Saturday, September 22, 2007

Masyarakat prihatin elak kes sadis Nurin berulang.. Itulah bunyi artikel dalam rencana BH pada hari ini. Dalam usaha kerajaan 'sibuk' menjaja dan menaja modal insan kepada semua ini masyarakat. Maka Allah tunjukkan dan datangkan satu perisitiwa pedih dan sedih iaitu pembunuhan tragis ke atas Nurin Jazmin kanak-kanak berusia 8 tahun, yang berseorangan ke pasara malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju, kira-kira 30 hari yang lalu.


Sebenarnya, masyarakat kita sudah tersemai keperihatinan, Dek kerana perubahan budaya dan cara hidup maka keperihatinan masyarakat semakin menipis dan tipis. Pertama penghakisan budaya cakna dan ambil tahu itu dijadikan sebagai bahan momokan dan agenda memomok dengan kita popularkan sebagai 'hadis Melayu' iaitu 'jangan jaga tepi kain orang'. Nah asuhan penyemaian ini sejak 20 tahun yang lalu terhasil. Keduanya sekadar mencari alasan dan penyebab budaya cakna sesama jiran menipis kerana , tuntutan hidup yang sudah berubah, masyarakat kota dan desa disibukkan dengan urusan hidup, kerana perubahan nilai sezaman. Ketiga terjadi budaya cakna menipis dan terhakis kerana sisitem dan nilai sezaman sudah berubah, tambahan pula susun atur dan struktur rumah juga sudah berubah, di samping oleh ransangan-rangsangan yang melampau kepada masyarakat.


Dan yang terbesar dan utama nilai agama dan keagamaan semakin menipis. Agama tidak lagi sebagai pelindung hidup. Agama adalah sekadar menjadi ritual keagaamaan digunakan bila - bila diperlukan, ibarat kata Dato Ismail Kamus, ibarat seperti orang menggunakan daun pisang mengalas tudung kepala daripada terkena timpaan air hujan sewaktu hujan, dan dibuang apabila dia tidak diperlukannya.


Justeru, sedarlah dan insaflah sekejap masyarakat, maka berlumba-lumba menubuhkan NGO2 berkaiatan hal ini, ingatlah ianya hanya sekadar bersifat sementara.

No comments: