Thursday, September 20, 2007

Tindakan bebal RTM , itulah kata-kata yang wajar dilemparkan kepada RTM khasnya dan kerajaan amnya. Ini kerana klip video perjuangan rakyat di Palestin dan Indonesia dan diakhiri gambar seorang pemuda sedang membakar bendera Jalur Gemilang disamatarafkan sebagai sisipan klip 'rusuhan' perkataan ' Bukan Budaya Kita'.


Justeru jelas, paparan video klip RTM tadi , satu amalan kuno dan tidak beretika langsung bawah Islam Hadhari, menggunakan kaedah politik Machievali dengan menghalalkan semua cara bagi mengapai matlamat mereka. Nafsu besar ZAM (kuda kepang UMNO) memperkudakan RTM sebagai medium awam yang menjadi hak empunya semua rakyat dan hak semua, dengan menggambarkan kumpulan yang tidak sealiran fahaman politik pemerintah sebagai 'sekumpulan manusia' merusuh yang langsung tidak berguna dan boleh digunapakai khas kepada masyarakat. Maka begitulah yang kita andaikan, kemahuan sebegitulah yang dihajati dan dikehendaki UMNo-BN.


Di Malaysia, jika yang belajar sejarah dan mengkaji sejarah mana ada satu kejadian rusuhan rakyat. Semua yang ada adalah satu bentuk perhimpunan rakyat. Perhimpunan aman seperti yang termaktub dalam Akta Polis 1956. Rakyat Malaysia adalah jenis rakyat yang cukup taat dan setia, Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang boleh dirujuk, bertanyalah kepada Prof Khoo Kay Kim sejarawan negara kita. Janganlah kerajaan menjadi penipu rakyat sepanjang zaman.


Rusuhan itu satu lemparan perkataan mengelapkan pembangkang khususnya PAS yang boleh dilabelkan sebagai kumpulan pelopor keganasan, militan, kumpulan beremosi, kumpulan bebal, kumpulan anti establishment dan seumpama. Label ganas ini tujuan nya adalah untuk tidak mewajarkan kekuasaan perlu diberikan kepada kumpulan ini, yang 'gilakan kuasa'. Gambaran watak hitam bagi PAS dan putih untuk UMNo. Maka rakyat teramai sudah pastilah termakan dengan 'hidangan' penipuan media ini selama-lama jika tidak difikirkan secara mendalam.




No comments: