Sunday, June 10, 2007

Nukleus: Media dan Bahasa



Ikutilah pandangan ahli bahasa dan pengyokong bahasa terhadap 'mandum' dan 'lembiknya' satu cabang dalam memperkasakan bahasa seperti termaktub dalam akta/ekanamen/perloembagaan fungsi DBP terhadap bahasa di negara kita dan sejauhmanakah komitmen dan bersungguhnya ana-anak jantan kita yang sentiasa melaungkan hidup Melayu setiap kali berhimpun. Hidup Melayu retorik , isi tarak, hiudup Melayu slogan keramat tarak, gunapakai macam guna belacan bila nak makan cili biar rasa pedas.




SIKAP mengagung-agungkan bahasa asing, dan tabiat mencampuradukkan bahasa kebangsaan kita dengan bahasa Inggeris dalam media perdana negara kita, nampaknya semakin berleluasa. Suatu ketika dahulu heboh diperkatakan penggunaan bahasa sekerat ular, sekerat belut dengan contoh klasiknya penggunaan ungkapan sure heboh.




Ahli masyarakat yang terdiri daripada tokoh politik tanah air, ahli dan pejuang bahasa terus-menerus mempertikaikan bentuk bahasa yang sedemikian. Ekoran daripada rungutan pelbagai pihak, akhirnya media yang berkenaan mengubah slogan atau cogan kata program yang mendapat liputan yang cukup meluas itu kepada ungkapan jom heboh. Tokoh dan pejuang bahasa serta ahli masyarakat menarik nafas lega apabila perubahan ini dilakukan pada awal tahun 2006.



Namun, keghairahan menggunakan bentuk bahasa rojak ini muncul semula dalam pelbagai bentuk ungkapan baru yang memang dilaksanakan secara sedar untuk menarik perhatian masyarakat. Kini, rancangan televisyen terus-menerus dan tanpa rasa bersalah malahan dengan bangganya menggunakan tajuk rancangan, seperti Datin Diaries, Three Sixty, Bisworld, Rewind Senario, The Making of: Jangan Pandang Belakang, Fara: Lady Driver, dan banyak lagi. Tajuk filem tempatan juga turut merendahkan martabat bahasa kita.



Antaranya ialah tajuk filem Cicak Man. Penggunaan ungkapan sedemikian, ternyata menggambarkan kealpaan media elektronik untuk memikirkan implikasinya terhadap bahasa kebangsaan. Selain media elektronik, penggunaan bahasa rojak ini juga ketara di tempat-tempat awam. Antara contoh bentuk bahasa begini yang dikutip hasil daripada pemantauan yang dilakukan oleh DBP ialah minyak pelincir synthetic, Taman Bayu Permai Sales Party, Restoran Try to Eat, dan Kelas Calligraphy. Jika gejala ini tidak dibendung, kemunculan bahasa pijin yang berteraskan bahasa Melayu tidak mustahil berlaku di negara kita.



Bahasa pijin ialah bahasa mudah yang tumbuh untuk tujuan komunikasi antara dua atau lebih kumpulan masyarakat yang tidak dapat berkongsi satu bahasa yang sama atau sepunya, seperti dalam konteks dan situasi perdagangan. Bahasa pijin lazimnya tidak mempunyai penutur asli, dan bahasa pijin ini dipelajari sebagai bahasa kedua, dan dianggap sebagai bahasa yang rendah statusnya berbanding dengan bahasa lain. Bahasa pijin akhirnya akan menjadi bahasa kreol selepas satu generasi penggunaannya. Apakah ini yang kita mahu berlaku terhadap bahasa kita pada suatu hari nanti? Sikap tidak ambil peduli tentang pentingnya mengutamakan bahasa kebangsaan juga mewarnai tempat awam.



Di Bandar-bandar besar, bahasa Inggeris menjadi pilihan utama, dan di kawasan tertentu sesebuah bandar besar, seperti di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, bahasa Mandarin mendominasi kawasan yang berkenaan. Bagi memastikan kelangsungan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama masyarakat Malaysia, pelbagai strategi perlu dirangka dan dilaksanakan bagi memupuk rasa cinta akan bahasa kita dalam kalangan masyarakat pelbilang kaum di negara ini. Memandangkan media massa mempunyai pengaruh yang cukup besar terhadap masyarakat, sewajarnya mereka memainkan peranan penting dalam mengutamakan bahasa kebangsaan dalam siaran dan terbitan mereka. Media merupakan duta bahasa yang paling berkesan. Jika indah bahasa yang digunakan, maka indah jugalah bahasa penonton atau pembacanya.

Wah hebat demo Nuar....!!!!

Perhatikan bertapa perihatin UMNO Kelantan, segera bangkit membela rakyat Kelantan agar segera digesa lupus hutang demi rakyat untuk rakyat . Bagaimana UMNO Ngeri-negri lain Selangor , Johor dan Pahang tak kan diam saje... Kita minta UMNO negeri-negeri lain bangun dan segera bertindak. Oh ya hak negeri2 lain bertindak dalam senyap-senyap tak payah diheboh-hebohkan , nanti terhapuslah cukai-cukai tunggakan ...kerana rakayat dan demi rakyat.
Tengok ni UMNo Kelantan seperti yang dilaporkan oleh UM ......
Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan akan membawa usul pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang, meminta kerajaan negeri pimpinan Pas melupuskan tunggakan hutang rakyat berjumlah RM37 juta.
Pengerusinya, Datuk Seri Annuar Musa berkata, tuntutan kerajaan negeri yang meminta rakyat melunaskan hutang termasuk cukai pintu dan bil air itu tidak munasabah dan membebankan rakyat kerana tahap perkhidmatan yang disediakan amat teruk.
“Tuntutan ini dibuat disebabkan kerajaan pimpinan Pas sudah miskin dan tidak mempunyai sumber pendapatan lain kecuali mengharapkan kenaikan cukai tertentu.
“Usul melupuskan hutang ini adalah wajar memandangkan ketidakupayaan kerajaan Pas menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat melibatkan urbanisasi perbandaran dan kualiti air yang digunakan,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen Wanita Kelantan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok dekat sini hari ini.
Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa rakyat negeri ini enggan menjelaskan tunggakan bil air dan cukai pintu sehingga mencecah RM37 juta.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM20 juta melibatkan hutang bil air manakala selebihnya melibatkan tunggakan cukai pintu Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).
Annuar berkata, kerajaan Pas Kelantan mengambil jalan mudah dengan memaksa rakyat membayar bil air dan menaikkan cukai pintu selepas mereka tidak mampu mendapatkan sumber pendapatan dari dalam atau luar negeri.
“Rakyat tidak mendapat apa-apa faedah daripada kenaikan cukai ini, mereka (kerajaan negeri) hanya bergantung kepada kayu balak yang semakin kurang atau hasil pertanian yang kurang produktif untuk menguruskan negeri ini.
“Malah, tanpa 95 peratus bantuan Kerajaan Pusat, projek pembangunan dan proses pentabiran negeri tidak dapat diuruskan dengan licin,” katanya.
Menurut beliau, UMNO negeri sudah menggarap tujuh perkara utama bagi memastikan rakyat Kelantan benar-benar terbela sebaik sahaja mendapat mandat memerintah.
“UMNO akan merombak slogan ‘Membangun Bersama Islam’ kepada satu pendekatan yang lebih efektif berpaksikan Islam Hadhari.
“Ini perlu diubah kerana slogan sahaja dilihat gah tetapi pengisiannya tiada. UMNO akan memastikan program syiar Islam terus berkembang dan mengembalikan kegemilangan negeri ini sebagai serambi Mekah,” katanya.
Tambahnya, tujuh perkara itu ialah usaha menghapuskan imej kemiskinan, merakyatkan pembangunan negeri, menghapus kemiskinan rakyat, meningkatkan pelbagai sumber pendapatan negeri dan memperkayakan seni warisan budaya Kelantan.

Saf Kepimpinan PAS Sesi 2007-2009


Dengan perlantikan enam orang AJK tambahan yang baru selain dari 18 yang dipilih semasa Muktamar 53 di PUTIK baru-baru ini bererti lengkaplah sudah saf pimpinan Parti Islam SeMalaysia. Kita mendoakan mereka yang diberikan amanah ini dapat menjalankan kepercayaan yang diserahkan dengan komited dan penuh tanggungjawab. Saf kepimpinan ini adalah gandingan mantap untuk berdepan dengan segala cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dan umat Islam amnya serta ahli-ahli PAS khususnya terutama menjelang PRU ke 12 yang bakal menjelma.
Pengerusi Tetap : Abu Kassim Abdullah
Timb. Pengerusi Tetap : Hussin Ismail
Presiden : YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden : Ustaz Nasaruddin Mat Isa
Naib Presiden : YB. Datuk Hj Husam Musa
Hj Mohamad Sabu
Ustaz Hj Ahmad Awang
Setiausaha Agong : Dato' Kamarudin Jaffar
Bendahari Agong : Dr Hatta Ramli
Ketua Penerangan : Haji Mahfuz Omar
Ketua DU : YB Datuk Hj Mohamed Daud Iraqi
Ketua DPP : YB Salahuddin Ayob
Ketua DMP : Ustazah Nuridah Salleh
Pengarah JPP : Dato' Hj Mustafa Ali
Ahli Jawatan Kuasa :
1. Dato' Hj Tuan Ibrahim Tuan Man
2. Ustaz Idris Hj Ahmad
3. Ustaz Abd Ghani Shamsuddin
4. Dato' Hj Ust Abu Bakar Chik
5. Dr Syed Azman Syed Nawawi
6. Dr. Lolo Mohd Ghazali
7. Ustaz Abd Ghani Abd Rahman
8. Sdr Hanipa Maiden
9. Ustaz Mujahid Yusof Rawa
10. YB Ir Amiruddin Hamzah
11. YB Ustaz Azizan Abd Razak
12. Ustaz Taib Azamuddin
13. YB Dato' Anuar Tan Abdullah
14. Dr Zulkiflee Ahmad
15. Sdr Mazlan Aliman
16. YB Ustaz Nik Amar Nik Abdullah
17. YB Datuk Abdul Halim Abdul Rahman
18. YB Datuk Takiyyuddin Hassan
19. Dato' Harun Taib
20. Ustazah Azizah Khatib Mat
21. Haji Wan Mutalib Embong
22. Haji Asmuni Awi
23. Anuar Tahir
24. Dr. Mariah Mahmud
Pemeriksa Kira-kira
1. Abdul Malek Yusof
2. Rashidi Hassan
Pesuruhjaya-pesuruhjaya Negeri
Pulau Pinang - Ustaz Saleeh Man
Perlis - Ustaz Hasim Jasin
Kedah - Ustaz Azizan Abdul Razak
Perak - Ustaz Ahmad Awang
Selangor - Dato' Dr Hassan Ali
Wilayah Persekutuan - Ustaz Mohamad Nor
Negeri Sembilan - Haji Zulkifli Mohd Omar
Melaka - Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman
Johor - Dr Mahfodz Muhd
Pahang - Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Terengganu - Dato' Mustafa Ali
Kelantan - Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sabah - Haji Muhammad Abdullah
Sarawak - Ustaz Haji Osman

Kaya negara...'kayakan' kita ?

Selepas datuk dan nenek kita berjuang bersusahpayah bagi memartabatkan negara dan bangsa, perjuangan membebaskan negara daripada cengkaman penjajah bermula 1511 sehinggalah merdeka 1957 iaitu 450 tahun. maka selepas itu kita berjaya dilepasbebas daripada belenggu penjajahan Barat secara fizikal. Terima kasih datuk nenek ku...

Mengimbau , tujuan datuk nenek kita berjuang adalah tentulah mahukan antara lain agar anak bangsa cucu cicitnya senang dikemudian hari. Maka rakyat dan negara kita akan makmur semakmurnya. Kerana sifirnya mudah kerana diperintah sendiri. Mudahnya itu disebabkan pemimpin negara tentulah kita sendiri iaitu anak bangsa daripada asal usul bahasa budaya semua nya sama akan memberikan sesuatu yang terbaik apabila memerintah bangsa dan negara sendiri.

Justeru kewajarannya kita harus berterima kasih kepada mereka. Generasi rakyat negara kini tentulah 'bangga' menjadi rakyat negara ini kerana mereka terkelompok dalam sebuah negara dimana kita adalah antara negara yang kaya hasil mahsulnya tentulah dimajukan rakyat negara ini. Allah campakkan kita rakyat Malaysia dalam sebuah negara kaya raya hasil buminya. Yang mana tentulah menyenangkan rakyatnya, berbanding dengan negara2 sewaktu atau setetangga serantau yang 'perit' dan berkepayahan.

Namun, andaian kaya raya senang lenang rakyatnya ternyata pada hakikatnya meleset sama sekali. Sebaliknya rakyat dijurangkan 'lebih' miskin kaya , kerana miskin datang dulu kerana jumlahnya ramai, maka kayanya itu amat sedikit. Walaupun kita mengatakan takkanlah semua manusia kaya, jawapannya setidak-tidaknya kesamarataan kekayaan negara dirasai 'senang' bersama rakyatnya, contohi Brunei dalam mengolah dan melayan kebajikan rakyatnya. Biarlah kita dilihat sebagai negara berkebajikan, kerana itulah suri teladan junjungan besar mahu kita contohi.

Saturday, June 09, 2007

Pemuda: Sabki dan Zaki kekal jawatan, sembilan AJK dilantik

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Hrkh) - Mesyuarat Exco Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini bersetuju secara sebulat suara melantik semula Ahmad Sabki Yusof sebagai Setiausaha Pemuda dan YB Mohd Zaki Ibrahim selaku Bendahari manakala Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Penerangan yang baru.

[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]

Bagi jawatan Penolong Setiausaha dua nama turut diumumkan iaitu Ustaz Musoddak Ahmad dan Ustaz Mohd Nazri Chik.

Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub berkata selain 12 orang AJK Pemuda yang dipilih sewaktu Muktamar yang ke-53 lalu, mesyuarat pertama dewan pemuda sesi 2007-2009 ini turut melantik sembilan orang sebagai AJK dewan tersebut.

Mereka yang dilantik terdiri daripada Abdullah Abdul Karim dari negeri Pahang, Zuraidin Abdullah (Kelantan), Taufek Abd Ghani (Negeri Sembilan), Mohd Adram Musa (Selangor), Adli Zahari (Melaka), Firdaus Jaafar (Kedah), Kamruzaman Mohd (Kuala Lumpur), Khairul Faizi Ahmad Kamil (Johor) dan Dr Rosli Alani (Kelantan).

Dalam sidang itu, Salahudin turut menyerahkan 12 senarai nama AJK yang dipilih pada muktamar lalu antaranya Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Ustaz Riduan Mohd Nor, Ustaz Kamal Ashaari, Ustaz Sallehin Mukhyi, Ustaz Nor Azli MUsa, Ustaz Ariffin Deraman, Ustaz Mohd Baihaqi Atiqullah dan Ustaz Zulkharnain Abidin Al-Hafiz.

Turut hadir dalam sidang itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasruddin At-Tantawi dan Naib Ketua Ustaz Azman Syapawi Abdul Rani.

Dalam pada itu Salahudin berkata, Pemuda PAS mahu mengubah persepsi masyarakat yang sering kali mengganggap dan melabelkan sayap kanan parti ini sebagai pengkritik dan pihak oposisi semata-mata dengan menampilkan dan menonjolkan barisan pemuda kepada masyarakat sebagai duta penyelamat dan kasih sayang kepada rakyat.

Selain persiapan dan gerak kerja menghadapi pilihan raya umum akan datang katanya, agenda berterusan ialah memastikan keterlibatan dan 'engagement' Pemuda dengan rakyat dalam memastikan masalah-masalah dan himpitan-himpitan nasib mereka dapat diatasi dengan sebaiknya.

Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP)

"Kita akan sentiasa berjumpa dengan masyarakat dan segala tembok penghalang akan kita pecahkan termasuk dengan golongan bukan Islam," katanya sewaktu sidang media selepas mesyuarat Pemuda di pejabat PAS dekat sini.

"PAS tidak boleh duduk di dalam satu kelompok dan dilihat terpinggit tetapi harus sentiasa berada di persada politik tanah air, merasai denyut nadi rakyat dan berusaha menyelesaikan masalah mereka," katanya.

Dalam masa sama, beliau mahu Pemuda memiliki ciri-ciri sebagai seorang negarawan dan bukan hanya dikenali sebagai oposisis dan hanya menjadi pengkritik sahaja, tetapi dapat memberi sumbangan besar kepada masyarakat dari segi idea dan pelaksanaannya.

Ditanya wartawan sama ada ini adalah salah satu usaha 'rebranding' Pemuda PAS, beliau menjelaskan bahawa sekadar menukar label sahaja tidak mencukupi tetapi pelaksanaan, usaha, pengisiannya juga perlu diubah supaya dilihat lebih komprehensif dan kolektif yang sewajarnya dipersembahakan kepada masyarakat.

"Ini tidak melibatkan soal prinsip atau dasar parti kerana perkara itu kekal dan 'remain untouch' tetapi yang hanya berubah adalah pendekatan dan gerak kerja sahaja," jawab beliau kepada soalan berhubung dengan kaedah Pemuda yang kemungkinan membelakangkan prinsip dan dasar PAS.

Selain itu, beliau menjelaskan kepada sidang media peranan Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) yang ditubuhkan dua tahun lalu dalam melahirkan generasi kepimpinan pelapis Pemuda supaya setiap anggota pemuda dibekalkan kemahiran-kemahiran terkini untuk ditampilkan sebagai pemimpin dalam konteks masyarakat Malaysia.

Tambahanya lagi, AKP akan mempunyai bangunannya sendiri dan bakal dirasmikan sebulan lagi yang bertempat di Ketereh Kota Baru, Kelantan. - mns

