkin 40 hari...sy tidak pasti.

Lately sibuk harga ayam naik,sy come across pulak seorang pengusaha ayam berbangsa china di Buletin Utama 2 mlm yg lalu,"harga ayam mesti mau naik sikit,makanan ayam pun ssulah naik halga,itu UBAT ayam pun sudah naik halga"...ubat ???..tapi tiada apa lagi yg memeranjatkan saya....anda fikirkan,anda nilailah.Ayam kat malaysia ni sampai dah macam tak cukup
supply,hg semakin lama semakin naik,yg gemuknye pengusaha ayam cina inilah.

Halal ke ayam daging?

tidak mengapa jika anda pasti dan yakin ttg kehalalannye,tambahan di Malaysia ade sykt besar yg melabelkan halal utk ape pun jua produk ayamnye. tetapi Taraf Halal itu ,saya anggap ia hanye di kategorikan utk PROSES PENYEMBELIHAN cara islam yg diutamakan di sykt itu..even pernah masuk TV,tetapi cara ayam dibesarkan,di beri mkn makanan yg bagaimana tidak
mungkin termasuk dlm HALAL yg dimaksudkan....anda fikir bagaimana?

Sy pernah bertanye kpd Dr Zainol,government negara islam ini tak berbuat ape ape ke? Dia jawab,it happens around the world nanee.its the technology!!

Percaya atau tidak,sewaktu Dr Zainol confirm ayam daging ini ade enzim khinzir,beliau menangis,after a long time of research,baru skrg confirm!!

Saya juga sgt sedih..sgt sgt sedeh. Bayangkan kotornye,hinanya makanan yang kita mkn,makanan yg membentuk 'kita'.

Ayam daging biasanya dlm 20 minutes kalau letak kat luar peti sejuk mesti lalat dah datang,bau dia mak aaaaiiiii...senang hanyir,kenapa?Ade certain part part ayam ni daging dia punyelah padat dan banyak kan...kenapa ye...fikir fikirkan.

Saya tidak berniat mempromosi ape ape,sy juga tiada share dlm biz Dr Zainol,tapi saya seru,kepada sesiapa sahabat yg terbaca email ini,mungkin skrng tiba masanye kita mengubah sumber pemakanan kita..maafkan saya jika terlambat bercerita,sy hanya manusia,kdg2 sy takut juga pandangan ikhlas saya di salah erti.Pernah beberapa kali sy bercerita kpd kwn kwn,tapi
cerita sy di anggap seperti diada adakan,malah ade yg tak respon ape ape,(bila pk pk kelakar pun ade,takkan benda dasyat mcm ni takde respon ek...)jd sy berhenti bercerita seketika..maafkan sy terlambat memanjangkan kepada kwn kwn..but anyway inilah sebenarnye tanggungjawab kita. Fwd this mail to your friends,kita ambillah tanggungjawab ni.insyaaallah

Allah berkati.

last mth pun article Ayam Organic ade keluar kat Berita Harian,full page,kat dlm tu pun ade ttg enzim khinzir ini.

Anyway sy dan keluarga kini tidak lagi risau harga ayam daging ni naik ke turun ke,lantokkkkkk le dia....

Ayam organic jauh lebih sedap,manis n tak byk daging.,yg penting kita pasti ttg sumber pembesaran ayam ini.,insyaallah.

TQ & Regards.
Nanee

Attached (no 1-3) mail from Dr Zainol,panjang,tapi make sure u read the
last page.he also provided some website add for you to refer.

(1)

Asssalammualaikum

This is the article on pork protein used in chicken breeding. Pls spread
around.

wassalam

Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja
Head - Research & Development
Innovation Centre
Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd.

No 17. Jalan Nirwana 35.
Taman Nirwana. 68000 ampang.
Selangor. Malaysia.
Tel 603 92811802 / 92816924
Fax 603 92816925
e mail nattpro@streamyx.com
mobile 6012 3248081
(See attached file: ayam dengan enzyme babi.doc)

(2)

please read and there is plenty of further evidence by this well known reporter Felicity LawrencePlease click here to view the article or select the link below or copy it into the address bar of your browser.http://www.theecologist.org/archive_detail.asp?content_id=309Man
y thanksThe Ecologistwww.theecologist.org

(3)

Nannee assalam mualikum

This well known reporter works for both Penguin and Guardian 2 big time publishers in the UK Name :Felicity Lawrence
http://www.theecologist.org/archive_detail.asp?content_id=309

You just print this name and you will get his reputation
Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja
Head - Research & Development
Innovation Centre
Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd.
No 17. Jalan Nirwana 35.
Taman Nirwana. 68000 ampang.
Selangor. Malaysia.
Tel 603 92811802 / 92816924
Fax 603 92816925
e mail nattpro@streamyx.com
mobile 6012 3248081

Thank you & regards
Nanee

HQ/Accounts

03-33442882 ext 2151

MB Darul Sunnah Yang Memalukan Hutang Tak Bayar ?

Memalukan ..! Sungguh memalukan, seorang MB di sebuah negeri Darul Sunnah tidak membayar tunggakan bil yang puluhan ribu. Jika ditanya mungkin pelbagai alasan yang mungkin dan akan diberikan, kesnya alasannya macam alasan Datuk Z ADUN Pelabuhan Kelang tulah... demi rakyat..kerana rakyat dan untuk rakyat, Inilah istilah keramat yang acap dan sering dialaskan sebagai alasan.


Lapon Audit: MB Perlis punyai tunggakan bil air lebih RM200 ribu


Berita
a Menteri Besar Perlis telah tersenarai di antara 10 pengguna yang mempunyai tunggakan bil air paling tinggi di negeri Perlis, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara ke atas Pengurusan Bekalan Air oleh Jabatan Kerja Raya.

Laporan tersebut terkandung dalam Aktiviti dan Kajian Khas Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Perlis 2006 yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara baru-baru ini.


a

Dalam Jadual 27 laporan tersebut, setakat awal Mei 2007 Menteri Besar Perlis masih mempunyai tunggakan sebanyak RM223,045.00 dan menduduki tempat kedua selepas Persatuan Bolasepak Perlis yang mempunyai tunggakan sebanyak RM614,189.00.

Antara pengguna lain yang tersenarai ialah Majlis Perbandaran Kangar (RM250,281.00), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (RM236,370.00), Universiti Institut Teknologi MARA (RM197,674.00) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis (RM117,162.00).

Turut tersenarai ialah sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Umno Perlis, Konsortium Bintong Sdn. Bhd dengan jumlah tunggakan RM123,115.00 dan dua orang individu yang jumlah tunggakan mereka sebanyak RM232,647.00.

Jumlah tunggakan melibatkan 10 pengguna tersebut berjumlah RM2.11 juta.

Menurut laporan tersebut, jumlah tunggakan juga telah meningkat berbanding tahun lalu dari jumlah RM1.03 juta kepada RM3.31 juta.

Laporan Audit juga mendapati hasil perolehan dari jualan air merupakan penyumbang utama kepada hasil kerajaan Negeri Perlis iaitu sebanyak 18 peratus bagi tahun 2004, 15 peratus (2005) dan 16 peratus (2006).

Jabatan Audit menyimpulkan bahawa tindakan serta operasi penguatkuasaan yang lebih berkesan dan sistematik perlu diambil untuk mengurangkan tunggakan hasil yang kian meningkat pada setiap tahun. - mks.



Tuesday, September 18, 2007

TAZKIRAH RAMADAN

Asas untuk menjalani ibadah puasa dengan baik ialah melaksanakan segala tuntutan agama tanpa bersifat terpilih dan hanya masa bermusim.

Di sebalik keributan umat Islam berpusu-pusu membeli juadah berbuka, seorang pendakwah bebas yang juga seorang pengamal perubatan Islam di ibu kota menasihatkan agar umat Islam mengelak daripada membeli juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadan yang dijual oleh peniaga yang dilihat ingkar dengan tuntutan agama.

"Antaranya, kalau nampak dan pasti dia seorang lelaki yang tidak berpuasa maka sebaik-baiknya janganlah membeli atau boikot juadah yang dijual kerana secara terang-terangan dia melanggar perintah Allah," katanya sewaktu berceramah di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

Sebagai umat Islam katanya, kita diajar supaya tidak bersubahat atau membantu golongan manusia yang menginkari suruhan agama dan sebagai pengajaran kepada mereka supaya mentaati perintah tuhan.

Selain itu, antara lain yang dititik berat dalam soal ibadah puasa selain pelaksanaan puasa itu sendiri ialah perintah menjaga aurat khususnya kepada kaum wanita yang ada di antaranya mengabaikan dan tidak menutup aurat ketika berniaga di bazar Ramadan yang mudah mengundang fitnah yang berpanjangan katanya.

"Begitu juga jika juadah yang dijual itu terlalu tinggi harganya, tidak munasabah dan menekan para pengguna,eloklah dielakkan daripada membeli juadah berbuka daripada mereka ini," katanya yang tidak mahu dikenali namanya.

"Sesedap mana makanan itu sekalipun, yang penting ialah keredhaan Allah SWT kepada kita dalam menjalani ibadah puasa secara keseluruhannya," katanya.

Sebelum ini juga sebuah akhbar melaporkan tentang isu kecenderungan warga kota menjadikan amalan berbuka puasa di hotel dan restoran mewah sebagai gaya hidup sungguhpun n bayaran bufet Ramadan mencecah RM128 bagi orang dewasa di hotel lima bintang di ibu kota.

Pegawai dakwah di Islamic Information and Services Foundation (IIS), Shah Kirit Kokulal Govindji yang mengulas sikap masyarakat hari ini dilihat banyak membazir sewaktu berbuka puasa.

"Membazir membawa kepada dosa. Sepatutnya kita hindari daripada membazir.Apabila berbuka puasa biarlah seperti yang kita makan malam pada hari-hari biasa...Seharusnya di bulan Ramadan ini kita dapat menjimatkan perbelanjaan," jelasnya.

Sementara itu, mengulas tentang sikap berbuka puasa di luar, jelas Shah Kirit, sebaik-baiknya bagi yang berkeluarga berbuka puasa di rumah dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga.

Bagaimanapun katanya, tidak salah berbuka puasa di luar, sekiranya dirancang dengan sebaik-baiknya. Ini termasuklah memilih tempat yang menyediakan kemudahan untuk bersembahyang.

Tambahnya, sungguhpun kebanyakan tempat makan menyediakan kemudahan tempat bersembahyang, ada kalangan masyarakat yang dengan sengaja mengabaikan solat.

"Jika kita berpuasa tetapi tidak solat, akan tergantung amalan kita. Perkara pertama yang akan di soal di akhirat kelak adalah solat," katanya.

Menurut petikan Al-Azim.com,sesungguhnya agama Islam melarang sesuatu perbuatan atau tindakan yang merugikan diri sendiri dan yang merugikan orang lain.

Dilarang menyakiti diri sendiri, membunuh diri, mencuri, menipu, bersubahat, fitnah menfitnah atau menjatuhkan diri sendiri ke lembah kesengsaraan walaupun dengan motif sebab apa sekalipun dan ini dikuatkan lagi Firman Allah dalam surah surah Al-Qasas ayat 84 yang bermaksud:

"Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan, nescaya ia mendapat balasan yang lebih baik dari perbuatannya itu. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, maka orang-orang yang mengerjakan itu, tidak dibalas atau dihukum melainkan sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya."