Hina Hudud - Gimana



Maka terbuktilah bahawa Islam Hadhari adalah mazhab baru ciptaan UMNO sebenarnya? Jika tidak, masakan para pemimpin UMNO sewenang-wenang dibiarkan mempersendakan hukum Allah?. Inilah yang harus kita persoalkan tentang ajaran Islam Hadhari ini sebenarnya. Terbaru bekas penceramah bebas yang sudah tersohor di negara kita, bahkan di rantau ini iaitu Dr.Mashitah Ibrahim secara terang-terangan telah menghina Hukum Hudud di khalayak ramai. Belia bukan sahaja memperlekehkan dan mempersendakan hukum Allah itu, malahan beliau turut membandingkan dengan hukum hudud dengan hukum ciptaan manusia yang baginya adalah lebih "perfect".
Beginikah mentaliti yang terdidik dalam jiwa seorang bergelar "Ustazah" yang selama ini disanjung dan dipuja oleh sebahagian besar umat Islam di negara ini?. Beliau yang kini merupakan Ahli Parlimen Baling, dan telah diangkat menjadi Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri merupakan salah seorang tokoh agama terkenal yang telah "dibeli secara tunai" oleh UMNO untuk menentang pengaruh tokoh-tokoh agama terkenal yang kebanyakkannya telah menyertai parti pembangkang terutamanya PAS.
Seingat Cucu, antara tokoh agama terkenal yang terlebih dahulu mewarnai persada politik tanahair ialah Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Hassan Ali, Dr.Badrul Amin, Dato' Ishak Baharom, Dr. Haron Din, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Taib Azamuddin, Ustaz Kamal Ashaari dan ramai lagi. Kesemua mereka mengambil peluang untun berdakwah dilandasan perjuangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) setelah heboh dan kecoh satu Malaysia kononnya golongan ini mengenakan bayaran tinggi untuk terlibat dalam program-program agama anjuran Kerajaan, RTM, TV3 dan sebagainya. Apa yang berlakunya, akhirnya mereka semua telah digam dari terus berdakwah menerusi media massa yang dikawal oleh kerajaan. Namun berkat kesabaran dan kekuatan Iman dalam jiwa mereka, akhirnya para tokoh agama terkenal ini telah berjuang menerusi landasan politik untuk menyampaikan dakwah kepada umat Islam di negara ini.
Akibat tidak berada dan menyokong Kerajaan, maka mereka dicop sebagai ulamak yang boleh dijual beli. Tambahan pula telah menyertai parti pembangkang. Maka dalam pilihanraya 1999, banyak kerusi BN telah jatuh ke tangan PAS dan nama-nama seperti Dato' Hassan Ali, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Ismail Kamus , Ustaz Taib Azamuddin dan lain-lain telah berjaya menjadi wakil rakyat di kawasan masing-masing. Di saat ini, kita masih tidak nampak kelibat tokoh agama terkenal menyertai UMNO dan kerajaan. Maka, tatkala Islam Hadhari telah diperkenalkan dan dalam usaha untuk bersaing dengan PAS yang dianggap lebih Islamik dari UMNO, kerajaan telah berusaha untuk mengetengahkan golongan agama untuk menjadi calon dalam pilihanraya umum 2004 yang lalu.
Hasilnya, muncullah nama-nama seperti Dr.Mashitah Ibrahim (Penceramah Bebas), Ustaz Firdaus (Bekas Imam Masjid Negara), Ustaz Fadzil Hanafi RTM (Kini ADUN Alor Mengkudu, Kedah) dan beberapa orang lagi. Dr.Mashitah telah berjaya memenangi kerusi parlimen Baling menewaskan Ustaz Taib Azimuddin (bekas Iman Besar Masjid Negara) dengan majoriti 4,100 undi. Namun UMNO begitu hampa, kerana harapan besar yang diletakkan kepada Ustaz Firdaus untuk menumbangkan Keadilan di Permatang Pauh gagal. Beliau tewas ditangan Presiden Parti Keadilan Nasional iaitu Datin Seri Dr.Wan Azizah Ismail isteri kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kekalahan Ustaz Firdaus telah memberikan sedikit tercalar imej tokoh ulamak tersebut di mata masyarakat serta umat Islam di Malaysia. Biarpun tewas beliau akhirnya diberi tempat juga dalam kabinet Pemuda UMNO Islam Hadhari. Tahniah, kita ucapkan kepada beliau !
Maka, dengan kemenangan di Baling nama Dr.Mashitah terus tersohor dan disebut-sebut oleh para penyokong UMNO. Kononnya Dr.Mashitah adalah orang yang paling layak di gelar "Serikandi Islam Hadhari". Maka, kabinet Pak Lah telah menobatkan beliau sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri sehinggalah ke hari ini. Jika dilihat kepada perjalanan politik Dr.Mashitah, beliau sememangnya cukup bertuah. Dalam usia politiknya yang terlalu mentah, beliau akhirnya diberi kepercayaan oleh pemimpin Islam Hadhari untuk memikul tanggung jawab bagi menyerang dakyah-dakyah yang dilemparkan oleh tokoh-tokoh ulamak yang berada dalam parti pembangkang terutamanya PAS.
Siapakah Dr. Mashitah Ibrahim ?
Sebelum kita mengetahui lebih lanjut, elok juga kita kenali dulu siapakah Datuk Dr. Mashitah binti Haji Ibrahim ini. Beliau telah dilahirkan di negeri jelapang padi Kedah Darul Aman. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultanah Asma, Alor Star dan Sekolah Taufiqiah Pondok Shaikh Yahaya Junaid, Padang Lumat, Kedah. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Maktab Mahmud, Alor Star dan seterusnya memperolehi Ijazah dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 1987. Dalam tahun yang sama juga, beliau meneruskan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Syariah Islamiyyah pengkhususan Tafsir dan Hadis di Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir.
Seterusnya beliau melengkapkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang 'Revealed Knowledge and Heritage' pada tahun 1992. Datuk Dr. Mashitah merupakan pelajar wanita Malaysia pertama memperolehi Ijazah Kedoktoran Kelas Pertama (Syaraf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dari salah sebuah universiti terkenal di Mesir, iaitu Universiti Kaherah pada tahun 1997.
Kerjayanya sebelum ini adalah Penceramah / Pendakwah bebas. Beliau juga merupakan panel program motivasi dan kekeluargaan Islam Media Cetak dan Elektronik. Pernah menjadi tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai Penolong Profesor di Jabatan Quran dan Sunah Kuliyyah Wahyu dan Sains Kemanusiaan.
Penglibatan Datuk Dr. Mashitah dalam dakwah bukanlah baru, beliau telah dilatih ibu bapanya sejak berusia 13 tahun lagi. Pada peringkat awal, beliau giat berceramah sekitar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sahaja. Kemudian memulakan program motivasi keluarga yang menggabungkan unsur kaunseling, motivasi dan kekeluargaan yang bersifat universal. Kemunculannya di radio Malaysia KL mendapat sambutan dan dari situlah beliau mengembangkan siri dakwahnya melalui program Adikku Sayang, Al Kuliyyah dan Forum Ehwal Islam. Sebagai menghargai sumbangan dan jasanya sebagai pendakwah, beliau telah dianugerahkan pingat daripada Sultan Pahang sehingga membawa gelaran Datuk. Kemenangan beliau di Baling dalam pilihanraya umum 2004 lalu telah membuka harapan baru kepada UMNO untuk beliau menjadi perisai dalam mempertahankan imej dan maruah Islam Hadhari sebenarnya.
Kenyataan Biadap Dr. Mashitah
Sebelum kes terbaru ini berlaku, sememangnya telah banyak kenyataan biadap Dr.Mashitah yang mengundang kemarahan umat Islam di negara ini. Antaranya ialah mengenai kenyataan beliau bahawa "Wanita dibenarkan melacur". Beliau antara lain mengatakan bahawa wanita boleh melacurkan diri jika kesempitan hidup atau darurat. Kenyataan tersebut yang telah disiarkan dalam ruangannya di akhbar Harian Metro pada 19 Jun 2005, jelas merupakan satu dakyah yang amat berbahaya dan boleh merosakkan umat Islam. Apa yang melucukan ialah kenyataan beliau itu muncul tatkala beliau sering mengatakan bahawa beliau akan memainkan peranan untuk memulihkan kembali akhlak golongan wanita di Baling khususnya yang didakwa telah jauh tersimpang dengan ajaran Islam.
Kes yang kedua ialah ketika serbuan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) terhadap remaja Melayu yang mengadakan Pesta Seks di Disko Zouk, Jalan Ampang Kuala Lumpur pada 13 Januari 2005. Biarpun kejadian tersebut dianggap suatu penghinaan terhadap umat Islam di negara ini, namun Dr.Mashitah lebih suka menyalahkan pihak JAWI yang kononnya bertindak melampau terhadap remaja terbabit. Walhal, dalam kes tersebut remaja terbabit sememangnya berperlakuan sumbang, minum arak serta langsung tidak mencerminkan imej seorang remaja di sebuah negara Islam Hadhari seperti Malaysia ini.
Dan sesungguhnya kini, keimanan dan ilmu agama yang dimilik oleh Dr.Mashitah semakin boleh dipertikaikan sama sekali. Kenyataan beliau dikhalayak ramai tentang Hukum Hudud tidak sesuai sama sekali digunakan di zaman ini jelas mengingatkan kembali kepada kita tentang kenyataan biadab bekas memanda menteri Dr.Mahathir suatu ketika dulu. Bunyinya hampir sama, tetapi natijahnya tetap satu iaitu mereka cuba menghina dan memperlekehkan hukuman yang telah termaktub di dalam Al-Quran sejak sekian lama. Jika Mahathir mengeluarkan kenyataan ini, mungkin beliau terlalu cetek ilmu agama. Namun bila kenyataan celupar ini dikeluarkan oleh tokoh agama terkenal seperti Dr.Mashitah, ianya adalah sesuatu yang amat berbahaya sebenarnya. Ia bukan sahaja merosakkan minda, malahan juga akidah umat Islam terutamanya golongan muda yang dipercayai menjadi sebahagian besar pendengar beliau ketika itu.
Apakah yang terjadi kepada Dr.Mashitah sebenarnya? Apakah mungkin beliau perlu ditarbiyah semula. Mungkin juga jiwa, minda dan keimanan beliau sedikit terpesong akibat sering kali mendengar tazkirah yang disampaikan oleh para pemimpin Islam Hadhari? Jika beginilah Dr.Mashitah sekarang, sungguh malang sekali nasib beliau.
Cucu pernah bersama beliau dalam sebuah program motivasi keluarga yang bertajuk "Belaian Kasih" di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan suatu ketika dulu. Beliau menjadi penceramah dan Cucu menjadi Pengerusi Majlis dihadapan lebih 3000 peserta motivasi tersebut. Terkenang Cucu, tatkala waktu rehat Dr.Mashitah mengalami sedikit masalah kesihatan dan memintan Cucu untuk mengawal "Odean" di dalam dewan. Diberinya Cucu helaian kertas tentang tajuk "Belaian Kasih". Maka sempatlah Cucu menjadi penceramah motivasi ketika itu, biarpun hanya seketika. Apapun, cara dan gaya penyampaian beliau sesungguhnya antara yang terbaik pernah Cucu saksikan. Namun kini semuanya mungkin hanya tinggal kenangan semata-mata. Beliau kini hanya muncul memberikan ceramah dalam program-program yang dianjurkan oleh kerajaan Islam Hadhari semata-mata. Adalah lebih elok Dr.Mashitah kembali ke pangkal jalan dan menjadi seperti dulu, dari terus dipergunakan sebagai "Srikandi Islam Hadhari" oleh manusia yang bertopengkan hawa nafsu dan rakus untuk terus berkuasa di bumi tercinta ini.
Justeru itu, sebagai memprotes kenyataan biadap Dr.Mashitah ini marilah kita sama-sama menghantar memorendum secara peribadi supaya beliau menarik balik kenyataan tersebut dan bertaubat kepada Allah terhadap apa yang telah beliau ucapkan itu. Sesungguhnya sebagai umat Islam yang pernah menyanjung beliau selama ini, kita merasa amat terhina dengan kenyataan biadap beliau itu. Marilah kita sama-sama menghantar memo kepada beliau, semoga beliau insaf diatas apa yang berlaku ini. Sila hantarkan memo anda kepada beliau di alamat :-
YB Datuk Dr. Mashitah Bt Hj. Ibrahim Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Aras 3, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA.
Menyorot ucapan penggulungan Presiden PAS pelbagai azam dan harapan yang diberikan kepada rakyat sebagai pilihan jika rakyat memilih selain daripada kerajaan yang ada. Bagi penulis , lebih suka ulasan TG Presiden dalam hal ekonomi bebanan rakyat akibat daripadanya.
Beliau, menjelaskan ' apabila (kerajaan) yang ada menghadapi masalah ekonomi, caranya ialah menaikkan cukai atau menaikkan harga barangan atau memboroskan khazanah negara untuk memberi peluang kepada pemimpin dan kroninya atau menambah hutang negara atau memaksa rakyat menanggung bayaran dalam perkara keperluan hidup seperti kesihatan dan pendidikan.
Dalam nada yang berlainan rakyat yang mahukan pendidikan lanjutan atau sebagainya yang berkaitan dikenakan cas, kerajaan mula berniaga dalam sektor pendidikan. Kini sektor ini bukanlah tergolong sebagai sektor perkhidmatan kerajaan kepada rakyat tetapi sektor penyumbang ekonomi kepada negara. Justeru kerajaan yang ada adalah kerajaan yag 'bijak' menguruskan agara rakyat 'terhutang' dan berhutang kepada kerajaan. Maka mudahlah mereka menjual perkataan2 keramat. Antaranya jangan kita menggigit tangan orang yang memberi kita makan, melepaskan anjing tersepit. Semua istilah-istilah ini kalimah rakyat yang perlu balas jasa baik kerajaan kepada rakyat, caranya mestilah taat dan patuh pentingnya undilah dia bila PRU akan datang.