Begitu juga dengan sabda Rasulullah Allah yang boleh dijadikan pegagangan umat Islam yang lain antaranya,"Kerjakanlah sesuatu amal menurut kemampuan kamu, jauhilah apa yang aku larang kepada kamu, dan apa-apa yang aku perintahkan hendaklah kamu kerjakan menurut kesanggupan kamu." - mks.

Inayah Gus Dur ajak bersahur di gereja? Idea gila, walaupun Saidina Umar Al Kataab pernah bersembahyang di gereja. Idea dan pemikiran ini diambil atau ditiru bulat-bulat. Apa yang membedakan iman kita dan saidina Umar Al Khatab, bedanya syaitan takut dengan Umar. Dengan kita syaitan 'kencing' saja.

Jadinya, bukan kita yang berdakwah dengan penganut kristian sebaliknya kita akan 'terjerat' akhirnya. Kerana kekuatan jaringan memikat kita tidak sehebat orang di gereja. Banyak tempat yang boleh disahurkan.

Bencana akhir menimpa idea ini, adalah 'pluralisme agama' mula diterima. Kalau UM terima maka rosaklah, mazhab semua agama sama akan dimamah generasi muda.

Lihat idea gila anak Gus Dur ini ...

Apakah tanggapan pertama yang timbul di fikiran anda sekiranya ada golongan tertentu cuba mengajak anda untuk bersahur di dalam gereja atau kuil?

Mungkinkah anda akan terkejut dan berbaur perasaan marah kerana usaha berkenaan seolah-olah mencemarkan kesucian agama Islam dan memperolok-olok keimanan anda?

Inayah Wulandari Abdurrahman, 24, sebaliknya yakin usaha sebegitu akan dapat membolehkan masyarakat - khususnya golongan muda meraikan kepelbagaian agama (pluralisme) yang mencorak kebanyakan budaya setempat di rantau ini.

Puteri bongsu bekas Presiden Republik Indonesia Abdurrahman Wahid atau lebih dikenali dengan nama Gus Dur ini berkata, program berkenaan adalah acara penting yang akan dijalankan serentak di Malaysia dan Indonesia pada Ramadan ke-25, 7 Oktober depan.

"Pada asalnya kami merencana untuk mengadakan acara ini di The International Buddhist Pagoda, Brickfields. Bagaimanapun, kami belum yakin masyarakat Islam di sini dapat menerima idea sebegini, jadi program sahur ini akan diadakan di Universiti Malaya sahaja pada peringkat ini," kata graduan Universiti Indonesia dalam jurusan Pengajian Indonesia ini ketika ditemui mStar Online hujung minggu lalu.


Barisan pemimpin Positive Movement, dari kiri Gilang Aditya Lestari, 25, Sabilillah Ardie, 26, Gus Dur Inayah Wulandari, Suseno Dwinanto, 26.
(Foto The Star oleh Sahar Misni)

Katanya lagi, pertubuhannya berasa terpanggil untuk melakukan program berkenaan untuk membendung perasaan prejudis dan ekstremisme agama yang menurutnya semakin berleluasa di dalam komuniti berbilang agama di rantau ini.

Beliau yang dalam rangka lawatan seminggu ke negara ini untuk mempromosi program berkenaan berpendapat, institusi akademik seperti Universiti Malaya dilihat sebagai ejen neutral yang boleh bekerjasama dengan pertubuhan Positive Movement pimpinannya untuk memupuk semangat pluralisme.

Acara di universiti tersebut akan diselia oleh Mohamad Nasser Yusof, pengurus besar Pusat Perniagaan Pelajar di universiti berkenaan.

"Jika di Indonesia, kami boleh jalankan aktiviti tersebut di Gereja Besar Jakarta (Jakarta Grand Cathedral). Tujuan kami adalah untuk memupuk rasa hormat dan rasa percaya di antara penganut-penganut agama berbeza," jelasnya.

"Penganut Kristian boleh menyediakan makanan untuk sahur dan penganut Islam pula boleh duduk dan makan bersama. Ini bukan suatu yang baru. Kami sudah menjalankan program seperti ini sejak 2005," katanya lagi.

"Kedua-dua acara di Grand Cathedral Jakarta dan Universiti Malaya akan saling dihubungkan secara tele-persidangan," kata pemimpin gerakan anak muda itu yang telahpun berjaya membentuk satu jaringan belia di rantau ini.

Turut dimuatkan di dalam acara sahur tersebut adalah program dialog yang akan disertai pemimpin pelajar dan juga pegawai daripada Kementerian Luar dari kedua-dua negara.

Awal bulan Ogos lalu, pertubuhan Positive Movement yang mempunyai pertalian dengan pertubuhan Jaringan Islam Liberal, telah menemukan kira-kira 100 orang pemimpin anak muda dari negara-negara Asia Tenggara bagi membincangkan beberapa isu yang berkait dengan soal keharmonian hidup bermasyarakat di rantau ini.

"Kami telah membincangkan beberapa aspek undang-undang bagi komuniti bukan Islam yang tinggal di dalam masyarakat yang majoritinya muslim," katanya ketika menjelaskan program dinamakan Bridge of Youth itu pada 8 Ogos di Bali.

Beberapa orang aktivis telah berucap di acara berkenaan, termasuk wartawan Iwan Santosa dari akhbar harian Kompas, pengkritik sosial Thailand Sulak Sivaraksa dan bekas duta Indonesia ke Singapura Luhut Pandjaitan.

Inayah yang mesra dengan panggilan Ina juga berkata Positive Movement turut mendokong isu-isu berkaitan kanak-kanak, alam sekitar, penyalahgunaan dadah, pendidikan dan juga keamanan sejagat.

Sedap kupana M Star Melayu dalam naskah interaktifnya. Bawah tajuk 'Peniaga Melayu berisiko alami kerosakan iman di bulan Ramadan'. Kupasan dan himbauan yang berbisa wajar menyedarkan atas kepentingan 'berniaga' atau 'berniaga untuk orang berbuka puasa' adalah mulia di sisi Allah SWT. Namun jika , hal yang asasi dan fardu solat wajar didahului, apa tidak semasa kita ke Terawih, rata-rata ada segelintir sahaja yang 'sibuk' mengemas peralatan jualan dimasukkan ke dalam van atau kereta. Situasi yang sama juga rasa penulis berlaku di mana-mana dalam negara kita.


Sementera itu, pula kebetulan tapak pasar ramadhan , kawasan peniaga beroperasi ini jauh daripada masjid dan surau, lagi lah mengundang peratusan peniaga yang mengabaikan solat fardunya.


Keduanya, rosak iman mereka kerana golongan peniaga Melayu diingatkan supaya tidak menaikkan harga semasa berniaga di bulan Ramadan kerana tujuan sebenar berjual beli dalam bulan yang mulia ini adalah untuk menyediakan juadah orang berbuka puasa.

Sepertilah ingatan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata peniaga Islam yang menjual makanan dengan harga sehingga berlipat ganda hanya akan merosakkan iman mereka dan keberkatan berpuasa pada hari itu.

Katanya, "Kalau daging ayam naik sehingga RM6 sekilo pun, tidak perlulah kita jual ayam percik sampai RM4.50. Saya menyeru kepada sesiapa sahaja, janganlah ambil keuntungan yang keterlaluan pada bulan puasa," katanya ketika melancarkan Bazar Ramadan peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pelancongan di sini hari ini.


Selain itu, juga ada kala peniaga ini segelintirnya yang 'kitar' semula 'kuih atau jualan yang boleh dikitar' untuk dijual semula kepada para pelanggan. Kerap dan ramailah yang bersungut tentang hal ini. Nah, hal ini lagilah mencacatkan dan merosakkan keimanan mereka dalam bulan Ramadhan ini.