Friday, June 08, 2007

Latah Seorang Menteri Terhina Bangsa !!!!!!

Dalam 'suasana' bersemangat bangat kot Menteri Penerangan melatah, latahan itu bukan lathan biasa, latahan bakal mensejarahkan latahan itu sendiri. pengakuan dan perakuan mebangsakan bangsa Melayu itu sebagai 'lanun'.
Ikutilah laporan di bawah................
Suatu pernyataan yang boleh dianggap menghina orang Melayu telah terkeluar daripada mulut Menteri Penerangan Malaysia, Zainuddin Maidin apabila memperakui rakyat Malaysia amnya dan bangsa Melayu sebagai lanun seperti mana yang pernah dilemparkan oleh penjajah. Ketika berucap meraikan sambutan kepulangan rombongan ekspedisi Merdeka de' Everest di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini, Zainuddin dalam nada ghairah dan bersemangat berkata hari ini lanun sudah berjaya menawan Everest. "Penjajah telah menggelarkan kita sebagai lanun, tetapi hari ini lanun sudah berjaya mencapai puncak Everest," katanya.Istilah yang diguna pakai oleh Zainuddin itu benar-benar mengejutkan kira-kira lebih 200 yang hadir termasuk ibubapa dan keluarga pendaki dan masing-masing terdiam sejenak dan menoleh antara satu sama lain seolah tidak percaya perkataan itu terkeluar daripada seorang menteri. Zainuddin sepatutnya tidak menggunakan konotasi berkenaan dalam saat-saat semua orang Melayu dan bangsa Malaysia bergembira dan bersyukur atas kejayaan anak Melayu sampai ke puncak gunung tertinggi di dunia itu. "Kenapa dia (Zainuddin) kata lanun, lanunkah kita ini?" demikian soal salah seorang hadirin yang begitu kurang senang sekali dengan istilah dan perkataan yang diguna pakai oleh Zainuddin Maidin.Beberapa orang hadirin juga tidak bersetuju dan mendesak supaya menteri berkenaan menarik balik perkataan lanun itu kerana ia merendahkan martabat dan maruah orang Melayu.Mungkin Zainuddin tidak bermaksud untuk mengatakan orang Melayu atau rakyat Malaysia umumnya sebagai lanun, tetapi cara beliau menggunapakai perkataan itu dalam suasana tersebut telah menjatuhkan martabat orang Melayu. "Istilah yang digunapakai Zainuddin itu seakan tidak menghargai langsung para pendaki kita yang berkorban nyawa untuk mencatat sejarah dalam dunia pendakian Everest," ujar salah seorang keluarga pendaki. "Lanun adalah satu puak yang hidup di lautan dan menjaga survival mereka dengan cara merompak dan membunuh! Apakah kita bangsa ataupun kumpulan yang seburuk itu perangainya," tambahnya lagi.Rombongan ekspedisi Merdeka de' Everest termasuk enam pendaki tiba kira-kira jam 6.30 pagi tadi dengan pesawat Nepal Air. Bagaimanapun mereka keluar dari balai ketibaan kira-kira jam, 9.15 pagi semata-mata kerana menunggu kehadiran dua menteri, Menteri Penerangan dan Menteri Belia dan Sukan, Azalina Othman Said yang tiba jam 9.10 pagi.Selain kaum keluarga pendaki kakitangan RTM, pelajar UiTM turut sama datang untuk mengalu-alukan ketibaan mereka. Bagaimana pun tidak ada wakil-wakil daripada Pemuda Umno, Puteri Umno, Putera Umno, GPMS dan apa-apa pertubuhan NGO yang hadir menyambut kepulangan rombongan berkenaan.

Bunuh dan membunuh Kerja Sapa ?


'Mereka berjaya bunuh Proton'. Keluh Tun Dr M, bukan itu saja Tun mereka 'bunuh' demokrasi, mereka juga bunuh kebebasan berfikir, mereka juga bunuh erti kemerdekaan, mereka juga bunuh bahasa ibunda mereka, mereka juga bunuh 'bangsa' mereka, mereka juga bunuh UDA, mereka juga bunuh DARA, mereka juga bunuh...., mereka juga bunnnnuh.....orang Memali.

"Segala usaha mereka selama ini untuk membunuh Proton nampaknya telah berjaya," demikian keluh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.Katanya, segala tindakan yang telah diambil oleh pengurusan baru Proton akan berakhir dengan berkuburnya syarikat nasional itu.

"Dan hari ini, kita akan lihat pembunuhan satu industri nasional, inilah pandangan saya, tetapi mereka tidak perlu menerimanya," katanya kepada pemberita selepas meraikan kepulangan kumpulan pendaki Merdeka de Everest di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.
Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terakhir dalam syarikat automotif nasional dan beliau masih lagi dilantik sebagai penasihatnya.

Kenyataan ini kali pertama dikeluarkan Dr Mahathir dalam tempoh hampir sebulan setelah diarahkan berehat oleh doktor berikutan serangan jantung bulan lalu.Saham Proton Holdings Bhd semalam meningkat mendadak berikutan berita bahawa ia hampir memuktamadkan perjanjian perkongsian dengan Volkswagen AG. Saham proton meningkat kepada RM7.05 pagi semalam berikutan laporan bahawa Volkswagen dijangka memegang ekuiti dan kawalan pengurusan operasi utamanya.

Laporan itu menyebut Volkswagen akan mengambil alih 51% pegangan dalam satu syarikat baru yang akan memegang aset Proton seperti pembuatan, penyelidikan dan pembangunan, kejuruteraan dan juga unit UK Lotus.

Proton bagaimanapun akan mengekalkan unit pengedarannya, demikian menurut laporan itu.
Dr Mahathir mengakui bahawa Proton memang memerlukan rakan kongsi taktikal tetapi ia perlu sentiasa kekal sebagai industri nasional.

Ditanya mengenai perkembangan terbaru itu sebagai penasihat Proton, Dr Mahathir mengulangi kenyataan yang kerap diberikannya: "Saya hanya penasihat pada nama saja. Saya tidak diminta memberi pandangan. Saya hanya akan diberitahu setelah keputusan dibuat.
"Lagipun ini tugas kerajaan yang lebih berkuasa. Kalau kerajaan tidak mahu sokong Proton, matilah Proton. Saya bagi pandangan tapi tidak pernah diterima."

Ditanya langkah yang perlu diambil kerajaan untuk menyelamatkan Proton, Dr Mahathir menjawab sinis:

"Proton patut dijual kepada syarikat luar supaya kita tidak ada lagi syarikat kereta nasional. Syarikat kereta nasional ini satu projek mega, jadi kita tidak perlu ada. Dulu Malaysia boleh, sekarang tak boleh."