Justteru, kejernihan hati dengan kedatangan Ramadhan sewajarnya mencelikkan para peniaga yang keterlaluan dalam mengejar waktu mencari rezeki sehingga menjadi manusia yang kufur dan khianat kepada Allah dan agamanya.

Saturday, September 15, 2007

Menyorot pandangan bawah tajuk ...Majlis berbuka terpesong, penulis terpanggil menyetujui separuh daripada pandangan degan pandangan di bawah, usaha memperbetulkan persepsi masyarakat yang segelintir berserta memperbetulkan niat adalah baik. Namun rata-rata situasi ini sudah menjadi 'trend' , adalah terlalu sukar diperbetulkan dalam masa singkat, usaha memahamkan Islam dan puasa sebagai ibadah, berserta dengan memahami agenda koprat tersebut dengan alasan-alasan sebahagiannya ahlinya bukan Islam, menyukarkan atau memayahkan usaha ke masjid dan surau. Lebih-lebih lagi kelemahan dan kelesuan pengurusan masjid dan surau dalam pengurusannya.


Niat kembali ke surau dan masjid adalah bagus, tidak semua masjid ditadbir urus macam masjid wilayah persekutuan, tempat Siti dan Datuk K kahwin tu..Jika dibincangkan maka agenda memperbetulkan masjid pula kena dibuat berbanding dengan penganjuran majlis berbuka oleh badan koprat

Ikuti bahasan pandangan seorang pembaca dalam sebuah akhbar utama meminta majlis berbuka diperbetulkan niat dan persepsinya ..

Bermula awal bulan Ramadan ini, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan, politik hingga syarikat korporat serta orang perseorangan akan bermurah hati memberikan sumbangan kepada anak yatim, orang miskin dan mereka yang tidak berkemampuan.

Tempat utama majlis sebegini tentulah yang eksklusif seperti hotel dan rumah kelab. Tahun-tahun sebelum ini kita sudah melihat banyak pembaziran dan salah penghayatan untuk memuliakan bulan Ramadan ini.

Majlis berbuka puasa banyak memperlihatkan kepentingan diri dan syarikat daripada tujuan sebenar untuk beramal kebajikan.

Tetapi tahun ini, elok dari awal-awal lagi kita berhati-hati dengan apa yang hendak kita lakukan sepanjang bulan mulia ini.

Majlis berbuka puasa dengan orang ramai, anak yatim dan golongan kurang bernasib baik memang elok diadakan. Tetapi adakala matlamat majlis itu untuk memberi sumbangan sedekah dan duit raya kepada golongan tertentu dipesongkan apabila agenda komersial dan mencari publisiti diutamakan.

Kenapa majlis mesti diadakan di hotel dan tidak di surau atau masjid. Kalau jawapannya untuk memberi peluang kepada anak yatim dan golongan kurang berkemampuan menjamu makanan enak dan mahal harganya di tempat istimewa seperti hotel, mungkin ada masa tertentu elok majlis seumpama itu dibawa terus ke masjid atau surau.

Apa yang kita berasa hairan saban tahun ialah amalan menaja makanan berbuka puasa ini biasanya terhad pada bulan Ramadan sahaja. Bagaimana dengan bulan-bulan selepas Ramadan?

Malah apa yang kurang enak dirasakan apabila majlis berbuka puasa bersama golongan kurang bernasib baik ini menjadi medan untuk mendapat publisiti dari media massa. Kita dapat lihat sesi memberi sumbangan, semahu-mahu gambar pemimpin masyarakat atau orang besar korporat bersama anak-anak yatim dirakamkan untuk menunjukkan kemurahan hati. Benarkah apa yang kita lihat itu?

Setahu saya, sumbangan sedekah atau pemberian duit raya tidak perlu publisiti. Dalam soal sedekah jariah, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud; “...bersedekahlah walaupun dengan setengah biji buah kurma...”