Thursday, June 07, 2007

BIADAPNYA CHANDRA MUZAFFAR DAN KURANG AJARNYA


Pihak berkuasa agama di negara ini perlu mengambil tindakan atas Chandra Muzaffar kerana dalam akhbar The Star selepas isu Lina Joy , Chandra berkata Quran tidak melarang atau menghukum seseorang kerana meninggalkan agamanya. Apakah Chandra tidak sedar bahawa kesalahan murtad adalah suatu kesalahan besar di dalam Islam. Individu yang murtad mesti dinasihatkan supaya kembali kepada Islam tetapi jika si murtad tersebut ingkar juga maka hendaklah hukuman bunuh dilakukan kepadanya.
Kenyataan yang dibuat oleh Chandra Muzaffar ini adalah kenyataan yang mencabar hukum Allah sendiri. Individu dan orang Islam seperti inilah sebenarnya yang mencemarkan kesucian dan kemurnian Islam kerana gemar sangat bercakap dalam isu yang mereka sebenarnya jahil.Oleh itu Dewan Pemuda PAS Bukit Katil sekali lagi menggesa pihak berkuasa agama menyiasat kenyataan Chandra ini dan seterusnya mengheret Chandra yang celupar ini ke muka pengadilan.

HAMPIR RM300 JUTA AKAN LESAP UNTUK SAMBUT KEMERDEKAAN

Media internet hari ini melaporkan bahawa kerajaan Islam Hadhari akan membazirkan duit rakyat berjumlah hampir RM300 juta untuk menyambut 50 tahun kemerdekaan pada tahun ini.Jika benar dakwaan ini maka ini satu lagi episod malang buat rakyat apabila wang rakyat digunakan sewenang-wenangnya tanpa ada rasa tanggungjawab oleh pucuk pemimpin yang dipilih rakyat dengan mandat terbesar dalam sejarah Malaysia selepas merdeka.
Kegusaran dan ketidakselesaan belanja sambut merdeka tidak wajar , dikala dan tika rakyat terbeban dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang kian meningkat, pemimpin kerajaan yang tidak berhati perut ini tetap berdegil tidak mahu berjimat cermat. Pemimpin seperti ini sewajarnya sudah lama di'terajang' dari 'singgahsana' pemerintahan.
Belanja mewah, sebegini bukanlah dapat 'mengundang' semangat patriotisme ke dalam lubuk hati dan sanubari rakyat. Tentulah ada cara lain yang dikira berpada dan wajar. Sikap hipokrit kerajaan , kita ingat nak berubah bilamana mereka mengalu-alukan majlis perkhwinan Raja Nazrin-Zara ditaja oleh wang kocek. Seruan Raja Nazrin atas tawaran MB Perak nampak ditempelek dan diperlekehkan oleh orang-orang beraja dan bernafsu memerintah negara.
Dalam masa yang sama rakyat diminta berjimat, berbelanja pada yang perlu sahaja. Bilakah sikap ketam mengajar anaknya berjalan akan dipraktikkan.

Penyelesian Isu Kenaikan Harga Barang ?

Boikot bukan jawapan..... pulook !!!!
Menteri kata baikot berhubung dengan kenaikan harga barangan berkenaan. Kata orang ini begini pula, akhbar sebagai medan penyalur, kesimpulannya pengguna juga diletakkan 'tugas' mutlak menentukannya. Peranan pihak yang bertanggungjawab bijak dialihkan kepada semua para pengguna. Jenis apa penyelesaiannya tu....... Ikuti dan amati tatacara penyelesaian isu di atas

Apakah jalan penyelesaian yang berkesan dalam menangani isu kenaikan harga barangan keperluan? Kebanyakan daripada kita suka mengambil sikap endah tak endah dengan membayar sambil merungut kecil melepaskan tekanan selepas membayar, namun ini tidak melemahkan semangat penjual yang tidak beretika (bukan semua) yang sentiasa mencari alasan agar harga dinaikkan.

Syor agar boikot dengan tidak membeli barangan berkenaan adakah dapat menamatkan peperangan ini? Boikot terhadap barangan keperluan harian seperti makanan bukan merupakan keputusan yang praktikal.

Masyarakat kita tidak begitu berani seperti di Amerika Syarikat yang boleh memboikot bulu haiwan yang dijadikan sebagai baju sejuk. Boikot mereka berjaya kerana baju sejuk daripada bulu haiwan bukan merupakan barangan keperluan harian. Mereka ada pilihan lain daripada enggan membelinya. Sedangkan barangan keperluan seperti makanan, selama mana kita boleh bertahan? Oleh itu, jalan penyelesaian boleh dilihat dari aspek inisiatif pengguna itu sendiri daripada kelompok yang kecil dan aspek perundangan.

Justeru, dari aspek inisiatif pengguna, langkah sewajarnya bermula dari rumah iaitu pihak ibu bapa atau suri rumah menyenaraikan segala barangan keperluan keluarga dan jika ada masa terluang, meninjau ke beberapa buah kedai atau pasar raya berhampiran dengan rumah kediaman yang menyediakan barangan dengan harga berpatutan dan munasabah.

Langkah proaktif di kalangan suri rumah perlu diwujudkan kerana merekalah pembeli utama golongan sasaran pihak penjual yang mengambil kesempatan di atas kepatuhan pembelian. Suri rumah perlu berkata tidak untuk tidak membeli sekiranya barangan yang dipamerkan tidak mengikut piawaian atau tidak banyak pilihan di kedai yang menaikkan harga barang.

Giatkan usaha untuk menambahkan ilmu kepenggunaan seperti memastikan hanya ikan dan sayuran yang segar, barangan dalam tin yang tidak luput tarikh dan tidak kemik dibeli. Rajin membaca isi-isu kepenggunaan dengan melibatkan anak-anak semasa cuti sekolah ini merupakan langkah bijak sambil mengenal pasti barangan keperluan yang diperlukan boleh merapatkan hubungan kekeluargaan demi mencari jalan penyelesaian terhadap isu meruncing ini.

Kerjasama

Bagaimana pula bagi keluarga yang tinggal di kawasan perkampungan atau di taman-taman perumahan di mana Carrefour atau Tesco tidak ada di situ? Mereka boleh memohon kerjasama Jawatankuasa Rukun Tetangga yang bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli-ahli dengan boleh menyenaraikan kedai-kedai makan dan pasar raya berdekatan dengan tempat kediaman yang menjual dengan harga berpatutan.

Kajian mendapati promosi melalui mulut berkesan dan boleh dianggap sebagai kempen setempat yang berkesan sehingga boleh menggerunkan pihak penjual sekiranya dilakukan oleh mereka yang tinggal berdekatan dan saling mengenali.

Dari aspek perundangan, Akta Perlindungan Pengguna 1990 tidak menyenaraikan kenaikan harga barang sebagai salah satu punca aduan itu tidak boleh diketengahkan. Ini kerana kita tidak terikat dengan kontrak yang berat sebelah (unfair terms) seperti di United Kingdom.Akta ini melalui bahagian III dari aspek keselamatan dan barangan dan perkhidmatan hanya menyediakan ruang bagi pengguna untuk membuat tuntutan terhadap penjual yang menjual barangan yang membahayakan kesihatan dan kehidupan pengguna. Juga, terhadap kecuaian penjual yang menjual barangan yang tidak ada kualiti boleh dagang.

Terma ini terlalu luas. Seharusnya, langkah menyenaraikan harga patut dan munasabah (ini juga perlu definisi baru) terhadap barangan keperluan pengguna patut dimasukkan sebagai salah satu syarat bagi mendapatkan barangan yang mempunyai kualiti boleh dagang dengan harga yang berpatutan.

Di samping itu, kesan kenaikan harga barang yang boleh mengurangkan kualiti kehidupan pengguna boleh dikategorikan sebagai mengancam keselamatan dari aspek kewangan kepada negara dalam menangani defisit negara dan kehidupan keluarga tidak lagi harmoni kerana tertekan dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi.
Dengan ini, keperluan pengguna terjamin dan sebarang pengabaian penyenaraian harga oleh penjual boleh dianggap sebagai satu perlanggaran kontrak pengguna dan penafian terhadap hak pengguna yang berkesudahan boleh dikemukakan di Tribunal Tuntutan Pengguna atau di mahkamah.

Penguatkuasaan merupakan anti pati berterusan dan wajib dalam pelaksanaan hak pengguna tidak dipinggirkan atau hanya jadi sebagai kosmetik, tidak berkesan dan hanya menjadi isu di forum perbahasan semata-mata namun tiada perubahan.

Pihak penggubal undang-undang boleh menjemput pakar akademik di institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang berpengalaman dalam menganalisis hak-hak pengguna di Indonesia, Singapura dan Filipina yang boleh kita jadikan panduan dan rujukan.

Bayangkan jika 20 kampung kecil di sekitar satu negeri menyahut cabaran merealisasikan impian mendapatkan harga idaman dengan menggembeling tenaga secara berkumpulan, usaha itu tidak mudah diperlekehkan oleh penjual. Penjual juga sedar periuk nasi mereka bergantung kepada keutuhan semangat setia kawan penduduk setempat.

Di samping itu, disebabkan sikap rakyat kita yang mudah lupa juga perlu ditiupkan semangat patriotik sejajar dengan usia Malaysia yang ke-50 iaitu pihak korporat melalui khidmat sosial menaja iklan kepenggunaan berterusan untuk menimbulkan kesedaran hak pengguna di media massa/elektronik.

Ini secara tidak langsung boleh dijadikan anjakan paradigma bagi menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat bahawa isu kenaikan harga barangan merupakan isu sejagat dan bukan kes terpencil!

Secara amnya, kita sebagai pengguna ada hak dan kewajipan untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Kita tidak tinggal seorang diri. Apa sahaja tindakan kita, akan memberi kesan kepada keluarga dan negara.

Jika kedua-dua aspek inisiatif pengguna dan aspek perundangan dikuatkuasakan, tidak mustahil masyarakat akan menikmati semula gaya hidup yang seimbang, nilai kualiti kehidupan yang lebih terjamin dan yang paling penting, bebas daripada cengkaman penindasan para penjual!

Pejuangan belum selesai ---- bahasa disudut roh dan perlembagaan

Isu yang tidak kunjung sudah, walaupun negara kita sudah merdeka hampir mencecah 50 tahun. Ini kerana Awang Sariyan (pakar bahasa dan ahli akdemik serta pejuang bahasa)..............
Pertukaran istilah kepada bahasa Malaysia bertentangan dengan Perlembagaan

Penukaran istilah bahasa Melayu menjadi bahasa Malaysia untuk kegunaan rasmi tidak perlu, malah bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 152 yang menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Presiden Persatuan Linguistik Malaysia Dr Awang Sariyan menegaskan, taraf dan kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan berasaskan kontrak sosial sebelum kemerdekaan lagi, iaitu penerimaan semua rakyat tanpa mengira keturunan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Justeru katanya, tidak timbul isu kaum-kaum bukan Melayu tidak menerima bahasa Melayu sebagai bahasa milik semua rakyat. "Jika sekarang timbul rasa tidak memiliki bahasa itu, maka salahnya pada golongan yang berkenaan, bukan pada istilah 'bahasa Melayu'," katanya.

Jelasnya lagi penukaran istilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia tidak mempunyai perkaitan dengan pemartabatan bahasa Melayu, kerana nama bahasa Melayu telah lebih dua alaf menjadi bahasa yang bermartabat dan menjadi tonggak tamadun. "Untuk memartabatkan sesuatu bahasa, yang penting ialah usaha meluaskan penggunaannya dalam segala bidang kehidupan masyarakat, bukan menukar namanya," tegasnya lagi.

Penyandang pertama Kerusi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU) ini juga berpendapat sebagai sinonim bagi bahasa Melayu, istilah bahasa Malaysia tidak salah digunakan, tetapi bukan untuk dirasmikan sebagai istilah pengganti bagi bahasa Melayu. Bagaimanapun katanya, Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara mesti dihormati kerana dalam Perlembagaan yang sah dan rasmi ialah 'bahasa Melayu'.

Jemaah Menteri pada April lalu mengambil keputusan menukarkan istilah bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia, dikatakan bertujuan mewujudkan semangat bahawa bahasa Malaysia milik semua tanpa mengira kaum.

Sehubungan itu, semua kementerian dan institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta diarah memaklumkan kepada jabatan serta agensi masing-masing untuk menggunakan istilah bahasa Malaysia dalam surat-menyurat, notis dan dokumen, berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata, langkah itu juga bertepatan dengan hasrat kerajaan yang mahukan bahasa kebangsaan itu menjadi milik semua rakyat Malaysia serta bertujuan mengelakkan polemik daripada pihak yang menganggap ia hanya untuk kaum tertentu sahaja.
Penulis dan juga pelajar-pelajar keliru sampai kesudah nampaknya. Payah mengajar jika rumah tak siap, sampai bila nak siap rumahnya dong....