Ini menggambarkan sedekah itu tidak semestinya diberikan dengan jumlah yang banyak. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau riak tetapi bersedekah mengikut kemampuan kita dan dilakukan penuh keikhlasan hati.

Jika majlis berbuka puasa diadakan dengan tujuan supaya ia disaksikan oleh orang ramai, maka niat dan keikhlasan sudah boleh diragui.

Kita harap para pemimpin dan syarikat korporat yang menganjurkan majlis berbuka puasa ini hendaklah ikhlas mengeluarkan belanja tanpa meminta balasan.

Janganlah bulan Ramadan tahun ini, masih ada golongan yang cuba mengeksploitasi agama dan unsur-unsur agama ke arah pencemaran kesucian agama ini.

Kita lebih kesal jika mereka mengeksploitasi kemuliaan Ramadan, memperalatkan roh Ramadan untuk memancing publisiti.

Satu lagi yang perlu diberi perhatian utama ialah jangan majlis berbuka puasa terutama di hotel menjadi acara sosial. Majlis untuk membincangkan projek bisnes, politik dan sembang kosong sahaja. Bagaimana soal untuk mengambil fadilat yang ada dalam bulan mulia ini seperti sembahyang tarawih.

Bukan kita tidak tahu berapa besar saiz surau yang disediakan untuk umat Islam bersembahyang Maghrib apatah lagi tarawih.

Biasanya majlis berbuka puasa di hotel melalaikan orang Islam daripada mengerjakan sembahyang tarawih berjemaah.

Ada baiknya majlis berbuka puasa tahun ini yang dianjurkan oleh pemimpin atau syarikat korporat diadakan di masjid atau surau.

Selain majlis pemberian sedekah dan sumbangan raya dapat diadakan di sana, kita juga dapat mengimarahkan lagi rumah ibadat kita sendiri.

– PEMERHATI SETIA,

Majlis rasmi tiada lagi sup sirip ikan yu

Arahan antara cintakan alam sekitar , kononkan dengan pembaziran duit rakyat. Manakah yang lebih utama. Jika mengambil roh negara Islam Hadhari yang dikagumi oleh Presiden USA. Kita rasakan Azmi Khalid adalah antara menteri yang perihatinlah , sebab bawah sumber asli dan alam sekitar , dia terlalu menjaga ikan daripada menjaga manusia Malaysia seramai 25 juta orang. Apa pun kita kira baguslah jika menteri berfikiran begitu, jadi macam mana dengan ratusan ribu babi dan mungkin jutaan jumlahnya yang kini sejuk beku kes dan penyelesian berbanding dengan kes 'rusuhan' di Batu Buruk Kuala Terengganu ?


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid mengarahkan agensi di bawah kementeriannya berhenti menghidangkan sup sirip ikan yu sebagai menu dalam semua majlis rasmi mulai 12 September lalu.

Arahan itu sebagai menyokong kempen Kumpulan Marin, Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS) Cawangan Selangor menimbulkan kesedaran tentang penderitaan ikan jerung yang juga dipanggil ikan yu.

‘‘Dengan larangan itu, kementerian berharap dapat menyumbang kepada usaha pemuliharaan spesies jerung yang sedang rancak dilaksanakan,’’ katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Perhubungan Awam kementeriannya di sini, hari ini.

Antara lain dalam kempen kesedaran itu, Kumpulan Marin mengetengahkan kepentingan ikan yu sebagai komponen utama dalam ekosistem laut.

‘‘Ia merupakan pemangsa terunggul dan menjadi spesies asas dalam ekosistem laut,” katanya.

Tambah beliau, kepupusan ikan jerung akan mencetuskan kesan domino yang menyebabkan pengurangan atau peningkatan populasi ikan dan spesies laut lain yang boleh membawa kepada ketidakseimbangan dalam ekosistem laut.